CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

16 December 2009

Permudahkan Urusan Perkahwinan

Terfikir dibenak ini, kenapa zaman ini, pasangan yang ingin berkahwin perlu melalui berbagai kesukaran? Dari proses mencari calon, jika melalui sesuatu badan seperti baitul Muslim, pun ada kesukaran yang dihadapi apabila ciri-ciri yang ditetapkan itu rigid. Semua nak yang terbaik! Sebuah Sketsa dan Fenomena Perkahwinan Hari ini.

Jika memang telah dikenali pula, masalah akan timbul bila sampai kepada keluarga. Ada keluarga yang faham, mengizinkan anak bernikah ketika mulutnya bersuara minta izin. Ada yang meletakkan syarat pula seperti tunggu tamat belajar, atau tolong bantu adik-adik belajar.

Bagi ummi, apa bila seorang itu menyuarakan hasrat ingin berkahwin, bermakna dia telah pun bersedia, ada keinginan untuk berumah tangga dan tahu akan tanggungjawap yang bakal dipikulnya. Tidak kira apa alasannya dia ingin berkahwin, bila dia bersuara meminta izin ,maka dia sudah termasuk dalam kategori wajib.

Jika dia belum bersedia, masih boleh mengawal keadaan dirinya, maka tentu seseorang itu tidak menyuarakan hasrat hatinya, apatah lagi jika dia masih lagi belajar.



Sebenarnya proses berkahwin tidak sukar jika adat-adat yang membelenggu masyarakat orang melayu tidak terlalu dipatuhi. Contohnya adat meminta sejumlah nilai wang hantaran, mengadakan berbagai majlis sepeti majlis bertunang, majlis bernikah, majlis kenduri dan majlis bertandang atau sambut menantu.

Bukan ummi menolak adat budaya orang melayu 100%, tetapi bagi ummi, ada yang boleh diambik jika adat itu terdapat dalam syariat agama Islam. Contohnya, adat merisik untuk mengetahui adakah sigadis telah berpunya atau belum. Adat merisik ini perlu agar kita tidak terpinang tunangan orang. Diikuti adat meminang oleh ibu bapa, menyatakan hasrat ingin mengambil sigadis sebagai menantu untuk anak teruna dan juga sebagai satu ikatan sementara menanti hari bernikah.

Hadis Rasullullah berkenaan kebenaran untuk merisik(melihat tunang)dan meminang:
"Daripada Abu Hurairah RA berkata,sabda Rasullullah SAW kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: "Adakah kamu telah melihatnya?jawabnya tidak(kata lelaki itu kepada Rasullullah).Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan." (Hadis Riwayat Tarmizi dan Nasai)

Hadis Rasullullah berkenaan larangan meminang wanita yang telah bertunang:
"Daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasullullah SAW telah bersabda: "Kamu tidak boleh meminang tunang saudara kamu sehingga dia(membuat ketetapan untuk) memutuskannya". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim(Asy-Syaikhan))


Hukum khitbah/bertunang ini adalah "harus" tetapi Imam As-Syafie(sila rujuk buku Mughni Almuhtaj) mengatakan hukumnya adalah "al-istihbab / sunat". Dan Dr. Abd. Karim Zaidan(sila rujuk buku Almufassal fi Ahkam Al Mar'ah mengatakan bahawa hukum "al-istihbab / sunat" ini lebih aula(utama / baik) dari hukum "harus" tadi.

Maka dalam masa bertunang ini, pasangan boleh berkenalan, bukan berdua-duaan, sebagai melahirkan rasa untuk berkasih sayang apabila menjelang hari pernikahan.Khitbah memberi peluang kepada kita semua untuk at-ta'arruf / berkenalan dengan pasangan masing-masing dari segi zahir dan batin sebelum kita bernikah atau berkahwin.

Semasa meminang, selalunya ibu bapa pasangan lelaki atau setengah orang menggunakan wakil, akan bertanya dan berbincang berapakan nilai wang hantaran yang diinginkan oleh pihak perempuan. Bagi ibu bapa perempuan yang faham dengan kehendak dan syariat Islam, mereka langsung tidak menetapkan sebarang nilai.

Mereka akan menyerahkan kepada pihak lelaki sendiri yang menetapkan kerana bagi mereka nilai wang hantaran itu sebenarnya adalah hadiah kepada mereka. Membesarkan, mendidik dan mengkahwinkan anak perempuan memang sudah menjadi tanggungjawap yang telah diamanahkan oleh Allah. Jadi tidak timbul yang dikatakan bayaran kepada ibu bapa kerana mempunyai anak perempuan.

Ada setengah ibu bapa meletakkan sejumlah nilai kepada anak perempuan mereka berdasarkan tahap pendidikan dan pekerjaan. Jika anak berkelulusan SPM, begini nilai wang hantarannya, jika anak ada ijazah, begini nilainya, jika ada master atau Ph.D begini nilainya. Jika kerjanya pensyarah atau doktor atau guru, nilainya begini, jika kerja kilang nilainya begini. Kenapa perlu ada nilai-nilai yang perlu ditetapkan?

Alasan mereka jika pendidikan tinggi, mereka dah keluar banyak duit. Bukankah mendidik dan memberikan pelajaran kepada ana-anak itu kewajiban ibu bapa?

Lagipun, dengan meletakkan satu nilai yang tinggi, akan ada penawaran dipihak lelaki, anak perempuan itu macam jadi seperti barang pula. Bagaimana pihak lelaki tidak menawar, jika nilai yang diletakkan itu mereka tidak mampu untuk memenuhinya. Ikutkan pihak lelaki pun tak nak menawar, tetapi nilai itu tinggi, hingga diluar jangkauan dan kemampuan mereka.

Bila pihak lelaki kata tak mampu, ibu bapa perempuan jawap, "kalau nak anak kami, mestilah bersungguh adakah nilai hantaran yang kami minta tu". Memang nak, tapi nak bersungguh macamana lagi jika bekerja dengan nilai gaji RM 2000 sebulan, bayar duit kereta , katakan RM 500, sewa rumah RM 200, petrol RM 300, makan minum sendiri 1 hari RM15, 30 hari x RM15 = RM450, tanggung jawap bantu ibu bapa RM 300, berapa baki nak menabung? RM 250 x 12 bulan = RM 3000. Berapa tahun nak kumpul untuk mencukupkan duit hantaran? Dalam masa yang sama, setiap tahun ada perayaan, nak hidupkan road tax, nak bayar income tax juga. Ini langsung tidak ada dalam kiraan untuk berinfaq.

Konon nak uji lelaki tu, adakah bersungguh mahu anaknya, kalau lelaki itu bersungguh dia akan usaha. Nak usaha macamana, jika dah rezeki secupak, takkan serta merta jadi segantang dalam tempoh sehari dua kecuali merompak atau menyamun. Atau nak suruh bakal menantu berhutang?

Bagi ummi, mana-mana ibu bapa meletakkan nilai wang hantaran yang tinggi itu sebenarnya, mahu menyusahkan anak menantu selepas kahwin, sebab lepas kahwin terpaksa membayar hutang perkahwinan.

Sepatutnya ibu bapa anak perempuan tak payah letak nilai wang hantaran pun, sebab wang hantaran tu sebenarnya adalah hadiah dari bakal menantu kepada ibu bapa pihak perempuan bagi membantu mengadakan majlis walimah. Jadi jika wang itu diberikan sebagai membantu majlis walimah, maka majlis yang diadakah sekadar ikut nilai yang diberikan sudah la. Ini nak adakan majlis besar, maka minta nilai nilai yang tinggi. Itu yang tidak patutnya.

Itu fenomena jika telah bekerja, bagaimana pulak jika sedang belajar? Nak minta sejumlah nilai jugakah? Mana nak dapat, jika sedang belajar. Kata awal dalam perbincangan, setuju, jika anak sedang belajar berkahwin, maka jika setuju dan mengizinkan, lagilah perlu pertimbangan. Jika tidak menetapkan sebarang nilai, maka terima sajalah berapa nilai yang akan diberikan oleh bakal menantu itu.

Dengan tidak meletakkan sebarang nilai,adalah lebih mudah untuk anak itu berkahwin.Terima sahaja berapa nilai yang bakal menantu itu sanggup berikan. Sekiranya jika dia kata nak berikan sejumlah nilai ini, tapi hutang dulu, hatta ibu bapa patut terima juga sebab dalam Islam sendiri, mahar pun boleh berhutang. Sedangkan mahar tu bukan tinggi mana pun.Maka jelas di sini Rasullulah sendiri tidak memberatkan soal untuk berkahwin kepada anak-anak muda.

Jika kata, kita hidup bermasyarakat, nanti orang tanya berapa, atau ada yang tahu sebab dengar dalam majlis masa meminang, malu jika nilai wang hantaran rendah,macam anak tu tak ada harga...

Ini satu lagi salah tanggapan dalam masyarakat yang perlu dibetulkan.Dimana nilai seorang muslimah itu? Bagi saya nilai seorang muslimah itu bukan kepada sejumlah nilai wang hantaran yang diminta atau diberikan oleh seorang lelaki. Nilai muslimah tidak terhitung harganya.

Untuk memudahkan atau tidak mahu sesiapa tahu jumlah yang diberikan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan, berbincang awal berkaitan nilai wang hantaran itu.Kalau kata jarak jauh , susah nak bertemu, kemudahan telefon kan ada. Maka bincang awal-awal dan dapatkan kata putus atau persetujuan. Dan maklumkan , bahawa bila datang meminang nanti, soal nilai hadiah wang hantaran tidak akan disebutkan atau dibincangkan di dalam majlis.

Sepatutnya memang masa meminang, pihak lelaki perlu sebut berapa nilai hadiah wang hantaran mereka nak berikan dan capai persetujuan supaya jelas dan telus. Tidak ada sebarang perkara berbangkit dikemudian hari.Digalakkan bila berbincang soal hadiah wang hantaran ini, hanya diantara ibu bapa pihak lelaki dengan ibu bapa pihak perempuan sahaja. Ini adalah lebih mudah lagi. Bila persetujuan dicapai, jika rasa tak mahu war-warkan, tak payah bagitahu sapa-sapa.

Jika menggunakan wakil, bagitahu awal-awal apa kehendak kita. Tapi ada juga di dalam satu majlis peminangan tu, kata sepakat antara ibu bapa pasangan telah dicapai sebelum majlis,ketika majlis berlangsung ada pulak suara-suara seperti bapa saudara, tok saudara, tok imamlah, tok penghulu lah yang campur tangan. Ini yang susahnya.Mereka pulak yang memandai meletakkan harga...

Sebab itu, saranan ummi,tidak perlu jemput ramai orang ketika majlis peminangan atau bertunang itu. Dalam Islam sendiri pun tidak digalakkan mewar-warkan pertunangan.Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita: “Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan”
(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu)




Ummi menyarungkan cincin ke jari bakal menantu



Tapi bagi ummi, ummi akan bagitahu betapa mudahnya urusan peminangan yang ummi lalui dan betapa mudah ummi menguruskan perkahwinan anak-anak ummi. Dan ummi rasa ,ummi akan beritahu masyarakat agar songsangan yang ummi dan kawan-kawan ummi lakukan ini dapat merubah sedikit sebanyak minda masyarakat. Apabila perkahwinan itu mudah, diberkati, jika sekiranya ada goncangan, ada badai di dalam rumah tangga anak-anak, mereka akan dapat lalui juga dengan rahmat dan kasih sayang Allah.

Meminang calon isteri anak-anak ummi.

Nilai muslimah bukan kepada nilai wang Hantarannya


Apa yang kita mahu ialah keberkatan di dalam perkahwinan itu, bukannya kepayahan atau kebanggaan terhadap sejumlah nilai wang hantaran yang tinggi. Jangan sekali-kali menyamakan nilai wang hantaran dengan harga barang semasa ! Anak perempuan bukan barang, mereka adalah muslimah solehah jika dididik dengan iman dan taqwa.


11 comments:

ina said...

salam ummi
bes la artikel ni
sedih plak
haha

MUNALIZA said...

Terima kasih jika artikel ini bermanafaat.Tetapi, Kenapa ina sedih pulak? Kongsilah dengan ummi...

izzati said...

kan bagus kalau mak sy ada pemikiran mcm ummi...mudah sket nk kawen :>

Samudera Qaseh said...

Ina bagilah kefahaman pada mereka. Terangkan nilai perempuan bukan bergantung pada tinggi atau rendahnya hadiah wang hantaran...cuba fahamkan mereka dengan fenomena yang berlaku hari ini. Ramainya perempuan lewat berjahwin kerana lelaki takut untuk meminang.Tambahan jadi trend sekarang lelaki suka kahwin awal dengan perempuan yang telah bekerjaya mantap, mereka letak tinggi pun, perempuan tu support separuh. Apa faedahnya macam tu? Baik perempuan bagi terus pada mak ayah dia.

Hasrul said...

sepatutnya pihak yang ber'authority' macam tok-tok imam bercakap tentang hal ini. barulah mudah nak perbetulkan masyarakat. sayangnya pada hari ini orang2 yang memegang jawatan dalam institusi agama pun tak ikut sunnah Nabi.

MUNALIZA said...

Betul tu hasrul...

Nak mulakan dari mereka payah,maka kita gunakan media apa saja yang kita mampu lakukan...

Kita mulakan merubahnya dari sekarang pada anak-anak kita sendiri...

Mohd 'Aizad said...

salam ummi.. alangkah bagus kalu sume ibu2 kt luar sana berfikiran mcm ummi.. kdg2 kita dipihak lelaki ni dibebankan dgn permintaan yg bukan2 dr pihak keluarga perempuan.. mmglah org kata, ukur baju dibadan sendiri.. tp masalahnye yg tukang ukur tu, bukan kita sdiri.. pastu ukur dibadan org yg lebih kemampuannye dr kita.. kdg2 rasa tertekan.. sedangkan urusan bina masjid ni sepatutnyer dipermudahkan... maksud sy bukan tiada hantaran.. tp permintaan itu kdg2 melampau.. xkan xfikir anak menantu akan berhutang lepas kawen.. sumer tu perlulah diambil kira... bukan diambil mudah.. makin hari, semakin runsing sy.. masa semakin hampir... mudah2an dipermudahkan segalanya...

MUNALIZA said...

Mohon lah kepada Allah agar diberikan jalan keluar. Moga dipermudahkan segala urusan-urusan dunia untuk menuju kebahagiaan di akhirat.

Umairah said...

Kalau lah kahwin tu mudah aje ummi.. Sekarang perlu belajar, habis belajar perlu kerja pula.. Dah kerja nak ada rumah kereta supaya masa depan terjamin.. Sebagai perempuan, saya rasa seperti tak mampu untuk berbuat apa-apa.. Saya rasa terlalu sedih untuk berkahwin, sedangkan kahwin tu benda mulia... Mengapa perkara yang mulia perlu dimulai dengan air mata? :'(

MUNALIZA said...

Anakku Umairah,

Kenapa yang sampai nak kena ada rumah , kereta dan lain-lain baru nak berkahwin.

Benda tu bukan jaminan untuk bahagia.

Jika ikhlas untuk berkahwin, berkahwinlah seadanya tanpa benda tu semua, nanti dah berkahwin baru sama-sama susah dan senang menyediakan.

Bila sama-sama mengharungi kesusahan dan kepayahan hidup, kasih sayang lebih intim dan melekat.

Lihat orang tua-tua dulu, mana ada semua tu baru kahwin. Mereka sama-sama susah dan senang mengharungi kehidupan.

Anonymous said...

Ummi.. Saya rasa sedih sgt sampai mengalirkn air mata mcurah2. Hanya Allah yg tahu perasaan saya.. Jika panjang umur dan brkahwin dan ada anak, saya tekad tknk menyusahkn urusan pkahwinan mereka spt ummi permudahkn. Saya tknk ank2 saya rasa apa yg saya rasa sekarang ni.. Umur makin meningkat saya cemburu Dan sedih sgt melihat kawan2 sy yg sdah brkahwin dan mempunyai anak di usia muda. Kalau sy tk brkahwin, sapa yg akn mendoakan sy nnt. sy teringin sgt mepunyai keluarga sakinah sejak dr dulu lg, ttp ada halangan dr pihak kluarga sy sendiri, terhalang sebab dia org asing, tinggal di america..