CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

31 January 2010

Keadilan di dalam Rumah Tangga



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semoga Allah menunjukki kita jalan kebenaran. Semoga kita sentiasa didalam limpahan Nur RahmatNya. Semoga Kita tidak mati melainkan didalam Iman dan Islam.


Keadilan yang dituntut di dalam Islam tidak semata-mata di dalam poligami semata-mata, bahkan meliputi semua perkara. Sama ada kepada diri sendiri, masyarakat, Negara dan pada Tuhan pencipta itu sendiri. Tuntutan berlaku adil dan tidak menzalimi mendapat panduan khusus daripada Al-Quran dan Hadis Nabi.


PANDUAN AL-QURAN

Firman Allah Taala di dalam surah  Al-Maidah ayat 8:





Al-Maidah ayat 8:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ وَلا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang Yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan apa Yang kamu lakukan.

Firman Alla Taala lagi di dalam surah An-Nisa’ ayat 135:





An-Nisa' ayat 135


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَاءَ لِلَّهِ وَلَوْ عَلَى أَنْفُسِكُمْ أَوِ الْوَالِدَيْنِ وَالأقْرَبِينَ إِنْ يَكُنْ غَنِيًّا أَوْ فَقِيرًا فَاللَّهُ أَوْلَى بِهِمَا فَلا تَتَّبِعُوا الْهَوَى أَنْ تَعْدِلُوا وَإِنْ تَلْوُوا أَوْ تُعْرِضُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا

Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman! hendaklah kamu menjadi orang-orang Yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi Yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui Dengan mendalam akan apa Yang kamu lakukan.



ANCAMAN DARIPADA HADIS


Ancaman daripada baginda kepada lelaki yang tidak mampu adil kepada isteri-isterinya yang di poligami sebagai sabdanya:
إذا كََان عند الرجل امرأتان ، فلم يعدل بينهما ، جاء يوم القيامة ، وشقه ساقط

Maksudnya: Mana-mana lelaki yang mempunyai dua orang isteri dan dia tidak berlaku adil kepada keduanya. Maka dia akan hadir pada hari Kiamat dengan bahunya senget sebelah. (Tirmidzi, Abu Daud, Nasaie, Ibn Majah dan Darimi)

Pada riwayat yang lain:

ومن كان له امرأتان فلم يعدل بينهما في القسم من نفسه ، وماله ، جاء يوم القيامة مغلولا ، مائلا شقه ، حتى يدخل النار

Maksudnya: Mana-mana lelaki yang mempunyai dua orang isteri dan dia tidak berlaku adil kepada keduanya pada pembahagian (tidur di rumah isteri-isteri). Maka dia akan hadir pada hari Kiamat dengan dibelenggu, bahunya senget sebelah diseret ke dalam neraka.

Kebenaran Allah kepada mana lelaki yang ingin berpoligami adalah dengan syarat MAMPU ADIL. Jika tidak mampu cukup memadai dengan seorang isteri.

Firman Allah Taala di dalam surah an- Nisa’ ayat 3:

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلا تَعُولُوا

Maksudnya: Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin Dengan mereka), maka berkahwinlah Dengan sesiapa Yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan Yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

Firman Allah ini tidak bermaksud dibenarkan berlaku zalim jika hanya beristeri satu. Bahkan kewajipan untuk bersikap adil tidak terlepas daripada tanggungjawab suami dan isteri. Keadilan dengan melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami dan melunaskan sebaik mungkin tanggungjawab sebagai seorang isteri.


ERTI KEADILAN DALAM BERPOLIGAMI


Bagi seorang Mukmin/Mukminah sama sekali tidak akan mempertikai keadilan sistem yang Allah Taala tetapkan. Kesemua kita beriman mengatakan sistem, tatacara, undang-undang dan kaedah yang diatur oleh Allah untuk manusia adalah yang terbaik serta melampau zaman dan masa. Segala ketetapan hukum hakam Allah akan dijunjung bagi mereka yang masih ada iman di dalam hati.

Perkara yang sentiasa menjadi perselisihan di dalam perkara ini apabila sesetengah masyarakat mengatakan erti keadilan adalah menyamaratakan perasaan antara semua isteri. Sebahagian lain mengatakan keadilan pada nafkah dan pakaian. Sebahagian lagi berpendapat kepada bilangan hari yang dibahagi sama rata di antara isteri. Di sini merupakan punca masalah pertikaian yang menjadi perdebatan sesama masyarakat.

Jalan penyelesaian yang akan diambil oleh setiap mereka yang beriman apabila ditimpa dengan masalah, menjadikan Allah dan Rasul sebagai rujukan dan berpuas hati dengan segala ketetapan Al-Quran. Terdapat seribu satu hikmah daripada situ sama ada kita sedari ataupun tidak.

Firman Allah Taala di dalam surah an-Nisa ayat 59:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الأمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلا

Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

Firman Allah lagi di dalam surah an-Nisa’ ayat 65:

فَلا وَرَبِّكَ لا يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لا يَجِدُوا فِي أَنْفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Maksudnya: Maka Demi Tuhanmu (Wahai Muhammad)! mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan Engkau hakim Dalam mana-mana perselisihan Yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa Yang telah Engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu Dengan sepenuhnya.

Allah tidak menjadikan keadilan perasaan itu sebagai prasyarat untuk dibenarkan berpoligami. Bahkan Allah menegaskan keinginan menyamaratakan perasaan merupakan perkara yang mustahil untuk dilakukan.

Firman Allah Taala di dalam surah an-Nisa’ ayat 129:

وَلَنْ تَسْتَطِيعُوا أَنْ تَعْدِلُوا بَيْنَ النِّسَاءِ وَلَوْ حَرَصْتُمْ فَلا تَمِيلُوا كُلَّ الْمَيْلِ فَتَذَرُوهَا كَالْمُعَلَّقَةِ وَإِنْ تُصْلِحُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا

Maksudnya: Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung Dengan melampau (berat sebelah kepada isteri Yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri Yang lain seperti benda Yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (Keadaan Yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan Yang zalim), maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Ayat ini membawa maksud keadilan pada sudut hati dan perasaan. Juga Firman ini dikuatkan dengan hadis baginda Nabi:

كان يقسم بين نسائه فيعدل ويقول اللهم هذا قسمي فيما أملك فلا تلمني فيما تملك ولا أملك

Maksudnya: Baginda menyamaratakan pembahagian tidur setiap malam sesama isteri-isteri baginda lalu baginda berdoa. Ya Allah, ini pembahagian ku pada apa yang aku miliki, janganlah Engkau mengazab ku pada perkara yang engkau milikku, tidak aku miliki (perasaan melebihkan sebahagian isteri daripada yang lain).

KESIMPULAN
Maka dapat disimpulkan di sini erti keadilan dalam berpoligami ialah:




Keadilan berpoligami1)     Membahagikan tidur malam kepada isteri-isteri sama rata; Bermula tidur mengikut perkiraan syarak ialah daripada waktu solat maghrib sehingga waktu solat subuh. Pembahagian siang tidak diwajibkan sesama isteri ke atas suami. Siang ialah waktu bekerja, dipersilakan suami untuk ke mana sahaja untuk mencari rezeki. Jika suami bekerja malam, maka wajib berada di dalam pengetahuan isterinya yang digilirkan jika dia akan terlewat pulang. Ini hak isteri yang diberikan syarak.

2)     Kebendaan; Bukan suatu keadilan jika diberikan wang sama banyak. Itu tidak diertikan sebagai keadilan. Keadilan yang sebenar adalah apa yang mencukupi keperluan isteri-isteri. Jika isteri pertama mempunyai anak 2 orang dan isteri kedua belum mempunyai anak. Logik dan adil sekali wang yang diserahkan kepada isteri pertama lebih banyak. Ini antara masalah yang terkeliru sebahagian masyarakat. Isteri pertama mempunyai anak lelaki dan adapun isteri kedua mempunyai anak perempuan. Adakah dikatakan adil jika kedua-dua anak tersebut diberi pakaian yang serupa sedangkan berlainan jantina, umur dan minat?!

Mana-mana suami yang melengkapi dua perkara tersebut, maka telah melaksanakan keadilan.





Impianku menjadi isteri solehah,mencintai,
mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.

Seterusnya...

28 January 2010

PERANAN KETUA KELUARGA MEMBENTUK KELUARGA BAHAGIA


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Semoga Allah menunjukki kita jalan kebenaran. Semoga kita sentiasa didalam limpahan Nur RahmatNya. Semoga Kita tidak mati melainkan didalam Iman dan Islam.

Institusi keluarga adalah merupakan asas sebuah masyarakat bagi melahirkan generasi yang bertaqwa dan beramal soleh. Hakikat yang tidak boleh dinafikan juga bahawa kejayaan dan keharmonian dalam sebuah keluarga adalah bermula dari ketua keluarga. Justeru itu Islam meletakkan kepimpinan atau ketua keluarga itu ialah kepada seorang bapa yang bertanggung jawab dalam memastikan keluarganya dalam keadaan aman dan sentiasa diberkati Allah. Peranan sebagai seorang ketua keluarga itu adalah merujuk kepada sabda Nabi s.a.w. yang berbunyi:

Maksudnya:

"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap pimpinannya, seorang pemimpin Negara adalah pemimpin kepada rakyatnya dan ia bertanggungjawab terhadap mereka, seorang suami adalah pemimpin keluarganya dan ia bertanggungjawab terhadap pimpinannya, seorang wanita adalah pemimpin dan ia bertanggungjawab terhadap rumahtangga suaminya dan ia bertanggungjawab terhadap pimpinannya".

Sebagai seorang ketua keluarga hendaklah menunjukkan dan mempamerkan contoh dan tauladan terbaik untuk di ikuti dan dicontohi oleh anak dan isterinya. Keluarga yang menginginkan kebahagiaan juga hendaklah menjiwai dan mengamalkan sifat yang baik dan mulia.

Hakikatnya masyarakat kita pada hari ini kurang menjaga dan menjiwai akhlak sebagaimana yang dianjurkan oleh Nabi s.a.w. menyebabkan kita dilanda dengan gejala sosial yang kian meruncing. Anak-anak tiada contoh dan teladan yang boleh dijadikan rujukan akibat dari ketandusan akhlak dan kerosakan sifat ketua keluarga sendiri. Ibu bapa kurang penekanan berkaitan adab dan budi bahasa kerana bahasa pertuturan yang digunakan dirumah amat mengecewakan dan mengaibkan.

Bahasa-bahasa yang kasar, kesat, kurang beradab, lucah dan seumpamanya sering dituturkan oleh ketua keluarga menyebabkan anak-anak terlalu mudah untuk menuturkan perkataan tersebut di luar rumah dan dalam kehidupan seharian mereka. Oleh yang demikian sebagai ketua keluarga perlu sedar tentang peranan dan tanggungjawab besar yang perlu ditanggung oleh seorang ketua keluarga dalam melahirkan sebuah keluarga yang bahagia. Ketua keluarga perlu menunjukkan Qudwah Hasanah (teladan yang baik) kepada ahli keluarganya seperti yang telah disarankan oleh Nabi s.a.w.:

Maksudnya:

"Muliakanlah anak-anak mu dan tunjukkanlah kepada mereka adab adab yang baik".




Bagi merealisasikan hasrat untuk melahirkan generasi yang bertaqwa dan beramal soleh dalam sebuah institusi keluarga maka bapa selaku pemimpin keluarga hendaklah mengambil perhatian berat terhadap perkara berikut :

1) Sentiasa mengutamakan dan peka tentang pendidikan agama kepada diri dan keluarganya.

Kepekaan tersebut bagi memastikan seluruh ahli keluarganya mendapat pendidikan dan kefahaman yang sempurna berkaitan Islam . Islam amat menekankan soal tujuan dan matlamt kehidupan didunia ini dan sentiasa memperhitungkan soal kehidupan di alam Akhirat. Ini adalah bertepatan dengan perintah Allah seperti mana yang telah dijelaskan dalam Surah At-Tahrim ayat 6:

Maksudnya:

"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya adalah malaikat yang kasar dan keras dan mereka tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan".



"Berjayalah sesiapa yang menyimpan keimanan yang ikhlas dalam hatinya, orang yang mempunyai hati yang sihat, lidah yang benar dan jiwa yang tenang serta akhlak yang lurus dan mulia".

Berdasarkan ayat dan hadis tersebut, maka jelaslah bahawa peranan ketua keluarga dalam menyelamatkan diri dan ahli keluarganya dari azab api neraka adalah merupakan satu kewajipan. Tersebut tidak dapat dilaksanakan melainkan mereka yang benar-benar menjiwai dan menghayati soal keimanan kepada Allah.

1) Ibu bapa perlu memastikan rezeki yang diperolehi adalah dari sumber yang halal lagi baik .

Ibu bapa harus sentiasa memperhitungkan setiap rezeki yang diperolehi untuk menyara diri dan anak-anak. Jauhilah dari sumber yang syubhat dan apatah lagi dari sumber yang haram. Ketua keluarga wajib menjauhkan diri dari pendapatan yang mengandungi unsur penipuan, rasuah ,riba dan seumpamanya. Sudah pasti bahawa rezeki yang halal akan menjamin ahli keluarganya untuk menjadi anak yang soleh sihat dan pintar dan sebaliknya jika pendapatan yang diperolehi dari sumber yang syubhat dan haram maka generasi yang lahir akan menjadi manusia yang rendah akhlak dan lemah fikiran. Mereka sukar menerima teguran dan jauh dari rahmat dan keberkatan dari Allah. Inilah juga bencana yang menimpa masyarakat kita pada hari ini yang menyebabkan gejala sosial semakin berleluasa dan tiada berkesudahan. Semoga Allah melindungi kita dari musibah ini.

Sabda Rasulullah SAW :

"Setiap daging yang tumbuh dari bahan makanan yang haram maka api nerakalah yang lebih layak baginya".

3) Ibu bapa perlu memperuntukkan masa untuk bersama ahli keluarga .

Dalam mengejar kehidupan dunia yang sementara ini sudah pasti ibu bapa kan dilanda masalah kesibukan usaha mencari rezeki untuk menampung kehidupan . Namun begitu sebagai ketua keluarga hendaklah memperuntukkan sebahagian masa untuk keluarga dan anak-anaknya. Jangan menyerahkan tugas mendidik anak-anak dan keluarga kepada orang lain. Jadikankanlah aktiviti seperti solat berjemaah, makan bersama sebagai rutin wajib bersama keluarga. Demikian juga aktiviti luaran seperti berkelah, riadah, melancong, bergotong-royong, mengemas rumah dan seumpamanya. Ibu bapa perlu memastikan bahawa suasana dalam rumah adalah ceria dan menganggap rumahku adalah syurgaku. Apabila aktiviti seperti itu di wujudkan di dalam keluarga maka akan wujudlah suasana yang harmoni dan bertambah kasih sayang.

Selain dari tiga perkara yang telah disebutkan sebenarnya banyak lagi perkara yang seharusnya diberi perhatian oleh ketua keluarga dalam memastikan kebahgiaan keluarga terus berkekalan . Sebagai bapa yang prihatin perlu sentiasa meluangkan masa untuk anak remajanya. Berkongsilah pengalaman dan membina kasih sayang dengan memahami dan membimbing kemahuan mereka. Bantulah mereka dalam mencari keyakinan diri dan sentiasa menggalak serta mengasah potensi diri mereka. Yakinkanlah mereka bahawa bapa sebagai insan tempat dijadikan rujukan terbaik. Sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti persekolahan mereka di samping sentiasa cuba tahu dan mengenali rakan mereka. Sesungguhnya dewasa ini peranan seorang ketua keluarga amat mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi serta pengetahuan yang mendalam.

Marilah kita menanamkan azam dan menguatkan tekad untuk kita menjadi ketua keluarga yang cemerlang yang sentiasa melaksanakan kewajipan terhadap perintah Allah. Insafilah bahawa kewajipan dan tanggung jawab terhadap keluarga adalah merupakan suatu amanah Allah yang melibatkan soal dosa dan pahala. Mereka yang mencuaikan amanah tersebut akan dihukum dan diseksa dengan seksaan yang amat berat di akhirat nanti.

Amat menyedihkan sekali apabila mutakhir ini ramai ketua keluarga gagal melaksanakan tugas mereka dengan baik, isteri dan anak ditinggalkan tanpa sebarang nafkah, anak-anak menjadi mangsa perceraian kedua ibu bapa, pendidikan anak terabai tanpa pengawasan, ibu-bapa lebih mementingkan kerjaya dari memikirkan soal keluarga. Sebahagian mereka lebih mementingkan hawa nafsu dengan menjalinkan hubungan dengan orang ketiga yang menyebabkan urusan rumah tangga porak-peranda.

Apakah suasana keluarga seperti ini dapat kita harapkan untuk menjamin sebuah masyarakat yang harmoni?. Adalah mustahil akan lahir sebuah masyarakat yang bermoral apabila institusi keluarga tidak dipastikan keharmoniannya. Oleh itu, marilah kita kembali menghayati tugas dan peranan kita sebagai ketua keluarga demi menjamin keharmonian dan kebahagiaan rumahtangga.

Maksudnya:

"Dan orang-orang yang berkata: Wahai Tuhan Kami anugerahkanlah kami isteri dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami dan jadikanlah kami imam bagi orang yang bertakwa". (Surah Al-Furqan, ayat 74)

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang maha berkuasa, kami bersyukur kehadratmu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat.Kami pohon kehadratmu ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang engkau redhai, lindungilah kami daripada ujianmu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit,persengketaan , kemiskinan dan lain-lain supaya hidup kami akan sentiasa bertambah aman , bahagia dan berkat .






Impianku menjadi isteri solehah,mencintai,
mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.

Seterusnya...

27 January 2010

Berkasih sayang sebagai Amal Soleh


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semoga Allah menunjukki kita jalan kebenaran. Semoga kita sentiasa didalam limpahan Nur RahmatNya. Semoga Kita tidak mati melainkan didalam Iman dan Islam.

Perkahwinan adalah suatu wasilah untuk menjaga agama mereka daripada terfitnah. Tetapi sebaliknya terjadi, ada disebabkan perkahwinan agama mereka menjadi rosak, iman semakin surut dan tidak tercapai ketenangan jiwa yang menjadi matlamat mendirikan rumah tangga.

Firman Allah bermaksud: “Dan di antara tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.” (Surah al-Rum, ayat 21)

Ketenangan dalam rumah tangga hanya dapat diwujudkan dengan merealisasikan prinsip keadilan, sentiasa meraikan cinta sebagai amal salih dan menyatukan matlamat kehidupan suami dan isteri. Islam tidak memaksa seseorang mempertahankan perkahwinan apabila tiada harapan lagi untuk membina ketiga prinsip itu dalam alam perhubungan suami isteri.

Hal itu pernah terjadi dalam rumah tangga anak angkat Baginda SAW, Zaid bin Harithah yang berkahwin dengan seorang wanita terkemuka daripada kalangan bangsa Quraisy, Zainab yang tidak mencintai Zaid atas sebab tertentu, tetapi Baginda SAW menasihati Zaid supaya menahan Zainab sebagai isteri sehingga turun teguran dari langit suruhan menceraikan Zainab, kemudian Allah menguji Rasulullah SAW dengan suruhan menjadikan Zainab sebagai Ummahatul Mukminin.


Allah berfirman bermaksud: “Dan (ingatlah), ketika kamu berkata kepada orang yang Allah sudah melimpahkan nikmat kepadanya (Zaid bin Harithah) dan kamu (juga) berbuat baik kepadanya (beliau diangkat oleh Rasulullah sebagai anak): Tahanlah terus isterimu dan bertakwalah kepada Allah, sedang kamu menyembunyikan di dalam hatimu apa yang Allah akan menyatakannya, dan kamu takut kepada manusia, sedang Allah yang lebih berhak untuk kamu takuti. Maka tatkala Zaid mengakhiri keperluan terhadap isterinya (menceraikannya), Kami kahwinkan kamu dengan dia supaya tidak ada keberatan bagi orang mukmin untuk (mengahwini) isteri anak angkat mereka, apabila anak angkat itu sudah menyelesaikan keperluannya daripada isterinya dan adalah ketetapan Allah itu pasti terjadi.” (Surah Al-Ahzab, ayat 37)

Ayat ini secara langsung menegur sesiapa saja yang menyulitkan proses perceraian yang halal di sisi Allah kerana memaksa lelaki dan wanita untuk mempertahankan perkahwinan walaupun konflik terlalu kusut untuk dileraikan, perbuatan ini nyata menjejaskan iman, agama dan masa depan mereka.

Bahtera perkahwinan yang tidak menegakkan prinsip keadilan akan goyah, tetapi tidaklah boleh meletakkan neraca keadilan itu mengikut akal fikiran dan hawa nafsu manusia tanpa bimbingan wahyu dan sunnah Rasulullah SAW.

Mengikut akal manusia, keadilan bererti sama rata dalam pembahagian hak dan tanggungjawab. Maknanya jika suami bekerja dan isteri juga bekerja, masing-masing mesti berkongsi memberi nafkah.

Tetapi wahyu menyatakan yang bertanggungjawab memberi nafkah hanya suami, lalu orang lelaki berasakan perkara ini tidak adil kepada lelaki, mereka mahu wanita juga mengeluarkan hartanya untuk nafkah keluarga. Akhirnya ada suami mengambil kesempatan menggunakan harta isteri untuk berkahwin baru.

Dalam hal kasih sayang dan khidmat layanan kepada pasangan, Islam sama sekali tidak pernah merestui pemerintahan kuku besi dalam rumah tangga. Isteri mengawal suami atau suami mengongkong isteri, kedua-duanya tidak sesuai dengan prinsip keadilan Islam.

Isteri wajib taat kepada suami dan suami pula wajib menyayangi isteri. Ramai suami yang mahu isteri memberi ketaatan seratus peratus, tetapi dia tidak mampu menyayangi isteri seratus peratus. Begitu pula ramai isteri yang mahu suami sayang tidak berbelah-bagi, tetapi mereka enggan taat kepada suami.

Akhirnya suami menjadi liar dan isteri pula bertambah degil. Sesungguhnya bertepuk sebelah tangan tidak akan melahirkan cinta yang ikhlas. Mereka dituntut untuk pandai memberi dan reda menerima pasangan secara adil tanpa diskriminasi dan eksploitasi terhadap pasangan. Hal sebegini pernah dilalui Rasulullah SAW dan sahabat dalam kehidupan rumah tangga mereka.

Keadilan yang saksama dalam rumah tangga mengikut bimbingan wahyu dan sunnah Rasulullah SAW nyata memberi gambaran harmoni dalam kehidupan suami dan isteri. Ada beberapa prinsip keadilan dikutip daripada ayat Allah dan sunnah Nabi SAW.


Suami wajib berbuat baik kepada isteri seperti suruhan Allah yang bermaksud: “Dan bergaullah dengan mereka secara makruf. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” (Surah Al-Nisa, ayat 19)

Nabi SAW juga mengingatkan suami dalam hal ini seperti sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya, dan aku adalah sebaik-baik lelaki kepada isteriku.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Rasulullah SAW menyuruh suami melayan isteri dengan baik dan penuh kasih sayang sehingga ke tahap menyuapkan makanan ke mulut isteri. Sabda Baginda SAW bermaksud: “Dan sesungguhnya jika engkau memberi nafkah, maka itu adalah sedekah, hinggakan setiap suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu adalah sedekah.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW pernah menyediakan kain yang empuk sebagai tepat duduk isterinya di atas unta dan meletakkan lutut Baginda untuk isterinya, Safiyyah ketika mahu naik ke atas unta. (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)

Isteri Rasulullah SAW, Aisyah menceritakan keadaan Rasulullah SAW di rumah, beliau berkata: “Rasulullah SAW membantu pekerjaan keluarganya di rumah.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Aisyah juga berkata: “Rasulullah SAW mencium seorang isterinya kemudian pergi bersembahyang ke masjid.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Bukan hanya suami yang dituntut melayan dan menumpahkan kasih sayang kepada isteri bahkan isteri pun wajib memberi layanan yang sama kepada suami seperti dilakukan isteri Rasulullah SAW dan sahabatnya.

Menyikat rambut suami seperti dinyatakan Aisyah menjadi kebiasaan isteri Nabi. Katanya: “Nabi SAW menghulurkan kepalanya dari masjid ketika Baginda sedang beriktikaf lalu saya mencucinya. Dalam satu riwayat lain, lalu saya menyikat rambutnya.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Kisah sahabat wanita, Ummu Sulaim yang amat cintakan suaminya dan melayannya sebaik mungkin walaupun ketika itu bayi lelaki mereka baru meninggal dunia. Dia tidak mahu suaminya terkejut dengan berita kesedihan itu, dia merahsiakan dulu, dia melakukan sesuatu sehingga suaminya tidur dalam keadaan puas dan tenang. Dia menutupi berita kematian anak mereka dengan sebaik mungkin dan berkata dengan penuh kelembutan kepada suaminya keesokan harinya: “Apa pandanganmu jika suatu hari seseorang member hartanya kepada orang lain dan selepas berlalu masa pemilik harta itu mahu mengambil kembali harta yang diberikan kepada sahabatnya? Suaminya pun menjawab tanpa mengesyaki sesuatu: “Dia berhak mengambil miliknya.” Lalu Ummu Sulaim menasihati suaminya: “Bersabarlah suamiku, sesungguhnya Allah sudah mengambil anak lelaki kita.”

Isteri dituntut untuk memberi keikhlasan ketika berkhidmat kepada suami. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Adalah kebahagiaan ialah memiliki isteri yang solehah, jika engkau memandangnya ia menyenangkanmu. Jika engkau meninggalkannya dia menjaga diri dan hartamu. Dan kecelakaanlah mempunyai isteri jika engkau pandang mengecewakanmu, kata-katanya menyakitimu dan jika engkau pergi dia tidak menjaga diri dan hartamu.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban, dinilai sahih oleh al-Albani)

Setiap kali konflik rumah tangga terjadi, kebiasaannya semua pihak mencari siapa bersalah, menyerang pasangannya dengan untaian keaiban didedahkan. Tetapi hakikatnya, siapa yang melempar batu dalam rumah tangganya, maka kepala dia sendiri akan berdarah.

Suami yang menghina isteri sebenarnya menghina dirinya sendiri, isteri mengaibkan suami dengan sengaja, maka aibnya sendiri akan menjadi tontonan orang ramai. Inilah perbuatan syaitan jantan dan betina kerana punca keretakan adalah tidak pandai membahagi keadilan kepada jiwa masing-masing.

Kesimpulan
  • Rumah tangga yang tenang terbentuk melalui 3 Prinsip:
    • Merealisasikan prinsip keadilan
    • Meraikan cinta sebagai amal salih
    • Menyatukan matlamat kehidupan suami dan isteri
  • Proses perceraian adalah halal di sisi Allah dan tidak boleh disulitkan demi untuk mempertahankan perkahwinan walaupun konflik terlalu kusut untuk dileraikan,
  • Wahyu menyatakan yang bertanggungjawab memberi nafkah hanya suami, bukan perkongsian nafkah antara suami dan isteri
  • Suami dilarang mengambil kesempatan menggunakan harta isteri untuk kepentingan individu.
  • Islam tidak merestui pemerintahan kuku besi dalam rumah tangga. Isteri dilarang mengawal suami dan suami ditegah mengongkong isteri
  • Isteri wajib taat kepada suami dan suami pula wajib menyayangi isteri.
  • Suami perlu memberi ketaatan seratus peratus, untuk mendapat kasih sayang isteri seratus peratus.
  • Isteri perlu mentaati suami untuk mendapatkan kasih sayang yang tidak berbelah-bagi daripada suami.
  • Suami wajib berbuat baik kepada isteri dan melayan isteri dengan baik dan penuh kasih sayang
  • isteri wajib memberi layanan yang setimpal sekiranya mendapat layanan yang baik dan penuh kasih sayang daripada  suami.
  • Antara contoh layanan baik terhadap isteri yang dilakukan oleh rasulullah yang boleh diteladani untuk suami ialah:
    • Menyuapkan makanan ke mulut isteri.
    • Menyediakan tempat yang selesa untuk si isteri.
    • Meringankan tugas isteri di rumah.
    • Mencium isteri sebelum keluar rumah.
  • Antara contoh layanan baik terhadap suami yang dilakukan oleh wanita-wanita terdahulu yang boleh diteladani ialah:
    • Menyikat rambut suami.
    • Menjaga adab pergaulan dengan suami dengan berkata lemah lembut dan tidak menyinggung perasaan suami.
  • Isteri dituntut untuk ikhlas ketika berkhidmat kepada suami
  • Konflik rumah tangga terjadi, apabila individu menyalahkan pasangan dan menyerang pasangannya serta mendedahkan keaibannya.
  • Suami perlu menerima kelemahan isteri dan tidak menghina isteri.


Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Seterusnya...

26 January 2010

MENCARI RAHSIA KEBAHAGIAAN SUAMI ISTERI


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semoga Allah menunjukki kita jalan kebenaran. Semoga kita sentiasa didalam limpahan Nur RahmatNya. Semoga Kita tidak mati melainkan didalam Iman dan Islam.

Firman Allah Ta'ala:

"Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur.
( Al-Araf :189)


Allah Ta'ala menyatukan dua insan ; suami dan isteri dengan kasih sayangNya. Nur KasihNya melimpahi hati mereka dan menjadi ikatan yang kukuh menimbulkan keamanan dan ketenteraman jiwa.

Keamanan, ketenteraman dan kebahagiaan jiwa ini perlu kepada penjagaan bereterusan supaya ianya terpelihara sehingga ke akhir hayat mereka. Dengan penjagaan ini mereka akan dapat menyebarkan kasih Ilahi kepada anak2 dan masyakarat manusia demi kebahgiaan dan kemenangan dunia akhirat, kembali kepada matlamat penciptaan Insan.

Sesungguhnya Allah Ta'ala menjadikan makhlukNya dari sifat KasihNya. Dan menjadikan setiap insan hasil dari cinta kasih ibubapa mereka. Inilah sebahagian tanda kebesaran Allah Ta'ala.

Firman Allah Ta'ala:
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan Kekuasaannya dan RahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
(Ar-Rum :21)




Semua pasangan yang mendirikan rumahtangga ingin hidup dalam kemesraan dan mencapai kebahagian. Mereka mengharapkan keamanan dan ketenangan didalam hidup. Mereka mengharapkan kasih sayang berpanjangan hingga akhir hayat mereka.

Dalam kenyataan hidup semua yang di sangka indah pada bayangan dan kahayalan adakalanya hanya kunjung sementara Kemanisan, kelazatan dan keseronokan yang dirasai pada awal perkahwinan makin pudar, kendur dan adakalanya hilang terus dari ruang kehidupan. Ada yang terpaksa merendam airmata. Sebahgian lain porak-poranda dan bercerai-berai.

Namun tidak kurang juga pasangan suami isteri terus mengecapi kebahagiaan dan kasih sayang berpanjangan walaupun kadangkala terpaksa berhadapan dengan berbagai ujian dan pancaroba hidup zaman yang serba maju. Kapal yang belayar disamudera luas sesekali akan terkena pukulan ombak dan taufan yang tidak terduga. Permulaan yang baik dan ketahanan kapal yang dikemudi dengan baik oleh Nakhodanya yang baik akan selamat membawanya ke pantai bahagia dengan izin Allah.

Dimana Rahsianya kebahagiaan ini?
Rahsianya pada suami?
Rahsianya pada isteri?
Apa pula ramuan rahasia-rahsia ini?


RAHSIA PERTAMA : KESUCIAN DIRI BAKAL SUAMI ISTERI

RAHSIA KEDUA : ILMU MENGURUS RUMAHTANGGA

RAHSIA KETIGA : SENTIASA BERGANTUNG HATI DENGAN ALLAH TA'ALA

RAHSIA KEEMPAT : PERTEMUAN PERTAMA YANG INDAH

RAHSIA KELIMA : RAHSIA JIMA' YANG SEMPURNA

RAHSIA KEENAM: PENYERAHAN PENUH ISTERI KEPADA SUAMINYA 

RAHSIA KETUJUH : SUAMI YANG BAIK, PENYAYANG DAN PEMAAF



Impianku menjadi isteri solehah,mencintai,
mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.

Seterusnya...

25 January 2010

KESUCIAN DIRI BAKAL SUAMI ISTERI


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semoga Allah menunjukki kita jalan kebenaran. Semoga kita sentiasa didalam limpahan Nur RahmatNya. Semoga Kita tidak mati melainkan didalam Iman dan Islam.


Kesucian adalah asas bagi segala kebaikan. Sementara kekotoran membawa kepada kerosakan.Kita ingin membawa pembaca budiman mengenal fitrah diri....kesucian yang menjadi asas perjalanan ke arah hidup yang selamat dan bahagia. Benih yang baik yang ditanam ditanah yang bersih akan menghasilkan pohon yang subur, kuat dan memberi hasil yang lumayan serta menaungi si penanamnya.

Apa yang kita maksudkan dengan kesucian adalah mereka yang berpegang teguh dengan agama, yang menjaga kehormatan dirinya. Mereka yang sentiasa bertaubat dan tetap mengerjakan segala perintah Allah Ta'ala dan menjauhi larangannya. Mereka2 yang bakal mendirikan rumahtangga wajib memberi perhatian kepada yang bakal menjadi pasangan hidupnya. (Ibubapa yang mencari pasangan untuk anak2 mereka wajib memberi tumpuan pemilihan berdasarkan agama melebihi asas2 yang lain):

Firman Allah Ta'ala:
"Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
( An-Noor: 26)



Sabda Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam:
“Perempuan dikahwini kerana empat sebab, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Pilihlah perempuan yang beragama, nescaya kamu akan diberkati.” (Bukhari dan Muslim).


Firman Allah Ta'ala dan Hadis diatas memberi panduan bagi seseorang memilih pasangannya. Wanita2 yang suci bersih adalah lebih baik dari wanita jahat, yang suka berfoya2, bergaul bebas walaupun rupa parasnya cantik. Demkian juga lelaki yang baik tetapi sederhana adalah jauh lebih baik daipada lelaki yang kacak tetapi jahat atau buruk akhlaknya.

Tegas lagi kita dilarang memilih pasangan berdasarkan kemuliaan, harta kekayaan atau keturunan.

Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam: bersabda:

“Sesiapa yang mengahwini seorang perempuan kerana kemuliaannya, Allah akan menambahkan kepadanya penghinaan, sesiapa yang mengahwininya kerana harta, Allah tidak akan menambahkan kepadanya kecuali kesusahan dan kefakiran. Sesiapa yang mengahwininya kerana keturunan, Allah tidak akan menambahkan kepadanya kecuali kerendahan (kejatuhan). Dan sesiapa yang mengahwini perempuan itu bagi menghadkan pandangannya dan bagi melindungi diri daripada perbuatan maksiat atau kerana silaturrahim (eratkan hubungan persaudaraan) , nescaya Allah akan memberkati dirinya dan akan memberkati isterinya.” (riwayat Tabrani).



Setelah memilih pasangan, mereka-mereka yang bakal mendirikan rumahtangga (yang telah diikat dengan pertunangan) wajib memelihara diri daripada perkara2 terlarang. Kerana perbuatan2 ini akan memberi kesan kepada istana bahagia yang bakal didrikan. Samada yang dimaksdukan ini membawa kepada pengertian kebahagian diri atau zuriat yang akan dilahirkan.

Mereka wajib menjaga batas2 yang telah ditentukan agama.
1. Menjaga batas aurat.
2. Menjaga batas pergaulan. Hendaklah seorang muhrim perempuan hadir ketika berlaku pertemuan.
3. Semua jenis surat menyurat, email, sms dan sebagainya hendaklah dalam batas yang tidak mengandungi ucapan2 yang menghairahkan atau ucapan yang boleh merangsang nafsu kerana mereka belum ada ikatan yang sah sebagai suami isteri.

Malangnya di zaman ini pasangan bertunang seperti sudah berkahwin ; boleh bawa berjalan2, bersiar2, berpegangan tangan yang semuanya haram dan boleh membawa kepada dosa dan mengotorkan jiwa. Jiwa yang kotor inilah yang akan memberi kesan buruk kepada kebahagian rumahtangga dan bakal zuriat yang akan dilahirkan.

Jadi hati2lah mereka2 yang bakal dirikan rumahtangga! Patuhilah perintah Allah dan wasiat RasulNya. Disana ada hikmah dan rahsia tersembunyi bagi mereka yang mahu mendapat kebahagiaan!

Ada yang bertanya: Bagaimana dengan mereka ang sudah mendirikan rumahtangga dan pernah terlanjur melakukan perkara2 yang ditegah sewaktu bertunang. Apa kah jalan keluar bagi mereka ini? Adakah masih ada jalan kebahgiaan???

Ibubapa adalah punca utama kehancuran kebahagiaan anak-anak mereka yang bakal mendirikan rumahtangga. Mereka membiarkan anak mereka yang telah bertunang dibawa berjalan dan berbuat sesuka hati oleh lelaki yang belum sah menjadi suaminya! Alasan mereka mudah....supaya mereka berkenalan rapat dan tiada masalah selepas berkahwin. Dan sebahagian lagi yang mempunyai kedudukan beri alasan kononnya inilah zaman moden....jadi kita mesti ikut arus perdana moden. Kalau tak ikut kita akan dikatakan kolot !!! NauzuBillah! Betapa jahilnya mereka ini tentang agama!

Lelaki dan wanita yang bertunang.....yang tidak mematuhi batasan agama juga patut dipersalahkan kerana telah jatuh taklif hukum atas mereka. Tiada alasan tak tahu atau tidak sedar!

Kedua-dua mereka (ibubapa dan pihak yang bertunang) menanggung dosa sebelum melangsungkan perkahwinan lagi kerana Allah Ta'ala dengan keras memberi amaran :

Firman Allah Ta'ala:

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
(Al-Isra, :32)


Maksud daripada amaran Allah Ta'ala "jangan hampiri zina" ini adalah ditujukan kepada segala perkara yang mendorong kepada perlakuan zina. Seperti berdua-duan, bercakap-cakap atau berhubungan dengan cara-cara yang boleh menaikkan nafsu kejahatan, berpegangan tangan atau apa saja perkataan, perbuatan, isyarat yang boleh mencetuskan perasaan kepada perbuatan zina adalah termasuk didalam amaran ini.

Dengan perkataan yang tegas, ibubapa dan bakal suami isteri terang2an melanggar perintah Allah Ta'ala ini. Apa lagi dosa yang lebih besar daripada perbuatan terang2an melanggar amaran Allah Ta'ala. Mereka telah mengotorkan diri mereka, hati mereka, ruh mereka dengan dosa dari tangan2 mereka sendiri.

Firman Allah Ta'ala:
"Lalu mereka merasai kesan yang buruk dari perbuatan derhakanya dan menjadilah akibat perbuatan mereka satu kerugian yang besar."
( At-Talaq :9)


Mereka yang bakal mendirikan rumahtangga dan telah tersilap langkah,..... belum terlambat lagi. Masih ada ruang memperbaiki diri....kembali kepada Allah dan betaubat sungguh2 padaNya.

Agar Mahligai yang bakal didirkan penuh kebahagiaan. Mudah-mudahan pertemuan pertama adalah pertemuan yang penuh keindahan. Mudah-mudahan sentuhan yang pertama adalah sentuhan suci. Sentuhan penuh keni'matan dari Kasih Ialhi. Sentuhan suci yang menjadi pembuka tirai kelapangan, kedamaian dan ketenangan.

Jika ada yang bertanya adakah jaminan kebahagiaan jika telah memenuhi syarat pertama ini. Kita menjawab tiada yang berhak memberi jaminan atas kebahagiaan atau apa jua asbab musabab kehidupan melainkan Allah dan RasulNya. Kita di tuntut mematuhi perintah Allah Ta'ala dan RasulNya dan bersangka baik dengan Allah bahawa Dia akan mengurniakannya kehidupan yang terbaik.

Firman Allah Ta'ala:
"Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya."
(Ar-Ra'd : 29)


Firman Allah:
"Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.
( Al-Ahqaf :13)"


Allah dan RasulNya memberi jaminan kekayaan, keberkatan dan kebahagiaan kepada pasangan yang mendirikan rumahtangga berdasarkan kepada penilaian agama dan ketaqwaan:

Firman Allah Ta'ala:

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (RahmatNya dan limpah KurniaNya), lagi Maha Mengetahui.
( An-Noor : 32)




Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam: bersabda:

“Sesiapa yang mengahwini seorang perempuan kerana kemuliaannya, Allah akan menambahkan kepadanya penghinaan, sesiapa yang mengahwininya kerana harta, Allah tidak akan menambahkan kepadanya kecuali kesusahan dan kefakiran. Sesiapa yang mengahwininya kerana keturunan, Allah tidak akan menambahkan kepadanya kecuali kerendahan (kejatuhan). Dan sesiapa yang mengahwini perempuan itu bagi menghadkan pandangannya dan bagi melindungi diri daripada perbuatan maksiat atau kerana silaturrahim (eratkan hubungan persaudaraan) , nescaya Allah akan memberkati dirinya dan akan memberkati isterinya.” (riwayat Tabrani).




Impianku menjadi isteri solehah,mencintai,

Seterusnya...

24 January 2010

ILMU MENGURUS RUMAHTANGGA



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semoga Allah menunjukki kita jalan kebenaran. Semoga kita sentiasa didalam limpahan Nur RahmatNya. Semoga Kita tidak mati melainkan didalam Iman dan Islam.
Dalam agama, apa saja amal tanpa ilmu adalah batal dan boleh membawa kepada kesesatan!

Dalam mendirikan rumahtangga bakal suami isteri wajib mengetahui hak, tugas dan tanggungjawab masing2, terutama pihak suami wajib mengetahui segala hal ehwal mengurus isteri dan anak2nya kerana dia adalah pemimpin yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak!

Firman Allah Ta'ala:

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala)..............( At-Tahrim :6)


Sabda Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi Wasallam:
Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua juga bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya." (Hadis riwayat At-Tarmizi daripada Ibn Umar)

Seorang lelaki yang bakal menjadi suami wajib mengetahui beberapa hak dan amanah yang terpikul keatas bahunya. Diantara pokok2 penting :

1. Wajib mengetahui cara-cara memimpin isteri dan anak2nya kepada Allah Ta'ala.
2. Wajib mengetahui cara-cara serta halal dan haram didalam menggauli isterinya.
3. Wajib mengetahui adab2 kepada kepada ibubapa dan mertua setelah berkahwin.

Demikian seorang isteri wajib mengetahui hak dan tanggungjawabnya sebagai isteri. Diantara yang terpenting:

1. Wajib mengetahui kewajipan dan adab2 dengan suami serta mengetahui perkara2 yang boleh menjatuhkan dia kedalam penderhakaan kepada suaminya.
2. Wajib mengetahui cara-cara mengurus rumahtangganya.
3. Wajib mengetahui adab2 kepada ibubapa serta mertuanya setelah berkahwin.



Ini kerana tanpa mengetahui kewajipan2 ini, maka banyak pelanggaran hukum dan adab akan berlaku samada dari satu pihak atau kedua-duanya. Apabila perintah Allah dan RasulNya dilanggar maka tiada lagi keberkatan didalam rumahtangga itu. Walaupun mungkin sekali suami isteri kaya raya tetapi mereka tidak akan mendapat ketenangan. Kerana hakikat ketenangan dan kebahagian adalah limpahan Rahmat Allah Ta'ala kepada hamba2nya yang bertaqwa iaitu mereka2 yang sentiasa mematuhi adab dan perintah Allah dan RasulNya.

Firman Allah Ta'ala:
"Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang menggembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada (sebarang perubahan pada janji-janji Allah yang demikian itulah kejayaan yang besar."
(Yunus :64)


Apabila seseorang lelaki yang bakal mendirikan rumahtangga tidak mengetahui kewajipannya terhadap isterinya, maka kemungkinan besar dia melakukan kezaliman terhadap isterinya. Seperti tidak memberi nafkah zahir atau nafkah batin kepada isterinya adalah diantara perkara2 yang boleh membawa kepada perselisihan dan keruntuhan keluarga. Si suami pula pasti menanggung dosa akibat perbuatannya.

Atau bakal isteri yang tidak mempelajari selok belok adab dan kewajipan terhadap suami, akan mudah terjatuh kepada penderhakaan yang menjadikan ibdahnya ditolak dan menerima kemurkaan Allah Ta'ala. Seperti yang dibicarakan sebelum ini, perkara ini seringkali tidak disedari oleh isteri disebabkan tiada persediaan dan pengetahuan yang cukup sebelum berkahwin.

Jika suami dan isteri dalam kejahilan, banyak sekali pelanggaran hukum akan berlaku. Selain itu pihak yang tidak mendapat hak yang sepatutnya dia terima, pasti akan kecewa dan marah. Perasaan marah dan kecewa yang berterusan akan membawa kepada tekanan jiwa dan pelbagai masalah yang akhirnya menjadikan rumahtangga menjadi porak poranda.

Bagi mereka yang bakan mendirikan rumahtangga, carilah pengetahuan yang cukup bukan sahaja syarat2 untuk lulus sijil perkahwinan, tetapi lebih dari itu wajib mempelajari hukum dan adab2 halus didalam menghadapi alam berumahtangga.






Impianku menjadi isteri solehah,mencintai,
mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.

Seterusnya...

23 January 2010

SENTIASA BERGANTUNG HATI DENGAN ALLAH TA'ALA




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semoga Allah menunjukki kita jalan kebenaran. Semoga kita sentiasa didalam limpahan Nur RahmatNya. Semoga Kita tidak mati melainkan didalam Iman dan Islam.
Sepanjang usaha-usaha membuat persediaan sebelum perkahwinan dan juga setelah mendirikan rumahtangga, kedua-dua pihak jangan lupa untuk sentiasa berhubung dengan Allah Ta'ala dengan cara bertaubat, berzikir dan berdoa.

Ini adalah diantara kunci Rahsia yang paling penting bagi orang2 beriman kerana mereka yakin tiada kuasa dan kekuatan dapat memberikan pertolongan melainkan Allah Ta'ala.

Firman Allah Ta'ala:
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
(Al-Baqarah: 45)


Firman Allah Ta'ala:
"Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan.
( Al-Baqarah :107)



Taubat memberishkan diri dari dosa2 yang disedari atau yang tidak disedari. Kerana bagaimana hebat dan teliti pun perancangan dan penyusunan kita, kita tidak terlepas dari kesilapan dan kesalahan, samada kesalahan teknikal dalam usaha menjayakan majlis2 atau kesalahan2 yang membawa kepada pelanggaran hukum agama. Dengan melakukan taubat mudah-mudahan Allah Ta'ala mengampuni kesalahan dan dosa-dosa kita yang tidak disedari.



Firman Allah Ta'ala:
"(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Dia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Dia mencipta kamu (berasal) dari tanah dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertakwa.
(An-Najm :32)"e



Zikrullah memberikan ketenangan dan kedamaian didalam hati serta Rahmat Allah yang melimpah-limpah.

Firman Allah Ta'ala:
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
(Ar-Rad :28)


Firman Allah Ta'ala:
“Kerana itu, ingatlah kamu kepada Ku, niscaya Aku ingat (pula) kepadamu (dengan memberikan Rahmat dan Pengampunan)”. (Al Baqarah : 152)


Seterusnya.....
Mohonlah kepada Allah setiap hari mulai dari hari pertunangan agar dilindungi dari tipudaya nafsu dan Iblis. Mohonlah agar diberi kemudahan dalam menguruskan persediaan menghadapi hari perkahwinan. Mohonlah agar rumahtangga yang akan dibina nanti tetap teguh dan penuh keberkatan dan kebahagiaan hingga akhir hayat.

Lebih utama lagi mohonlah keberkatan doa orang2 yang saleh kerana sangat maqbul doa-doa mereka.

Lazimkan diri dengan zikrullah samada sewaktu bersendirian atau membuat persediaan majlis2 atau setelah mendirikan rumahtangga, akan mendatangkan keampunan Allah, memberikan ketenangan jiwa dan Rahmat Allah yang melimpah2 kepada penghuni rumah berkenaan.

Abu Hurairah Radhiallahu 'Anh memceritakan beliau mendengar Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

"Tidak ada jemaah yang duduk sambil berzikrullah melainakn dikerumunilah mereka oleh malaikat, diliputinya mereka dengan Rahmat, diturunkan ke atas mereka ketenangan dan disebutkan mereka oleh Allah Ta'ala di hadapan mereka yang berada di sisiNya.

Dalam kehidupan harian, kita seringa didatangi berbagai ujian, cobaan. Adakalanya ujian dan cobaan ini terlalu berat untuk dipikul terutama setelah mendirikan rumahtangga. Tetapi Insya Allah, bagi mereka2 yang tetap mendirikan zikrullah samada dalam diri mereka apalagi mengerjakannya bersama keluarganya akan mendatangkan kelapangan dan ketenteraman jiwa.

Ini kerana hati orang sentiasa mengamalkan zikrullah, dipenuhi dengan ingatan, harapan dan penyerahan penuh kepada Allah Ta'ala. Dia tahu bahawa Allah Ta'ala akan memberikannya jalan keluar. Dia yaqin bahwa Tuhan yang menjadikan kesakitan padanya akan menunjukki jalan untuk menyembuhkannya. !

Hatinya yang penuh dengan cahaya zikrullah ini juga melimpah-limpah dan memberi kebaikan kepada isteri dan anak2 serta seisi keluarganya. Dalam erti kata memberikan ketenangan dan meleraikan kekusutan dan kekeliruan.


Sesungguhnya hati orang yang sentiasa berzikir adalah hati yang sentiasa hidup subur dengan keimanan dan ketaqwaan.

Abu Musa Radhialllhu 'Anh menceritakan bahawa Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

"Perbandingan orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir adalah seperti oarang yang hidup dengan orang yang mati. Orang yang tidak berzikir itu adalah seperti orang mati."



Abu Hurairah Radhiallahu 'Anh memberitahu bahawa Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

" Allah Ta'ala berfirman: Sesungguhnya, Aku adalah sebagaimana yang disangkakan oleh hambaku, adalah Aku bersamanya apabila dia mengingati Aku, jika dia mengingat aku di dalam hatinya, maka Aku mengingati dia dalam hatiKu, dan jika dia mengingati aku dalam jemaah, maka Aku ingati dia dalam jemaah yang lebih baik ( iaitu dalam jemaah para malaikat).Apabila hambaku mendekatiku sejengkal, maka aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta Aku dekati dia sedepa. Dan apabila dia datang mendekati akudengan berjalan, maka Aku dekati dia dengan berlari."


Tiada kurnia yang lebih besar dan lebih menguntungkan diri seseorang selain daripada dirinya di ingati dan disebut2 oleh Allah dalam diriNya dan di dalam Majlis2 berserta malaikatnya yang mulia. Orang ini berserta keluarganya dalam perhatian, keampunan dan kebahagiaan.





Impianku menjadi isteri solehah,mencintai,
mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.

Seterusnya...

22 January 2010

PERTEMUAN PERTAMA YANG INDAH




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semoga Allah menunjukki kita jalan kebenaran. Semoga kita sentiasa didalam limpahan Nur RahmatNya. Semoga Kita tidak mati melainkan didalam Iman dan Islam.

Bagi pasangan yang benar2 mematuhi hukum agama sebelumnya, ini adalah saat yang sangat menggembirakan kerana mereka akan dapat meni'mati apa yang menjadi hajat dan kehendak naluri mereka yang telah pun ditetapkan oleh Allah Ta'ala didalam kejadian diri manusia. Iaitu seorang lelaki inginkan seorang wanita. Dan seorang wanita menginginkan seorang lelaki. Samada untuk berkasih sayang, saling membantu dan memenuhi kehendak nafsu syahwat secara halal dan diredhai Allah Ta'ala.

Untuk menjadikan pertemuan ini suatu permulaan yang baik, mudah-mudahan permulaan yang baik ini akan menjadi pembuka gerbang kehidupan berumahtangga yang aman bahagia, disini kita perhatikan beberapa panduan yang diambil dari hadis Nabi dan Athar Sahabat.

1. Pada hari pertemuan sebaiknya solat taubat dan istighfar mohon keampunan Allah Ta'ala.

2. Mulakan melangkah masuk ke bilik pengantin dengan kaki kanan sambil membaca Bismillah dan Solawat atas Nabi Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam kemudian berdoa sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi:

Abu Malik Al-Ansari Radhiallahu 'Anh mengatakan Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi Wasallam bersabda,

"Apabila pengantin telah melangkah masuk ke rumah hendaklah ia berdoa : " Ya Allah, aku memohon padaMu tempat masuk yang sebaik-baiknya dan tempat keluar yang sebaik-baiknya. Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar. dan kepada Allah jualah kami bertawakkal." (Abu Dawud)

3. Mengerjakan solat hajat bersama-sama dan berdoalah sungguh-sungguh untuk keampunan dan keberkatan rumahtangga, dimurahkan rezeki yang halal, dikurniakan anak-anak yang soleh dan kebahgiaan suami isteri sehingga ke akhir hayat.

4. Si suami menghadap wajah isteri, bersalaman kemudian sambil memegang ubun-ubun isteri, berdoa kebajikan dan dijauhi keburukan.

"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebajikan dari isteriku dan kebajikan fitrah tabi'at yang telah Engkau tentukan, dan aku pun berlindung kepadaMu dari keburukan isteriku serta keburukan fitrah tabi'atnya yang telah Engkau tentukan" ( Riwayat Bukhari, Abu Dawud, Ibnu Majah)

5. Si suami berbincang dengan penuh kelembutan dan kemesraan dengan isterinya.





Impianku menjadi isteri solehah,mencintai,
mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.

Seterusnya...

21 January 2010

RAHSIA JIMA' YANG SEMPURNA




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semoga kita semua didalam RahmatNya dan kasih sayangNya.

Salah satu tujuan perkahwinan adalah untuk memenuhi syahwat keinginan manusia dengan cara yang halal dan di redhai Allah Ta'ala:

Firman Allah Ta'ala :

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan Kekuasaannya dan RahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
(Ar-Rum :21)


Firman Allah Ta'ala:

" Isteri-isteri kamu adalah (ibarat) ladang tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tempat kamu bercucuk tanam itu bila saja kamu kehendaki" (Al-Baqarah : 223)

Tetapi didalam Islam, ianya tidak hanya terbatas kepada memenuhi syahwat semata-mata kerana didalam nya terkandung beberapa rahsia kebaikan bagi kedamaian, ketenangan dan kesatuan suami isteri.

Apabila jima' dilakukan mengikut cara2nya yang ditentukan syara', ianya akan memberikan kebaikan2 yang banyak. Diantaranya:

1. Memberikan kesegaran dan kelapangan fikiran kepada kedua -dua suami isteri.
2. Mematikan nafsu syahwat kejahatan kepada yang haram.
3. Menimbulkan kasih sayang dan hubungan yang rapat diantara suami isteri.
4. Merupakan Ibadah dan mendapat pahala.




Huraian : Kewajipan suami :

Dalam menyempurnakan tuntutan jima' ini seorang suami perlu belajar cara2 yang dituntut syara' sehingga terhasil maksud daripadanya. Dia antara kewajipannya :

1. Kemampuan melakukan jima' dengan sebaiknya.
Untuk ini dia mesti menjaga kesihatan sehingga mampu melakukan jima' sehingga memberi kepuasan pada kedua-dua pihak. Jika dia mengalami masalah kesihatan seperti lemah syahwat atau kekurangan keupayaan maka wajib berusaha mengubatinya. Jika tidak dia akan berlaku zalim pada isterinya.

2. Melayani isteri dengan penuh kemesraan sehingga si isteri mendapat kepuasan.

3. Hendaklah niatkan sebagai ibadah kerana setiap pekerjaan yang dihalalkan oleh Allah Ta'ala mendapat kebajikan. Apa lagi melihat kepada hasil daripada jima' yang menerbitkan banyak kebaikan kepada kerukunan rumahtangga.

4. Mematuhi adab dan tertib lain dalam jima' isteri.

5. Mempelajari panduan2 dan teknik2 seni sebelum dan semasa jima' kerana muqaddimah kepada jima' dan cara2 jima' yang berlainan akan memberikan kepuasan dan ketenangan yang lebih kepada kedua-dua pihak. Ini adalah di antara faktor terpenting didalam terhasilnya maksud jima' yang dituntut iaitu sebagai Ibadah, kasih sayang berpanjangan suami isteri dan memenuhi naluri syahwat insan.!

a) muqaddimah (awalan) sebelum jima'. Seorang suami perlu mempelajari cara-cara untuk menaikkan syahwat isterinya sebelum mula menyetubuhinya.

b) Mengetahui tanda2 isterinya bersedia untuk disetubuhi.

c) Mengetahui juga gerakan2 yang dapat membantu isterinya mencapai kemuncak syahwatnya sehingga inzal(telah keluar maninya).

d) Mengetahui tanda2 si isteri telah inzal (telah keluar maninya) dan mencapai kepuasan.


Huraian : kewajipan isteri

Pihak isteri mempunyai tanggungjawab yang sama dalam menjadikan keadaan ini menjadi kenyataan. Diantara perkara2 yang menjadi tanggungjawab isteri dalam hal ini :

1. Sentiasa bersedia dan memenuhi hajat suaminya. Jika ada keuzuran tertentu seperti sakit atau penat, hendaklah meminta maaf supaya suami faham keadaan isterinya.

2. Sentiasa membersihkan diri dan memakai wangi2an ketika hendak bersama. Wangi2an menaikkan keinginan suami sementara bau yang tidak menyenangkan boleh mematikan keinginannya.

3. Sentiasa menjaga tubuh badannya agar sesuai dengan selera suaminya. Dan menjadi daya penarik pandangan suaminya.

4. Jauhkan dari membangkitkan perkara2 yang mengganggu fikirannya seperi menyebut tentang perkara yang tidak disukainya samada sebelum atau ketika jima' .



Huraian : Kajian semasa dan punca kekeruhan :

Menurut beberapa pihak yang membuat kajian di Malaysia, statistik menunjukkan peratus yang tinggi pihak "isteri tidak mendapat kepuasan didalam jima'.

Adakah benar statistik2 ini?
Kalau benar adakah ianya melibatkan orang Islam?

Kita tdak bercadang untuk membahaskan sejauh mana kebenaran statistik ini. Tetapi kita ingin bicarakan suatu hakikat bahawa wanita iaitu isteri lazimnya berasa malu untuk membicarakan atau berterus terang dengan suami mereka masalah ini.

Ada yang berpendapat si isteri akan mendiamkan diri semata2 menjaga hati suaminya.

Salah satu unsur yang boleh menjejaskan keharmonian rumahtangga adalah tidak adanya kepuasan didalam jima'.

Pasangan suami isteri yang mendapat kepuasan didalam jima' akan merasa riang, tenang dan cergas didalam menghadapi urusan harian. Sebaliknya mereka yang tak mendapat kepuasan disebabkan terganggu oleh sesuatu hal yang tidak menyenangkan akan terasa lesu, tertekan dan tidak bermaya menghadapi kehidupan.

Sebahagian daripada punca terjadinya tiada kepuasan didalam jima' adalah :

1. Muqaddimah jima' tidak sempurna atau cacat.
2. Suami hanya mementingkan diri, tidak pandai melayan isterinya sehingga mendapat kepuasan yang sama.
3. Suami lemah syahwat atau terlalu cepat inzal (keluar mani sedangkan isteri nya belum atau lambat keluarnya)
4. Tekanan perasaan di tempat kerja atau tekanan kehidupan yang lain.
5. Masa dan keadaan yang tidak sesuai.
6. Isteri tidak pandai menjaga hati suami atau derhaka sehingga kasih suami pada isterinya terganggu.
7. Isteri tak pandai menjaga tubuh badannya dan tak pandai berhias diri sehingga hilang selera suaminya.


Huraian : fakta penting inzal wanita :

Fakta penting tentang kemuncak syahwat wanita dan inzal wanita (pancutan air mani wanita) :

1) Kebanyakan wanita (isteri) mengambil masa lebih lama untuk naik syahwatnya berbanding dengan suaminya.
2) Demikian juga mengambil masa yang lebih lama untuk mencapai kemuncak syahwatnya sehingga inzal (pancutan air mani).
3) Isteri yang mencapai kemuncak syahwat tidak akan mendapat kepuasan sehingga dia inzal.


Menjaga kepentingan, kedamaian dan keharmonian rumahtangga adalah tanggungjawab suami. Jika terdapat perkara2 yang boleh membawa kepada kepincangan, kerosakan dan keruntuhan rumahtangga, maka menjadi kewajipannya mengelakkan dan menjauhinya. Jika sudah terjadi maka wajib membaikinya dengan cepat.

Diharap para suami mengambil perhatian berhubung perkara ini. Walaupun kita termasuk orang2 yang sibuk berda'wah dan tarbiyyah, nafkah batin yang sepatutnya menjadi haq isteri wajib ditunaikan dengan sempurna. Tidak mendapat kepuasan didalam jima' boleh membawa si isteri kepada keadaan2 yang tidak menyenangkan seperti sakit kepala, mudah marah, lesu dan kurang bersemangat.

Keadaan2 yang tidak menyenangkan ini akan mengakibatkan perkara2 yang lebih buruk seperi penderhakaan kepada suami. Maka puncanya akan kembali kepada si suami yang tidak menyempurnakan tanggungjawabnya kepada isteri.

Perhatikanlah wahai mujahid2. Wahai pejuang2 Islam. Jangan dipandang ringan....sedikit usaha akan membuahkan hasil yang lumayan. Sedikit kecuaian boleh mengakibatkan keruntuhan istana.

Jika tak tahu pelajarilah daripada orang tua2 atau sahabat2 yang baik.!




Impianku menjadi isteri solehah,mencintai,

Seterusnya...

20 January 2010

PENYERAHAN PENUH ISTERI KEPADA SUAMINYA



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semoga kita semua didalam RahmatNya dan kasih sayangNya.

Penyerahan mutlak isteri kepada suaminya mengandungi hikmah yang sangat besar didalam usaha mencari kebahagiaan pasangan suami isteri disamping menjaga keamanan dan ketenangan keluarga.

Seorang isteri wajib menyerahkan seluruh jiwa raganya kepada tadbir suaminya. Pilihannya adalah pilihan hati suaminya. Kesukaannya adalah kesukaan suaminya. Keinginannya adalah keinginan suaminya. Dia gembira melihat suaminya gembira, Dan dia akan berduka jika suaminya berduka.

Didalam urusan harian banyak perkara memerlukan pertimbangan dan keputusan. Seorang isteri yang bijak akan sentiasa merujuk kepada suaminya dalam melaksanakan kewajipannya sebagai pembantu kepada suaminya. Kerana dia tahu keberkatan pekerjaan rumahtangganya dan kejayaan dirinya bergantung kepada keredhaan suaminya.

Imam Turmuzi meriwayatkan dari Ummu Salamah Radhiallahu 'Anha, ia berkata ia mendengar Sabda Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi wa Sallam bersabda ;

"Sesiapa pun wanita yang meninggal dan suaminya redha kepadanya, maka ia masuk syurga" (Hasan Sahih)


Isteri seperti ini akan mendapat kasih sayang dan keredhaan suaminya. Kasih sayang dan keredhaan ini yang membawa keberkatan didalam hubungan suami isteri dan didalam rumahtangga seluruhnya. Semua urusan akan mendapat kemurahan Allah Ta'ala dan pertolonganNya.

Contoh yang unggul adalah Sayyidatina Fatimah Az-Zahra', putri kesayangan Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi wasallam yang menenggelamkan seluruh keinginannya dibawah kehendak suaminya. Beliau memenuhi ruang mata dan hati suaminya sehingga tiada lagi yang diharapkan melainkan redha Allah melalui redha suaminya.



Seorang isteri tidak akan dapat kasih sayang suaminya jika dia bertindak membelakangkan suaminya dalam urusan rumahtangga. Apa lagi jika dia sering melawan cakap suaminya. Maka hilanglah keberkatan, binasalah kebahagiaan.!

Walaupun si isteri seorang yang berpengaruh dan mempunyai kedudukan di sisi masyarakat, atau pengarah syarikat atau Guru Besar atau apa saja, apabila kembali ke rumah dia tetap menjadi suri rumah sebagai pembantu suaminya. Dia tetap merendahkan diri kepada suaminya kerana suami adalah pemegang kunci kejayaannya dunia akhirat. Dia tetap menanti keputusan suaminya dalam segala hal walaupun dia terkenal bijak didalam menilai sesuatu perkara.



Allah telah mengangkat suami sebagai pemimpin keluarga maka Allah Ta'ala akan memberikan pimpinannya dalam mengurus isteri dan rumahtangganya. Jadi si isteri jangan memandang rendah pada suaminya walaupun dia seorang yang kurang harta dan atau kurang sedikit pelajarannya. Sebaliknya dia mesti menjunjung tinggi dan muliakannya. Dan berusaha sungguh2 mencari redhanya.

Firman Allah Ta'ala:
" Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar. (An-Nisa: 34)


Redha Allah atas redha suami kepada isterinya. Pasangan suami isteri yang mendapat redha Allah, itulah kebahagiaan abadi!


Sebaliknya membelakangkan suami apalagi menderhaka kepadanya, bukan sahaja mendatangkan kerosakan didalam rumahtangga tetapi lebih buruk lagi kerugian di akhirat kelak .

Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi WaSallam :

"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."
(Muslim)





Huraian : Menghadapi suami tidak bertanggungjawab, tidak menunaikan haq

Tidak dapat dinafikan kemungkinan berlakunya keadaan2 seperti ini.  Suami tidak memberikan nafakah zahir atau nafkah batin atau kedua2nya. Si isteri terpaksan menelan segala kepahitan dan penderitaan.

Dalam keadaan begini, si isteri perlu juga berhati-hati agar tidak mengeluarkan kata2 atau melakukan suatu perbuatan yang boleh membawanya kepada jatuh derhaka.  Umpamanya caci makinya atau bertindak terburu2 minta perceraian atau sebagainya. Suaminya tetap ketua keluarganya dan pemimpinnya dan dia tetap memegang amanah tersebut sehingga dia di panggil kembali oleh Allah Ta'ala. Dia akan menghadap Allah Ta'ala untuk menjawab segala persoalan dan amanahnya.  Si isteri adalah tetap sebagai pembantu dan penolongnya dalam menguruskan rumahtangga suaminya.  Dia tidak boleh mengatasi suaminya dalam hal pimpinan ini. Si isteri juga akan ditanya tentang perlakuannya.

Dengan demikian cara terbaik ialah jangan melawan. Sebaliknya perlulah laksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri. Dan cuba usahakan perkara2 berikut. Mudah2an Allah Ta'ala mendatangkan pertolonganNya.

1. Berbincang dengan suami dengan baik....elakkan menaikkan suara.

2. Berdoalah banyak2 agar Allah Ta'ala membuka pintu hati suaminya dan berbuat ihsan dengannya.

Mudah2an dengan sifat kelembutannya dan doanya yang sungguh2, suaminya berubah kebaikkan...!





Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,

Seterusnya...

19 January 2010

SUAMI YANG BAIK, PENYAYANG DAN PEMAAF




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Semoga kita semua didalam RahmatNya dan kasih sayangNya.

Allah Ta’ala memerintahkan berlaku ma’ruf terhadap isteri sebagaimana FirmanNya :

"………………Dan bergaullah dengan mereka dengan cara yang baik……………." (An-Nisa': 19).

Dari Tafsir Jalalain :
(dan pergaulilah mereka secara patut) artinya secara baik-baik, biar dalam perkataan maupun dalam memberi nafkah lahir atau batin. (Maka jika kamu tidak menyukai mereka) hendaklah bersabar (karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu tetapi Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak). Siapa tahu hal itu dilakukan-Nya misalnya dengan menganugerahimu anak yang saleh.

Dari Tafsir Ibnu Kathir :
Dengan perkataan2 yang baik, layan mereka dengan kasih sayang dan jadikan diri kamu di sukai sebagaimana kamu juga mengahrapkan seperti itu dari mereka.

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alayhi WaSallam :
“Lelaki yang paling baik ialah yang amat baik terhadap isterinya,dan aku adalah yang paling baik terhadap isteriku.Tidak ada seseorang yang memuliakan wanita,kecuali dia seorang yang mulia.Tidak ada yang menghina wanita,kecuali oarang yang rendah pekertinya”-( Abu Daud)


Perintah Allah dan RasulNya menunjukkan seorang suami wajib bergaul dengan isterinya dengan ma’ruf iaitu dengan baik. Iaitu dengan pekataan2 yang lemah lembut dan penuh kasih sayang. Seorang isteri menjadi pakaian kepada suaminya, menjadi penawar ketika dukanya, menjadi benteng penutup kejahatan syahwatnya, menjadi teman, pengikut setia dan kekasihnya.



Maka sangat wajar seorang suami membalas kasih isterinya dengan kasih sayangnya pula. Walau bagaimanapun perkara ini tidaklah semudah yang difikirkan. Tidak semua pasangan dapat menjadi pasangan yang ideal sebelum ianya diusahakan oleh kedua pihak terutama suami sebagai ketua keluarga. Pada awal perkahwinan semuanya nampak indah. Tetapi setelah masa berlalu, kemungkinan berlaku pergeseran dan pertentangan. Maksudnya adalah seringkali terjadi si isteri menjadi tidak ta’at, melawan perintah suami,

Pada diri seorang wanita terdapat banyak kebaikan seperti sifat lemah lembut, sifat mengasihani orang lain dan bersifat penyayang. Dipandang di suatu sudut lain wanita dijadikan dengan beberapa sifat kelemahan dan kekurangan. Kelemahan dan kekurangan ini menyebabkan dia sering terjatuh kepada mengikut hawa nafsunya. Dia mudah terpengaruh dengan pujukan manusia, hawa nafsu dan bisikan syaitan.

Kata Imam Ghazali : “Seorang wanita sentiasa cenderung kepada melakukan kesalahan dan kesilapan.”

Diantara kesilapan /kesalahan seorang isteri samada disedari/ tak disedari adalah :
1. Melawan cakap suami.
2. Mengeluarkan perkataan2 merendahkan /memandang rendah pada suami.
3. Mengeluarkan perkataan2 yang menyakitkan hati suami.
4. Tidak melayan suami sebagaimana yang dituntut.
5. Abaikan perintah suami.


Jika terjadi perkara2 demikian seorang suami perlu bersabar dan tetap membimbing isterinya tanpa jemu. Dia tidak patut merasa marah berlebihan, atau menengking dengan kata2 kesat atau membuat berbagai ugutan. Si suami perlu tanamkan dalam dirinya wasiat Nabi Sallallahu ‘Alayhi Wasallam:

Daripada Jabir bin Abdullah katanya, Rasulullah bersabda: :"Takutlah kamu kepada Allah tentang tanggungjawab terhadap isteri , kerana sesungguhnya kamu telah mengambil mereka dengan amanah Allah dan kamu menghalalkan kehormatan mereka dengan kalimah Allah. Hendaklah kamu memberi makan dan pakaian kepada mereka dengan cara yang baik.” (Ibn Majah)


Diantara tindakan2 yang ma’ruf dan dituntut keatas suami adalah :

1. Sentiasa memberi didikan dan bimbingan

2. Bersabar diatas perkataan dan perbuatannya yang menyinggung perasaannya

3. Sentiasa curahkan kasih sayang kepada nya walaupun pada zahirnya hatinya sakit

4. Sentiasa maafkan kesalahannya

5. Sentiasa berdoa agar Allah Ta’ala membukakan pintu hati istrinya kepada ketaatan.

Penting : penjagaan

Apa yang kita maksudkan tolak ansur , bertimbangrasa dan memaafkan kesalahan isteri adalah perkara2 berkaitan diri suami yang boleh suami tolak ansur dan lemah lembut dengannya.

Tetapi dii sini kita tidak bermaksud membiarkan isteri berbuat sesuka hati berbuat perkara2 yang bertentangan dengan agama seperti :

1. Keluar rumah sesuka hati
2. Berhubung dengan lelaki yang bukan muhrim (tanpa sebab yang diharuskan agama seperti muamalah atau urusan kerja.)
3. Bergaul bebas dengan lelaki bukan muhrimnya.
4. Tidak menutup auratnya.
5. Tidak menunaikan solat atau kewajipan agama yang lain.

Dalam hal demikian maka tiada tolak ansur melainkan wajib atas suami memerintahkan ta’at dan menjauhi larangan Allah. Jika si suami biarkan keadaan tersebut maka dia termasuk ‘dayus’ dan telah khianat kepada Amanah Allah dan RasulNya.

Huraian : Tidak kelihatan tetapi wujud

Ada isteri menda'wa si suami tidak pernah atau jarang sekali mengucapkan sayang atau kasih kepada mereka.

Dalam hal ini si isteri perlu menilai kembali diri isteri samada telah melakukan ta'at atau tidak.

Seorang suami yang beriman dan takut kepada Allah, sangat sayang kepada isterinya walaupun isterinya sering menderhaka kepadanya, sering menyakiti hatinya. Dia tetap mendoakan kebaikan dan memohon keampunan untuk isterinya. Dia akan sentiasa membimbing nya dengan zikir dan wirid tanpa disedarinya. Dia akan sentiasa membimbing tangan isteri serta keluarganya kepada Allah Ta'ala tanpa disedari. Inilah kasih sebenar. Iaitu kasih kerana Allah. Membawa isteri dan keluarga menghadap Allah zahir dan batin. Dia tetap menyayangi isterinya walaupun tidak melafazakannya dengan perkataan.

Seoang isteri yang ingin melihat curahan kasih suaminya secara zahir, perlu sediakan dirinya sebagai isteri yang ta'at dan redha dengan suaminya. Dia perlu sentiasa waspada terhadap perkataan ,perbuatan dan tingkahlakunya agar tidak mencedarakan hati suaminya.

Sungguh kasih seorang suami (yang benar2 beriman) tidak terduga kerana didalamnya kasih Ilahi yang tidak bertepi.!





Amat benar sekali. Memang ada suami yang sukar untuk mengucapkan kata-kata sayang kepada isterinya. Namun ia terserlah melalui perbuatan seperti jika mengajak solat berjemaah jika isteri leka dengan sesuatu tugas. Atau isteri mahu bersolat dahulu kerana melihatkan suami masih ada kerja, dan suami tegur "hai, nak pergi syurga sorang diri ke?" Kenapa suami tegur begitu? Sebab isteri solat sendirian,ganjaran pahala sedikit, namun jika isteri bersabar menunggu sebentar untuk solat berjemaah,maka ganjarannya lebih tambahan imamnya suami sendiri.

KAsih sayang suami juga terzahir melalui ambik berat, kerap telefon bila berjauhan (masing-masing di tempat kerja)sekadar bertanya "buat apa tu?" Membelikan buah atau sayur kegemaran isteri.

Dan yang paling utama, selalu berzikir dan berdoa. Apa tujuan zikir? Agar selalu ingat Allah, agar selalu di dalam pimpinan Allah dan dapat melaksanakan tanggungjawap bukan setakat untuk diri sendiri tetapi kepada isteri,anak-anak, keluarga dan masyarakat. Apa tujuan doa jika bukan memohon keselamatan , kesejahteraan, kebahagiaan dunia dan akhirat untuk isteri , anak-anak dan keluarga? Selalu memohon redha, rahmat dan kasih sayang Allah untuk isteri, anak-anak dan keluarga. Itulah kasih suami sebenarnya, yang tidak terlafaz melalui kata-kata.

Manakah lebih bagus sering mendengar ucapan sayang atau sekali sekala ucapannya " abang redha ke atas mu sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak abang."





Seterusnya...

18 January 2010

Keizinan Berkursus Pada Isteri yang bekerjaya



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Soalan:

Kalau isteri hendak menghadiri kursus di luar atas arahan ketua, tetapi suami tidak izinkan. Apakah pandangan Ustaz?

Ada seorang ustaz mengatakan, apabila kita mengizinkan isteri kita bekerja, bermakna, segala arahan tempatnye bekerja, automatik kita redha.


Jawapan:

Masalah ini dan yang seakan serupa sering terjadi didalam masyarakat kita, berdasarkan hakikat bahawa ramai wanita/isteri zaman ini keluar bekerja. Keadaan diri mereka dan pergaulan mereka diluar dan di tempat kerja sering menjadi fitnah dan mengakibatkan pergolakan rumahtangga.

Sebelum memberi jawapan spesifik kepada persoalan, ada baiknya kita melihat kedudukan suami, kedudukan isteri serta tanggungjawab mereka masing2. Bagaimana isteri bekerja. Peraturan2 yang perlu dipatuhi oleh pekerja. Hukum hadiri kursus jabatan dan yang berkaitan dengan gaji/pendapatan.



KEDUDUKAN SUAMI DALAM ISLAM

Kedudukan seorang suami didalam keluarga seperti perintah Allah Ta'ala :



﴿الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَآءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَآ أَنفَقُواْ مِنْ أَمْوَلِهِمْ فَالصَّـلِحَـتُ قَـنِتَـتٌ حَـفِظَـتٌ لِّلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ وَاللَّـتِى تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِى الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلاَ تَبْغُواْ عَلَيْهِنَّ سَبِيلاً إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيّاً كَبِيراً ﴾

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar. ( An-Nisa :34)


Sabda Rasulullah Sallallahu Alayhi WaSallam :

Dari Ummul Mu'minin Aisyah Rasdiallhu Anha, mengatakan :

"Ya Rasulullah, siapakah orang yang mempunyai hak sepenuhnya ke atas seorang isteri?" Baginda menjawab : "Suaminya". Aku bertanya lgi ; "Siapakah orang yang mempunyai hak sepenuhnya keatas seorang suami?" Baginda menjawab, "Ibunya" (Riwayat Al-Hakim)



Rasul yang mulia Shallallahu ‘alayhi Wa sallam telah bersabda:


لَوْ كُنْتُ آمُرُ أَحَدًا أَنْ يَسْجُدَ لِأَحَدٍ لَأَمَرْتُ الْمَرْأَةََ أَنْ تَسْجُدَ لِزَوْجِهَا وَلاَ تُؤَدِّي الْمَرْأَةُ حَقَّ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْهَا كُلَّهُ حَتَّى تُؤَدِّيَ حَقَّ زَوْجِهَا عَلَيْهَا كُلَّهَا حَتَّى لَوْ سَأَلَهَا نَفْسَهَا وَهِيَ عَلَىظَهْرِ قَتَبٍ لَأَعْطَتْهُ إِيَّاهُ

“Seandainya aku boleh memerintahkan seseorang untuk sujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri sujud kepada suaminya. Dan tidaklah seorang istri dapat menunaikan seluruh hak Allah Subhanahu wa Ta’ala terhadapnya hingga ia menunaikan seluruh hak suaminya. Sehingga jika suaminya meminta dirinya (mengajaknya jima’) sementara ia sedang berada di atas pelana (yang dipasang di atas unta) maka ia harus memberikannya (tidak boleh menolak).” (Riwayat Ahmad)


Perintah Allah dan hadis2 Rasul ini dijadikan hujjah yang kuat oleh Ulama2 menunjukkan betapa seorang suami itu mempunyai hak paling tinggi atas isterinya, melebihi ibubapanya sendiri. Apa lagi majikan atau pemimpin2 lain walaupun pemimpin islam.

Dengan demikian seorang isteri wajib mentaati suaminya dalam segala keadaan kecuali suami memerintahkan berbuat ma'siat. Maka ketika itu haram menta'atinya.


MASALAH WANITA BEKERJA

Sebenarnya ini adalah satu tajuk yang sangat panjang untuk dibincangkan. Sebagai ringkasan kita katakan bahwa sesungguhnya berdasarkan keterangan Al-Qur'an dan Hadis Nabi tempat seorang wanita adalah di rumah melayan suaminya dan mendidik anak2nya. Tetapi ulama2 berfatwa, ada kelonggaran /di beri keringanan pada isteri keluar bekerja/khidmat diluar dengan syarat2 berikut :

1. Khidmatnya diperlukan oleh kaum wanita seperti doktor, guru, bidan dsb

2. Pendapatan suami kurang/tidak mencukupi untuk menyara keluarganya.

3. Isteri perlu membayar hutang dan suami tak mampu untuk membayarnya.


Dalam semua keadaan diatas wajib pula mematuhi hukum2 berikut :

1. Mendapat keizinan suami
2. Menutup aurat dan menjaga batas pergaulan dengan bukan muhrim
3. Pekerjaan tersebut sesuai dengan sifat kewanitaannya.



ADAKAH MESTI HADIR KURSUS JABATAN


Ini bergantung kepada keadaan mula2 t/tangan kontrak perjanjian pekerja-majikan. Jika termaktub didalam perjanjian tersebut, pekerja mesti menghadiri kursus sebagai syarat bekerja atau ianya merupakan sebahagian tugasnya didalam pekerjaan tersebut, maka ianya menjadi kewajipan. Sebaliknya jika ianya tidak termaktub didalam perjanjian dan ianya diadakan sebagai tambahan, maka tidak menjadi kewajipan. Jika seorang pekerja tidak hadir dalam keadaan ini, ianya tidak menjejaskan pendapatannya.

Dalam keadaan pertama jika didapti ada unsur2 yang bercanggah dengan agama seperti pergaulan bebas, pendedahan aurat dll maka suami berhak melarangnya, bahkan wajib melarangnya. Seperti contoh syarikat2 mengadakan kursus2/lawatan/rombongan bercampur lelaki perempuan tanpa batas yang diizinkan syara', maka haram menghadirinya dan suaminya wajib melarangnya. Jika seorang suami setelah mengetahui keadaan majlis/perjumpaan/kursus/lawatan yang mengandungi unsur2 haram, masih mengizinkannya maka dia adalah dayus dan akan menanggung dosa isterinya itu.


(Rujukan utama : Ghunyah Li Talibil Haqq, Ihya Ulumuddin, fatwa2 Shaikh Faraz Rabbani, Shaikh Wasim Ashrafi )

Wallahu A'lam


Seterusnya...