Atas permintaan pembaca laman ini yang mahukan saya memberikan contoh perkahwinan Rasullulah dan berpoligami, maka saya akan cuba mendapatkan cerita-cerita bagaimana kisah perkahwinan Rasullulah dengan setiap isterinya. Ini di mulakan dengan kisah perkahwinan Rasullulah dengan SITI SHAFIYAH BINTI HUYAI (R.A.)
Dia adalah puteri kepada seorang pemimpin kabilah Yahudi Bani Nadhir bernama Huyai. Sewaktu Rasulullah mengahwininya, dia telah menjadi janda sebanyak dua kali. Kerana dia pernah berkahwin dengan dua orang keturunan Yahudi iaitu Salm Masykam dan Kinanah bin Rabi' bin Abi Hakik.
Pada tahun ketujuh hijrah, terjadilah peperangan Khaibar, yang berakhir dengan tertakluknya kaum Yahudi serta hancurnya benteng Khaibar. Di antara mereka yang tertawan adalah Siti Shafiyah. Menurut riwayat bahawa Dahiyat Kaibi telah datang menemui Rasulullah meminta supaya salah seorang tawanan perang itu dapat dimilikinya sebagai hamba. Maka Rasulullah pun mengizinkannya memilih sendiri seorang hamba perempuan. Oleh Diyat, Shafiyah menjadi pilihannya.
Apabila berita ini diketahui oleh para sahabat, mereka pun segera datang bertemu Rasulullah dan berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya wanita ini seorang bangsawan. Dia adalah anak kepada pemimpin Bani Quraizah dan Bani Nadhir. Dia tidak layak dikahwini kecuali oleh Rasulullah sendiri. Mendengar hal yang tersebut, Rasulullah memerintahkan Dahiyat untuk memilih wanita lain.
Kemudian beliau memerintahkan agar Shafiyah datang menghadap. Adapun Shafiyah ketika masih menjadi isteri Kinanah, dia pernah bermimpi di suatu malam bulan jatuh ke pangkuannya. Lalu dia menceritakan mimpinya ini kepada Kinanah. Dengan marah lelaki itu berkata, "Tidak ada takwil lain lagi kecuali engkau telah berangan-angan hendak berkahwin dengan raja Hijaz itu, yakni Muhammad."
Lantas dia menampar muka isterinya sehingga lebam ke kedua belah matanya. Demikianlah kezaliman dan kejahilan Kinanah.
Ketika Shafiyah datang menghadap Rasulullah, kesan-kesan tamparan itu masih jelas berbekas pada wajahnya sehingga terlihat oleh baginda. Kerana itu baginda bertanya kenapa. Lalu Shafiyah menceritakan peristiwa itu.
Rasulullah telah memberi kepadanya dua pilihan;
1. Dia dibebaskan kemudian diserahkan kembali kepada kaumnya.
2. Dia dibebaskan kemudian menjadi isteri Rasulullah.
Shafiyah memberi jawapan, "Sesungguhnya saya ingin menganut Islam dan telah beriman kepada tuan hamba sebelum tuan hamba memanggil saya ke mari. Saya tidak mempunyai apa-apa tujuan untuk tetap tinggal dalam agama Yahudi. Saya tidak punya bapa dan saudara lelaki lagi. Setelah tuan hamba memberi pilihan kepada saya antara kufur dan Islam, maka saya tetaplah mengasihi Allah dan Rasul-Nya lebih dari kebebasan dan kembali semula kepada kaum keluarga saya."
Mendengar jawapan Shafiyah ini, Rasulullah telah memutuskan untuk menjadikannya isteri beliau.
Jadi perkahwinan ini bertujuan untuk;
1. Melindunginya sebagai seorang tawanan perang yang dibebaskan.
2. Memberi penghormatan kepada bekas salah seorang anak ketua pemimpin Yahudi.
3. Dengan perkahwinan ini juga diharapkan agar kaum Yahudi mengakhiri kerusuhannya dan tertarik hatinya kepada Islam.
08 October 2009
Perkahwinan Rasullulah dengan Siti Shafiyah
Posted by MUNALIZA at 8:11:00 AM
Labels: Perkahwinan Rasullulah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment