CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

26 December 2009

Mahar perkahwinan


Apabila jodoh ditemukan dan kedua pihak telah bersetuju untuk dinikahkan maka sebagai syarat yang penting dalam pernikahan ialah pihak lelaki dikehendaki memberi hadiah atau mahar kepada pihak wanita. Ini adalah syarat terpenting untuk membuatkan pernikahan itu sah dari hukum syarak. Allah memerintahkan supaya wanita yang akan dikahwini diberi mahar. Allah menyatakan, “Ya Rasul, sesungguhnya kami telah menghalalkan kamu isteri kamu yang telah kamu berikan kepadanya mahar.”

Di dalam ayat yang lain Allah menyatakan, "Dan untuk wanita kamu, berikanlah mereka mahar sebagai hadiah dan jika dia memberi kepada kamu sebahagian dengan kerelaannya, maka makanlah dengan senang hati dan gembira." Allah mewajibkan mahar sebagai hadiah untuk wanita yang dikahwini. Mahar adalah sebagai cinta cintanya sudah diterima.

Apabila cinta atau kasih yang ditawarkan oleh teruna diterima oleh si dara maka sebagai tanda kesyukuran kepada Allah yang memberikannya isteri maka mahar dibayar. Mahar hanyalah tanda, yang penting wanita itu menerima serta membalas cintanya dan bersedia bersamanya mengharungi lautan hidup. Oleh kerana mahar adalah tanda kegembiraan bagi pihak lelaki, maka ianya hendaklah diberi dengan hati yang penuh ikhlas, tulus, suci dan gembira. Ianya tidak patut diberi sebagai satu bebanan dan tekanan bagi pihak lelaki.

Pihak wanita janganlah menganggapnya sebagai satu tuntutan yang patut dibayar oleh pihak lelaki kerana berjaya meminangnya. Pihak wanita tidak patut menganggap mahar sebagai ganti untuk anaknya. Oleh kerana anak wanita kami berpelajaran tinggi, cantik dan mempunyai kedudukan maka bayaran mahar hendaklah tinggi. Mahar dianggap sebagai bayaran atau harga wanita yang dikahwini.




Allah memberitahu mahar adalah hadiah dari pihak lelaki untuk pihak wanita. Mahar hendaklah dibayar oleh pihak lelaki mengikut kemampuannya. Lelaki hendaklah memberinya dengan penuh perasaan kasih dan tanpa tekanan. Pihak wanita tidak patut membuat tuntutan yang membebankan nya. Jika lelaki itu lelaki yang kaya dan berharta maka maharnya adalah mengikut kemampuannya. Jika dia seorang yang berpendapatan rendah maka maharnya mengikut kemampuannya. Tidak ada had atau batas di dalam memberi mahar. Ianya diberi mengikut kemampuan yang memberi. Mahar boleh merupakan sebentuk cincin emas yang bertatahkan berlian atau hanyalah sebentuk cincin suasa.

Mahar boleh merupakan segenggam barli atau kurma dan boleh juga sepasang kasut. Seorang wanita dari Bani Fajarah dikahwinkan dengan mahar sepasang kasut. Nabi Muhammad bertanyakan dia, sama ada dia berpuas hati dengan mahar hanya sepasang kasut. Wanita itu menjawab dia berpuas hati. Maka Nabi Muhammad membenarkan lelaki itu mengahwininya.

Dari hadis di atas, jelas menunjukkan mahar adalah hadiah dari pihak lelaki dan pihak wanita pula bersetuju menerimanya. Mahar adalah lambang ikatan yang dibuat antara dua insan. Ia tidak patut diberatkan. Apabila mahar dibayar mengikut kemampuan pihak lelaki maka perkahwinan menjadi mudah untuk semua orang. Melakukannya apabila jodohnya telah ditemui. Penzinaan, maksiat akan berkurangan kerana peluang untuk berkahwin dipermudahkan untuk semua orang.

Apa yang memberatkan anak muda yang mempunyai nafsu yang tinggi untuk berkahwin ialah maharnya mungkin rendah tetapi dibebankan dengan hantaran yang tinggi. Bagi melepaskan syahwatnya mereka bercinta dan tidur seperti suami isteri tanpa nikah. Apabila mereka berkahwin, wanita itu sudah tidak ada lagi daranya. Inilah yang berlaku dalam masyarakat yang menyusahkan dan memberatkan pernikahan. Penzinaan menjadi perkara biasa. Lelaki muda pergi berkunjung ke sarang pelacuran untuk memuaskan nafsu. Jangkitan penyakit kelamin seperti AIDS akan merebak seperti api. Masyarakat itu menuju kepada kehancuran.

Kenapa perkahwinan disusahkan dengan hantaran yang tinggi dan mahar dimahalkan. Ini berlaku kerana masyarakat cintakan kebendaan dan kesucian. Mereka mahu nama dan kemegahan daripada taat kepada perintah Allah. Ini terjadi kerana iman lemah dan cinta dunia bersarang dalam hati. Akhirnya masyarakat yang tidak mengamalkan agama pasti akan dihancurkan, oleh amalan mereka sendiri.

Jikalau kita ingin kebaikan dan keberkatan di dalam perkahwinan, maka mudahkan lah ia. Semakin hampir pernikahan itu seperti pernikahan anaknya Nabi Muhammad iaitu Fatimah, maka semakin berkat lah ia. Perkahwinan Ali dan Fatimah dijalankan dengan sederhana sekali. Ali tidak mempunyai apa-apa pun untuk berkahwin. Dia hanya mempunyai sebuah perisai perang (baju besi) yang dijadikan mahar buat Fatimah.

1 comments:

Anonymous said...

Halo semua, nama saya Safa El Sadat, saya telah berkahwin selama 20 tahun dengan suami saya dan kami mempunyai dua lelaki, Elder 16 tahun dan lebih muda 11 tahun. Suami saya sangat menyayangi saya tetapi pada satu ketika dia terlibat dalam hubungan dengan seorang wanita yang bersekutu. Saya tidak pernah membayangkannya, tetapi dengan cara sikapnya terhadap saya dan anak-anak berubah, kelewatan senaman membuat saya berfikir tentang masalah ini, Walaupun pada ulang tahun ke-20 Hari saya di Marsh, saya menjauhkan diri dari seks seperti yang kita janji untuk melakukannya pada Hari Ulang Tahun Perkahwinan, 15 hari sebelum ulang tahun perkahwinan, dia mengakui bahawa dia telah melakukan hubungan seks dengan kolaboratornya. Dia membawanya ke tempat tidur saya ketika saya keluar untuk bekerja, yang bermaksud bahawa perasaan saya tidak berharga kepadanya, keadaan mental saya penuh dengan penderitaan, saya fikir saya tidak boleh lupa dan sembuh sakit, wanita ini telah mengawal sepenuhnya dan saya tidak pernah mahu melakukannya dengan Keganasan, dia mahu memenangi saya selepas dia bercerai, dia berkata dia cemburu terhadap hubungan kami dan ia akan merosakkan saya dengan mengambil suami saya. Saya perlu membincangkannya dengan seorang kawan yang meminta saya untuk mencari ejaan yang mantap, pertama sekali, saya tidak pernah percaya pada Ejaan Cast ini tetapi saya perlu membuktikannya sehingga saya sampai ke email PROFESSOR PELLAR di internet tentang bagaimana dia telah membantu ramai orang mengambil punggung mereka dan membantu mengatur hubungan dan membuat orang bahagia dalam hubungan mereka dan beberapa cerita lain tentang penyakit rohani dan banyak lagi, saya menjelaskan keadaan saya kepadanya dan dia membantu saya membuat beberapa doa, beberapa herba, dan akar dan sedikit pengorbanan yang saya buat, dan dalam masa 3 hari dia berpaling untuk memohon maaf dan itu hanya satu keajaiban kepada saya, saya gembira yang membantu saya dan saya dengan bangganya boleh mengatakan bahawa suami saya kini bersama saya lagi dan dia kini jatuh cinta dengan saya seperti tidak pernah sebelum ini. hanya hubungi PROFESSOR PELLAR PELLAR melalui e-mel drpellar@gmail.com
Adakah anda memerlukan bantuan dalam hubungan anda seperti mendapatkan suami, isteri, teman lelaki, teman wanita, memenangi loteri, rawatan herba untuk penyakit, HIV, STD, Asma, Arthritis, Fybroid, Stroke atau apa-apa jenis Penyakit, Promosi Kerja, Penonton yang membaca jawatan saya yang memerlukan sebarang bantuan dengan sebarang cabaran hidup harus menghubungi PROFESSOR PELLAR dan anda dengan senang hati akan melakukannya. hanya hubungi PROFESSOR PELLAR PELLAR melalui e-mel drpellar@gmail.com