CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

14 July 2009

Perlukah kita tahu siapa Ex-BF atau Ex-GF pasangan kita?

Semasa saya dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja, tiba-tiba terlintas dalam fikiran saya samada perlu ke kita tahu siapa ex-boyfriend atau ex-girlfriend pasangan kita. Hurm…memang best kalau kita dapat tahu. Tetapi adakah kita pasti yang tindakan kita tu betul?

Bagi pendapat saya, tidak perlulah kita tahu siapa bekas kekasih pasangan kita tu. Kalau tahu pun, akan buat kita berasa marah dan tak suka. Menyampah lagi ada la. Mana tak nya, buat-buatnya kita ternampak yang ex-boyfriend atau ex-girlfriend kekasih kita tu sedang syok berbalas-balas komen di Facebook mahupun Friendster, tak ke terasa hangat dalam hati ni. Haish!



Tetapi, kalau kita tahu siapa dia, mesti kita akan selidik sedalam-dalamnya pasal orang tu. Asal dia di mana, tempat tinggal dia, siapa kawan-kawan dia dan sebagainya. Kalau boleh, sampai hobi dan masakan kegemaran dia pun kita nak tahu. Kata orang, bolehlah kita lihat apa kekurangan kita dengan dia. Mana yang baik tu, kita ikut la. Yang mana tak elok tu, kita perbaiki diri lagi. Bagus juga tu.

Seterusnya...

Tenangkan Diri Sebelum Membuat Keputusan

"Terlajak mengunting boleh dijahit,

tertoreh hati, parah akibatnya"

Pernah tak anda membuat keputusan ketika anda sedang marah? Adakah keputusan yang dibuat itu merupakan keputusan yang betul dan memberikan kepuasan pada diri sendiri?

Pernah pada suatu hari itu, seorang suami sedang menghadapi masalah dengan isteri beliau. Disebabkan tidak tahan dengan perangai dan sikap isterinya menyebabkan dia ingin membuat satu keputusan yang bagi saya tidak patut dia lakukan.

Pada ketika itu, beliau berada dalam keadaan tertekan dan marah dan memberitahu pada saya yang dia ingin memutuskan perhubungan dengan isterinya. (bercerai)

Lantas segera saya menasihatinya supaya bertenang dan jangan buat keputusan secara terburu-buru. Pada mulanya, beliau tidak mahu mendengar nasihat saya. Mungkin beliau masih dalam keadaan marah ataupun beremosi.

Tetapi setelah diperjelaskan dengan lebih lanjut mengenai akibat dari keputusan yang dia bakal buat menyebabkan dia menarik semula keputusan itu.

Dalam situasi ini, kita masih bernasib baik kerana saya sempat menghalang beliau dari melafazkan kata untuk putuskan perhubungan dengan isterinya. Dan setelah beliau berehat sebentar dan berfikir sejenak, barulah dia sedar yang jauh di sudut hati, masih ada lagi sifat sayang dan cinta pada isterinya. Dan baru-baru ini saya dapat tahu yang beliau sedang gembira dan ceria disamping isterinya yang tersayang.

Apa yang saya cuba sampaikan dalam entri kali ini adalah, jangan biarkan diri kita membuat keputusan ketika kita sedang marah, beremosi ataupun fikiran terganggu. Berikan diri kita masa untuk bertenang terlebih dahulu. Biarkan diri dan minda kita berehat sebelum kita membuat sebarang keputusan.

Keputusan yang dibuat secara terburu-buru yang dicampur dengan kemarahan dan emosi, akan menghasilkan keputusan yang mengecewakan, sedih dan mendukacitakan. Jadi, sebelum kita membuat keputusan, pastikan diri kita tenang supaya keputusan yang kita buat tidak akan mengecewakan kita di masa hadapan.

"Sesal dahulu berpandangan, sesal kemudian tiada gunanya"

Seterusnya...

Berdepan Dengan Suami Sensitif & Pemarah

Ego seorang suami ada kala sering disalahgunakan sehingga menyebabkan keruntuhan rumah tangga. Lebih menyedihkan lagi jika ia hanya berpunca daripada masalah kecil yang tidak sepatutnya menjadi punca perbalahan. Tambah menakutkan jika ada suami yang sanggup memukul isteri apabila berasa egonya tercabar.

Lelaki pemarah biasanya tinggi egonya. Mereka jarang rasa bersalah biarpun tindakan mereka melukakan hati si isteri. Keadaan seperti ini sudah pasti menyukarkan bagi sesebuah perkahwinan apatah lagi, jika pasangan berdepan dengan masalah seperti kesuburan dan sukar menimang cahaya mata. Sekiranya anda berada dalam situasi sebegini, anda perlu lebih berstrategi untuk berdepan dengan suami yang ego dan lekas marah apabila diajak berbincang.

Perlu diingat, antara topik yang sukar dibincang oleh pihak suami ialah berkenaan seks dengan isteri, kesuburan ataupun masalah kelelakian. Ada sesetengah suami boleh mengugut menceraikan isteri kerana masalah sebegini. Jadi, bagi membantu anda berdepan dengan situasi sebegini, pihak isteri perlu bijak memilih pendekatan bagaimana caranya berdepan dengan mereka.

Tindakan anda mendiamkan diri kerana takut dimarahi suami hanya membebankan lagi masalah tersedia ada. Jika anda ingin berbincang mengenai topik sensitif berkaitan dirinya, pastikan ia dilakukan mengikut masa dan mood yang sesuai.




Terdapat beberapa panduan boleh dipraktiskan:

1. Elak berdebat atau kemukakan pandangan anda di saat suami sedang beremosi. Tindakan anda mungkin sia-sia sahaja malah boleh mengundang padah apabila si suami semakin marah kerana rasa ditentang atau dicabar oleh isteri sendiri. Akibatnya, si isteri boleh terikut-ikut menjadi ‘panas’ sehingga berlakunya pertelingkahan. Jika berlarutan, psikologi si isteri boleh terganggu dan pernikahan juga akan terancam. Sebaiknya dalam situasi ini, anda perlu sedikit mengalah atau mengambil sikap tidak mempedulikannya dulu.

2. Langkah yang baik adalah mengajaknya berbicara untuk menyelesaikan masalah yang menjadi punca kemarahannya. Lakukan saat kemarahannya sudah reda. Gunakan gaya bicara yang halus agar emosinya tidak ‘naik’ lagi. Mungkin anda boleh berbincang sambil mengurut-urut badan suami selepas pulang kerja ataupun ketika menonton bersama. Yang pasti pilih masa dan mood yang baik!

3. Suami pemarah lebih suka berterus-terang. Salah satu aspek positif yang terdapat pada suami panas baran ataupun pemarah ialah sikap suka berterus-terang dan jujur mengenai apa yang mereka suka ataupun tidak. Hanya sayangnya, cara mereka mengungkapkan lebih cenderung kasar dan bernada marah. Jadi elakkan diri daripada menyindir, berkias-kias ataupun menunjukkan muka seperti berahsia sesuatu daripadanya.

4. Apabila suami memberi pandangan yang agak keras, anda perlu menganggapnya sebagai satu kritikan untuk anda. Dan ambil sebagai satu cabaran untuk memperbaiki kelemah diri anda. Tidak guna terlalu emosi dengan kata-kata suami terhadap anda. Walau mengalir air mata sekalipun si suami pemarah biasanya sukar mengubah pendapatnya dan lebih buruk lagi, mereka tidak akan berasa bersalah sedikitpun!

5. Cuba fahami latar belakang suami anda. Individu yang memiliki sifat ‘temperamental’ biasanya mudah terpancing kemarahannya oleh situasi atau keadaan di luar keinginananya. Hanya kerana tersilap kata ataupun nada suara yang salah sahaja sudah boleh mengundang pertengkaran. Menurut penulis buku ‘The Complete Idiot’s Guide to Body Language’, Dr Peter Andersen, sifat pemarah ataupun panas baran juga sebenarnya boleh disebabkan oleh pola asuhan dalam keluarga juga mempunyai kaitan kepada sifat pemarah individu berkenaan.

6. Justeru itu, pastikan keadaan rumah tangga anda berdua berada dalam keadaan menyenangkan agar suami anda berasa nyaman dan tidak mudah marah-marah seperti berada dalam keluarganya dulu. Cuba dapatkan lebih banyak maklumat mengenai apa yang menyebabkannya gembira dan sebaliknya yang membuatnya kesal dan marah.

Seterusnya...

Tips Menolak Cinta Sahabat Karib

1. Menyatakan kepadanya secara berterus-terang bahawa kamu tidak sesuai untuk bercinta dengannya kerana kamu menganggap dia adalah sahabat karib dunia dan akhirat.

2. Menyatakan kepadanya sekiranya kamu menjadi kekasihnya, kamu tidak mungkin boleh mengikut kehendak, arahan dan permintaannya.

3. Kamu dan dia tidak sesuai kerana, selama ini kamu bersikap brutal ketika bersama dia dan tiada ciri2 kekasih yang sejati.

4. Kamu tidak pernah terfikir untuk bercinta dengannya kerana ketika bersahabat pun anda tidak peduli dengan kehadirannya.

5. Menerangkan kepadanya bahawa masih ramai lagi gadis/jejaka diluar sana yang mempunyai ciri2 pasangan yang diidamkan olehnya.

6. Cuba mengelakkan diri kamu daripada bertembung dengannya ditempat kerja, sekolah atau ditempat yang anda dan rakan2 lain selalu berkumpul.

7. Jelaskan padanya anda lebih sayangkan ikatan persahabatan anda daripada menjadi seorang kekasih yang perlu ada komitmen dan bersifat setia.

8. Kamu jelaskan padanya bahawa kamu lebih mesra dan selesa sekiranya tetap terus berkawan sahaja kerana kamu sudah tahu perangainya ketika kamu menjadi sahabatnya dulu.

9. Nyatakan padanya bahawa kamu sudah mempunyai calon dan bakal kekasih yang sesuai dengan diri kamu. Tapi harus diingat jelaskan secara baik kerana kamu mungkin hilang kawan baik yang kamu sayang.

10. Bertegas dengan penderian kamu sekiranya kamu betul2 tidak dapat menerimanya. Ikut kata hati kamu dan jangan termakan pujuk rayu si dia. Akhir sekali katakan dan tegaskan kepadanya “KAU MASIH SAHABATKU”

Seterusnya...

13 July 2009

Perkahwinan : Isteri Soleh Untuk Suami Soleh Dan Sebaliknya

سُوۡرَةُ النُّور

ٱلۡخَبِيثَـٰتُ لِلۡخَبِيثِينَ وَٱلۡخَبِيثُونَ لِلۡخَبِيثَـٰتِ‌ۖ وَٱلطَّيِّبَـٰتُ لِلطَّيِّبِينَ وَٱلطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَـٰتِ‌ۚ
أُوْلَـٰٓٮِٕكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَ‌ۖ لَهُم مَّغۡفِرَةٌ۬ وَرِزۡقٌ۬ ڪَرِيمٌ۬ (٢٦)

Di dalam perkahwinan, terdapat banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum pasangan itu berkahwin. Mafhum hadith mengatakan 4 perkara yang perlu diteliti untuk mencari calon pilihan. 4 perkara tersebut ialah:

1. Keturunan
2. Kecantikan
3. Harta
4. Agama

Tetapi, agama lah yang perlu dititik beratkan ke atas faktor yang lain. Hamba yang berkulit hitam tetapi baik agamanya adalah lebih baik daripada daripada wanita cantik tetapi buruk agamanya. Sekiranya seseorang lelaki dapat mencari keempat-empat perkara di atas, maka dia merupakan seorang lelaki yang amat beruntung.

Ramai lelaki yang suka berfoya-foya, tetapi apabila hendak mencari isteri hendakkan wanita yang solehah. Ini adalah konsep yang salah. Allah telah menyebutnya di dalam Al-Quran:

[26] (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (Surah Nur 24: 26)

Perempuan yang baik lazimnya akan mendapat lelaki yang baik, perempuan yang buruk untuk lelaki yang buruk dan begitu lah sebaliknya.

Alhamdulillah, saudara inginkan perubahan dalam diri saudara. Walaupun saudara merasakan tidak selayaknya untuk nya, buatlah perubahan di dalam diri saudara. Saudara perlu melengkapkan diri dengan ilmu fardhu ain (asas), ilmu-ilmu agama seperti fekah, tauhid, sirah dll. Saudara boleh mengikuti kelas-kelas agama di masjid-masjid, berdamping dgn orang yang soleh, 'alim ulama', sentiasa membaca buku-buku rujukan Islam dan lain-lain. Saudara perlu sentiasa berazam meningkatkan ilmu dan iltizam untuk beramal dengan Islam dan menjadi Muslim yang hakiki. Saudara tidak boleh mengharapkan isteri untuk membimbing saudara. Kerana ia bertentangan dengan fitrah manusia. Allah berfirman:

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. (nisa 4: 34)

Sering lelaki yang mengharapkan isteri membimbingnya, mengakibatkan keretakan rumah tangga. Ini adalah kerana lelaki mempunyai ego yang tinggi, sikap kepimpinan, mahu cakapnya dipatuhi dan bukan mematuhi. Sekiranya kata-kata suami berlandaskan kebaikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan menegah kemungkaran, maka selamat lah rumah tangga tersebut. Sekiranya isteri yang menegur suami, seringkali yang berlaku ialah keegoan suami tercabar dan diakhiri dengan kekasaran dan penganiayaan terhadap isteri. Akhirnya isteri solehah mana pun akan berasa sedih dengan sikap suami, mengalami tekanan perasaan dan lain-lain.

Kesimpulannya, saudara perlu bersedia menjadi suami yang baik untuk wanita yang saudara cintai. Sekiranya tidak, dikhuatiri saudara akan menganiayai wanita tersebut, tidak membimbingnya dengan betul, dan mengakibatkan wanita tersebut hidup dalam tertekan kerana rumah tangga yang dibina tidak seperti yang diimpikan oleh Muslimah solehah.

Seterusnya...