Ujian dan dugaan tidak akan putus-putus datang sebagai ujian kepada orang beriman. Adakah redha dan ikhlas dalam menerima ujian yang diberikan. Memang sudah ketentuannya datang sebagai ujian orang beriman.
Selepas solat isya' , 29 Januari 2011,pelajar asrama pondok Maahad Ash-Syifa' dikejutkan dengan musibah apabila sebuah bangunan asrama yang menempatkan pakaian dan barang-barang keperluan peribadi pelajar termasuk tilam bantal terbakar.
Bangunan ini merupakan sebuah bangunan kayu 2 tingkat yang terletak di hadapan bangunan kelas dan pengajian bangunan batu 3 tingkat Maahad Tahfiz tersebut. Punca kebakaran belum diketahui. Pihak bomba masih menjalankan siasatan. Anggaran kerugian juga belum dapat ditaksirkan.
Api marak dapat dipadamkan oleh pihak bomba yang mengambil masa sekitar 30 minit sahaja dari merebak ke bangunan lain.
Bangunan lain yang berhampiran asrama ini ialah rumah mudir Maahad Ash-Syifa' itu ustaz Ahmad Syarifuddin atau dikenali sebagai ustaz Din al-hafiz.
Allah berfirman dalam al-Quran :“Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang bersabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 153)
Kepada sesiapa yang sudi menyumbang untuk meringankan beban untuk pondok dan pelajar-pelajar yang tinggal sehelai sepinggang boleh menyalurkan sumbangan dan bantuan melalui akaun ini :
CIMB 01180004462058 Halaqah Net Services (sila maklumkan jumlah yang dimasukkan kepada saya melalui PM atau ditopik ini, nyatakan sumbangan dari Badan, NGO atau sumbangan orang ramai).
Untuk melihat berita dan gambar-gambar kebakaran klik di sini : Gambar Asrama Maahad Ash-Syifa' Terbakar
Jom usaha mengutip sumbangan dalam komuniti, seperti jiran, saudara mara dan sahabat untuk Sumbangan Derma Kebakaran Pondok Maahad Ash-Syifa'
Caranya dengan mengedarkan saja gambar dan cetak artikel berkaitan kebakaran bersama-sama sampul surat , dan tulis pada sampul itu s sumbangan kebakaran...
Ini cara mudah jika segan nak berucap minta sumbangan
Lagi cepat bangunan baru didirikan,lagi cepat saham kita dapat , nanti tuai di sana.
Kita buat ini, tujuannya mengajak orang melakukan ibadah juga. kadang tu orang sibuk dan terlupa untuk menginfak, maka kita buka dan berikan ruang tu pada mereka. Sikit atau banyak tak jadi soal, yang penting keikhlasan. Keikhlasan kita mengajak dan keikhlasan yang memberi...
0 comments:
Post a Comment