CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

28 February 2010

Peranan ibu bapa membina keluarga bahagia

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 
Firman Allah SWT : “Hai sekalian manusia,bertaqwalah kamu kepada tuhanmu yang telah menciptakan kamu daripada seorang diri dan daripadanya Allah menciptakan isterinya dan daripada kedua-duanya Allah memperkembang-biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan mempergunakan namanya kamu saling meminta satu sama lain dan peliharalah hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (Surah an-Nisa’:ayat 1).


Ibu bapa ada peranan untuk membahagiakan anak-anaknya baik sebelum berkahwin mahupun setelah berkahwin. Sebab itulah dalam Islam ada peruntukan tentang wali mujbir, wali yang ada kuasa paksa dalam soal mengahwinkan anak perempuannya.

Peruntukan itu banyak membantu ibu bapa untuk memberi kebahagiaan kepada anak-anak gadisnya. Ibu bapa yang menentukan bakal suami anaknya kerana anak gadis pada waktu itu tidak ada kesempatan untuk mencari bakal suaminya seperti sekarang.

Kini, zaman sudah tidak sama, anak gadis sudah bebas keluar masuk rumah, mereka juga ada peluang untuk memilih bakal suami mereka. Anak gadis yang baik akan memaklumkan kepada ibu bapanya tentang lelaki pilihan itu. Tatkala itu ibu bapa ada hak untuk mengenali lelaki itu dengan memanggil dia datang ke rumah. Bapa boleh pada masa itu membuat sedikit kajian tentang kemampuannya bakal menantunya.
Jika bapa berpuas hati, dia boleh meminta lelaki itu membuat peminangan secara rasmi. Tetapi kalau dia tidak berkelayakan, bapa ada kuasa menolak dan melarang hubungan anaknya dengan lelaki itu. Sebaliknya dia boleh mencadangkan dengan lelaki lain. Inilah maksud wali mujbir dalam membahagiakan anaknya.

Apabila anak gadisnya berkahwin, kuasa mutlaknya sudah berpindah tangan kepada suaminya. Anak gadisnya tidak wajib taat kepada kedua ibu bapanya lagi sebalik wajib taat kepada suaminya. Namun, anaknya dan menantunya tetapi wajib menghormati ibu bapa dan mentua masing-masing.




Bagaimanapun peranan ibu bapa tidak terhenti setakat itu sahaja. Mereka tetap wajib memantau perjalanan rumah tangga anak mereka. Mereka masih wajib memberi tunjuk ajar dalam hal rumah tangga anak menantunya.

Dalam hal ini jika berlaku sebarang krisis rumah tangga, ibu bapa atau keluarga terdekat perlu mengambil tanggungjawab menasihati anak masing-masing. Mereka perlu mencari puncanya agar krisis itu tidak berpanjangan.

Perlu dijelaskan di sini, apabila kedua-dua pihak bertemu puncanya, besan terbabit perlu berbincang bagi mengungkai segala yang menjadi duri dalam daging itu. Dalam ini perlu dielakkan, mentua menyalahkan menantu kerana lazimnya cara itu akan membawa keretakan yang lebih parah.

Sebenarnya dalam Islam, mana-mana anak yang hendak dikahwinkan, wajib ibu bapa mengajar anaknya baik lelaki atau perempuan tentang perkara yang menjadi rahsia kebahagiaan rumah tangga. Dalam hal ini, pengalaman ibu bapa wajib diperturunkan kepada anaknya.

Jika semua ini dapat dihayati, pastilah kebahagiaan rumah tangga dapat dibina dengan sebaiknya.




Impianku menjadi isteri solehah,mencintai,
mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.

Seterusnya...

27 February 2010

Alasan-alasan jodoh ditolak...


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Artinya: "Ya Tuhanku, sungguh aku berlindung kepada-Mu dari memohon sesuatu yang aku tidak mengetahui hakikatnya. Dan sekiranya Engkau tidak memberi ampunan serta tidak menaruh belas kasihan kepadaku, niscaya aku akan termasuk golongan orang-orang yang merugi." (QS. Hd: 47).

Luahan hati ummi hari ini agak sinis, untuk pembaca membaca apakah yang menyebabkan jodoh seseorang itu lewat atau masih belum tiba. Setelah hampir satu tahun ummi mengendalikan Baitul Muslim Halaqahnet, menjadi pengantara dan pemudahcara antara calon muslimin dan calon muslimah, ada pasangan yang  sehingga akad nikah dan ada yang setakat ta'aruf pertama sahaja.

Apa yang ummi luahkan di sini bukanlah suatu analisa atau  kesimpulan , tetapi sekadar membuka ruang untuk berfikir. Apa yang ummi catatkan di sini adalah dari beberapa kes, mengapa sesuatu pasangan itu tidak berjodohan.

Setelah dipertemukan di dalam ta'aruf atau pun kadang tu belum pun ta'aruf, baru setakat ummi merisik, sudah ada yang terus menolak. Tanpa berunding dengan ibu bapa, tanpa solat istikharah.



Minggu ini lelah mengerjakan Baitul Muslim kerana 4 calon muslimin ditolak  oleh muslimah-muslimah. Tak tahu, apa yang muslimah-muslimah ini mahukan. Diberikan calon mengikut ciri-ciri yang dikehendaki pun ditolak.

Alasan menolak pula, bukan alasan yang tertulis dalam syarat pemilihan calon yang ditetap syariat. Rupa paras, harta, keturunan dan agama.Alasan menolak adalah kerana negeri dan bangsa.

Sedap menulis dalam ciri-ciri calon suami idaman : sekufu, bergaji tetap, boleh jadi imam dan membimbing diri dan  sedap mata memandang. Tapi bila diberikan, tetap menolak juga. Apa lagi mahu di cari? Itulah Jodoh namanya.

Pernah satu muslimah tu menulis, ayatnya power;
"SAYA BERCITA-CITA UNTUK BERKAHWIN DENGAN LELAKI YANG BILA SAYA KAHWIN DENGANNYA SETIAP SAAT BERSAMANYA AKAN DINILAI ALLAH SEBAGAI SATU IBADAH (SENTIASA BERUSAHA BERSAMA-SAMA UNTUK MENCARI REDHA ALLAH)

LELAKI YANG DAPAT ADAPTASI ISLAM SEPENUHNYA DALAM DIRI WALAUPUN DIA SEORANG MUALLAF ATAU TIDAK BELAJAR ALIRAN AGAMA SECARA LANGSUNG.

SAYA TIDAK KISAH JIKA LELAKI TERSEBUT MUALLAF YANG DIPINGGIRKAN KELUARGA ATAU ANAK YATIM.

SEORANG LELAKI YANG BERILMU PENGETAHUAN DAN BERPENDAPATAN TETAP, MODEN, ISLAMIK TETAPI TETAP “HUMBLE” DENGAN SEMUA KURNIAAN ALLAH.

SEORANG LELAKI YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG DAN MEMILIKI SIFAT-SIFAT MAHMUDAH, BERTANGUNGJAWAB DAN RINGAN TULANG UNTUK MELAKUKAN TUGAS RUMAHTANGGA BERSAMA-SAMA"

Bila diberikan, berta'aruf, terus menolak...ini  alasan menolak "sebenarnya saya bukanlah orang yang layak dan sepatutnya mampu membimbing dia dengan baik." Bukan ibu bapa yang menolak, tetapi diri sendiri, sebab masa bertemu ibu bapa, ibu bapa hanya mengikut kehendak anak itu.

Kenapa, masa menulis tidak fikirkan dengan baik, sebab muslimah ini berpendidikan tinggi dalam pengajian Islam (AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UM, 3.67,(MASTER) FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM.)


Dan satu kes terkini, terpaksa menolak kerana calon lelaki mahu berkahwin cepat, tetapi calon muslimah mohon penangguhan sehingga satu tahun 6 bulan kerana mahu menanti wali pulang ke Malaysia. Ayah telah meninggal dunia, yang ada hanya abang yang sulong bekerja di Luar Negara. Diberikan nasihat jalan yang ada dengan abang menulis surat wakil menjadi wali kepada kadhi,tetapi tak mahu kerana nak abang sendiri yang jadi wali tanpa wakil. Maka terpaksa menolak kerana calon lelaki tidak sanggup lama.

Begitu juga dengan satu kes, calon muslimah menangguhkan pernikahan kerana mahu pengesahan dalam jawatan kerjaya sedangkan calon lelaki mahu terus bernikah setelah 3 bulan bertunang.

Begitulah alasan-alasan kenapa pasangan ini tidka berjodohan...ummi hanya selaku orang yang mempertemukan pasangan, namun jodoh adalah urusan TUHAN.




Segalanya kembali kepada Allah SWT, DIA yang menetapkan jodoh manusia, Dia yang mengatur perjalanan hidup manusia dan pergerakan alam semesta. Kepada Allah aku kembali, "Ya, Allah beri aku kekuatan untuk menguruskan amanah MU ini, jadikan kesabaran dalam aku menguruskannya   sebagai ibadah . " Ameen...





Impianku menjadi isteri solehah,mencintai,
mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.

Seterusnya...

23 February 2010

Perihal wanita tawar diri untuk diperisterikan

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


“Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu;tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk. Hanya kepada Allah kamu kembali semuanya, maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan” , Q.S. Al-Maa`idah/5: 105


SOALAN:
Dato’ bolehkah atau tidak seorang perempuan menyerah diri kepada seorang lelaki untuk diperisterikan atas alasan mengikut sunnah, sepertimana berlaku pada seorang perempuan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, menyerah diri kepada baginda untuk diperisterikan dan baginda menerimanya sebagai isteri. Mohon penjelasan.

Jawapan :
Memang benar apa yang anda nyatakan bahawa pernah berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w., seorang perempuan datang menghadap baginda dan menyerah diri kepada baginda untuk dinikahi. Malah ada beberapa orang (bukan seorang sahaja) yang menghebahkan diri mereka kepada Rasulullah s.a.w, untuk diterima sebagai isteri dan baginda telah memperisterikan mereka.

Al-Imam al-Bukhari, meriwayatkan sebuah hadis daripada A’ishah r.ha, katanya (mafhumnya): “Salah seorang yang berbuat demikian ialah Khaulah binti Hakim.”

Menurut al-Imam al-Zamakshari, ada empat orang yang menyerah diri kepada Rasulullah s.a.w. sebagai hibah atau hadiah kepada Nabi iaitu, Maimunah binti Haris, Zainab binti Khuzaimah yang dikenali dengan Ummul Masakiin, Ummus Shariq binti Jabir dan Khaulah binti Hakim.

Pernikahan Rasulullah s.a.w. dengan mereka ini adalah pernikahan yang memenuhi cukup syarat dan rukun untuk dinikahi. Malah diri baginda sendiri dalam konteks ini, baginda pernah bersabda (mafhumnya): “Saya dijadikan Allah daripada pernikahan yang sah, turun temurun daripada Nabi Adam a.s. sehingga ibu ayah saya melahirkan saya ke dunia ini.”



Namun demikian, perlulah diketahui lebih lanjut dan jelas bahawa, perempuan-perempuan yang datang menyerah diri kepada Rasulullah s.a.w., Allah telah sebutkan dalam al-Quran sebagaimana firman-Nya (mafhumnya): “Wahai Nabi, sesungguhnya Kami telah halalkan bagimu isteri-isterimu yang engkau berikan mas kahwinnya, dan hamba-hamba perempuan yang engkau miliki daripada apa yang telah dikurniakan Allah kepadamu sebagai tawanan perang; dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu): anak-anak perempuan bapa saudaramu (daripada sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (daripada sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (daripada sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (daripada sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu; dan (Kami telah halalkan bagimu) mana-mana perempuan yang beriman yang memberikan dirinya kepada Nabi (untuk dikahwininya dengan tidak membayar mas kahwin) kalaulah Nabi suka berkahwin dengannya; perkahwinan yang demikian adalah khas bagimu semata-mata, bukan bagi orang-orang yang beriman umumnya; sesungguhnya Kami telah mengetahui apa yang Kami wajibkan kepada orang-orang mukmin mengenai isteri-isteri mereka dan hamba-hamba perempuan yang mereka miliki; – supaya tidak menjadi keberatan bagimu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 50)

Ayat tersebut, dengan jelas dan nyata bahawa Allah menyebut perihal perempuan yang datang, menghibah atau menghadiahkan dirinya kepada Nabi s.a.w. ialah khusus untuk Rasulullah s.a.w. sahaja, bukan untuk umatnya.

Apabila ianya khusus untuk Nabi, maka ia sama sekali tidak boleh dijadikan alasan untuk ia menjadi sunnah. Oleh kerana itu, maka ia tidak boleh diamalkan.

Diriwayatkan oleh perawi hadis yang mahsyur dari jalan (tariq) sahal, dalam kitab-kitab yang sahih, disebut perihal seorang perempuan datang menghadiahkan dirinya kepada Rasulullah s.a.w., untuk dijadikan isteri, akan tetapi baginda terdiam tidak menjawab apa-apa.

Bagaimanapun ada seorang sahabat memecah kesunyian itu dengan berkata, “Ya Rasulullah, sekiranya Rasulullah tidak berhajat kepadanya, maka nikahkan saya dengannya.”

Lalu baginda memerintahkan sahabat itu menyediakan mahar, akhirnya kedua-dua mereka dinikahkan baginda.

Semua keterangan ini jelas membuktikan bahawa dalam kes hibah (hadiah) atau serah diri memang berlaku. Rasulullah s.a.w berkahwin dengan cara hibah, tanpa mahar sebagai suatu keistimewaan untuk diri baginda.

Adapun untuk diri kita, umatnya pada waktu ini, perkahwinan hibah ini tidak berlaku.

Yang boleh berlaku ialah perkahwinan biasa yang memenuhi syarat nikah, barulah sah perkahwinan. Wallahua’lam





Impianku menjadi isteri solehah,mencintai,
mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.

Seterusnya...

22 February 2010

Kenapa kena kahwin?

Allah memberitahu kita melalui ayat 1 Surah al-Nisa’ tentang kejadian wanita,

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُواْ رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيرًا وَنِسَاء وَاتَّقُواْ اللّهَ الَّذِي تَسَاءلُونَ بِهِ وَالأَرْحَامَ إِنَّ اللّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا


Maksudnya:


Wahai manusia, takutlah kamu kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu dari diri yang satu dan menjadikan isteri daripadanya; dan daripada keduanya berkembang biak laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan takutlah kepada Allah yang kamu minta-meminta dengan namaNya, dan (takutlah untuk memutuskan) silaturrahim. Sesungguhnya Allah (sentiasa) mengawasi kamu.




Kenapa Harus Menikah? (wajib baca bagi yang takut nikah)

Berikut beberapa alasan mengapa harus menikah? semoga bisa memotivasi kaum muslimin untuk memeriahkan dunia dengan menikah.


1. Melengkapi agamanya

“Barang siapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi. (HR. Thabrani dan Hakim).


2. Menjaga kehormatan diri

“Wahai para pemuda! Barangsiapa di antara kalian berkemampuan untuk nikah, maka nikahlah, karena nikah itu lebih mudah menundukkan pandangan dan lebih membentengi farji (kemaluan). Dan barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia puasa, karena puasa itu dapat membentengi dirinya. (HSR. Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasaiy, Darimi, Ibnu Jarud dan Baihaqi).


3. Senda guraunya suami-isteri bukanlah perbuatan sia-sia

“Segala sesuatu yang di dalamnya tidak mengandung dzikrullah merupakan perbuatan sia-sia, senda gurau, dan permainan, kecuali empat (perkara), yaitu senda gurau suami dengan isterinya, melatih kuda, berlatih memanah, dan mengajarkan renang.”


4. Bersetubuh dengan isteri termasuk sedekah

Pernah ada beberapa shahabat Nabi SAW berkata kepada beliau, “Wahai Rasulullah, orang-orang kaya telah memborong pahala. Mereka bisa shalat sebagaimana kami shalat; mereka bisa berpuasa sebagaimana kami berpuasa; bahkan mereka bisa bersedekah dengan kelebihan harta mereka.” Beliau bersabda, “Bukankah Allah telah memberikan kepada kalian sesuatu yang bisa kalian sedekahkan? Pada tiap-tiap ucapan tasbih terdapat sedekah; (pada tiap-tiap ucapan takbir terdapat sedekah; pada tiap-tiap ucapan tahlil terdapat sedekah; pada tiap-tiap ucapan tahmid terdapat sedekah); memerintahkan perbuatan baik adalah sedekah; mencegah perbuatan munkar adalah sedekah; dan kalian bersetubuh dengan istri pun sedekah.”

Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, kok bisa salah seorang dari kami melampiaskan syahwatnya akan mendapatkan pahala?” Beliau menjawab, “Bagaimana menurut kalian bila nafsu syahwatnya itu dia salurkan pada tempat yang haram, apakah dia akan mendapatkan dosa dengan sebab perbuatannya itu?” (Mereka menjawab, “Ya, tentu.” Beliau bersabda,) “Demikian pula bila dia salurkan syahwatnya itu pada tempat yang halal, dia pun akan mendapatkan pahala.” (Beliau
kemudian menyebutkan beberapa hal lagi yang beliau padankan masing-masingnya
dengan sebuah sedekah, lalu beliau bersabda, “Semua itu bisa digantikan cukup dengan shalat dua raka’at Dhuha.”)




5. Adanya saling nasehat-menasehati


6. Bisa mendakwahi orang yang dicintai


7. Pahala memberi contoh yang baik

 
“Siapa saja yang pertama memberi contoh perilaku yang baik dalam Islam, maka ia mendapatkan pahala kebaikannya dan mendapatkan pahala orang-orang yang meniru perbuatannya itu tanpa dikurangi sedikit pun. Dan barang siapa yang pertama memberi contoh perilaku jelek dalam Islam, maka ia mendapatkan dosa kejahatan itu dan mendapatkan dosa orang yang meniru perbuatannya tanpa dikurangi sedikit pun.” (HR. Muslim, Buku Riyadush Shalihin Bab Orang yang pertama kali melakukan kebaikan atau kejahatan.)

Bagaimana menurut Anda bila ada seorang kepala keluarga yang memberi contoh perbuatan yang baik bagi keluarganya dan ditiru oleh istri dan anak-anaknya? Demikian juga sebaliknya bila seorang kepala keluarga memberi contoh yang jelek bagi keluarganya?

8. Seorang suami memberikan nafkah, makan, minum, dan pakaian kepada isterinya dan keluarganya akan terhitung sedekah yang paling utama. Dan akan diganti oleh Allah, ini janji Allah.

Dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah SAW, bersabda: “Satu dinar yang kamu nafkahkan di jalan Allah, satu dinar yang kamu nafkahkan untuk memerdekakan budak, satu dinar yang kamu berikan kepada orang miskin dan satu dinar yang kamu nafkahkan kepada keluargamu, maka yang paling besar pahalanya yaitu satu dinar yang kamu nafkahkan kepada keluargamu.” (HR Muslim, Buku Riyadush Shalihin Bab Memberi nafkah terhadap keluarga).

Dari Abu Abdullah (Abu Abdurrahman) Tsauban bin Bujdud., ia berkata: Rasulullah SAW. bersabda: “Dinar yang paling utama adalah dinar yang dinafkahkan seseorang kepada keluarganya, dinar yang dinafkahkan untuk kendaraan di jalan Allah, dan dinar yang dinafkahkan untuk membantu teman seperjuangan di jalan Allah.”(HR. Muslim, Buku Riyadush Shalihin Bab Memberi nafkah terhadap keluarga).

Seorang suami lebih utama menafkahkan hartanya kepada keluarganya daripada kepada yang lain karena beberapa alasan, diantaranya adalah nafkahnya kepada keluarganya adalah kewajiban dia, dan nafkah itu akan menimbulkan kecintaan kepadanya.

Muawiyah bin Haidah RA., pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: ‘Wahai Rasulullah, apa hak istri terhadap salah seorang di antara kami?” Beliau menjawab dengan bersabda, “Berilah makan bila kamu makan dan berilah pakaian bila kamu berpakaian. Janganlah kamu menjelekkan wajahnya, janganlah kamu memukulnya, dan janganlah kamu memisahkannya kecuali di dalam rumah. Bagaimana kamu akan berbuat begitu terhadapnya, sementara sebagian dari kamu telah bergaul dengan mereka, kecuali kalau hal itu telah dihalalkan terhadap mereka.”

Dari Sa’ad bin Abi Waqqash RA., dalam hadits yang panjang yang kami tulis pada bab niat, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Sesungguhnya apa saja yang kamu nafkahkan dengan maksud kamu mencari keridhaan Allah, niscaya kamu akan diberi pahala sampai apa saja yang kamu sediakan untuk istrimu.” (HR. Bukhari dan Muslim, Buku Riyadush Shalihin Bab Memberi nafkah terhadap keluarga).

Dari Abdullah bin Amr bin ‘Ash ra., ia berkata: Rasulullah SAW bersabda:
“Seseorang cukup dianggap berdosa apabila ia menyianyiaka orang yang harus diberi belanja.” (HR. Bukhari dan Muslim, Buku Riyadush Shalihin Bab Memberi nafkah terhadap keluarga).

Dan akan diganti oleh Allah, ini janji Allah.

“Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan maka Allah akan menggantinya.”
(Saba’: 39).

Dari Abu Hurairah RA, ia berkata: Nabi SAW bersabda: “Setiap pagi ada dua malaikat yang datang kepada seseorang, yang satu berdoa: “Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang yang menafkahkan hartanya.” Dan yang lain berdoa: “Ya Allah, binasakanlah harta orang yang kikir.” (HR. Bukhari dan Muslim, Buku Riyadush Shalihin Bab Memberi nafkah terhadap keluarga).

9. Seorang pria yang menikahi janda yang mempunyai anak, berarti ikut memelihara anak yatim

Janji Allah berupa pertolongan-Nya bagi mereka yang menikah
.

1. Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan karunia-Nya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. (QS. An-Nur: 32)

2. Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, yaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah karena ingin memelihara kehormatannya.(HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)





Impianku menjadi isteri solehah,mencintai,
mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.

Seterusnya...

21 February 2010

RUMAHTANGGA MUSLIM MENJAMIN KELANGSUNGAN DAKWAH

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

SALAH satu aspek penting dalam persiapan untuk melalui hidup secara Islam adalah menyediakan rumah tangga kita supaya menjadi rumah tangga Muslim. Rumah tangga yang mempunyai ciri-ciri keislaman yang sebenar sahaja boleh menyediakan persekitaran yang harmoni dan tarbawi (bercirikan tarbiah Islam), melahirkan kasih sayang, hormat menghormati serta pelaksanaan ibadah yang membawa kepada ketenangan dan ketenteraman.

Entri kali ini membincangkan persoalan rumah tangga Islam dan kedudukannya dalam pembentukan generasi anak yang bakal memikul taklif (tanggungjawab) Islam.Entri  ini akan menumpukan perbincangan kepada beberapa aspek komunikasi dalam rumah tangga tersebut.


Pandangan Islam mengenai pembinaan rumahtangga.

Sebelum kita meneruskan perbincangan mengenai tajuk ini, mari kita fahami pengertian rumahtangga atau keluarga Muslim. Keluarga Muslim ialah keluarga yang meletakkan segala aktiviti pembentukan keluarganya sesuai dengan syari'at Islam.

Berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, terdapat beberapa tujuan penting pembentukan rumah tangga Muslim ini, iaitu:

(a) mendirikan syari'at Allah dalam segala urusan rumah tangga.
(b) mewujudkan ketenteraman dan ketenangan jiwa dan roh

"Dialah Yang Menciptakan kamu dari diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya" (al- A'raaf.. 189)

Di dalam surah ar-Rum ayat 21, Allah SWT telah berfirman yang maksudnya:

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa mawaddah dan rahmat. Sesungguhnya pada yang demikian benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berftkir. "

AI-Qurtubi telah mencatatkan komentar lbn Abbas mengenai 'mawaddah' yang dijelaskan sebagai 'cinta kasih seorang lelaki kepada isterinya dan 'rahmah' pula bermaksud 'rahmatnya agar isterinya jangan sampai menderita atau mengalami kesusaban'. Di sini dapat disimpulkan bahawa pembentukan rumah tangga Muslim itu diasaskan di atas 'mawaddah' dan 'rahmah'.



Suasana rumahtangga yang dibina di atas dasar cinta dan kasih sayang yang suci akan mententeramkan dan memberi ketenangan kepada jiwa dan roh dalam kehidupan pendakwah. Dalam hal ini tiada contoh yang lebih baik dan tepat daripada rumah tangga Rasuluillah SAW yang dibina bersama denga Saidatina Khadijah, terutama ketika menghadapi cabaran dan pengalaman baru yang memerlukan sokongan padu serta keyakinan tanpa sebarang keraguan si isteri.

Anak-anak yang dibentuk dalam suasana 'mawaddah' dan 'rahmah'akan menghasilkan peribadi yang bahagia, yakin diri, tenteram, kasih sayang serta jauh daripada kekacauan serta penyakit batin yang melemahkan peribadi.

(c) mewuiudkan sunnah Rasulullah dengan melahirkan anak-anak soleh sehingga umat manusia merasa bangga dengan kehadiran kita.

(d) memenuhi keperluan cinta kasih anak-anak. Ketidakseimbangan atau ketandusan cinta kasih ini akan menyebabkan penyimpangan akhlak dan perilaku.

Di dalam perkahwinan dan pembentukan rumah tangga Muslim, Islam tidak menyempitkan tujuan perkahwinan kepada hanya untuk mendapatkan anak-anak soleh (walaupun ini adalah antara tujuan perkahwinan), untuk mengekang padangan dan menjaga kemaluan (walaupun ini juga menjadi matlamat perkahwinan) dan bukan juga bertujuan untuk menyalurkan nafsu secara syar'i sahaja, sebaliknya Islam telah menentukan matlamat yang lebih tinggi, mulia dan jauh jangkauannya. la berkait rapat dengan matlamat kemasyarakatan, jihad serta pelaksanaan amal Islam yang luas.

Walaupun matlamat terpenting dalam perbentukan rumah tangga Muslim ialah untuk menyediakan suasana dan persekitaran yang subur bagi mendidik anak-anak, Islam telah menentukan bahawa tuiuan utama kesinambungan zuriat mempunyai kaitan dengan matlamat dakwah dan jihad. Tujuan ini dapat difahami menerusi beberapa ayat al-Quran. Antaranya ayat yang menggambarkan doa Nabi Zakaria yang berhajat kepada anak baqi mneruskan kewajipan dakwah yang dipikulnya. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Ya Rabbi, kurniakan aku seorang anak yang baik di sisi Engkau. Anugerahkan aku seorang putera, yang akan mewarisi sebahagian keluarga Yaaqub."
(Maryam: 5-6)

Peristiwa yang dirakamkan di dalam al-Quran itu menunjukkan bahawa seorang pendakwah juga berhajatkan anak seperti manusia lain, tetapi hajatnya lebih mulia kerana ia menghendaki anaknya mewarisi tugas dakwah dan jihad yang dipikulnya. Aspek ini penting kerana perjalanan dakwah dan pertarungan dengan jahiliyah memerlukan masa yang panjang. Oleh itu, dengan adanya pewaris yang meneruskan perjuangan, dapatlah dipastikan, insyaAllah, perjuangan itu tidak mati di pertengahan jalan kerana pupusnya pendokong perjuangan tersebut.

Pelaksanaan pendidikan Islam dalam rumahtangga Muslim.


Salah satu ciri penting yang membezakan rumah tangga Muslim dengan rumahtangga bukan Muslim ialah pelaksanaan pendidikan Islam yang sebenar di dalamnya. Para pendakwah dituntut supaya memberi perhatian serius mengenai perkara itu. Anggota keluarga yang tidak mendapat pendidikan Islam atau yang lebih parah lagi jika pendidikan mereka terus terabai, mereka bukan sahaja tidak mampu menyambung perjuangan Islam tetapi mungkin merencat dan menjadi penghalang perjuangan itu.

Pendidikan anggota keluarga dimulakan dengan pendidikan isteri. Pendidikan ini bermula dengan pemilihan yang dibuat di atas dasar keimanan dan keislamannya. Pendidikan isteri sangat penting diberi perhatian kerana isteri memainkan peranan yang paling besar dalam pendidikan anak. Anak sulung pula merupakan tumpuan kedua selepas isteri kerana isteri dan anak sulung (bapa juga tidak terkecuali) merupakan qudwah (contoh teladan) kepada anak-anak yang lain. Seandainya pendidikan isteri dan anak sulung terabai mereka tidak mungkin mampu menjadi teladan yang baik kepada anggota yang lain di dalam keluarga.

Keseimbangan di dalam rumahtangga.


Berumahtangga bagi seorang Mukmin ialah untuk melaksanakan perhambaan kepada Allah, bukan menghalanginya daripada tugas utama itu. Bagaimanapun ada banyak ujian dan fitnah di dalam rumah tangga. Salah satu ciri penting yang perlu wujud dalam rumah tangga Islam adalah keseimbangan. 

Golongan yong beriman perlu bersungguh-sungguh untuk melahirkan keseimbangan ini kerana telah ramai golongan yang gugur daripada jalan yang penuh keberkatan ini kerana gagal melahirkan keseimbangan ini dan mendidik isteri serta anak-anak menerima keseimbangan ini.

Secara fitrahnya manusia mempunyai pelbagai keinginan hidup. Antara keinginan itu ialah keinginan kepada harta, pasangan hidup, memiliki harta (seperti rumah dan kenderaan), hidup selesa, berehat serta bersenang. Keinginan ini tidak salah selagi wujud keseimbangan dengan tuntutan Allah. Suasana persekitaran akan merangsang keinginan ini ke satu tahap yang mungkin menyebabkan seseorang pendakwah mengabaikan tuntutan Islam atau terus mengetepikan hak-hak Allah dalam kehidupannya. 


Sebagai contoh, setiap orang mempunyai kecenderungan memiliki harta tetapi kecenderungan itu perfu diimbangi dengan tuntutan mengeluarkan infaq di jalan Allah. Begitu juga dengan kecenderungan untuk untuk berehat di rumah bersama isteri dan anak-anak diimbangi dengan kekuatan tajarrud di dalam jiwa. Rifa'i Sirur di dalam bukunya 'Baitul Dakwah' mendefinisikan 'tajarrud' sebagai 'memiliki sesuatu tetapi sanggup mengorbankannya atau bersabar dengan kehilangan'.

Dakwah terpancar daripada rumahtangga Muslim.


Dr Abdul Mufa'al Muhammad al-Jabari di dalam bukunya, 'Identifi Rumah Tangga Muslim' menulis, di antara ciri wujudnya identiti rumah tangga Muslim ialah kewajipan berdakwah mestilah terlaksana dalam rumah tangga itu. Ini bermaksud angota rumah tangga - suami, isteri dan anak-anak - menjalankan usaha dakwah kepada teman-teman, saudara mara mahupun jiran tetangga.

Suami Muslim yang soleh perlu melalui proses pendidikan dan terus menerus mendidik dirinya sebagai pendakwah contoh kepada angota keluarganya. Kesibukan di dalam kehidupan sehariannya biarlah berhubung kait dengan dakwah yang telah menjadi darah dagingnya. lsteri dan anak-anak perlu dididik mengenai tanggungjawab dakwah. Mereka hendaklah disediakan untuk memikul tugas dakwah.

Terdapat ramai juga pendakwah yang sangat aktif di medan dakwah tetapi roh dakwah tidak wujud di dalam rumah tangganya sehingga bukan sahaja isteri dan anak tidak memberi sokongan kepada perjuangannya, bahkan mereka menjadi penghalang utama, mengusutkan fikiran dan menekan perasaan pendakwah sehingga akhirnya pendakwah berkenaan meninggalkan perjuangannya.

Atas sebab inilah da'wah dan pendidikan perlu dilaksanakan di dalam rumah tangga secara terancang dan berterusan. Anak dan isteri perlu dibimbing peringkat demi peringkat dan tahap demi tahap untuk menjadikan dakwah Islam sebati dengan kehidupan mereka.

Impianku menjadi isteri solehah,mencintai,
mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.

Seterusnya...