بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
|
cenderahati sebotol body wash dan body scrup |
Semalam zauj balik bawa cenderahati suatu majlis perkahwinan. Saya tertarik dan terus ambik gambar. Dalam kotak yang cantik , dalamnya ada 2 botol body wash dan body scrup .
Tercetus idea untuk menulis tentang cenderahati perkahwinan. Semoga perkongsian ini ada manafaat dan menjadi ilmu yang baik untuk diamalkan di dalam mengadakan majlis walimah.
Setelah bertahun-tahun menghadiri majlis perkahwinan, bermula dari diri sendiri, kawan-kawan dan kini anak-anak, banyak pengalaman yang dikutip. Kali ini saya mahu bercerita darihal cenderahati yang diberikan kepada tetamu.
Penulisan ini adalah dari sudut pandangan saya bukan untuk dibahas atau didebatkan. Setuju atau tidak terpulang kepada diri masing-masing.
Semuanya bergantung kepada ukuran poket masing-masing. Namun banyak mana pun yang kita mampu sediakan , selalu fikirkan adakah yang disediakan itu mendatangkan manafaat untuk di dunia dan di akhirat.
Hidup kita ini bukan sekadar hari ini, esok atau hingga anak cucu. Hidup kita hari inilah yang menentukan bagaimana keadaan kita di barzakh dan di mahsyar nanti.
Ramainya orang hari ini membua sesuatu akan fikir apa orang kata. Menjaga imej tanpa fikirkan manafaat. Malukah jika mengadakah majlis perkahwinan besar tetapi cenderahatinya cuma garam sebungkus, gula sekilo, tepung sepaket, sabun sebuku, shampoo sebotol atau sebiji buah?
|
gula sekilo |
|
garam sepaket |
|
kayu manis |
|
bawang putih |
|
sabun mandi/wangi |
|
senduk nasi |
|
tepung gandum |
|
bawang besar |
Ada ibu bapa buat majlis perkahwinan besar, mereka guna duit sendiri dengan niat dan tujuan ukhuwwah dan silaturahim. Kerana mempunyai ramai kawan, sahabat handai dan suadara mara. Bukan selalu dapat majlis , jadi bila dah buat, biarlah besar di mana dapat jemput ramai orang. Walimah anak tu cuma asbab untuk dia menjamu orang makan.
Seperti saya juga, buat majlis besar semasa walimah anak kerana meraikan ukhuwwah dan silaturahim. Saya ada ramai kawan, kawan tempat kerja, kawan dalam gerak kerja jemaah, kawan di alam maya, kawan di hospital (kerapnya saya mendapat rawatan di hospital), kawan ketika di universiti, kawan ketika sekolah. Jika saya cuma mengajar di sebuah sekolah saja, maka jemputan rakan-rakan sekerja satu sekolah saja, tetapi sekiranya ada yang telah mengajar 3,4 buah sekolah, berapa ramai kawannya?
Begitu juga dengan suami, berapa ramai kawan suami. Kawan tempat kerja, ada berapa banyak fakulti di UTM, lepas tu jemaah surau atau masjid yang selalu dihadiri kerana program mingguan seperti kuliah maghrib dan subuh yang telah bertahun-tahun diadakan. Rakan-rakan dalam gerak kerja jemaah dan sebagainya lagi.
Itu belum termasuk saudara mara belah saya yang ada 9 beradik, ipar duai, anak saudara, mak saudara, nenek saudara. Suami juga mempunyai 9 beradik, ipar duai, anak saudara, sepupu sepapat dan sebagainya.
Jadi untuk mengeratkan silaturahim, kenduri yang bukan selalu dapat diadakan, dah buat, jemputlah semua sekali. Jiran tetangga setaman, itu taman yang didiami sekarang, jiran lama perumahan yang diduduki sebelum ni pun kena jemput juga. Kami pernah tinggal banyak tempat sebelum menetap di Taman Pulai Utama, maka jiran-jiran lama di Taman Seri Pulai, Taman Sri Skudai, Kulai Besar dan di Kuala Lumpur.
Itupun tetap ada yang terlepas pandang, masih ada yang terlupa dan ketinggalan.
Berbalik kepada cerita cenderahati tadi. Apakah cenderhati untuk diberikan kepada sahabat handai, saudara mara dan rakan taulan tadi? Ikut adat tradisi dari zaman berzaman orang suka beri telor rebus dan diletakkan atau diikat pada bunga. Inovasi dan zaman berubah, bunga telor makin canggih, direka indah dalam bentuk seramik dan sebagainya dan kos juga meningkat. Memang cantik.
|
dah jadi ruang pameran |
Terkini, bukan telor dan bunga telor saja orang beri tetapi berbagai-bagai benda. Cumanya cuba di renung dan fikirkan adakah benda yang kita sedia dan laburkan itu mendatangkan manafaat bukan setakat di dunia tetapi sampai ke akhirat sana.
Beberapa kali telah kami mengadakan walimah, kali pertama walimah, kami berikan kismis yang dipaket dalam plastik dan masukkan dalam kotak, kali kedua Surah Yassin dan buah oren, kali ketiga hanya buah oren yang dibungkus dengan kain lace dan ikat reben, kali ke empat telor masin. Didalam beg kertas, kami berikan maruku, kerepek ubi, dan coklat.
Kerepek , maruku dan keropok tu adalah tajaan dari anak angkat. Jadi kami bungkus dalam plastik untuk diberikan pada ramai orang. Moga-moga ada bahagian untuk yang menyumbang.
Jika cenderahati yang diberikan itu berupa makanan atau bahan boleh guna dan habis guna, ianya baik dan bermanafaat. Ada banyak contoh di atas yang di paparkan gambar.
Sebaliknya jika ia berupa benda kecik-kecik yang hanya boleh dijadikan perhiasan, saya tidak nampak manafaatnya. Lama-lama benda perhiasan ni penuh beralmari. Simpan punya simpan dah menimbun banyaknya. Sampai akhirnya masuk dalam kotak berhabuk. Dah tak tahu kemana nak dimanafaatkan.
|
seramik |
|
kotak-kotak tisu |
|
frame gambar |
|
uncang/buntil sabun |
|
kotak anyaman |
|
macam-macam ada |
|
seramik berbagai bentuk |
|
penuh se almari |
Saya terfikir beberapa idea untuk dijadikan cenderahati kepada tetamu. Kita boleh ukur ikut kemampuan sendiri, memudahkan dan tidak membebankan mana-mana pihak.
Sudah menimbun dalam almari, dah tak tahu kemana nak disimpan...
Jangan kita fikirkan apa orang kata, imej atau status diri. Yang utama difikirkan ialah ikhlas memberi sesuatu yang bermanafaat. Ada orang beri naskah Yassin, Al-Mathurat. buku Doa-Doa Pilihan , Kitab kecil Majmu Syarif Kamil dan Yassin-Tahlil. Ada yang beri bentuk makanan seperti kerepek ubi, kerepek pisang, keropok ikan, rempeyek, baulu, muffin, telor masin, coklat , kismis, kurma, air kotak , air mineral, buah epal, buah oren dan sebagainya.
|
Surah Yassin dan AlMathurat |
|
Doa-doa pilihan |
|
Kitab Majmu Syarif Kamil |
|
Sapu tangan |
|
Kotak gula-gula |
Ada lagi yang beri bahan-bahan kegunaan harian samada di makan atau habis guna seperti shampoo, body wash, body scrup, sabun mandi, gula pasir, tepung gandum, garam, bawang putih , bawang besar, kayu manis dan sebagainya. Tetap ini juga mendatangkan manafaat.
Maka pada yang akan mengadakan majlis walimah, boleh fikirkan sesuatu yang bermanfaat, tetapi tidak menyusahkan untuk menyediakan. Kismis , kurma, kerepek dan makanan kering lain boleh pack awal-awal. Buah-buahan, muffin , coklat, baulu boleh bungkus sehari dua sebelum majlis.
Barang perhiasan memanglah bagus, cantik, mudah dan boleh siapkan awal-awal tetapi manafaatnya di mana? Melainkan bila orang dapat cuma boleh simpan dalam almari. Lama-lama almari tu penuh mengunung dengan barang perhiasan, akhirnya masuk tong sampah juga.
Fikirlah sesuatu yang boleh kita bawa saham yang dilaburkan sampai ke akhirat sana.
Impianku menjadi isteri solehah,
mencintai, mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.
Seterusnya...
Perenggan utama...