CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

19 December 2009

Baitul Muslim-Mencari calon isteri kedua

Pencarian calon isteri untuk menjadi isteri kedua. Sesiapa yang telah bersedia,sila layari halaqah.net untuk mendapatkan maklumat dan borang penyertaan. Baitul Muslim-Mencari calon isteri kedua.

Berpoligami bukan sesuatu yang Allah larang jika semua kita memahami tanggungjawap dan redha meredhai antara satu sama lain.Poligami ialah option, bukan obligation, untuk lelaki dan perempuan. Ia harus, halal, doable dan syarie. Ia datang lengkap dengan pekej-pekej yang mengandungi segala kemanisan, keseronokan, serta cabaran ketahanan untuk meredhai apa yang diredhai oleh Allah Taala pada kedua-dua pihak suami dan isteri-isteri. Malah, agak bersalahan jika pekej itu dikhususkan hanya untuk poligami, sedangkan pekej yang sama juga adalah untuk monogami. Secara amnya, pekej itu ialah untuk setiap perkahwinan samada mono atau poli, manakala poligami pula hanyalah satu lagi pernikahan yang berlaku kepada lelaki yang sudah beristeri.


Masalahnya, benda ni selalu dilihat sebagai orang lelaki yang mengambil kesempatan, menggunakan alasan agama untuk kepentingan lain, sedangkan sebenarnya tidak begitu. Allah Taala lebih bijak dari itu apabila menghukumkan apa saja untuk kebaikan manusia.


Beristeri ramai ni tidak boleh dilihat hanya pada kelebihan lelaki untuk menggunakan option itu, tetapi juga harus dilihat pada sudut lelaki itu yang membenar serta mengizinkan dirinya, serta segala resources yang ada di sekeliling lelaki itu, untuk dimanafaatkan oleh semua isteri-isterinya dengan cara yang syarie, halal, serta menggembira serta membahagiakan semua isteri-isterinya.

Bila kita bercakap bagi pihak seorang isteri secara individualistik, memang nampak macam buruk sangat lelaki yang beristeri ramai ni. Tetapi jika kita bercakap bagi pihak isteri-isteri secara kolektif, bagi pihak kaum perempuan, betapa comel dan cantiknya apabila segala resources yang melimpah ruah yang ada pada seorang lelaki boleh dishare oleh beberapa orang isteri.


Sebanyak mana sangatlah SEORANG isteri itu boleh 'menghabiskan' resources yang ada di sekeliling suaminya, sampai tak sanggup nak share dengan orang lain. Samalah juga dengan nasi tambah yang banyak, tak akan habis dimakan oleh hanya seorang. Lebih baik ajak orang lain makan sama, tidaklah membazir sangat.


Poligami itu tidak lebih dari satu pernikahan yang sah, sama dengan pernikahan-pernikahan yang lain, yang tidak henti-henti berlaku, dan akan terus tidak henti-henti berlaku; tetapi berlaku pada seorang lelaki yang sudah beristeri.

Jika lelaki itu sudah berjaya membawa keluarganya kepada suatu keadaan yang selesa, pada rohani dan jasmaninya, tiada sebab mengapa lelaki yang sama tidak boleh membawa satu lagi keluarga kepada keselesaan yang sama. Pada struktur fizikal dan mental kaum lelaki, mereka boleh lakukannya jika mereka tidak diganggu oleh sesiapa. Kalau diganggu, lelaki itu perlulah address gangguan-gangguan itu terlebih dahulu, dan ini membuang masa, tenaga, dan kadang-kadang membuang air mata secara percuma tanpa sebarang manafaat.

Dalam surah An-Nisaa ayat 34, Allah Taala berfirman : “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan…..” panjang lagi, tengoklah sendiri.

Dalam ayat itu, Allah Taala tidak menghadkan kepimpinan lelaki itu hanya kepada isteri-isteri dan anak-anak perempuan sahaja, tetapi kepimpinan itu ialah menyeluruh kepada kaum perempuan. Dalam konteks poligami, jika kepimpinan itu lebih menyeluruh dari hanya disempadani oleh rumahtangga, maka lelaki harus juga melihat masalah kaum wanita yang berlaku di persekitarannya. Dalam konteks poligami juga, kaum lelaki sebagai pemimpin harus melihat poligami bukan hanya dari perspektif perempuan yang sudah dinikahinya, tetapi mereka juga harus melihat poligami itu dari perspektif wanita-wanita yang masih belum diambil oleh sesiapa sebagai isteri.

Ditakdirkan Allah Taala, terdapat pula kaum perempuan yang baik untuk dinikahi oleh lelaki yang sudah beristeri. Sesungguhnya, tiada lagi makhluk lain di bumi Allah Taala ini yang boleh menyelamatkan kaum wanita selain dari kaum lelaki.

Apabila berpoligami adalah diharapkan jangan ada orang suka-suka melebel isteri kedua itu perampas atau lelaki berkahwin lagi kerana nafsu. Tidak kira perkahwinan keberapa, niat berkahwin itu tetap sama bagi seorang lelaki.

Al-Hujuraat ayat 12:
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Manusia yang baik, yang bertaqwa, TIDAK PERNAH berniat untuk menyusahkan sesiapa saja manusia lain, malah tidak juga pernah berniat menyusahkan makhluk Allah yang lain, walaupun seekor haiwan.

Poligami hanyalah satu terminologi untuk membezakan lelaki yang ada seorang isteri dengan yang ada lebih dari satu. It takes 2 untuk berlakunya pernikahan, lelaki dan perempuan, dan pernikahan masih dibenarkan kepada lelaki yang sudah beristeri selagi bilangan isterinya kurang dari empat. Samada lelaki ingin menggunakan kebenaran itu, terpulang.

Dalam Al-Quran, tidak ada sebarang ayat yang address isteri ke berapa, malah kesemuanya di addresskan sebagai "isteri-isteri kamu".

Allah Taala itu Maha Bijaksana dalam menentukan laluan-laluan yang akan dilalui oleh lelaki dan perempuan sehingga mereka dipertemukan dalam satu pernikahan. Tiada dua perkahwinan yang melalui laluan yang sama sebelum berlakunya jodoh. Tiada siapa yang berhak untuk mengatakan atau melabelkan samada sesuatu pernikahan itu berlaku dengan sebab-sebab yang betul atau salah, kerana nafsu atau harta atau kecantikan paras rupa atau kehandsoman lelaki atau apa jua penyebab yang terfikir oleh kita. Siapalah kita yang nampaknya begitu bijak dan tahu sangat mengapa orang lain berkahwin, seolah-olah kitalah yang memberikan markah samada sesuatu perkahwinan itu atas sebab yang betul atau salah.

Isteri kedua BUKAN PERAMPAS

Setiap wanita yang layak untuk berkahwin mempunyai hak yang sama untuk diambil sebagai isteri oleh mana-mana lelaki yang layak, tidak kira samada lelaki itu masih bujang atau sudah beristeri.

Istilah PERAMPAS ialah apabila sesuatu itu diambil secara PAKSA. Mana ada sesiapa pun yang boleh memaksa sesiapa yang lain untuk bernikah diluar persetujuan? Adakah imam yang tergamak menikahkan pasangan secara paksa sehingga isteri kedua itu dipanggil perampas? Bukankah lelaki yang masuk minta? Ataukah perempuan yang memaksa lelaki yang sudah beristeri itu untuk menikahinya secara rampasan?

Poligami tidak berlaku sebagaimana berlakunya rampasan kapalterbang apabila perampas mengajukan pistol di kepala pilot dan mengarahkannya mendarat mengikut kehendak perampas itu. Mana ada berlaku rampasan dalam poligami?
Berkahwin kerana nafsu?

Itu stereotype yang dicipta oleh orang-orang yang sengaja ingin memburuk-burukkan poligami. Tengoklah pada diri kita sendiri, wujud, hidup, bernafas, berforum di bumi Allah ini sekarang. Bukankah lahirnya kita disabitkan dengan nafsu seksual yang dianugerahkan oleh Allah Taala kepada ibubapa kita juga? Tanpa percantuman benih bapa dengan ibu, dalam rahim ibu, akan lahir kah kita? Bolehkah benih itu bercantum tanpa nafsu seksual? Mengapakah nafsu disalahkan apabila berlaku pernikahan?

Di mana saja kita dapati orang akan kata bahawa lelaki berpoligami kerana nafsu. Ini satu kenyataan yang tepat pada maksudnya, tetapi tidak betul pada cara ianya dikata. Samada yang banyak berkata itu pernah berpoligami atau tidak, wallaahu a'lam. Mungkin juga itu cara mereka berfikir, dan menganggap semua orang lain berfikir macam mereka, sedangkan mereka sendiri belum pernah berpoligami pun.

Nafsu seksual ialah anugerah dari Allah Taala. Malah, agaknya tidak salah jika dikatakan bahawa nafsu seksual ialah salah satu dari elemen-elemen dalam rumahtangga yang mengekalkan ikatan pernikahan suami isteri.

Namun, cara ungkapan nafsu seksual yang dikaitkan dalam poligami seolah-olah menampakkan betapa buruk dan tidak terkawalnya nafsu seksual lelaki itu sehingga mereka memilih untuk berpoligami. Benarkah begitu?

Sedangkan, hidup dan bernafasnya kita pada saat ini, sehingga boleh berforum sebegini, adalah sabit dari adanya nafsu seksual ibubapa kita dulu, tidak kira ibu itu isteri bapa yang ke berapa, yang telah mengakibatkan tertakdir dan terlahirnya kita di dunia ini

Nafsu seksual ialah anugerah Allah Taala yang sangat indah, dianugerahkan kepada manusia, dan makhluk NYA yang lain atas ke Maha Bijaksanaan Allah Taala jua. Nafsu seksual ialah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan dari pernikahan. Nafu seksual ialah sebahagian dari elemen yang mengekalkan perasaan saling ingin mengingini antara suami isteri, dan TIDAK BOLEH disalahkan semata-mata untuk memburukkan sesuatu pernikahan samada monogamy atau poligami.

Wallaahu a’lam.

Sumber rujukan : Kiriman berkaitan poligami oleh TokDdeka di Halaqahnet

9 comments:

nz said...

lelaki beristeri ajak kahwin sungguh2.. lelaki bujang ajak kahwin mcm main tarik tali..

aaa... adkh ini mmg takdir ku....

MUNALIZA said...

Inas, mohon petunjuk dari Allah. Jika itu takdirnya, redha lah. Ini doa yang selalu ummi panjatkan kepada Allah tidak kira masa...
Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku nyatakan dan apa yang aku rahsiakan,
Maka terimalah keuzuranku,
Engkau mengetahui apa yang hajatkan,
maka kabulkanlah permintaan ku,
Engkau mengetahui dosa-dosa yang ada dalam diriku,
Maka ampunkanlah...
Ya Allah,
Jadikan aku hamba yang redha diatas apa yang telah Engkau takdirkan buatku...dunia dan akhiratku, limpahkan aku dengan rahmatku di dunia dan akhiratku.

Anonymous said...

artikel ini sangat baik. hari ini kebanyakan yang berpoligami itu bukanlah lelaki yang baik. maka rumahtangga mereka rosak dan poligami dituding sebagai puncanya. lelaki yang baik pula, yang layak berpoligami, tidak berbuat demikian kerana takut tidak dapat berlaku adil. hakikatnya skrg ini lelaki yang baik semakin sedikit. oleh itu ramai wanita yang dipermainkan lelaki jahat kerana mereka tidak banyak pilihan. itulah hikmahnya Allah menghalalkan poligami. sebagai satu pilihan kepada para wanita untuk mendapatkan lelaki yang baik.

Anonymous said...

slsaya setuju, sebenarnya poligami ini adalah solusi, buat orang yang masih merasa kurang dan dilain pihak Allah sebagai pemilik kita juga tidak keberatan bahkan sunah rosul dan sebenarnya dampak positif yang uar biasa :buat lelaki mengangkat derajatnya isteri baik dunia ato akhirat,dan q yakin msh banyak hikmah dan nilai positifnya, janganlah memaksakan diri tidak poligami ato menganiaya diri ntar tambah membawa dampak negatif, BUKANKAH ALLAH YANG MAHA TAHU TIDAK MEMPERMASALAHKAN, buat yang belum tahu selalu berprasangka buruk.

Anonymous said...

Salam Admin,
Saya bersetuju dgn kebaikan berpoligami, ramai yg pandang lekeh kpd poligami sedangkan ianya adalah jln penyelesaian kpd byk kepincangan masyarakat kita..

Tetapi yg nak berpoligami haruslah ada kekuatan memimpin kelaurga ke jalan yg lurus dan semuanya mestilah Lillahi Taa'la.

Saya minta bantuan admin atau sesiapa yang membaca tulisan saya unyuk bantu saya mencari isteri kedua untuk suami saya.

Kami telah bersetuju dengan perkara ini (idea saya), atas sebab- sebab2 tertentu dan Lillahi Taa'la.

Moga Allah mudahkan jalan ini :-)

Regards,
Kak Maria.
email:sbasha13@yahoo.com

shah said...

saya cari calon isteri kedua kalau berminat untuk menjadi isteri kedua saya whatsap saya di 01110273272

Anonymous said...

Nama saya Abdul wahab,saya diberi izin oleh istri saya untuk mencari istri kedua dan saya menetap diperth - Australia dan sekiranya ada sesiap kaum hawa yg sudi boleh what's up saya +61473112527 kita boleh bertukar tukar pendapat Dan dapat kenalan yg lebih akrap Dan ikhlas kerana Allah swt,saya keja out station boleh hubungi saya selepas 8pm saya keja shift malam sekian terimakasih dari saya yg ikhlas.

Anonymous said...

Sy mencari calon isteri ke 2,ni wsp sy 011-64206875

Anonymous said...

Saya juga mencari calon isteri ke dua. Isteri saya tak mampu nak melayan saya lagi. Sila reply saya akan hubungi