CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

11 February 2011

Kebakaran Pondok Maahad Ash-Syifa'


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Ujian dan dugaan tidak akan putus-putus datang sebagai ujian kepada orang beriman. Adakah redha dan ikhlas dalam menerima ujian yang diberikan. Memang sudah ketentuannya datang sebagai ujian orang beriman.


Selepas solat isya' , 29 Januari 2011,pelajar asrama pondok  Maahad Ash-Syifa'  dikejutkan dengan musibah apabila sebuah bangunan asrama yang menempatkan pakaian dan barang-barang keperluan peribadi pelajar termasuk tilam bantal terbakar.



Bangunan ini merupakan sebuah bangunan kayu 2 tingkat yang terletak di hadapan bangunan kelas dan pengajian bangunan batu 3 tingkat Maahad Tahfiz tersebut. Punca kebakaran belum diketahui. Pihak bomba masih menjalankan siasatan. Anggaran kerugian juga belum dapat ditaksirkan.


Api marak dapat dipadamkan oleh pihak bomba yang mengambil masa sekitar 30 minit sahaja dari merebak ke bangunan lain.


Bangunan lain yang berhampiran asrama ini ialah rumah mudir Maahad Ash-Syifa'  itu ustaz Ahmad Syarifuddin atau dikenali sebagai ustaz Din al-hafiz.



Allah berfirman dalam al-Quran :“Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang bersabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 153)

Kepada sesiapa yang sudi menyumbang untuk meringankan beban untuk pondok dan pelajar-pelajar yang tinggal sehelai sepinggang boleh menyalurkan sumbangan dan bantuan melalui akaun ini :

CIMB 01180004462058 Halaqah Net Services
(sila maklumkan jumlah yang dimasukkan kepada saya melalui PM  atau ditopik ini, nyatakan sumbangan dari Badan, NGO atau sumbangan orang ramai).



Untuk melihat berita dan gambar-gambar kebakaran klik di sini :  Gambar Asrama Maahad Ash-Syifa' Terbakar




Jom  usaha mengutip sumbangan dalam komuniti, seperti jiran, saudara mara dan sahabat untuk Sumbangan Derma Kebakaran Pondok Maahad Ash-Syifa'


Caranya dengan mengedarkan saja gambar dan cetak artikel berkaitan kebakaran bersama-sama  sampul surat , dan tulis pada sampul itu s sumbangan kebakaran...


Ini cara mudah jika segan nak berucap minta sumbangan


Lagi cepat bangunan baru didirikan,lagi cepat saham kita dapat , nanti tuai di sana.


Kita buat ini, tujuannya mengajak orang melakukan ibadah juga. kadang tu orang sibuk dan terlupa untuk menginfak, maka kita buka dan berikan ruang tu pada mereka. Sikit atau banyak tak jadi soal, yang penting keikhlasan. Keikhlasan kita  mengajak dan keikhlasan yang memberi...






Impianku menjadi isteri solehah,
mencintai, mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.

Seterusnya...

06 February 2011

Walimatul 'Ursi Ketujuh Baitulmuslim Halaqahnet


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.


Tidak terasa, pejam celik, pejam celik sudah 7 pasangan yang bernikah melalui pertemuan di Baitul Muslim Halaqahnet.


Walaupun baru setahun jagung usia Baitul Muslim yang diujudkan pada March 13, 2009, 11:54:10 AM, ianya telah membuahkan hasil dengan terdirinya 7 buah masjid dari penyertaan berbagai lapisan masyarakat tidak kira negeri atau keturunan.


Syukur kepada Allah yang memudahkan pengurusan semua pihak untuk mendirikan rumah tangga.


Walimatul 'Ursi Ketujuh Baitulmuslim Halaqahnet menemukan pasangan yang menetap di Sabah. Walaupun pada permulaan taaruf,mereka ini berada di negeri Semenanjung, namun urusan Allah telah memudahkan segala-galanya walaupun terdapat beberapa ujian.


Pasangan ini sebenarnya adalah pasangan pertama dipertemukan oleh BMH. Rancangan awal hanya ingin bertunang selama 6 bulan sahaja. Di saat menghampiri tarikh pernikahan, perniagaan peserta lelaki menghadapi musibah bila premis perniagaannya terbakar. Untuk memulihkan keadaan, ditangguhkan perkahwinan untuk menumpukan sepenuh masa kepada syarikat perniagaan.


Setahun selepas itu, menjelang tarikh rancangan untuk bernikah, sekali lagi ujian datang apabila ayah peserta lelaki pula meninggal dunia. Sebagai waris untuk meneruskan perniagaan, waris untuk menyara keluarga, sekali lagi perkahwinan ditangguhkan.


Apabila keadaan stabil, Pada hari Sabtu, 5 Februari 2011 Bersamaan 2 Rabi'ul Awal 1432H, selamat mereka bernikah dan mengadakan walimah di Lahat Datu , Sabah.


Semoga rumah tangga yang mereka dirikan mendapat limpahan rahmat dan kasih sayang Allah. Serangkai kasih dalam limpahan budi, menguntum segar dalam kenangan.


Salam dihulur pembuka bicara,
Sepenuh hormat dan Sejambak Harapan kami
ucapkan
Selamat Pengantin Baru,
Semoga berbahagia hingga ke syurga
kepada


Paaizes Redzuan Bin Abdul Latib
(paaizes)

Dengan

Marsita Ho Nyuk Onn @Ariffin Abdullah
(marsita ho)

Dengan doa


Ya Allah, berkatilah perkahwinan ini,
limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada kedua mempelai ini,
Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah.
Kekalkanlah jodoh mereka di dunia dan di akhirat,
sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini.



Impianku menjadi isteri solehah,
mencintai, mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.



Seterusnya...