CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

09 March 2010

Perkahwinan budak 11 tahun perlu kelulusan


Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "
- Ar-Rum : Ayat 21





KUALA LUMPUR: Perkahwinan budak berusia 11 tahun yang berlaku di Kelantan cukup menyedihkan dan memalukan, sekali gus memberi kesan dalam membela serta memperjuangkan isu kanak-kanak, terutama memastikan mereka mendapat pendidikan sempurna dan perlindungan secukupnya.

Naib Presiden Hal Ehwal Wanita (Helwa) Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Fadhlina Siddiq, berkata walaupun perkahwinan itu sah mengikut syarak, budak berkenaan perlu diselamatkan kerana dia masih kecil dan mempunyai masa depan.

“Tindakan bapanya amat dikesali dan dia patut dihadapkan ke mahkamah kerana melanggar undang-undang negara,” katanya ketika dihubungi, semalam.




Beliau mengulas mengenai tindakan seorang bapa dari Jelawang, Kuala Krai mengahwinkan anak perempuannya berusia 11 tahun dengan lelaki berusia 41 tahun yang juga ketua jemaah yang disertainya.

Kes itu adalah kejadian kedua membabitkan pernikahan budak perempuan di negeri itu, selepas seorang budak berusia 10 tahun dikahwinkan keluarganya dengan lelaki berusia 40 tahun di Pasir Mas, baru-baru ini.

Presiden Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Zainul Rijal Abu Bakar, berkata dalam undang-undang negara dan syarak, budak berkenaan sekiranya sudah baligh dan tidak reda dengan perkahwinan itu boleh meminta fasakh (cerai) di Mahkamah Syariah.
“Dalam Islam memang dibenarkan pernikahan dengan perempuan bawah umur kerana Siti Aisyah sendiri berkahwin dengan Nabi Muhammad ketika berusia sembilan tahun.

“Mengikut konsep Islam juga tidak semestinya pasangan yang berkahwin di bawah umur melakukan persetubuhan, sebaliknya menunggu sehingga kanak-kanak itu mencapai baligh bagi mengelakkan kesakitan kepada alat kelaminnya,” katanya.

Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir, berkata perkahwinan itu sah sekiranya memenuhi rukun nikah, tetapi kesalahan bapa terbabit ialah tidak mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah Syariah untuk mengahwinkan anaknya yang di bawah umur 16 tahun.

Katanya, mengikut kaedah Islam tidak timbul soal umur dalam perkahwinan kerana bayi perempuan yang baru dilahirkan sekali pun boleh dikahwinkan.
“walaupun undang-undang negara menetapkan syarat tambahan untuk perkahwinan yang membabitkan perempuan bawah umur tetapi ia dibenarkan syarak kerana tujuannya baik untuk melindungi kanak-kanak dan mengelakkan sebarang masalah timbul.

“Bagaimanapun, bapa terbabit boleh dikenakan tindakan kerana melanggar undang-undang negara. Bagaimanapun, kita anggap perkahwinan itu adalah kes terpencil dan bukannya satu fenomena,” katanya.



Impianku menjadi isteri solehah,mencintai,
mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.


Oleh Hussain Said  hussain@bharian.com.my

2 comments:

Anonymous said...

alamak,...kes ni cmane ummi??parah ni..budak tu nak ke dikahwinkan?atau dipaksa?

Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita said...

2010/03/17
KUALA LUMPUR: Seorang penjaga akan dilantik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menjaga Siti Zubaidah Hussin, kanak-kanak 11 tahun yang dikahwinkan bapanya dengan pemimpin sebuah kumpulan tabligh 30 tahun lebih tua daripadanya.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata jabatan itu akan mencari calon yang sesuai bagi menjaga kanak-kanak berkenaan yang kini berada dalam jagaan ibunya di Hospital Sungai Buloh di sini.

"Kita akan menggunakan Akta Perlindungan Kanak-kanak untuk menjaganya tetapi daripada siasatan, kita mendapat tahu dia mahu tinggal bersama bapa saudaranya. “Terpulang kepada mahkamah untuk tentukan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.
Siti Zubaidah, berasal dari Kuala Krai, Kelantan, pada mula tidak dapat dikesan selepas keluar dari rumah bersama bapanya pada 20 Februari lalu. Dia ditemui di Masjid Al-Ikhwan di Taman Samudera dekat Batu Caves di sini, Jumaat lalu.

Ketika ditanya sama ada kumpulan tabligh yang diketuai lelaki bergelar ‘Sudin Ajaib’ itu akan dikenakan tindakan, Shahrizat berkata perkara itu bukan terletak dalam bidang kuasa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tetapi perlu diserahkan kepada pihak berkuasa.

"Hari ini (semalam) saya menghantar surat kepada Peguam Negara dan Ketua Polis Negara supaya memberikan keutamaan kepada kes ini, dan jika didapati melanggar sama ada undang-undang syariah atau sivil, tindakan mesti diambil secepat mungkin," katanya. – Bernama