19 Jun 2010, Majlis Walimah di Lekir , Perak. Kami disambut dan diiringi ke meja santapan raja sehari. Ibu ayah didudukkan sebelah pengantin. Dengan rasa silu dan malu terpaksa duduk sebagai menghormati tuan rumah.
Zauj juga malu, ummi juga malu, sebab tak pernah dilayan begitu, ini merupakan kali kedua kami diminta duduk semeja dengan pengantin. Sebelum ini pun, jika diminta mengiringi rombongan pengantin, zauj dan ummi tak mahu duduk di meja santapan raja sehari.
Kali pertama di Port Dickson, majlis walimah di rumah ayah ibu menantu perempuan sulong. Kami diraikan dan ummi dan zauj diminta duduk bersebelahan dengan pengantin. Malu sangat,tetapi menghormati persiapan yang telah disediakan oleh tuan rumah,maka duduklah juga ummi, zauj dan anak-anak di meja tu.
Di Lekir pun sama, majlis walimah di rumah ayah ibu menantu lelaki anak yang ke 4. Duduklah ummi, zauj dan anak-anak yang lain di meja santapan itu. Kenapa ya,ummi dan zauj rasa malu?
Ketika majlis walimah di rumah ummi pada 5 Jun 2010 , Najdah (anak perempuan ummi, majlis walimah pertama di adakan di rumah ummi pada 22 Disember 2006), Nur Humaira' Lau pada 24 November 2007, ummi memang tidak adakan majlis makan beradap ini. Ummi meraikan semua tetamu dan rombongan yang mengiringi pengatin sama sahaja. Di raikan di dengan makanan dan di khemah yang sama.
Hanya keesokkan harinya semasa bersarapan pagi kami duduk ramai-ramai makan berhadap sesama keluarga. Duduk makan ramai-ramai sambil diperkenalkan sanak saudara kepada pengantin lelaki.
Adakah majlis makan beradap alaf ini haram dan bertentangan syariat?
Bacalah apa yang tersirat di dalam tulisan ini. Luahan hati ummi sama seperti skestsa di bawah ini.
[kisah ini ada kena mengena dengan hidup atau mati]
“Ayahanda rasa bagaikan orang bodoh saja duduk begini.”
“Kenapa, ayahanda? Ayahanda tak selesa begitu?”
“Sudah tentulah tidak selesa. Makan sambil diperhatikan orang, siapa yang selesa?”
“Tapi bukankah ini adat, ayahanda?”
“Adat bawaan siapa, nak? Bawaan siapa? Dan dari mana asalnya? Tidak lain dari majalah-majalah pengantin, dan pengusaha wedding planner. Adat kita yang sebenar adalah adat yang cantik, nak. Sangat cantik.”
“Bagaimana adat makan beradab yang sebenar, ayahanda?”
“Yang sebenarnya bukan makan beradab, tetapi makan berhadap. Waktu ini, ibu dan bapa pengantin lelaki dan pengantin perempuan akan makan bersama-sama saling berhadapan, atau sebagaimana waktu biasa kita makan bersila, dalam bulatan, supaya dapat aku lihat kamu, dan kamu lihat aku. Saling baramah mesra. Bukannya ibu pengantin lelaki di hujung sini, ibu pengantin perempuan di hujung sana. Sila rujuk gambarajah di bawah ini untuk contoh konvensional. Bagaimana mahu beramah mesra kalau begini?”
“Ooooo… Kalau contoh makan berhadap yang sebetulnya?”
“Lihat gambarajah di bawah ini pula. Tambahan lagi, kalau buat begini, cuma perlukan satu set makanan. Bukankah keberkatan itu pada makanan yang dikongsi beramai-ramai?”
“Oooo… Maka fahamlah anakanda. Ada apa-apa lagi, ayahanda?”
“Ada banyak lagi perkara yang kita boleh perbaiki. Satu nasihat ayahanda:
Akan datang padamu satu zaman di mana manusia menjadikan majalah pengantin sebagai sunnah bernikah. Ke atasmu kitab Allah dan sunnah Rasulullah, gigitlah ia dengan gerahammu, takkan kamu sesat selamanya.”
“Baik, ayahanda. Menjunjung titah.”
Lagi satu, lauk makanan tu berbeza dengan tetamu lain, tetamu cuma tengok saja, macamana ummi dan zauj nak makan? Pembaziran kerana hiasan lauk-lauk tu tidak dimakan. Mana-mana makanan yang tidak dihabiskan, akan dihabiskan oleh orang lain. Tak baguslah macam tu, kerana mereka makan sisa orang. Kita pula nak makan sampai licin, rasa malu sebab jadi pameran, orang dok tengok.
6 comments:
sebenarnya kagum dgn perlaksanaan walimah anak ummi. Ikut syariat islam. Moga dpt keberkatan utk ummi sekeluarga.
Ummi takut kepada Allah, berusaha untuk minimumkan perlanggaran syariat walaupun dugaan untuk menghadapinya besar dan banyak terutama bila kita mengadakan majlis walimah.
Berusaha bukan sahaja menolak adat dengan hati tetapi jika mampu meninggalkan adat yang bertentangan dengan syariat.
Semoga kita mendapat redha dan rahmat Allah sentiasa.
23 Jun 10, 14:17
Eemm... terima kasih ummi, Sy takut dgn walimah, bila dah ramai akan ada sesi mengumpat, tentu ada yg berkecil hati. Mari kita ubah kpd walimah yg lbh diberkati. Insya Allah..
Tidak semestinya Fara, ada juga kebaikan yang perlu dilihat seperti mempertemukan saudara mara yang jauh dan dekat.
Masing-masing sibuk sebelum ini,tinggal jauh-jauh, jadi bila ada saja kenduri kendara,mereka bertemu untuk bertanya khabar. Mengeratkan yang jauh dan memersrakan yang dekat.
Aktiviti umpat mengumpat tu boleh dielakkan jika seorang nak mulakan cerita, tapi tak ada yang sambung dan berikan perhatian. Akhirnya hanya bicara tentang kisah masing-masing apabila lama tidak bertemu.
Insya Allah semoga semuanya diberkati dan dirahmati Allah..yang buat makan beradap dapat rahmat..yang buat makan berhadap pun diberkati Allah..innamal a'malu binniat..
ibnuwalidaini : dua-dua buat :-)
MashaAllah, tahniah ukhti. Semoga majlis sy nnt dapat dijalankan bersyariat juga.. mencari2 blog yang menceritakan tentang walimah yang sebegini. Alhamdulillah, terjumpa juga..
Post a Comment