CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

30 September 2009

Keharmonian Mentua dan Menantu

Apabila kita bernikah sahaja dengan pasangan kita, secara tidak langsung kita akan terus mendapat ibu bapa mentua. Taraf dan penghormatan kita terhadap ibu bapa mentua ini sama seperti ibu bapa kita sendiri. Ada tanggung jawap yang perlu kita laksanakan terhadapa mereka.

Dalam memperkatakan mengenai Tanggungjawab Menantu Terhadap Ibu Bapa Mentua, hari ini ramai yang salah tanggap mengenai tanggungjawab terhadap mentua.Salah tanggap itu membawa kepada rasa kurang hormat terhadap mentua sedangkan mereka juga wajar dihormati seperti taraf menghormati ibu bapa sendiri.


Apabila wujud rasa kurang hormat, tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan mungkin tidak berlaku, walhal tanggungjawab menantu perlu ada pada mentua. Menantu lelaki terutama mempunyai tanggungjawab berat terhadap mentua berbeza dengan menantu perempuan.
Kalau seorang wanita perlu meletakkan suami sebagai individu yang sangat perlu ditaati selepas Allah dan Rasul, bagi lelaki pula dalam konteks menantu dan mentua, mereka mesti menghormati ibu mentua diikuti bapa mentua selepas Allah dan Rasul.

Islam meletakkan martabat yang tinggi terhadap ibu, bapa dan juga mentua, justeru tanggungjawab itu tidak boleh diabaikan oleh menantu lelaki.
Mengabaikan seorang daripada mentua seolah-olah mengabaikan ibu bapa sendiri.

Kesejahteraan rumah tangga amat bergantung kepada sejauh mana tanggungjawab menantu terhadap ibu bapa mentua. Jika tanggungjawab itu diabaikan sudah tentu si isteri akan menjadi kurang selesa disebabkan ibu bapanya sendiri diabaikan oleh si suami.
Tegasnya, kedudukan ibu bapa sendiri dan mentua adalah sama tidak kira sama ada mentua beragama apa sekali pun, sama seperti tanggungjawab anak yang sudah memeluk Islam terhadap ibu bapanya yang belum memeluk Islam.

Bagi sesetengah pasangan, permasalahan hubungan antara menantu dengan mentua seringkali menjadi punca timbulnya konflik antara suami dengan isteri. Meskipun di zaman ini sudah banyak pasangan yang tidak lagi tinggal serumah dengan mentua, namun hal tersebut bukan bererti bahawa masalah menantu-mentua tidak lagi terjadi. Hal ini mengingatkan kita bahawa sebagai anggota dari sebuah keluarga, maka mentua dan menantu pasti akan selalu bertemu dan saling berinteraksi, contohnya ketika pulang berhari raya atau ketika si datuk atau nenek berkunjung ke rumah anaknya untuk menjenguk cucu mereka.

Bagaimana jika anda terpaksa tinggal bersama mentua? Apa yang perlu dilakukan terhadap mereka? Mesti ada pro dan kontranya.


Sebagai menantu perempuan kita kena beralah dan menduhulukan mentua. Dalam dalam hirarki kehidupan seorang suami, seorang suami perlu mendahulukan ibu bapanya dari isteri. Suami yang baik akan bertanggungjawap terhadap ibu bapanya , ibu bapa mentua dan dan keluarganya sendiri. Sebagai isteri kita sepatutnya membantu suami untuk menjdai anak dan suami yang soleh.

Sekiranya ada apa-apa, perbincangan dan permuafakatan perlu ada, agar tidak ada hati yang terluka.
Sebagai sorang isteri yg sayangkan suami, mestila kita nak dia jadi seorang soleh . Dan untuk mencapai hasrat menjadikan suami yang soleh, suami itu mesti adalah anak yang soleh terhadap ibu bapanya, salah satu tanggungjawab suami ialah berbakti kepada ibu bapanya. Mak dia tetap no 1 walau bagaimana sayangpun dia pada isteri. Walaupun mak suami tak sebulu dengan kita, kita yg kena membulukan diri bila dengan mentua. Sudah pasti kita tidak mahu kisah iktibar Al-Qamah berlaku pada suami kita. Disebabkan itu jangan kisahlah jika takde peluang tinggal sendiri (dgn family) di rumah sendiri pun. Berkorban lah tinggal dengan mentua, asalkan suami kita diredhai-Nya.

Ada juga mentua yang cerewet dan selalu mencampuri urusan rumah tangga anak-anak mereka sehingga anak dan menantu bercerai-berai. Namun tidak dilupakan juga ia adalah berpunca daripada sikap anak itu sendiri yang terlalu bergantung dengan ibu bapa mereka sekalipun telah berumah tangga.

Kebergantungan tersebut sering membuat pasangan merasa, jengkel, marah, kesal, iri hati, cemburu serta bermacam emosi negatif lainnya di mana hal-hal kecik sekali pun dirujuk kepada mentua dan mengikut pilihan mentua. Pasangan tentu sekali akan merasa diabaikan, disingkirkan dan tidak dihargai kerana selalu berada di bawah bayang-bayang mentuanya.

Pasangan akan merasa bahawa posisinya hanyalah sebagai pelengkap yang tidak penting dalam menentukan arah kehidupan keluarganya sendiri.
Dalam beberapa keadaan, kebergantungan si anak tersebut bersifat dua arah. Maksudnya, anak menjadi sumber sense or self dari orang tua (kerana kewujudan anak membuatkan dirinya merasa berguna, diperlukan) sehingga mereka intim terus berperanan sebagai orang tua yang menentukan kehidupan anaknya meskipun si anak tersebut telah dewasa dan berkeluarga.

Kemungkinan juga, seseorang itu sejak anaknya masih kecil telah menanamkan sikap kebergantungan terhadap diri mereka sehingga anak mereka tidak tahu berdikari. Mereka telah bersikap over-protective dan terlalu dominan sehingga menimbulkan rasa kurang percaya terhadap diri sendiri dalam jiwa anak-anak. Mereka memandang bahawa dirinya tidak dapat berbuat apa-apa tanpa orang tua mereka.


Sikap mentua yang begini lambat laun boleh mengakibatkan berlakunya perceraian. Keadaan ini akan lebih ketara sekiranya pasangan tinggal serumah dengan mereka. Walau bagaimanapun kemungkinan mentua boleh menimbulkan kesan negatif ke atas diri pasangan tidak seharunya dijadikan alasan untuk tidak mewujudkan hubungan yang baik dan mesra antara menantu dengan mentua memandangkan kebaikan yang boleh diperolehi daripada mentua itu banyak sekali di mana terdapat kajian-kajian yang telah membuktikan hubungan baik dengan mentua boleh menyumbang ke arah mencapai kebahagiaan rumah tangga.

Persoalannya bagaimana cara menanganinya sehingga hubungan antara menantu dengan mentua dapat berlangsung secara harmoni?

Cara mewujudkan hubungan baik

Pada dasarnya penyelesaian sesuatu masalah adalah bergantung pada diri kita sendiri. Kitalah yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang sedang kita hadapi. Jika hanya menunggu pihak lain untuk bertindak, kemungkinan besar penyelesaiannya akan menjadi lebih rumit. Maka bagi mereka yang mengalami masalah dengan mentua atau menantu, ada baiknya meereka mempertimbangkan beberapa saranan berikut:

1. Berdamai dengan diri sendiri :

Ertinya menciptakan suasana tenang dalam diri sendiri dengan mendekatkan diri pada Allah SWT dan mengenepikan sebarang buruk sangka terhadap mentua. Alihkan fikiran secara total pada hal-hal yang positif. Ingatlah bahawa setiap perselisihan pasti melibatkan lebih dari seorang dan dalam hal ini tidak ada manusia yang dapat lari daripada melakukan kesilapan.

Oleh sebab itu, jika secara negatif dan selalu menyalahkan orang lain, maka sekarang belajarlah sedikit demi sedikit melihat sesuatu permasalahan secara objektif. Mulakan dengan mengubah pola pemikiran kita sendiri.
Ingatlah ungkapan yang mengatakan: “change your thoughts and you will change your world”. Hal ini berkait rapat kerana pasangan yang mempunyai sikap prejudis di dalam diri mereka akan terpengaruh dengan sikap tersebut di mana terdapat pasangan yang dari awal-awal perkahwinan lagi telah menunjukkan sikap yang negatif terhadap mentua.

Sebagai contoh masyarakat selalu melemparkan persepsi yang salah terhadap mentua seperti: mentua harus dijauhi dan tidak perlu diwujudkan hubungan baik dengannya, mentua tidak boleh dibawa tinggal bersama ataupun menantu tidak boleh tinggal di rumah mentua dan berbagai-bagi prasangka yang lain. Persepsi yang tidak baik ini jika tertanam dalam pemikiran seseorang akan menyebabkan mentua mereka berkecil hati dan mudah tersinggung.

2. Mulailah belajar untuk memahami beberapa perkara seperti:

Setiap keluarga mempunyai budayanya sendiri begitu juga antara menantu dan menantu dan mentua tentunya memiliki budaya keluarga yang berbeza. Yang dimaksud dengan budaya keluarga di sini adalah latar belakang yang seringkali sangat jauh berbeza, sama ada yang menyentuh hal-hal berkenaan tempat tinggal atau pun pengalaman peribadi yang selama ini menjadi pegangan, didikan dan kebiasaan dalam sesebuah keluarga di mana segalanya ini tentu sekali akan membentuk karaktor, sikap dan pembawaan seseorang individu dalam menjalani kehidupan sehariannya dan dalam menghadapi sesuatu masalah.

Dengan lain perkataan, asuhan orang tua atau pun kualiti hubungan yang terjalin antara orang tua dengan anaknya merupakan faktor penting yang boleh mempengaruhi kualiti perkahwinan seseorang di masa akan datang. Hal ini mencakupi perihal pemilihan pasangan, pola interaksi komunikasi suami-isteri dan anak-anak, sikap terhadap pasangan dan persepsinya terhadap peranannya dalam keluarganya.
Dengan itu jika proses sosialisasi dengan orang tuanya tidak begitu baik, segala emosi negatif dari mas lalu akan terbawa-bawa dalam kehidupan rumahtangganya, baik terhadap diri sendiri, pasangannya dan terhadap makna perkahwinan itu sendiri.

3. Menyamakan pasangan dengan ibu atau bapa sendiri :

Seringkali tanpa sedar seseorang akan mencari pasangan dan mentua yang seperti ibunya dan bapanya. Mereka mengharapkan agar pasangannya dan mentuanya memperlakukan dirinya seperti perlakuan ayah dan ibu terhadapnya. Harapan tersebut pada dasarnya tidaklah wajar kerana ia akan mendatangkan masalah yang besar dalam rumahtangga.

Sebaliknya menantulah yang harus mengalah dan melayani mentua mereka seperti ibu bapa mereka sendiri selaku orang yang lebih tua daripada mereka bahkan kedudukan mentua sebenarnya adalah sama seperti ibu dan bapa sendiri.
Menderhaka kepada mentua samalah seperti menderhaka kepada ibu bapa sendiri.

Menantu juga hendaklah menunjukkan sikap bertolak ansur dengan mentua. Mentua seperti individu lain tentunya memiliki sifat kekurangan dan kelebihan tersendiri. Segala sifat mentua ini hendaklah diterima oleh menantu dengan lapang dada.

Kesimpulan

Sesungguhnya mentua adalah orang tua yang membesarkan pasangan kita dan mempunyai pengaruh yang besar dalam hidupnya. Mentua kitalah yang membentuk pasangan kita hingga menjadi peribadi yang mahu mencintai dan menerima diri kita. Oleh itu keserasian dengan mentua adalah antara faktor penting dalam mewujudkan kebahagiaan rumahtangga.

Hormatilah mentua sebagaimana kita menghormati kedua-dua ibu bapa kita iaitu dengan mewujudkan sistem komunikasi yang baik. Ini penting kerana ia bakal menjadi contoh kepada anak-anak apabila mereka menjalani kehidupan berumahtangga kelak. Janganlah membalas sakit hati kita dengan melakukan sesuatu yang tidak baik kepada mentua. Percayalah rasa hormat yang kita tunjukkan itu akan membuatkan mereka merasakan diri mereka dihargai dan diterima oleh menantu mereka. Dengan demikian hubungan baik dan mesra antara menantu dengan mentua akan mudah terjalin.


Seterusnya...

27 September 2009

KEBAHAGIAAN SUAMI DAN ISTERI

Bagaimana untuk melahirkan rasa cinta antara suami isteri? Jika masa bercinta selepas bernikah, amat mudah untuk melafazkan kata sayang dan cinta, namun semakin lama usia perkahwinan, terasa hambar pula.Kenapa ini terjadi? Mengikut kajian, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kita sukar untuk melahirkan perasaan cinta antara suami isteri seperti yang kita idamkan. Diantaranya ialah:

1. Hati Tidak Fokus.

Hidup di zaman yang penuh dengan tribulasi ini menyebabkan ramai manusia sukar untuk memberikan tumpuan atau fokus untuk merancang hidup dengan lebih serius bersama dengan pasangannya.

2. Terlalu banyak Cinta Pada Satu Masa

Fokus kepada fakta ini ialah , seseorang suami yang mempunyai ramai isteri pada sesuatu masa . Walaupun poligami suatu yang harus , tetapi ramai yang tak mampu menumpukan kasih sayang kepada seseorang isteri hingga menyebabkan penganiayaan berlaku kepadanya . Demikian juga sebaliknya isteri yang kadang kala kagum kepada lelaki lain selain suaminya , atas ukuran material , pangkat dan sebagainya . Allah berfirman dalam surah al-Nisak ayat 129 : "Dan kamu tidak akan mampu berlaku adil antara isteri2mu walaupun kamu sgt ingin melakukannya..."


3. Banyak Meminta Tapi Kurang Memberi

Normalnya, manusia lebih cenderung untuk meminta tetapi kurang untuk memberi. Kerap meminta kepada Allah adalah satu kebaikan yang dipuji tetapi apabila kerap juga meminta kepada manusia adalah satu sifat yang kurang mulia. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : “Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah”. Mudah-mudahan amalan membantu orang lain akan membukakan pintu rezki kita dan salah satu daripadanya ialah pintu kasih sayang suami isteri

4. Kenangan Masa silam

Fobia sering terjadi apabila pengalaman lalu yang sering menghantui jiwa. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu menilai kegagalan orang lain terutamanya yang mempunyai hubungan yang rapat dengannya seperti ibu ayah menyebabkannya terikut dengan sikap buruk individu tersebut.Sebagai contohnya tidak mahu memberikan pertolongan kepada isteri ataupun bagi isteri pula perbuatan tidak mentaati suami.

5. Masalah Kewangan

Pengurusan kewangan yang baik juga kunci kepada perasaan cinta & bahagia. Sikap boros dan tak menjaga kewangan kerap me natijahkan keretakan rumahtangga . Menurut kajian , peningkatan kes perceraian meningkat mendadak pada musim inflasi .

6. Hidup Yang Tidak Seimbang

Dewasa ini, ramai manusia yang menjalani kehidupannya yang tidak seimbang. Sebagai contoh, seseorang itu lebih gemar untuk mengejar kejayaan kariernya dan mencari kesenangan sehingga lupa untuk memberi penumpuan kepada pasangan dan rumah tangga. Mungkin juga ia sudah menjadi satu tabiat atau trend hidup masa kini untuk hidup berorientasikan kekayaan dan material daripada kongkongan tanggungjawab sebagai seorang suami, isteri, ayah atau ibu.

7. Konsisten Dengan Sifat Negatif

Kekurangan adalah satu kemestian dalam diri manusia. Walaupun begitu, ia boleh dielakkan dengan bijak dan berhikmah. Sebagai contohnya tabiat melepak hingga ke waktu jauh malam semasa zaman bujang.Sikap ini masih diteruskan dengan teman-teman walaupun sudah berumahtangga.Sepatutnya seseorang itu membuangkan sifat negatif itu dan cuba untuk menanam seberapa banyak benih-benih mahmudah supaya ianya subur menyerikan hidup kita.

8. Kurang Doa

Naluri manusia akan selalu berdoa sekiranya seseorang itu ditimpa kesempitan hidup. Perbanyakkan doa kepada Allah agar Dia dapat melahirkan persefahaman dan kasih sayang . Antara doa berkasih sayang yang diajarkan oleh nabi saw adalah Maksudnya : “Ya Allah jadikanlah hambaMu ini dicintai pada hati orang-orang yang beriman, dan jadikanlah mereka menyintai orang-orang yang beriman”

9. Tiada Restu

Ibu bapa juga berhak ataupun berperanan dalam mencorakkan kehidupan anak-anak mereka. Sebagai anak, wajarlah bersikap terbuka dan berkerjasama bersama keduanya supaya tidak mendatangkan murka Allah. Di dalam institusi kekeluargaan perlu wujudkan sifat toleransi yang tinggi dan kefahaman yang utuh. Restu ibu bapa juga mempengaruhi impian dan niat kita. Justeru, jagalah hati ibu bapa dan taatilah mereka.

10. Sihir Atau Buatan Orang

Sifat hasad dengki yang sinonim dengan orang Melayu kadang-kadang mendatangkan kemudaratan kepada kita. Manusia sanggup sihir menyihir demi untuk mencapai hasrat mereka. Walaupun ianya satu larangan Allah, namun masih juga terdapat segelintir manusia yang melakukan perbuatan terkutuk ini. Sebagai manusia yang dhaif, mohonlah kepada Allah untuk mendinding dan memelihara diri kita dari sihir manusia dan seumpama dengannya.

11. Hubungan dengan Allah yang sangat lemah.Allah berfirman dalam surah Taha ayat 124: "Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatanKu maka sungguh baginya kehidupan yang sempit..."

Kesimpulannya, seseorang itu perlu mengubah diri seseorang kepada yang lebih positif dan lebih mulia supaya Allah juga akan mengubah dirinya agar mengikut hidayahNya yang lurus. Allah akan mengurniakan kita rasa kasih , sayang atau yang disebut sebagai mawaddah ( zaman muda ) dan rahmah ( zaman dah tua ) sepanjang hidup berumahtangga kita . Hal inilah yang disebut olehNya dalam surah al-Rum ayat ke 21.
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."


Seterusnya...

18 September 2009

Mana satu isteri Idaman?

Entri ini saya juga ada masukkan kedalam blog Baitul Muslim di forum Halaqahnet. Teruja dengan sifat-sifat dalam peringakt isteri idaman para suami, maka di sini juga ingin saya kongsi dengan pembaca budiman. Ada beberapa peringkat untuk menjadi isteri idaman suami. Diri kita yang menentukan diperingkat mana kita mahu berada. Pilihan ditangan kita hasil didikan suami juga. Jika dari didikan suami yang soleh, insyaAllah kita akan berjaya mencapai dilevel mana yang diinginkan.

Peringkat-Peringkat Isteri Dalam Memberi Ketaatan dan Meminta Nafkah:

Isteri Siddiqin ;

Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

Isteri Muqarrobin ;

Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.



Isteri Solehin ;

Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

Isteri Fasik ;

Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah,sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami,apatah lagi dengan Tuhan.


Model Muslimah Sejati Menurut perspektif Islam

Wanita adalah pelengkap kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah s.w.t. Malah Rasulullah s.a.w memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Ini sebagaimana sabda Baginda bermaksud: "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah." (Riwayat Muslim) Hadis ini jelas menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan global. Jika ditelusuri dalam lembaran al-Quran, wanita digambarkan dengan tiga fungsi penting. Pertamanya, wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya dia tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam. Keduanya, wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. Akhirnya, wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup. Sejarah Islam sebenarnya melahirkan ratusan personaliti wanita terbilang yang menjadi teladan kepada warga Muslimah dewasa ini. Mereka adalah wanita contoh yang menempa tinta emas yang mewarnai sejarah kegemilangan dan keunggulan Islam. Sehubungan itu, Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia; mereka itu ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah saw dan Fatimah binti Muhammad, puteri kesayangan Baginda." (Riwayat Bukhari) Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidup sebumbung bersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Allah. Maryam pula adalah simbol wanita dalam ibadahnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah. Manakala Khadijah pula adalah simbol kepada isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa raga dan segala harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan pada bahu Rasulullah. Akhirnya, Fatimah pula adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah; anak yang soleh dan taat di hadapan ayahandanya;isteri yang setia dan taat di hadapan suaminya serta ibu yang bijaksana di hadapan putera puterinya. Dialah pemuka segala wanita dan juga seorang wanita mithali yang setiap detik kehidupan yang dilaluinya, sewajarnya dijadikan ikutan Muslimah. Demikianlah antara beberapa profil wanita Muslimah contoh yang mewarnai pentas kehidupan dengan ketenangan, kemesraan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Islam menganjurkan setiap Muslim yang bakal melangkah alam perkahwinan agar berhati-hati memilih calon isteri. Kriteria calon isteri penting dalam kehidupan berkeluarga kerana ia adalah antara ciri kesolehan isteri yang dituntut Islam, di samping bakal menjamin kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinasakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama. Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu." (Riwayat Abdullah ibn Humaid) Jelas di sini, bahawa aspek keagamaan dalam diri seseorang isteri adalah penentu hala tuju sesebuah rumah tangga yang dibina dan dibentuk. Ini kerana agamanya yang bertapak kukuh dalam jiwa sanubarinya, dia pasti akan taat kepada suaminya pada semua perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah dan tidak mendatangkan mudarat kepadanya. Isteri yang solehah juga akan bersifat amanah terhadap harta benda suaminya, di samping menjaga maruahnya. Sewaktu ketiadaan suaminya, seorang isteri solehah memelihara dirinya dan maruahnya seperti tidak boleh keluar rumah tanpa izinnya, tidak boleh menerima tetamu yang tidak dikenali dan sebagainya. Ketaatan dan sifat beramanah seorang isteri solehah ini banyak dipengaruhi oleh firman Allah yang bermaksud: "...perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah..." (Surah an-Nisa: 34) Malah isteri yang solehah ingatannya sentiasa segar dengan pesanan Baginda yang bermaksud: "Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya, mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana saja pintu syurga menurut kehendaknya." (Riwayat Imam Ahmad) Isteri solehah juga adalah isteri yang sentiasa menyempurnakan keperluan suaminya, di samping memelihara keredaannya pada setiap masa dan keadaan. Ini kerana keredaan suami adalah anak kunci utama yang melayakkannya menjadi penghuni syurga penuh kenikmatan. Sabda Rasulullah bermaksud: "Mana-mana isteri yang meninggal dunia, sedangkan suaminya reda kepadanya, nescaya isterinya akan masuk syurga." (Riwayat Al-Hakim dan Tirmizi) Apa yang paling penting ialah isteri solehah adalah pendidik dan pengasuh terbaik kepada anaknya yang juga penyejuk hati ibu bapa dan saham akhirat yang pahalanya berkekalan, biarpun ibu bapanya lama meninggal dunia. Dengan agamanya itu, seseorang ibu akan mewariskan segala ilmu agamanya kepada anaknya agar mereka kelak akan menjadi anak soleh dan taat, bukan saja kepada ibu bapa, bahkan taat kepada Allah. Agama inilah ramuan terbaik yang boleh melenturkan peribadi anak, perhiasan akhlak terpuji, mengisi minda dan hati anak dengan keimanan dan ketakwaan serta membimbing kehidupan ke arah keredaan Ilahi. Demikianlah betapa besarnya fungsi seorang wanita yang bertindak sekali gus sebagai isteri dan ibu solehah dalam sesebuah institusi keluarga. Justeru, Allah menganugerahkan ganjaran syurga bagi wanita solehah yang beriman dan benar-benar melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu dalam kehidupan sehariannya. Akhirnya, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya: "Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang, yang memelihara kehormatannya, yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya, yang menghormati suaminya, menghiaskan dirinya hanya untuk suaminya tercinta, memelihara diri daripada pandangan orang lain, yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya. Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakannya serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain." (Riwayat Al-Tausi)
_________________
Dunia ini umpama lautan yang luas.Kita adalah kapal yang belayar di lautan itu.Andainya muatan kita adalah iman dan layarnya taqwa, nescaya kita akan selamat dari tenggelam di lautan itu...


Akaun halaqah net services CIMB 01180004462058

Seterusnya...

17 September 2009

Isteri Solehah Buah cinta suami

Dalam sebuah hadis yang Rasulullah S.A.W bersabda:

"Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?" Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya." (HR:Ibnu Majah)

Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Umar r.a., Rasulullah S.A.W bersabda :

"Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah perempuan yang solehah."

Isteri yang solehah itu selalu memerhatikan akan tanggungjawabnya sebagai isteri, ia hanya berbuat sesuai dengan ketentuan Allah. Di antara ciri-ciri isteri solehah itu ialah bertanggungjawab terhadap kerja-kerjanya.



Pada dasarnya kewajipan isteri solehah itu ialah:

1. Patuh dan taat kepada suami yang soleh

Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.

"Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka..." (Surah An-Nisa':34)

Isteri yang solehah itu di samping patuh kepada perintah Allah dan Rasulullah S.A.W, ia patuh terhadap suaminya dan menyimpan segala rahsia baik di luar rumah mahupun di dalam rumah. Ia selalu tersenyum dan menunjukkan muka manis terhadap suaminya. Tabiatnya yang baik itu menambah kasih sayang suaminya terhadapnya. Ia tidak pernah membantah kata-kata suaminya yag baik, semuanya dikerjakan dengan patuh kerana Allah.

Isteri yang baik apabila berkata dengan suaminya dengan suara yang lemah lembut dan penuh kesopanan . Begitu pula tidak boleh memerintah kepada suami, kecuali diucapkan dengan suatu yang baik sebagai suatu pertolongan. Walau bagaimanapun, ketaatan isteri terhadap suami tidak dalam semua perkara. Sekiranya perintah suami boleh membawa dosa, maka isteri dibenarkan membantah.

Rasululllah S.A.W bersabda,

"Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya lantaran begitu besar Allah jadikan hak lelaki keatas wanita"

2. Menguruskan rumahtangga

Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk di rumah bukan bererti hanya berdiam diri sahaja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri. Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Disamping itu isteri dapat melakukan pekerjaan rumah seperti menghias rumah dan sebagainya.Walaupun ianya nampak remeh, tetapi ianya amat bermanfaat untuk menjamin keharmonian keluarga.

3. Berhias untuk suami

Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih, kadangkala rambutnya pun tidak terurus. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.

Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.

Sabda Rasulullah SAW:

"Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya." (HR:Muttafaqun Alaihi)

Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana, kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.

4. Melayani suami

Hubungan seks merupakan penawar kebahagiaan rumahtangga. Ia dipandang sebagai punca keharmonian rumahtangga. Oleh sebab itu isteri hendaklah memberikan layanan yang baik kepada suami dan tidak boleh menolak kemahuan suaminya .

Seorang isteri akan dikutuk oleh malaikat apabila ia menolak kemahuan suaminya sehinggalah suaminya reda kepadanya. Mungkin dalam keadaan tertentu isteri boleh menolak kemahuan suaminya seperti dalam keadaan sakit, atau dalam keadaan yang dilarang oleh syara' untuk melakukan persetubuhan seperti dalam keadaan haid dan sebagainya.

5. Berpakaian menurut ajaran Islam

Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, ramai wanita pada zaman sekarang ini yang berpakaian tetapi telanjang kerana ia menutup bahagian tertentu sahaja, kalau menutup semua pun tetapi bentuk badannya tetap nampak jelas.

Allah SWT berfirman, ertinya:

"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat." (Surah Al-A'raar:26)

Jilbab merupakan satu fesyen pakaian wanta Islam yang menutup tubuh atau sebahagian besar badan wanita di sebelah atas, kecuali muka dan tapak tangan. Jilbab tidak menampakkan tubuh badan. Allah memerintahkan supaya berpakaian demikian supaya dapat membezakan antara wanita beriman dan tidak beriman, ia juga supaya terhindar dari golongan munafik.

Firman Allah yang bermaksud:

"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri- isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan Jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka."Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Penganmpun lagi Maha Penyayang." (Surah Al-Ahzab:59)

6. Memberi motivasi terhadap cita-cita suami

Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Itulah hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagai "teman hidup". Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya. Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.

Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:

  • Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tidak melanggar perintah Allah.
  • Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.
  • Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.
  • Sentiasa menghormati keluarga suami .
  • Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.
  • Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.
  • Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.
  • Memakai wangi-wangian di hadapan suami.
  • Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.
  • Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah suami selesai berbicara.
  • Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.
  • Bersikap malu terhadap suami.

Seterusnya...

16 September 2009

Eid' Mubarak 1430 H


Selamat Hari raya Aidil Fitri,
kepada semua yang melayari laman ini
Maaf zahir dan batin
,
segala salah silap mohon kemaafan.


Seterusnya...

15 September 2009

Suami Soleh, Suami Teladan

Entri hari ini pula cerita tentang suami soleh. Apakah ciri-ciri suami yang soleh dan suami teladan. Ada beza dua tu. Maka teruskan lah membaca untuk mengenal ciri-ciri suami soleh dan suami teladan.

Ciri-ciri suami yang soleh ialah:
a. Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta sesuatu yang di luar kemampuan isteri.
b. Menyediakan keperluan dan tempat tinggal yang selesa.

c. Jangan mengeji isteri di hadapan orang lain ataupun memuji wanita lain di hadapan isteri.
d. Melayani dan menasihati isteri dengan sebaik-baiknya.

e. Bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka.

f. Bertanggungjawab mendidik akhlak keluarganya.
g. Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah SWT.
h. Menjaga hati dan perasaan isteri.

i. Mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya dengan mengerjakan segala perintah dan menjauhi segala larangan.

k. Bersabar dan menghindari daripada memukul isteri dengan pukulan yang memudaratkan.

l. Mengelakkan daripada terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia akan menjejaskan imej dan prestasi suami sebagai pemimpin.

m. Memberi nafkah kepada keluarga mengikut kemampuan.

n. Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan mereka.

o. Memberikan kasih sayang dan berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan bersama.


Ciri-ciri Suami Teladan
a. Suami yang tidak sanggup melihat isterinya meringankan perintah Allah.

b. Suami yang selalu mengerjakan perintah Allah dan menjauhkan laranganNya. Selalu menjaga hubungan dengan isterinya serta melaksanakan tanggungjawab yang sesuai dengan kemampuannya. Ia selalu berterus terang dengan isterinya. Jika ia mempunyai kekurangan, ia akan menyatakan kepada isterinya.

c. Suami yang soleh yang sentiasa menjalankan perintah Allah.

d. Suami yang menganggap isterinya sebagai kekasih dan sahabat. Tidak mudah cemburu. Mempunyai keyakinan dan menaruh kepercayaan terhadap isterinya.

e. Suami yang bijaksana, suami yang sanggup menjadi pemimpin rumahtangga.

f. Suami yang baik, tidak menyembunyikan rahsia yang tidak disenangi isterinya. Apabila berkata-kata dengan isterinya dengan cara lembut dan bersopan santun.

g. Suami yang bersikap mahu memaafkan dan membetulkan kesalahan isterinya.

h. Suami yang soleh, selalu membimbing isterinya, menghiburkan isterinya,berbincang-bincang, menghargai pandangan isterinya dan sebagainya.


Suami yang layak menjadi pemimpin
a. Pengetahuan agama yang sempurna - untuk membimbing ahli keluarganya mengamalkan ajaran agama sebagai panduan hidup.
b. Tubuh badan yang sempurna - sanggup melaksanakan tanggungjawabnya dengan kesempurnaan anggotanya. Ini bermaksud selagi mampu memenuhi keperluan zahir dan batin.

c. Membelanjakan sebahagian harta - mencari nafkah untuk menyara hidup ahli keluarganya

d. Akal fikiran yang sempurna - berfikiran positif.


Kewajipan Suami Dalam Rumahtangga

1. Memenuhi mas kahwin isteri secara sempurna
2. Memberi nafkah kepada isteri
3. Menggaulinya dengan baik
a. Memberi nafkah sesuai dengan kemampuan.

b. Sentiasa berbincang dengan isteri dalam segala hal.

c. Mengajak isteri bergurau senda, berlaku lemah lembut kepadanya, menghiburkan isteri supaya hatinya sentiasa gembira.

d. Memaafkan kesalahan isterinya apalagi terhadap isteri yang berbudi pekerti mulia.

e. Di hadapan isteri hendaklah menunjukkan keindahan dan kebaikan kerana isterinya juga menyenangi apa yg disenangi oleh suaminya.

f. Membantu isteri dalam urusan rumahtangga terutama apabila isteri sakit atau sibuk dengan pekerjaannya.

g. Tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya di hadapan umum.

h. Melindungi isteri dari api neraka.

4. Cemburu hanya kerana agama dan kehormatan

Cemburu ini bermaksud, menjaga isteri dari segala sesuatu yang berbentuk pandangan, perkataan atau perasaan. Secara umum lelaki bersifat :
- berani dan gagah perkasa

- ingin menolong yang lemah
- ingin berkuasa

- kasar dan tamak

manakala wanita bersifat :

- lemah lembut

- pemalu

- mempunyai perasaan yang halus

- bersopan santun

- penyabar.


Sifat-sifat ini adalah bersesuaian dengan kewajipan dan tanggungjawab masing-masing.

5. Membimbing isteri

Di samping memiliki sifat-sifat yang baik, wanita juga mempunyai sifat buruk yang kadangkala merupakan sifat asal ataupun dari pengaruh luaran. Diantaranya:
a. Mudah lupa dalam mengingati Allah. Kesibukan dengan harta kekayaan dan anak-anak kadang-kala membuat wanita lengah akan perintah Allah. Kelalaian ini akan memberi peluang kepada hawa nafsu menguasainya.
b. Mudah terpengaruh oleh tipu daya dunia. Kemilauan dunia sering membuat wanita terpedaya.

c. Sering bersikap bangga dan bermegah-megah kepada orang lain

Dengan memahami sifat isteri, suami boleh membimbing dan menasihati isteri. Suami pula sepatutnya tahu bagaimana cara membetulkan isteri. Tersilap cara akan mengakibatkan perselisihan. Perselisihan dalam rumahtangga dapat dikurangkan sekiranya pasangan mengamalkan perangai yang baik seperti :
1. Janganlah suami dan isteri marah pada masa yang sama.
2. Jangan mengeluarkan suara yang kuat antara satu sama lain.

3. Jika ada seorang yang harus menang dalam perselisihan, maka biarkanlah ia menang.

4. Jika harus mengkritik pasangan, lakukanlah dengan sikap kasih sayang.

5. Jangan mengungkit kembali kesalahan-kesalahan lalu.

6. Lebih baik tidak mempunyai masa untuk orang lain daripada tidak mempunyai masa terhadap pasangan.

7. Jangan tidur jika ada perselisihan belum diselesaikan.

8. Berkata sesuatu yang manis atau pujian pada pasangan kita sekurang-kurangnya sekali sehari.

9. Jika bersalah, akuilah kesalahan dan meminta maaf.

10. Jangan lupa bahawa perselisihan terjadi akibat dua orang dan biasanya orang yang bersalah paling banyak berbicara.



6. Membimbing anak

Seorang suami yang adalah suami yang tidak mengabaikan tanggungjawabnya antaranya:

a. Memberikan nama yang baik bagi anaknya.

b. Memberi nafkah.

c. Bertanggungjawab atas pendidikan anak dan sebagainy
a.

Keperibadian Suami yang menjadi Impian isteri
1. Penuh dengan kerinduan dan kasih sayang
2. Persaan mencintai

3. Gagah dan berakhlak mulia

4. Kaya dan bijaksana

5. Memberikan cahaya dalam kehidupan

6. Menegakkan kebenaran

7. Mulia di sisi Allah


Suami yang penuh dengan sentuhan kasih

Ada 10 nasihat untuk suami dalam memahami hubungannya dengan isteri :

1. Bersikap tegas dan lemah lembut terhadap isteri

Betapapun seorang wanita itu mempunyai kemampuan dan kemahuan yang tinggi, memiliki kemahiran serta percaya terhadap diri sendiri namun pada hakikatnya, ia masih ingin mencari perlindungan dengan seorang lelaki. Jika keinginan mencari perlindungan itu datangnya dari wanita, namun selalulanya ia merahsiakannya. Seandainya hajatnya tercapai, ia mengharapkan layanan yang lemah lembut dan amat mengharapkan perlindungan dari lelaki yang bertanggungjawab.

Sifat lemah lembut dan tegas ini harus dimiliki oleh lelaki kerana setiap isteri mengharapkan suaminya mampu menjadi pemimpin dalam rumahtangga yang dibina. Menjadi pemimpin bukan bermaksud menjadi "boss". Sifat tegas dan lemah lembut ini biarlah kena pada tempatnya.

2. Memberi pujian terhadap isteri

Peranan wanita sebagai ibu menyebabkan ia perlukan perlindungan daripada keyakinan. Hanya suami yang bijaksana dapat memberikan keyakinan kepada isterinya. Dengan cara memberikan penghargaan seperti pujian, hadiah ataupun ungkapan yang boleh menambahkan keyakinan dalam diri isteri.

Jangan merasa hairan jika seorang wanita selalu bertanya kepada pasangannya, "Adakah engkau cinta padaku? " Pertanyaan ini bukan bermakna ia tidak percaya kepada pasangannya tetapi ia menginginkan keyakinan untuk dirinya. Oleh itu, suami usah jemu dengan ungkapan itu, malah berusahalah untuk mengerti hakikat seorang wanita.

3. Menentukan batas tanggungjawab

Islam telah mengatur tanggungjawab terhadap suami dan isteri. Suami berkewajipan mencari nafkah yang halal untuk kelurganya dan isteri pula berkewajipan melayan suami serta mengasuh anak-anak. Ini bukan bermakna tanggungjawab lain patut diabaikan, malah semua tanggungjawab lain seharusnya dipikul bersama mengikut keadaan masa dan tempat.

4. Menghindari kritikan terhadap isteri

Kritikan bukan satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah. Ia boleh dilakukan, namun biarlah dengan lembut dan bertempat. Jangan sesudah bernikah, suami merasa berhak berkasar, mengkritik dan menghina isteri sewenang-wenangnya kerana banyak kesannya pada isteri.
Suami yang terlalu banyak mengkritik isteri akan meninggalkan kesan negatif terhadap isterinya iaitu:

a. Perasaan isteri menjadi tertekan akibat menahan marah

b. Menimbulkan pelbagai jenis penyakit fizikal akibat daripada perasaan kecewa dan tekanan batin.

c. Isteri menjadi pemarah, pendiam, kadangkala hilang keinginan untuk bersama.

d. Akibat selalu dikritik serta tidak dihargai, isteri akan kehilangan identiti dirinya sendiri

e. Untuk menyenangkan hati, isteri akan menyalahkan anak-anak.

f. Jika perasaannya terlalu tertekan, mungkin ia inginkan perceraian.

5. Memperhatikan sesuatu yang romantik

Suami seringkali kurang memperhatikan keperluan yang tidak begitu penting seperti ulangtahun isteri, perkahwinan dan sebagainya. Namun bagi wanita,hal sebegitu penting. Cinta bukan hanya berkaitan dengan perasaan tetapi juga berkaitan dengan aktiviti romantik yangmempunyai nilai yang bererti dalam diri wanita. Mungkin sesuatu yang tidak bererti pada lelaki namun ianya amat bernilai pada wanita. Oleh itu suami harus banyak mempelajari keperluan isteri dan tidak menganggap remeh terhadap kepentingan isteri.

6. Memahami isteri yang ingin selalu di samping suami

Setiap isteri selalu menginginkan serta merindukan untuk selalu bersama suaminya. Isteri selalu mengharapkan perhatian yang cukup dari suaminya. Kerana itu, suami yang baik akan berusaha meluangkan masa untuk bersama isterinya. Selalu bersama boleh meningkatkan kasih sayang.

7. Menjaga perasaan aman dalam kehidupan isteri

Suami yang bertanggungjawab akan selalu memberikan rasa aman dan tenteram terhadap perasaan isterinya, selalu berusaha menyelesaikan setiap masalah rumahtangga dengan secepat mungkin. Berusaha membantu menyelesaikan masalah isteri.

8. Memahami gelora jiwa isteri

Wanita lebih mudah mengalami perubahan emosi jika dibandingkan dengan lelaki. Jika suami dapat menerima hakikat perubahan emosi isterinya, maka isterinya pasti dapat menerima suaminya sebagai org yang dapat membimbing hidupnya.

9. Membina kerjasama yang baik

Suami yang boleh diajak berbincang dan selalu bekerjasama dengan isterinya akan mampu mengujudkan keluarga bahagia.

10. Memenuhi keperluan peribadi

Tidak ada dua wanita di dunia ini yang sama, kerana masing-masing memiliki peribadi yang khusus. Wanita mempunyai sifat yang unik baik dari segi emosi maupun keinginan. Suami yang bijaksana akan mudah memahami akan keperluan peribadi isterinya dan mampu melaksanakan tanggungjawabnya sesuai dengan kemampuan dirinya.

Seterusnya...

14 September 2009

Menghargai Isteri

Kali ini ummi bawakan panduan untuk suami isteri. Kiranya ini bab dah berumah tangga. Kesianlah juga, asyik cerita macamana nak memulakan rumah tangga saja, hingga orang yang dah berumah tangga terabai pula. Kita berumah tangga ini ibaratkan kita memulakan pelayaran. Kita ada matlamat yang nak di tuju. Paling kurang kita mahu sampai dengan selamat pelabuhan yang kita impikan.

Maka semasa dalam pelayaran itulah, kita mungkin akan berhadapan dengan dugaan angin, laut dan juga kelasi-kelasi yang turut membantu kita belayar. Termasuk juga keadaan badan kapal, bahan makanan, air dan engin kapal juga. Semua itu kita perlu ada ilmu , dan bijak mengendalikan. Dan kita boleh kata pelayaran yang berjaya kerana kapten/nakhodanya berpengalaman, sedangkan kita ini baru saja memulakan pelayaran, pelayaran pertama, memang tidak ada pengalaman. Ha... disinilah pentingnya peranan orang tua, peranan catatan pengalaman pelayaran orang lama yang kita boleh jadikan panduan dan iktibar. Makanya, laman ummi ini, lebih banyak memuatkan pengalaman dan catatan orang lama untuk entri-entri akan datang. Ummi mahu anggap ramai yang sudah berumahtangga dan telah mula belayar, namu dalam pelayarn ada taufan, badai yang melanda. Maka kita berkongsi untuk mengatasi masalah itu.



Ummi mulakan dengan panduan bagaimana untuk menghargai pasangan. Pasangan kita semasa tidor, suka dan duka. Pasangan kita yang jadi ibu kepada anak-anak kita. Ini untuk panduan kepada suami menghargai isteri. Akan datang panduan isteri untuk mengahrgai suami...

1. Isteri adalah manusia
Mereka adalah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

2. Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu-isu semasa boleh dijadikan sebagai 'ice-breaking'. Kemudian, berbincanglah tentang hal rumahtangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri tentang problem kerjanya. Malah isteri tentu berminat hendak mengetahui 'gosip' pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan-rakan pejabat suami secara tidak langsung.

3. Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.

4. Menganggap pasangan seperti diri sendiri
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi lebih-lebih lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh kebanyakan pasangan. Sedangkan pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana jua anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.

5. Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal. Cukup sekadar seutas jam ataupun sehelai tudung sempena meraikan hari lahir . Jika 'budget' anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti "Terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini".

6. Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan bahawa anda adalah suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.

7. Bantu ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Maka suamipun perlu membantu. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.

8. Isteri bukan pembantu rumah
Kebanyakan suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri seratus peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

9. Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan yang menarik seperti Genting Highlands ataupun Fraser Hills. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis sewaktu berehat di situ.

10. Ciuman khas untuk isteri
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat setelah begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.

Seterusnya...

12 September 2009

Adab Pertunangan / Mukaddimah Walimah

Pertunangan merupakan mukaddimah kepada perkahwinan. Ianya diharuskan di dalam islam bagi memberi peluang kepada si lelaki atau perempuan untuk mengenali pasangan masing -masing dengan lebih dekat lagi.Tempoh pertunangan ini juga merupakan masa bagi seseorang itu untuk membenihkan roh persefahaman ikatan kasih sayang dengan pasangan masing -masing ke arah melahirkan sebuah mahligai keluarga yang bahagia.

Adapun adab-adab semasa bertunangan (ianya melibatkan kedua-dua belah pihak samada lelaki atau perempuan) bolehlah dibahagikan kepada 2 bahagian :

a) Adab dalam bergaul

Maksud pergaulan di sini ialah pertemuan, perbincangan atau hubungan secara langsung antara si lelaki atau si perempuan dengan tunangan masing-masing.

Setiap pertemuan atau perbincangan itu hendaklah ditemani oleh muhram (si perempuan). Seboleh-bolehnya pertemuan itu diadakan di rumah si perempuan. Tidak diharuskan duduk berdua-duaan. Ingatlah hadis Rasulullah SAW : Tidaklah seorang lelaki itu bersendirian dengan wanita melainkan ada orang yang ketiga iaitu syaitan.

Perbincangan itu mestilah sunyi daripada unsur nafsu dan syahwat.


Dalam keadaan menutup aurat sebagaimana yang telah digariskan oleh agama islam dan harus dingatkan bahawa aurat di antara keduanya adalah sama dengan aurat perempuan dengan lelaki ajnabi (muhram), hanya sekadar muka dan dua tangan sahaja.


Bagi pihak perempuan, janganlah bercakap terlalu manja dan menggoda.

Sementara bagi pihak lelaki janganlah merasakan bahawa anda telah mendapat milik mutlak dan boleh melakukan apa saja.


b) Tempoh pertunangan

Pada hakikatnya islam menggalakan agar tempoh pertunangan itu disingkatkan, ianya bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang fitnah atau berlakunya perkara- perkara yang tidak didugai dan ulamak sendiri tidak menetapkan tempoh tertentu pertungan, cuma rata-rata mereka lebih cenderung untuk memendekkan tempoh. Disini saya sendiri cenderung kepada mempercepatkan perkahwinan kerana:


Dalam tempoh pertunangan yang lama, dibimbangi tersingkapnya keaiban pasangan yang boleh membawa kepada putusnya hubungan pertunangan. Selain daripada itu, besar kemungkinan terdapat juga orang yang mungkin menaruh perasaan dengki kepada pasangan dan menabur fitnah yang tidak ada benarnya yang boleh membawa padah kepada pasangan itu sendiri.


Tempoh yang lama mungkin memberi peluang kepada orang lain yang mungkin ada menaruh hati kepada salah satu pasangan dan berusaha untuk memisah antara keduanya


Dibimbangi kedua pasangan banyak melakukan dosa disepanjang tempoh pertunangan dengan kerapnya mengadakan pertemuan yang tak syarie. Susah untuk menjaga batas aurat dan syarat ditemani oleh Muhram.


Lebih menenangkan gelodak jiwa dan perasaan rindu yang boleh mengganggu prestasi pelajaran dan juga kerja.



Seterusnya...

09 September 2009

Rumah tangga ~Jadilah seperti Ombak

LUMRAH dalam setiap rumah tangga, tiada yang tidak dilanda badai kerana pasti akan berlaku pertelingkahan antara suami isteri walaupun puncanya terlalu kecil.Untuk mengurangkan risiko berlakunya masalah, suami khususnya perlu menunjukkan penghargaan terhadap segala pengorbanan isteri seperti mengucapkan terima kasih dan memuji masakannya walaupun rasanya tidak begitu enak.

Secara tidak langsung dapat membuatkan hubungan suami isteri bertambah mesra. Begitu juga isteri perlu menjaga hati suami dengan tidak melakukan perkara yang boleh membangkitkan kemarahannya.


Komunikasi dan interaksi yang berkesan amat penting dalam rumah tangga kerana melalui perbincangan daripada hati ke hati dapat membentuk kebahagiaan dan menjalin kemesraan yang berkekalan. Pasangan yang sentiasa menjaga mutu interaksi biasanya bersedia menghadapi segala cabaran bersama kerana mereka boleh menerima pandangan yang diberi pasangannya.



Apabila pasangan telah berniat untuk mendirikan rumah tangga,maka mereka perlu benar-benar sanggup dan bersedia memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga kerana tugas itu menuntut pengorbanan yang tidak terkira.

Pasangan juga perlu berbincang bersama agar dapat mencapai kata sepakat dalam membentuk keluarga yang harmoni supaya segala masalah mahupun konflik dapat dielakkan.

Justeru, segala perselisihan yang berlaku dalam perkahwinan tidak perlu dikesalkan kerana selagi ada jalan untuk memperbaikinya maka berusahalah dan jangan jadikan perpisahan sebagai jalan terbaik.

Perselisihan faham adalah asam garam rumah tangga yang perlu dihadapi setiap pasangan agar hubungan menjadi lebih matang dan semakin serasi bersama melayari bahtera perkahwinan.

Bergaduh, berselisih pendapat, bertikam lidah, cemburu hanyalah satu bentuk ujian yang tidak akan memisahkan anda dengan orang tersayang selagi kita tidak membenarkannya.

Yang pasti, suami isteri perlu bekerjasama dan sering menyokong antara satu sama lain tidak kira sesukar mana halangan yang terpaksa dihadapi kerana melalui kesepakatan dan persefahaman yang terjalin akan membuatkan pasangan sentiasa hidup dengan gembira walau sekuat mana badai melanda. Laut mana yang tidak bergelora, jika tiada taufan, air laut tetap beriak juga. Riak air laut itu lah yang menjadikan laut kelihatan indah , ceria dan hidup. Alangkah bosan jika laut sentiasa tenang dan ombak tidak bergulung bertemu pantai. Perlu juga sekali sekali ombak menjadi gelora, yang penting jangan kapal sampai karam.


Seterusnya...

06 September 2009

Jodoh Perkahwinan

" Melalui emel, seorang wanita bertanya apakah
keturunan menyumbang perihal jodoh. Kakaknya sudah
berumur 35 tahun masih belum berkahwin.
Usianya sendiri sudah 25 tahun dan masih belum punya
teman."

Tidak, jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya
belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan
untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah
perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab
jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah
terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau
sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina
kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan
anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah
mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya
wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan
mendapat Mr Right dan biar seorang diri drp menjadi
mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini.
Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat
ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa
yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan
terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu.
Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki
kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak
mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun
sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih
tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa
membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya,
motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan.
Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya
menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat
sampai ke tmp yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan
memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu
benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi
deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada
baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia
dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran
yang betul untuk melepaskan shahwat di samping
membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk
sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin
tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja
melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah
dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan
kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga
turut banyak?

Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda
membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2
padahal dahulunya mereka bermati-matian membina
janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup
berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi
nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah
berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu
untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.
Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin
dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia
untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya
jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2
mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan
pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan
dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin
itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan
kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui
rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan
berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan
datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

Seterusnya...

05 September 2009

Berkahwin kerana Tuhan

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat.

Berkahwin itu sempadan
dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan NabiNya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. Hidup yang tidak memiliki tujuan jauh lebih menakutkan daripada hidup yang tidak mencapai tujuan. Yakinlah pada Tuhan...
Perkahwinan bukan sekadar berpandukan kepada cinta semata-mata. Jika cinta yang dijadikan asas, besar kemungkinan perkahwinan yang didirikan berhadapan dengan pelbagai masalah. Pandangan keluarga, perancangan masa depan, persamaan dan perbezaan antara anda dan teman perlu dibincangkan bersama sebelum anda mencapai kata sepakat untuk mendirikan rumah tangga.

Bak kata orang, perkahwinan bukan sekadar anda dan pasangan, sebaliknya ia membabitkan banyak pihak dan isu. Tanpa perbincangan, anda akan mengalami pelbagai masalah kelak, justeru tetapkan hala tuju anda dan pasangan sebelum mengambil langkah lebih serius. Persoalan berikut mungkin boleh dijadikan pertimbangan. Ambillah masa bertunang untuk berbincang, samada melalui surat atau apa jua alat komunikasi.

Pengalaman ketika kecil ketika bersama keluarga.
Apakah pengalaman duka masa kanak-kanak akan menjejaskan perkahwinan anda?

Kasih sayang daripada ibu bapa.
Apakah ibu bapa anda mesra, mengambil berat dan penyayang atau adakah mereka sering berselisih faham?

Latar belakang agama.
Adakah anda seorang yang beriman dan bertakwa?

Pendidikan.

Apakah anda dan pasangan memiliki taraf pendidikan yang sama? Apakah anda berasa tergugat jika pasangan anda memiliki taraf pendidikan yang lebih tinggi? Apakah anda bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran?

Latar belakang budaya dan sosioekonomi.

Bandingkan latar belakang masing-masing - lebih besar perbezaan antaranya maka lebih besarlah kemungkinan wujudnya masalah berkaitan adat resam, kehidupan berkeluarga, harapan tradisi dan sebagainya.

Kepintaran.

Apakah anda lebih pintar daripada pasangan anda atau sebaliknya? Apakah ini mungkin mencetuskan rasa iri hati?

Hubungan dengan mentua.

Apakah pandangan saudara mara anda mengenai calon pilihan anda dan bagaimana hubungan anda dengan mentua?
Sikap dari segi kewangan.
Apakah anda akan berbincang mengenai cara menguruskan kewangan selepas berkahwin?

Bilangan anak.

Apakah anda dan pasangan bercanggah pendapat mengenai bilangan anak dan perancangan keluarga? Apakah anda berbincang mengenai tanggungjawab sebagai ibu bapa dan cara membesarkan anak?

Masalah seksual.

Apakah perasaan anda dan pasangan terhadap kemampuan seksual masing-masing? Anda berdua patut menjalani pemeriksaan fizikal dan khidmat kaunseling bagi memastikan tiada masalah seksual.

Pemilih tempat tinggal.
Di manakah anda berdua akan tinggal selepas berkahwin - di rumah sendiri atau mentua. Jika memilih untuk tinggal di rumah mentua dapatkah anda menyesuaikan diri dengan mereka?
Anda Bersedia Untuk Menjadi Ibu Bapa?

Dalam perkahwinan, pasangan biasanya akan merancang untuk mempunyai anak. Perkara ini wajar dibincangkan ketika anda merancang untuk berkahwin. Ada banyak persoalan yang perlu dijawab terlebih dulu. Adakah anda benar-benar mahukan anak? Berapa ramai? Bila? Anda dan pasangan wajar membincangkan tahap persediaan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu bapa, juga sama ada anak akan melengkapi kehidupan berkeluarga serta beban kewangan yang bakal dihadapi.

Seterusnya...