Istilah ibahiyah diambil dari perkataan yang bermaksud membolehkan. Selain itu, ibahiyah membawa maksud membolehkan atau membebaskan tanpa batas seperti pergaulan seks bebas, homoseksual, lesbian dan sebagainya. Gejala sebegini wujud kerana sikap mereka yang menolak konsep institusi perkahwinan.
Pergaulan bebas: Pendirian Islam dalam pertemuan antara lelaki dan perempuan adalah tidak diharamkan sebaliknya ia diharuskan atau dituntut jika ia menjurus kepada matlamat yang mulia seperti mencari ilmu yang bermanfaat, amal ibadat, perkara kebajikan, jihad dan perkara-perkara lain yang memerlukan pengembelingan tenaga antara kedua-duanya. Namun setelah meluaskan arus pemikiran Barat dan seruan kebebasan wanita, pergaulan bebas telah digariskan oleh al-Qardhawi sebagai...
* keruntuhan akhlak
* wujudnya anak-anak yang tidak sah tarafnya (anak luar nikah)
* Merebaknya pelbagai penyakit membahaya
* Banyaknya terdapat andartu serta lelaki yang terus membujang
* Berlakunya keruntuhan rumahtangga kerana perkara-perkara yang remeh
Amalan seks bebas: Kegilaan Barat yang memilih cara hidup ‘hidonistik’ iaitu mementingkan keseronokan dan tidak terikat dengan tanggungjawab menyebabkan amalan seks rambang dan bebas berleluasa dan mempengaruhi masyarakat dari benua lain untuk bersama mereka mengejar keseronokan duniawi tanpa mempedulikan dunia selepas mati. Menurut perangkaan Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) sebanyak 18.7% daripada 13,753 kes pengguguran kandungan dilakukan di Singapura pada tahun 1999 melibatkan wanita Melayu atau Islam. Menurut MOH lagi, hampir 41% pengguguran dilakukan oleh wanita dari semua kaum dan agama yang belum berkahwin, janda dan berpisah dengan suami
Homoseksual & Lesbian: Pasangan homoseksual atau gay lebih dikenali sebagai perhubungan antara lelaki dengan lelaki dan lesbian sebagai perhubungan antara wanita dengan wanita. Mereka menjalani hidup seperti suami isteri dan beberapa negara Barat telah menghalalkan perkahwinan sejenis. Bahkan sesetengah gereja dan paderi terus meraikan perkahwinan yang sememangnya dihalang oleh semua agama termasuk Kristian sendiri. Manakala di Malaysia, pertubuhan seperti Human Right Watch bagi rantau Asia menyeru supaya Malaysia menghalalkan homoseksualiti dan lesbian. Artikel seperti “Homosexuality is not a Sin”menjelaskan hujah-hujah yang dilihat secara sepintas lalu ianya boleh menyakinkan orang ramai. [7]. Selain itu akhbar The Star pada 26 Mei 1998 pernah melaporkan semasa pelancaran ‘Women’s Agenda For Change’, Avy Joseph ada menyebut bahawa kita perlu membenarkan lesbianisme sebagai tanda masyarakat yang toleran.
16 July 2009
Konsep ibahiyah
Posted by MUNALIZA at 3:19:00 PM 0 comments
Labels: Perkahwinan
Suami Mithali Mendorong Isteri Memeluk Islam
MENGAPAKAH dakwah Rasulullah SAW mudah diterima? Jawapannya sudah tentu disebabkan oleh keperibadian, sahsiah serta penampilan Islamik yang menjadi qudwah atau role model kepada umat manusia.
Hakikatnya, ramai yang terlepas pandang bahawa salah satu kaedah atau uslub dakwah yang paling berkesan ialah dengan contoh teladan atau dalam istilah dakwahnya, bil-hal.
Yang pasti, inilah yang akan memberi nilai tambah kepada khalayak lain, sama ada bukan Islam mahupun segelintir kumpulan atau individu Islam yang sudah jauh dari Islam untuk melihat dan sedar kembali tentang kecantikan Islam itu.
Seorang penulis bebas yang sebelum ini beragama Kristian, Sumayyah Meehan mengakui bahawa keperibadian mulia suami sepanjang tempoh perkahwinan mereka telah menjadi titik tolak kepada penghijrahan akidahnya.
Sedangkan katanya lagi, ketika mendirikan rumah tangga kira-kira 12 tahun lalu, beliau langsung tidak berhasrat bertukar kepada agama anutan suaminya iaitu Islam. Apatah lagi, Islam pada saat itu, sering dilabel secara negatif dan jahat, terutamanya terhadap golongan hawa mereka.
"Siapa sangka, suami saya sendiri adalah sebab yang membawa saya kepada agama Islam. Apa tidaknya, kalau sebelum ini saya melihat Islam dari sisi gelapnya sahaja.
"Tetapi kebaikan, kasih sayang yang ditunjuk dan dilakukan suami mengubah segalanya. Saya bersyukur dianugerahkan jodoh dengan seorang lelaki yang baik dan banyak membimbing.
"Suami saya adalah seorang manusia yang amat memahami dan bersikap begitu toleransi. Jangankan untuk memaksa saya agar mengikut agamanya, jauh sekali mendera mental mahupun fizikal, waima mengetahui keengganan keras saya bergelar muslimah.
"Malah hanya satu sahaja permintaannya sebaik kami bergelar suami isteri iaitu agar saya cuba untuk membaca kitab terjemahan al-Quran.
"Itupun katanya, kalau tidak selalu, dia minta agar saya membukanya sekali-sekala dari semasa ke semasa. Ohh... itu mudah sahaja. Spontan saya bersetuju dengan permintaannya itu," cerita Sumayyah yang dipetik dari laman web islamonline.net.
Kata ibu beranak tiga ini lagi, sebaik bernikah mereka berpindah ke kampung halaman suami di Kuwait, tambahan pula ekonomi di Amerika Syarikat (AS) sedang tidak menentu.
Senario ini sudah pastinya tidak menjanjikan peluang kepada mereka untuk menikmati kehidupan yang selesa dan baik di negara berkuasa besar itu lagi.
"Pada saat kaki menuruni tangga kapal terbang, mahu tidak mahu saya bagai dipaksa untuk berada dalam satu dunia baru yang penuh dengan Islam.
"Daripada orangnya yang majoriti Muslim, adat kebudayaan malah merangkumi cara pemikiran dan tingkah laku mereka semuanya berpaksikan agama Islam.
"Kalau hendak diikutkan hati, mahu sahaja saya lompat balik ke dalam perut kapal terbang dan balik semula ke AS. Saya benar-benar rasa keseorangan, seluruh perasaan dihantui dengan rasa ketakutan yang amat sangat.
"Namun semua itu lenyap apabila suami sentiasa berada di sisi, tidak kira dalam apa juga situasi. Malah dalam soal pemakanan sekali pun, dia berusaha mencarikan makanan yang sesuai dengan selera saya kerana tahu masakan ibunya yang berempah itu agak pedas bagi orang baru seperti saya," terang Sumayyah.
Kongsinya lagi, apabila beliau rindukan ahli keluarga dan kampung halaman, suaminya lah yang berjaga malam menemaninya serta menawarkan diri untuk membawanya pulang AS.
Malah boleh dikatakan dalam apa juga situasi; sakit pening, gembira dan duka dialah insan yang akan memegang tangan Sumayyah untuk mengharungi semua keadaan itu.
"Dialah sahabat baik, tempat mengadu dan bapa kepada anak-anak kami. Bahkan dia turut berjaga malam membancuh susu anak, menggantikan lampin pakai buang, bersabar dengan kerenah nakal anak-anak.
"Bahkan sehingga kepada membantu membasuh pinggan mangkuk, bila melihat saya sudah tidak larat melakukannya.
"Sayangnya, suami Islam yang bertanggungjawab sebegini mendapat gambaran buruk dari media-media Barat. Kebanyakan lelaki dan suami Muslim dilabel atau digambarkan sebagai seorang yang gila kuasa sehingga sanggup memaksa isteri-isteri mereka 'berpakaian Islamik," kata Sumayyah yang juga siswazah dari Kolej Waynesburg dalam bidang keadilan jenayah.
Realitinya, ujar Sumayyah pemakaian sebegitu adalah menurut ajaran sebenar agama Islam seperti mana yang disuruh dalam al-Quran dan sunnah. Hakikatnya, ia bukannya soal isu paksaan ataupun perang amanat.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kehormatannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.
Katakanlah kepada orang wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kehormatannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka atau ayah suami mereka..... (al-Nur: 30-31)
"Secara peribadinya, saya datang ke Kuwait bebas dengan pakaian yang saya selesa memakainya iaitu, kemeja T dan seluar jean. Tidak ada siapa dalam keluarga suami malah suami saya juga tidak menegur apa-apa.
"Pun begitu, suami saya tidak pernah berhenti menyuruh saya membaca terjemahan al-Quran. Caranya yang penuh hikmah tetapi kadang-kala terasa seperti membebel berbaloi juga.
"Ini kerana saya akhirnya mula membaca al-Quran dan sejak itu saya semakin tidak puas dan sentiasa mencari ilmu agama.
"Saya mula mencari dan menggali seberapa banyak sumber yang boleh didapati sehinggalah saya temui kebenaran yang selama ini dicari di dalam helaian al-Quran," jelas Sumayyah yang akhirnya mengambil keputusan memeluk Islam.
Sumayyah mahu keputusan besar itu bukan sahaja menjadi transformasi dalaman tetapi turut membawa perubahan secara luaran. Lantas itu, beliau sanggup membeli hijab atau tudung kepala bersendirian.
Malah, suaminya juga adalah guru yang banyak mengajarnya tentang ajaran Islam terutamanya tentang solat dan berpuasa.
Apabila beliau melakukan kesalahan dia menegur dengan lembut dan tidak pernah memarahi Sumayyah, sebaliknya berusaha mencari alternatif lain agar dapat menyampaikan ilmunya supaya lebih mudah difahami isteri tercinta.
"Kesabaran suami memang menakjubkan, manakala saya pula dalam keadaan bertentangan. Apa tidaknya, saya ghairah untuk mengetahui banyak lagi tentang Islam, padahal saya tahu bahawa ia tidak berlaku dalam masa singkat atau satu malam sahaja. Namun apa yang saya inginkan dipenuhi juga.
"Akhirnya, berjaya juga saya menjadi seorang yang penyabar dan tidak cepat menggelabah apabila saya menggunakan pendekatan kehidupan seharian dalam usaha lebih memahami sesuatu perkara itu," kata Sumayyah.
Malah menerusi al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW, beliau banyak mempelajari matlamat sebenar kehidupan seorang Muslim.
Hakikatnya, setiap hari Sumayyah sentiasa berusaha melakukan perkara-perkara baik agar menjadi bekalan di hari kemudian yang dijanjikan kekal abadi.
Kini, Sumayyah yang bekerja di bahagian buku-buku Islamik kanak-kanak menetap bahagia di Kuwait bersama suami tercinta dan tiga orang anak mereka.
Posted by MUNALIZA at 8:51:00 AM 0 comments
Labels: pasangan hidup
15 July 2009
Apa yang abang harapkan daripada sebuah perkahwinan?
“Apa yang abang harapkan daripada sebuah perkahwinan?”
“Abang mengharapkan jalan mudah menuju tuhan ..”
“Tapi abang, mana ada jalan yang mudah tanpa dugaan?”
“Benar, namun pilihan yang tepat mengurangkan kesukaran, memperbanyakkan kemudahan.”
“Macam mana tu?”
“Bukankah perkahwinan itu menjaga kemaluan dan menundukan pandangan.”[1]
“Bagaimana jika abang tersalah pilih?”
“Sekurang-kurangnya abang telah berusaha memilih.”
“Bagaimana abang tahu pilihan abang itu tepat?”
“Apabila dia muncul dengan membawa Al-Quran.”
“Bagaimana dia memegang Al-Quran, di tangan kirinya atau kanan?”
“Bukan di tangan, tetapi di dalam hatinya. Dia menterjemahkan Al-Quran ke dalam kehidupan, ke dalam peribadi dan budi, ke dalam minda dan hati.”
“Bagaimana abang tahu ia bukan suatu kepuraan?”
“Wahai, bukankah hukama’ pernah berkata, kita tidak akan mengenal kebenaran daripada orang ramai. Pelajarilah kebenaran, dan kita akan kenal ahlinya.[1] Hadith riwayat Bukhari & Muslim. “Wahai para pemuda, sesiapa yang mampu berkahwin, hendaklah dia kahwin kerana perkahwinan itu dalam menahan pandangan dan memelihara kemaluan (kehormatan). Dan bagi sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa dapat menahan nafsunya.”
Kalaulah Abang belum berpunya, pasti ramai wanita yang bakal menjadi pemujanya. Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba memenuhi apa yang diinginkan wanita. Jika Abang mengidam mendapat pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna Sebaik mungkin.
Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan Abang mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang Abang ada menepati apa yang dicari golongan hawa.
Pastinya jika ciri itu ada pada diri Abang, tentunya Abang adalah lelaki paling bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya.
Abang carilah isteri yg dapat menjaga anak2 abang dengan sempurna serta dapat membimbing mereka ke jalan yg di redhai Allah..
Carilah isteri yg tahu bersyukur dengan nikmat yang ada.. kalau sanggup makan ubi kayu rebus itu tandanya ia tidak banyak cerewet menghadadapi dugaan mendatang…
Ingatlah Abang…Bila kita berhubung dengan Allah sepanjang masa, hati kita dipegang oleh hidayah Allah. Jadi, apa saja yang kita buat akan jadi amal soleh. Lalu Allah akan beri kehidupan yang baik (termasuk kehidupan berumah tangga).Kalau tak berhubung dengan Allah, syaitan akan berhubung dengan kita. Itu risiko kehidupan yang pertama.
Bila tak dapat buat amal soleh, datang risiko kedua – musibah. Atau Allah datangkan istidraj… kadang-kadang Allah beri badan yang sihat, harta yang banyak, diberi rezeki secara fizikal tapi tidak dapat rezeki dalam bentuk ketenangan. Ketenangan akan jatuh pada hati orang yang yakin pada Allah. Ini formula yang tak boleh dilanggar.
Ini sahaja nasihat ummi agar semuanya ... Cepat kawin!!!
Posted by MUNALIZA at 3:58:00 PM 0 comments
Labels: Perkahwinan
Seks dan Rumah Tangga
Assalamualaikum..
Saya ingin bertanya tentang isu rumahtangga... Seperti sedia maklum kita tahu isteri mesti menuntut kemahuan suami dalam melakukan seks... 1.Apakah hukum suami enggan melakukan hubungan seksual dengan isteri atas sebab tersendiri...2.Adakah hubungan seks penting dalam perhubungan di antara suami isteri . 3.Apakah kesan bagi suami yang mengabaikan nafkah batin terhadap isterinya.
Sekian terima kasih.
Jawapannya....
Soalan 1: suami enggan melakukan hubungan seksual dengan isteri atas sebab tersendiri.
Jawapan 1: Sebelum itu kena lihat dahulu keenggan suami melakukan hubungan seks itu kenapa? Ada banyak kaedah dan penyelesaian terhadap kes begini. Jika sebab itu logik dan berkaitan dengan kesihatan , sekiranya tidak mendatangkan masalah pada isteri dan kasih sayang utuh bukan kerana seks, ianya tidak menimbulkan sebarang masalah. Sekiranya akan menyebabkan isteri terus dahaga, maka suami pula menghadapi masalah ini berpanjangan maka , suami perlu menceraikan isterinya. Ada juga kes, suami enggan kerana berpunca dari isteri juga. Jadi tiada satu hukum yang muktamad dalam menetapkan kes suami enggan melakukan hubungan seks tanpa dikaji puncanya.
Soalan 2 : Adakah hubungan seks penting dalam perhubungan di antara suami isteri?
Jawapan 2 : Sangat penting. Jika kita mengikut syariat yang betul, melakukan seks suami isteri sebenarnya merupakan satu ibadah. Ibadah yang mudah dan mendatangkan kenikmatan. Ganjarannya besar... Keintiman dan kebahagiaan dalam rumah tangga adalah apabila suami dan isteri sama sama menjaga jadual hubungan seks ini. Isteri berperanan dan mengetahui bila dan masa untuk menghidangkan pada suami. Kadang kala suami keletihan, maka isteri yang berperanan untuk membelai agar keletihan suami dan kelesuan suami disuntik semula agar terus bersemangat. Isteri perlu menjaga jadual hubungan seks dengan baik dan teratur. Suami yang ego suka jika isterinya yang memulakan godaan. Dan paling utama untuk para isteri menjaga mata suami ketika di luar rumah terutama bila perlu 'out station' ialah malam sebalum suami berangkat, perlu dihidangkan dengan hidangan istimewa, agar bila berjauhan suami tetap ingat persembahan isteri, dan apabila suami balik, sambut juga dengan hdangan istimewa. Isteri yang mesti memulakan... Memang suami nampak letih, tapi isteri perlu bijak memulakan...
Jika semua isteri menjaga hubungan ini, rumahtangga itu sentiasa berwangian syurga...
Soalan 3 : Apakah kesan bagi suami yang mengabaikan nafkah batin terhadap isterinya?
Jawapan 3 : Kalau suami abaikan dengan sengaja, jangan salahkan isteri, jika isteri cari di luar...atau kasih sayang akan makin gersang....
Posted by MUNALIZA at 9:30:00 AM 0 comments
Labels: hubungan seks
14 July 2009
Disukai Isteri dari Suaminya
Terkadang ingin juga diluahkan , apa yang membuat isteri senang dalam kehidupan berumah-tangga. Apa yang diharapkan dari suaminya samada sikap dan sifat yang disukai oleh seorang isteri dari suaminya:
1. Penuh Pengertian
Seorang isteri akan berasa senang diberi perhatian , Ia senang jika suaminya memahami dan mengerti akan dirinya. Dalam suka dan dukanya. Dalam ceria dan sedihnya. Isteri senang suami mengetahui perasaannya. Misalnya, senang diberitahu pakaiannya yang mana yang paling disukai oleh suaminya. Atau masakannya yang mana yang paling lazat bagi suaminya. Bualan -baualan yang lembut amat dinantikan oleh seorang isteri. Bagi seorang isteri apa yang keluar dari lidah dan bibir suaminya adalah pesan cinta yang ingin ia sampaikan. Dan ia ingin tahu bagaimana suaminya menanggapi pesan cintanya itu. Tangisan seorang isteri itu memiliki sekian banyak makna, biasanya karena sedih, karena marah, karena terharu dan bahagia. Isteri senang jika suaminya bersabar untuk mengenal setiap jenis air mata yang menitis dari matanya. Pengertian ini menjadi bermakna bagi seorang isteri.
2. Setia
Kesetiaan adalah syarat utama cinta sejati. Seorang isteri ingin cinta suami itu hanya untuknya. Karenanya kecemburuan adalah sebagian dari cinta. Sapaan sayang di tengah kesibukan, walaupun hanya satu dua minit kata-kata yang disampaikan melalui telepon,walaupun hanya satu dua kalimat SMS, akan menjadi pengukuh kepercayaan. Hadiah yang diberikan: martabak kesukaannya, seikat bunga, atau sebuah jam tangan yang manis akan menguatkan cinta. Dan mengingat hari ulang tahun serta hari pernikahan akan menjadi bukti kesetiaan suami yang disukai seorang isteri.Tapi seorang isteri yang baik akan mengatakan, “Jangan karena takut kepadaku, kakanda bersikap setia. Karena Allah Maha Melihat. Itu yang mesti menjadi landasan kesetiaan.”
3. Sabar dan Pemaaf
Seorang isteri akan amat bersyukur jika suaminya mahu menerima seada dirinya. Suaminya mampu memaafkan dan bersabar atas kekurangan yang ada pada dirinya. Kadang-kadang isteri perlu waktu untuk membina dirinya. Ia perlukan waktu untuk memahami dirinya sendiri, ketika satu ketika ia tidak menjadi dirinya sendiri. Seorang isteri perlu mendapatkan nasihat, akan tetapi itu dilakukan dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Ini seperti Dalam Al-Quran:
“Kemudian keadaan orang beriman itu adalah saling menasihati dalam kesabaran dan dalam kasih sayang.” (QS. al-Balad);
“Dan jika kalian memaafkan, tidak memarahi, dan mengampuni mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.” (QS. at-Taghabun)
4. Teguh Hati dan Bersemangat
Seorang isteri senang melihat suaminya senantiasa berteguh hati dan bersemangat dalam
menyelesaikan berbagai tugas dan amanah. Ia senang suaminya mampu menunaikan tugas-tugas di luar rumah dan sekaligus membantu menyelesaikan permasalahan di rumah. Seorang isteri senang melihat suaminya yang romantik ,akrab dan erat , bermain dengan anak-anaknya dan sesekali memasak untuk keluarga, ada sentuhan hangat menyentuh relung jiwa seorang isteri.Bagaimana jika suaminya berada dalam lemah dan tidak berdaya dan bersemangat? Seorang isteri akan memberi sokongan dan ungkapan semangat asalkan ia melihat suaminya juga berusaha keras untuk melepaskan diri dari keadaan lemah ini.Bahkan isteri akan memberikan bantuan dan doa terbaik bagi suaminya.
5. Romantis
Seorang isteri senang jika suaminya sekali sekali mengekspresasikan rasa cinta dan kasih sayang. Isteri berasa senang jika suaminya romantis. Diantara ungkapan cinta suami-isteri adalah dalam hubungan intim. Seorang isteri senang jika suaminya memberikan kesenangan dan kepuasan pada salah satu keperluan cinta ini. Ia akan terbuka menyampaikan apa yang ia sukai, ketika suaminya mampu membuka percakapan dalam masalah ini secara tepat dan penuh kelembutan (tenderly).
6. Rapi dan Wangi
Seorang isteri suka suaminya rapi. Rapi menata rambut dan rapi berpakaian, bahkan dalam suasana santai. Kerapian yang disukai adalah kerapian yang alami dan melekat dalam kehidupan suami. Sikap suami yang bekerjasama dalam menjaga kerapian rumah juga disukai seorang isteri. Karenanya ketika seorang suami berinisiatif menyapu ruang tengah, membersihkan ruangan di dapur, atau membersihkan kamar tidur dengan membongkar tempat tidur secara rutin … Rapi, bersih dan wangi pada seorang suami membuat isterinya senang. Seorang suami boleh meminta isterinya memilihkan minyak wangi baginya. Ia akan membantu menyempurnakan penampilan diri suami oleh isterinya.
7. Ceria dan Ramah
Senyum ceria dan keramahan amat dihajatkan oleh seorang isteri. Senyum dan keramahan itu laksana angin sejuk di tengah padang pasir yang tandus. Berbagai kesibukan membuat jiwa isteri berasa lelah. Interaksi dengan anak-anak di rumah itu bukan pekerjaan yang ringan. Segenap potensi kejiwaan dan pikiran mesti ia curahkan. Kelelahan fizikal saja sangat memenatkan ditambah dengan bebanan fikiran memikirkan karenah anak-anak yang makin meningkat dewasa. Dan saat si anak lelah tertidur, ia mesti bersiap-siap memasak dan mengemaskan rumah bagi suaminya yang sebentar lagi pulang … Senyum dan sapaan sayang suami akan menjadi hiburan jiwa bagi sang isteri. Sikap humor juga amat membantu seorang isteri untuk selalu menjaga suasana riang hatinya. Ini semua akan membantu isteri untuk terus bersabar dan ikhlas dalam menunaikan tugas-tugasnya.
8. Menjadi Pemimpin yang Melindungi
Isteri memerlukan perlindungan yang membuatnya senantiasa merasa tenteram dan berasa selamat. Isteri menyukai sifat kepemimpinan pada suaminya. Kepemimpinan yang ia
harapkan adalah yang senantiasa mendamaikan jiwanya, mengukuhkan ruhaninya,
memberikan pencerahan demi pencerahan pada akalnya dan membantu menjaga kesegaran, keceriaan dan kesehatan tubuhnya. Kepemimpinan yang ia sukai adalah ketegasan dalam kelembutan. Yang menebarkan rasa cinta, bukan membuat takut.. Yang betul-betul menjadi pemimpin, bukan menjadi boss.
Posted by MUNALIZA at 5:33:00 PM 0 comments
Labels: Keluarga Sakinah
