CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

16 October 2009

Pembaziran di kala walimah

Ini berkaitan dengan hadiah iringan yang dipanggil barang-barang hantaran. Sebab masa ini, yang menyebabkan lelaki lewat untuk berkahwin sedangkan hati telah bersedia ialah masalah kewangan. Ada hantaran, mahar dan hadiah iringan yang sebenarnya jauh dari mengikuti syariat. Cubalah lihat , hantaran tinggi menggunung, mahar tu tak kisah la, sebab tak membebankan tapi hadiah iringan tu juga kadang jadi beban. Dah la berdulang-dulang, dihiasi dengan entah apa-apa, bagi menunjukkan kreativiti kedua-dua pihak. Terus terang ummi katakan, menghiasi hadiah iringan itu semada simple atau hebat, semua tu adalah pembaziran. Bukan barangnya yang membazir, tapi cara hiasan tu. Dengan manik,labuci, renda, ropol dan macam-macam benda lagi yang mana akhirnya semua tu tidak dapat dimanafaatkn, ia hanya sekadar hiasan.

Kadang-kadang tu kos untuk menghiasi barang hadiah iringan itu lebih mahal dari barang yang nak diberikan. Dan satu kesilapan besar ialah mempertontonkan kepada orang ramai. Untuk apa di hiasi dan diletak di dalam dulang? Ok, jika kata hadiah tu cuma sebagai buah tangan, tak perlulah di hiasi begitu rupa, cukup sekadar masukkan ke dalam kotak, jangan beri orang tengok apa barangnya, kotak tu bungkuslah seadanya dengan pembungkus hadiah sudah la, kemudian ikat riben. Lepas majlis, riben tu boleh lah gunakan buat ikat langsir rumah pula. Maka adalah faedahnya.

Atau pun guna kotak yang telah siap dijual di kedai bunga, dan recyclekan untuk ramai orang, kalau ada ramai anak, gilirkan penggunaannya dengan anak-anak yang lain. Ini contoh cara ummi hias barang-barang hadiah iringan kepada pihak lelaki. Mereka datang bawa buah tangan, maka mereka balik pun ada buah tangan dari ummi. Makanan ummi letak dalam bekas plastik dan ikat riben, lain-lain yang bukan makanan , ummi letakkan dalam kotak sahaja. Niat ummi nak beri 7 barang sahaja, tetapi bila tiba hari pernikahan , ramai saudara ummi berikan makanan untuk diberikan kepada pihak lelaki, dan sebagai menghargai pemberian saudara mara ini, maka ummi pun masukkan makanan itu ke dalam bekas plastik dan jadikan sebahagian barang-barang untuk diberikan pada pihak lelaki.

Ummi ingin memberikan pandangan, hadiah yang ingin dibawa sebagai buah tangan tu sebaiknya, barang yang akan digunakan selepas walimah, contohnya telekung, sejadah dan sebagainya. Tak payah ban
yak2 dulang. Ini kasut pun letak atas dulang, sama taraf dengan Al-Quran. Lepas tu masa letak untuk pameran sebelah meyebelah kasut dengan Al_Quran, dengan songkok, ada ke patut? Cukuplah bawa sebakul buah, 4 lagi barang keperluan untuk digunakan selepas walimah. Kalau bukan kita yang mahu mengubah tradisi ini, siapa lagi?

Ini ummi belum bercerita bab sirih junjung. Nanti kalau ummi kata bawa sirih tu, tak betul banyak pula yang menentang. Entahla...

Apa yang ada di sirih junjung ini. ummi pun tak faham, Terus terang ummi katakan, masa ummi kahwin dulu,zauj ummi pun tak bawa sirih, tak ada sirih walaupun sehelai, dan begitu juga anak-anak yang ummi kahwinkan. Kami tak buat apa bentuk sirih pun.

Kita ni sebenarnya dah banyak menyumbang kemaksiatan terutama untuk walimah inilah. Kita cuma nampak bersanding tu haram, yang lain-lain kita tak nampak. Dengan adanya majlis perkahwinan ini, sampaikan ia boleh jadi sumber pendapatan sesetengah orang. Andaman, pelamin, pakaian majlis nikah, resepsi, hiasan katil, cenderahti dan sebagainya. Makan beradap, dengan lauk pauk berbeza denagn tetamu yang hadir, kemudian dihiasi dengan macam-macam rupa, sampai ada udang memanjat nanas. Apa sebenarnya yang kita mahu dari makan beradap ini?

Maka fikir-fikirkan lah...siapa lagi yang mahu mengubah semua ini, kalau bukan kita? Bukan ummi menentang pemberian hadiah iringan, cuma cara dan kaedah hadiah itu dihias sahaja yang ummi tak berkenan sebab ada pembaziran dan ingin mempertontonkan pada orang ramai. Begitu juga dengan makan beradap....

Artikel ini ummi dah tulis di Laman Blog Halaqahnet...

http://halaqah.net/v10/index.php?article=20.0

Saja nak kongsi dengan lebih ramai pembaca, maka ummi uploadkan di sini pula.

3 comments:

ina said...

saya pernah menyuarakan hasrat nak bernikah tapi mak tnya ade duit ke..huhu.bile fikir2 balik kalo banyak benda yang skip dalam walimah tak perlu banyak duit pom dah boleh nikah.tapi bile dah mak cakap mcm tu..terpaksa pendam.bes la ummi simple je..artikel ni patut foward kt my mum..hihi
(sori komen yang biasa je)

MUNALIZA said...

Post biasa pun tak pe. Ya, dah boleh buka minda orang tua-tua. lagi baik post juga kepada bakal suami dan maknya. Lagi baik berikan pada mak-mak saudara atau mak kawan-kawan. Sapa lagi yg nak merubah keadaan ini,jika dibiarkan akan menjadi lebih sukar.

harum's space said...

salam..
saya pon pernah tanya mak sy, boleh x kawin x payah bagi hantaran berdulang2.sbb leceh nk kena fikir kos hiasan tu la..mak cakap mak dulu pon dah ade hantaran, cuma xde la hias bagai macam skrg..cuma apa yg fmly sy amalkan biasanya duit hantaran mmg ikot kemampuan lelaki nak bagi berapa. cuma kalu mas kawen tu yg lebih di tinggikan harga lagi bagus.wallahualam~