CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

08 December 2009

Mansuh kan Wang Hantaran?

Di halaqahnet, ada seorang halaqian buka topik 'Apa rasionalnya ibu bapa meletakkan letak wang hantaran tinggi'.

Apa Rasionalnya ibu bapa meletakkan wang hantaran Tinggi
"Sejak akhir-akhir ini, berlaku fenomena ibu bapa meletakkan wang hantaran yang tinggi kepada anak-anak perempuan mereka. Apa ukuran yang dibuat oleh ibu bapa tersebut kerana meletakkan harga tinggi ini amat menyukarkan pihak lelaki yang berkeinginan untuk berkahwin. Tidak kiralah, samada mereka ini telah lama kenal , telah bercinta atau pun melalui sesuatu badan seperti Baitul Muslim.

Jom kita lihat dan bincang apa rasional ibu bapa letak wang hantaran tinggi ini."



Berbagai respon diberikan oleh halaqian-halaqian berkaitan isu ini. Antaranya:

Respon 1

Berbelanja besar kepada perkahwinan akan membawa kepada pembaziran yang akan menghilangkan berkat kepada perkahwinan... Zaman kini, kebanyakan pengantin sering berbelanja besar di dalam perkahwinan hingga ada yang mencecah jutaan ringgit dan ini ditakuti boleh membawa kepada punca penceraian kerana tiada keberkatan dalam perkahwinan dan niat perkahwinan bukan kerana untuk mendapatkan keredhaan Allah malah untuk bermegah2 dengan majlis perkahwinan mereka di khalayak ramai.. seperti hadis nabi...

"Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ".. ( Riwayat Ahmad )

"Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ".( Riwayat Abu Daud )


Respon 2

Sebenarnya ibu bapa yang minta nilai tinggi tu, mahu menyusahkan anak menantu selepas kahwin, sebab lepas kahwin terpaksa membayar hutang perkahwinan. Konon nak uji lelaki tu, adakah bersungguh mahu anaknya, kalau lelaki itu bersungguh dia akan usaha. Nak usaha macamana, jika dah rezeki secupak, takkan serta merta jadi segantang dalam tempoh sehari dua kecuali merompak atau menyamun.




Respon 3

Kenapa ramai orang mempertikaikan hantaran tinggi, kalau RM12000 rasa nya tidaklah tinggi, pernah baca surat khabar tak pasangan cacat yakni pekak berkahwin dan menyediakan hantaran RM8000 untuk isterinya, saya tidaklah menjustifikasikannya sebagai cinta sejati, tetapi kalau yang pekak boleh menyediakan RM 8000, rasanya tidak salah kalau yang normal menyediakan RM12000. Kos untuk sebuah majlis perkahwinan yang sangat sederhana pun mencecah RM20000.....

Respon 4

Kos hidup semakin meningkat. ikut kemampuan jika nak buat sesuatu majlis.

Respon 5

pada pendapat ana, senang je..kita datang dengan harapan untuk menjayakan perkara tersebut, tapi kalau pihak perempuan sendiri yang meletakkan hantaran seolah-olah menjual anak, kalo ana, ana undur diri je...

Ada yang berikan sokongan atas respon di atas ni;

Betul tu, jika pihak keluarga perempuan letak harga tinggi, dan kita tidak mampu, baik undur diri awal-awal, tak perlu teruskan. Ertinya masa meminang, dah tahu nilai yang diletakkan,tidak mampu, maka tak tidak perlu diteruskan dengan pertunangan. Sebab itu jangan sekali-kali bercinta sebelum berkahwin, kalau pihak perempuan demand tinggi, susah nak undur diri.

Respon 6

Sebagai penambahan, wang hantaran sepatutnya hanya digunakan untuk menampung walimatulurus (kenduri kahwin). Itupun sepatutnya dibuat secara sederhana, berpada2 & mengikut sunnah. Wang hantaran tidak patut digunakan untuk mengaut untung. Soal duit, menantu boleh memberi wang hadiah/perbelanjaan kepada mertua setelah kahwin mengikut kemampuannya.

Wang hantaran tinggi hanya menyusahkan orang untuk kahwin, terpaksa ditanggguh-tangguh. menyebabkan 'coupling' dan segala bentuk penzinaan dihalalkan.

Respon 7

Saya bersetuju dengan pandangan Insignia of Islam, selain daripada menyukarkan perkahwinan... dan maksiat sebelum perkahwinan juga hilang keberkatan kepada wanita yang bakal menjadi isteri oleh kerana mas kahwin dan hantaran yang terlalu tinggi... Dinyatakan juga di dalam hadis:

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, Sejahat-jahat jamuan ialah jamuan walimah (perkahwinan) yang mengundang orang-orang kaya dan meninggalkan orang-orang yang fakir. (riwayat Bukhari & Muslim)

Respon 8

Adat dan budaya sesuatu bangsa/kaum juga berperanan dalam menentukan jumlah hantaran yang dikenakan... Tujuan utama wang hantaran dibuat adalah untuk memudahkan urusan walimatul urus.. sekiranya belebihan dalam memberi dan mengenakan wang hantaran, dikhuatiri membazir dan sebagainya...

Respon 9

Terdapat persoalan di benak fikiran saya, berapakah yang dikatakan hantaran yang tinggi, berapa pula yang sederhana, dan berapa pula yang rendah.

Kalau mengikut adat, jika kahwin dengan orang Terengganu dan Kelantan, pihak perempuan jarang sekali meletakkan nilain hantaran (sepanjang pengamatan saya terhadap saudara mara saya, sebaliknya menyerahkan kepada kebijaksanaan pihak lelaki), pihak lelaki tidak memberikan duit hantaran sebaliknya mas kahwin sahaja, dan mas kahwin itu sepenuhnya akan diserahkan kepada pengantin perempuan, untuk majlis perkahwinan di rumah pengantin perempuan pula, pengantin lelaki tidak bertanggungjawab sebaliknya mak dan ayah pengantiin perempuan yang menguruskannya.

Respon 10

Nilai duit hantaran sekadarnya sahaja sebagai hadiah, mungkin lingkungan Rm 3000 - RM 5000 itu dah dikira sederhana. Rm 1000 - RM 2000 tu dikira rendah.

Kalau di Terengganu dan Kelantan menyebut nilai hantaran itu sebagai maskahwin, bermakna, tinggilah maskahwinnya, kerana di negeri lain, maskahwin , contohnya negeri Johor, maskahwin cuma RM 22.50, negeri Perak RM 80.00 sahaja. Ingatlah keberkahan seorang wanita itu apabila rendah maharnya.

maskahwin= mahar.

Respon 11

Ini ana setuju walaupun ana sendiri seorang muslimah. Tidak perlu beri hadiah yang terlalu tinggi nilainya, berikan ikut kemampuan diri sahaja. Ada kawan saya, lulusan universiti dalam bidang pengajian Islam, duit hantaran yang diberikaan oleh pihak lelaki cuma RM 1000 sahaja. Bahagia hidup mereka sebab rezeki itu dari Allah dan berkah kerana mahar nya RM 80 dan cepat pulak hamil selepas bernikah tu.

Respon 12
ibu bapa zaman sekarang ni suka untuk meletakkan wang hantaran yg tinggi sbb untuk mendapatkn kebanggaan dlm keluarganya serta masyarakat setempat......
sepatutnya, sikap sebegini patut tidak ada dlm masyarakat kita pd zaman ini......
sikap sebegini juga akan ini menyebabkn, ramai remaja-remaja islam kita akn lebih byk terjebak dalam MAKSIAT!!!!! (nauzubillahminzalil.........)
disebabkan kerana harga wang hantaran yg tinggi sampai tidak mampu untuk mereka tanggung.......
mmng pd pendapat sya, isu ini isu sensitif.....
jadi, pd semua yg membaca artikel ini, diharap anda sume fikirkan lah ke arah yg positif....


Respon 13
mungkin terpengaruh dengan kebiasaan sekarang..
bila menjadikan artis sebagai role model..
artis-artis wang hantaran berpuluh ribu...



Kesimpulannya:
Apa rasionalnya letak nilai wang hantaran tinggi?
Pendapat ummi wang hantaran hanyalah hadiah pihak lelaki kepada ibu bapa pihak perempuan. Bukannya mesti ditetapkan. Kalau tidak ada pun tidak jadi kesalahan sebab tidak ada pun dalam hukum syarak munakahat. Yang ada cuma mahar=maskahwin sahaja. Jadi kalau pihak lelaki datang bertanya kepada pihak perempuan,berapa hadiah wang hantaran yang diingini, sepatutnya pihak perempuan boleh jawap, berilah berapa ikhlas , ikut kemampuan dan tidak membebankan pihak lelaki. Namanya pun hadiah sahaja dari pihak lelaki kepada perempuan, jadi tidak perlulah pihak perempuan yang menetapkan.

Ada setengah orang kata , duit hantaran itu untuk kos pihak pihak perempuan buat kenduri. Jika pihak perempuan nak buat kenduri, buatlah sekadar nilai yang diberikan. Ada yang kata barang sekarang ni mahal. Adakah harga seorang anak perempuan itu sama dengan nilai barang? Setahu saya, nilai seorang muslimah memang lebih mahal dari wang atau emas permata, malah tiada nilainya. Jadi perlu apa mahu dibandingkan nilai barangan semasa dengan nilai hadiah hantaran kepada seorang perempuan? Kita bukan berurusniaga barangan.

Ada satu respon pula kata :


Mansuhkan wang hantaransebab itu kena mansuhkan wang hantaran......
mansuhkan,mansuhkan..yehaaaaa
Afwan bagi SYUKRON!..

Jawapan ummi:

Kalau mansuhkan boleh, gantikan dengan sebutan hadiah, hadiah untuk bakal isteri bagi menyediakan diri sebagai pengantin. Nanti tidaklah pengantin bakal isteri busuk hapak bila tidak sempat nak buat persiapan diri. Ni perlu sedikit hadiah duit hantaran...

Kemana dibelanjakan Hadiah duit hantaranWahai anak-anak gadis ku...

Ini tidak ada dalam kitab, jadi tidak perlu ummi sertakan nas dan dalil.

Ini hanya tips untuk bakal pengantin perempuan.

Apa yang dibuat dengan wang hantaran yang diberikan oleh bakal suami.

a) sebulan sebelum bernikah, mula membelek diri, belek muka, buat facial dan rawatan wajah.

b) 2 minggu sebelum bernikah, mula pakai lulur, mandi sauna.Tujuan nak buang kerak dan daki yang ada.

c) 1 minggu sebelum bernikah, buat mandi susu untuk lembutkan kulit.

d) 3 hari sebelum bernikah, buat urutan badan...

e) Beli sedikit keperluan bersolek, beli minyak wangi.

f) Beli cadar pengantin yang cantik dan lembut, jadikan kamar pengantin seperti syurga.

g) Ada wangian terapi atau aromaterapi.

Perkara ini tidak memerlukan kos yang tinggi jika anak-anak bijak buat sendiri.

Pakaian semasa majlis pernikahan, jangan beli yang mahal berlace, kalau hanya untuk pakai sekali.

Kalau ada baju saudara, atau sepupu atau teman, pinjam sahaja untuk waktu bernikah.

Yang tidak boleh pinjam ialah baju tidur malam. Tu kena beli sendiri.

Kenapa kena buat semua ni? Untuk bakal suami.

Sebab tu jangan minta duit ibu bapa untuk keperluan diri bagi mempersembahkan pada suami

( jika tidak bekerja) gunakan wang hantaran yang diberikan.

Banyak lagi tips-tips untuk membina kebahagiaan rumah tangga bagi yang baru

merancang untuk bernikah.

Satu lagi kenapa tidak boleh mansuh kerana siapa yang perlu membiayai majlis walimah? Lihat Ini...

Siapa Yang Mengadakan WalimahWalimah dilaksanakan dan diselenggarakan oleh Suami. Ini adalah sebagaimana perbuatan Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam sendiri dan turut dicontohi oleh para sahabat-sahabatnya yang lain.

Dari Anas radhiyallahu anhu, beliau berkata:

Ketika Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam menikahi seorang perempuan, beliau mengutuskan aku untuk mengundang beberapa orang untuk makan. (Hadis Riwayat al-Bukhari, at-Tirmidzi, no. 3219)

Juga dari Anas radhiyallahu anhu, beliau menjelaskan:
Abdurrahaman berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku baru sahaja bernikah dengan seorang wanita dengan mahar satu nawat emas (emas sebesar biji kurma). Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:

Semoga Allah memberkahimu, adakanlah walimah walau pun hanya dengan menyembelih seekor kambing. (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5169)

Berdasarkan hadis ini, Rasulullah telah memerintahkan Abdurrahman bin Auf supaya mengadakan walimah.

Walau pun begitu, walimah tidaklah semestinya dilakukan dengan seekor kambing tetapi ia dilakukan bersesuaian dengan kemampuan suami. Ini adalah kerana Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam sendiri pernah melaksanakan walimah untuk Shafiyah dengan menyediakan campuran kurma tanpa biji yang dicampur dengan keju dan tepung di atas sumbangan para sahabat yang hadir. (Rujuk Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 2048)

Tetapi tidak perlulah majlis itu dibuat besar-besaran. Sekadar ikut kemampuan pihak lelaki sahaja. Sebab itu duit hadiah hantaran tidak boleh mansuh, tetapi tidak tinggi. Beri ikut kemampuan, tidak membebankan mana-mana pihak. Isteri dapat, walimah pun dapat diadakan...

Sebab itu pihak suami kena berikan juga sedikit duit hantaran kepada pihak perempuan, bukan mansuh...

Jadi ibu bapa pihak lelaki sepatut berpada-padalah bila mahu memberikan hadiah wang hantaran kepada pihak perempuan jika sekiranya mereka menyerahkan kebijaksanaan pihak lelaki untuk menetapkan nilai hadiah duit hantaran itu.

0 comments: