CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

06 February 2011

Walimatul 'Ursi Ketujuh Baitulmuslim Halaqahnet


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.


Tidak terasa, pejam celik, pejam celik sudah 7 pasangan yang bernikah melalui pertemuan di Baitul Muslim Halaqahnet.


Walaupun baru setahun jagung usia Baitul Muslim yang diujudkan pada March 13, 2009, 11:54:10 AM, ianya telah membuahkan hasil dengan terdirinya 7 buah masjid dari penyertaan berbagai lapisan masyarakat tidak kira negeri atau keturunan.


Syukur kepada Allah yang memudahkan pengurusan semua pihak untuk mendirikan rumah tangga.


Walimatul 'Ursi Ketujuh Baitulmuslim Halaqahnet menemukan pasangan yang menetap di Sabah. Walaupun pada permulaan taaruf,mereka ini berada di negeri Semenanjung, namun urusan Allah telah memudahkan segala-galanya walaupun terdapat beberapa ujian.


Pasangan ini sebenarnya adalah pasangan pertama dipertemukan oleh BMH. Rancangan awal hanya ingin bertunang selama 6 bulan sahaja. Di saat menghampiri tarikh pernikahan, perniagaan peserta lelaki menghadapi musibah bila premis perniagaannya terbakar. Untuk memulihkan keadaan, ditangguhkan perkahwinan untuk menumpukan sepenuh masa kepada syarikat perniagaan.


Setahun selepas itu, menjelang tarikh rancangan untuk bernikah, sekali lagi ujian datang apabila ayah peserta lelaki pula meninggal dunia. Sebagai waris untuk meneruskan perniagaan, waris untuk menyara keluarga, sekali lagi perkahwinan ditangguhkan.


Apabila keadaan stabil, Pada hari Sabtu, 5 Februari 2011 Bersamaan 2 Rabi'ul Awal 1432H, selamat mereka bernikah dan mengadakan walimah di Lahat Datu , Sabah.


Semoga rumah tangga yang mereka dirikan mendapat limpahan rahmat dan kasih sayang Allah. Serangkai kasih dalam limpahan budi, menguntum segar dalam kenangan.


Salam dihulur pembuka bicara,
Sepenuh hormat dan Sejambak Harapan kami
ucapkan
Selamat Pengantin Baru,
Semoga berbahagia hingga ke syurga
kepada


Paaizes Redzuan Bin Abdul Latib
(paaizes)

Dengan

Marsita Ho Nyuk Onn @Ariffin Abdullah
(marsita ho)

Dengan doa


Ya Allah, berkatilah perkahwinan ini,
limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada kedua mempelai ini,
Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah.
Kekalkanlah jodoh mereka di dunia dan di akhirat,
sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini.



Impianku menjadi isteri solehah,
mencintai, mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.



0 comments: