CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

02 October 2009

Siapa perlu memulakan mohon maaf?

Tika melayari rumah tangga, tidak selalu ibarat menghisap gula-gula sepanjang hari. Kadang-kadang kala kita menghisap gula-gula itu, tergigit juga lidah, terutama kalau kita suka gula-gula getah. Cuma jangan kita jadikan pasangan kita seperti gula-gula getah, habis sedap dan manisnya , kita buang bersepah di merata tempat, dan mengotorkan tempat lain. Kalau nak buang, buang letakkan semula gula-gula tadi kat sampul gula-gula getah, lipat elok-elok, barulah buang.

Dalam melayari rumah tangga, ada masa berlaku kesalahan, kesilapan tanpa di duga. Siapa yang sepatutnya minta maaf jika berlaku pertengkaran atau pertelingkahan kecik dalam rumah tangga? Pergeseran dalam rumah tangga ini adalah lumrah, cumanya kita jangan anggap itu merupakan masalah besar dan kita memanjang dan membesarkan lagi pertelingkahan itu. JIka dibiarkan berlarutan tidak bagus, nanti lama-lama jadi kanser.


Apabila kita berselisih faham jangan tunggu pasangan kita memohon maaf. Isteri jangan tunggu suami minta maaf, begitu juga tak semestinya isteri yang kena minta maaf dulu.

Sebaiknya, lekas-lekas mohon maaf sebaik hati kita sejuk atau bila kita lihat hati pasangan dah sejuk. Tidak kira siapa yang memulakan pergeseran tadi, boleh cepat mohon maaf. Jangan kita harap pasangan kita yang patut memulakan. Walaupun sekiranya kita tidak bersalah , apa salahnya kita yang memulakan mohon maaf. Tidak rugi sebenarnya kita mengalah demi keharmonian sebuah rumah tangga. Rumah tangga yang harmoni akan melahirkan kebahagiaan dan secara tidak langsung kita akan dapat membina rumahtanggaku, syurgaku.


Dengan cara begini, pasangan anda juga akan cepat tersentuh dan lembut hati. Malah dalam keadaan begini, beliau juga selalunya akan tersedar jika bahawa dia yang bersalah sebenarnya hatinya tidak lagi sekeras masa berbalah tadi.


Bila ada kesempatan, kita lihat pasangan kita pun cool, baru kita tanya "semalam tu kenapa marah-marah?" "Semalam tu kenapa merungut dan sepak terajang almari?" Kalau dia menceritakan apa sebabnya, dan sebab itu berpunca dari kita sendiri tanpa kita sedari,mohon maaf sekali lagi. Sebenarnya bila kita mohon maaf, ia akan mematikan kemarahan seseorang dan melembutkan hatinya. Tapi dia tidak akan tunjukkan pada masa dia marah. Permohonan maaf kita itu telah menurunkan darjah kemarahannya.


Jadi tidak kira siapa yang memulakan pergeseran, salah seorang perlu memohon maaf, supaya hidup berumahtangga akan terus bahagia.Cara paling baik ialah, katakan saja pada pasangan anda dengan lembut bahawa anda ingin minta maaf jika anda yang melakukan kesalahan tersebut.

1 comments:

Biskut said...

Tapi, ada juga suami yang anggapannya macam ni:
" Isteri @ Suami pasti akan memafkan kesalahan pasangannya tanpa perlu menuturkan kata maaf"

tapi kadang-kadang, bila telah jelas kesalahan di pihak isteri, bila tak minta maaf, suami tanya pulak, sedangkan kalau suami buat kesalahan tak pernah nak minta maaf... mcm mane tu?

*Biskut rasa, anggapan tu untuk kesalahan yang kecil saja...