CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

31 March 2010

Persefahaman, keserasian dalam rumahtangga

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Perkhawinan bukan sahaja sejahterakan hati...malah mendatangkan ketenangan..dan mahalnya perkahwinan itu apabila adanya ketenangan...sebenarnya banyak sekali rahmat ALLAH yang tersimpan untuk hamba-hambaNYA di dalam pernikahan..
Perkahwinan bukanlah sesuatu yang sentiasa sempurna. Hidup dalam alam rumah tangga memang banyak cabaran dan rintangan untuk dihadapi. Oleh itu, sebagai manusia yang normal adalah menjadi tanggung jawab kita mengenali secara dekat pasangan masing-masing.

Biar apa pun terjadi, kita seharusnya prihatin dengan pasangan, jangan hanya nampak keburukan semata-mata.Setiap pasangan mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Justeru, titik persefahaman dan keserasian perlu dicari agar rumah tangga yang dibina atas dasar rasa hormat-menghormati dan sentiasa aman damai. Ini sangat penting dalam menjaga kerukunan dan keharmonian rumah tangga.

Apa-apa daya tarikan antara pasangan adalah perkara asas yang boleh menyatukan dua hati.Jika hati sudah berkenaan, tidak kira apa pun keadaan, cantik ataupun sebaliknya, ia pasti memberi keselesaan kepada kita.Daya penampilan adalah asas penting yang harus diberi keutamaan dalam menjaga keharmonian rumahtangga.Daya tarikan dan penampilan seseorang adalah subjektif dan mengikut cita rasa masing-masing.


Namun sebagai pasangan, kita seharusnya peka dengan kehendak pasangan kita supaya si dia tidak berubah haluan.Perkara itu mustahak bagi mengelak salah seorang pasangan berubah hati dan mencari keseronokan di tempat lain.

Biarpun ia nampaknya kecil, sebenarnya ia memberikan kesan yang besar dalam hubungan suami isteri. Sekiranya perlu ubah dalam penampilan diri, ia tidak menjadi kesalahan demi hubungan suci yang telah lama terbina.

Dalam menangani pelbagai permasalahan, komunikasi adalah penting dalam menyelesaikan kemelut yang melanda jiwa dan perasaan.Dalam keadaan ini, mereka mestilah meluahkan segala yang tidak berkenaan dari hati ke hati, jangan memendam rasa kerana itu bahaya.

Namun, adalah diharapkan pasangan agar sentiasa berdiplomasi dalam menegaskan sesuatu jika terdapat perkara yang tidak puas hati.Tidak salah menegur pasangan kita, tetapi biarlah kena pada caranya supaya tidak terguris perasaannya.

''Tegurlah secara lembut dan berikan dirinya peluang untuk berubah ke arah yang positif.''

Dalam setiap masalah ada penyelesaiannya. Jika kedua-dua pihak boleh berunding, pasangan yang bermasalah usah terus berdendam dan tidak mengungkit perkara lama.

Kesan penceraian ke atas keluarga dan masyarakat amat banyak dan dari segi jangka panjangnya amat buruk.Jika institusi kekeluargaan sudah pincang akan berlakulah pelbagai gejala kurang sihat.



DI antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih-sayang dan belas-kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. (ar-Ruum: 21)

Impianku menjadi isteri solehah,mencintai,
mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.

0 comments: