Lama tak post sebarang entri ke laman ini. Kekurangan bahan dan ketandusan idea, maklumat dan ilmu yang ingin dikongsikan bersama-sama pembaca. Untuk menulis memerlukan ketenangan dan ketajaman minda di kala membuat pemerhatian.
Walaupun banyak pengalaman di dalam baitul muslim ini, tapi untuk digarap dalam bentuk tulisan bukanlah mudah. Memerlukan penumpuan dan emosi yang stabil agar apa yang ditulis adalah dari hati yang tulus.
Namun hati ini masih dilinangi air mata, masih berduka dan sedikit rasa kesal dengan apa yang terjadi baru-baru ini di dalam pengurusan baitul muslim. Akhirnya perlu akur dan patuh dengan ketentuan yang telah Allah tetapkan sejak azali bahawa, serapi mana urusan kita, semudah mana perjalanan pengurusannya, jika itu bukan jodoh mereka, pernikahan tetap tidak terjadi.
Bukan nasib badan tidak bertuah, bukan itu takdir mereka untuk berjodohan. Hanya sekarang ialah rentetan cerita sebab musabab pernikahan yang tidak terjadi walaupun segala urusan berjalan dengan baik.
Seperti komen seorang doktor, pembaca setia laman 'field of dream' ummi,berkaitan jodoh seseorang manusia
" Saya teringat pesan Qadhi Daerah Baling semasa kursus kahwin dulu... katanya selagi mana belum sah akad nikah itu berlangsung, selagi itulah kita tak pasti siapakah jodoh yang menjadi teman hidup kita.. rahsia Allah tu hanya akan dibuka pada ketika saksi menyatakan sah nya akad nikah...
Kata Qadhi tu lagi, bertunang hanya suatu janji manusia, tetapi janji Allah mengatasi janji manusia..."
Maka benarlah janji Allah itu, bahawa manusia hanya bisa merancang, Allah juga merancang, dan rancangan Allah adalah yang terbaik. Sebagai manusia kita perlu redha, akur dan patuh dengan janji Tuhan ini.
Jika mahu dikesalkan seperti menapikan janji tuhan pula. Jika bertanya kenapa nasib ini yang ditimpakan pada kita , bukan kepada orang lain, seperti menyoal kekuasaan dan kehendak Allah yang memang telah ditetapkan sejak azali lagi nasib setiap manusia itu. dan yang paling dikuatiri ialah melibatkan aqeedah dalam diri.
Sebenarnya kejadian itu seperti mendidik hati agar tabah dan sabar. Mendidik hati untuk redha dan syukur. Setiap kejadian itu ada hikmahnya. Mendidik diri untuk bermuhasabah, mengimbas kembali tentetan dan perjalanan pengurusan agar dimana salah dan silap dapat diperbaiki.
Mana tahu di dalam pengurusan ini ada penyakit-penyakit hati yang turut hadir. Memang kita tahu bahawa syaitan itu sentiasa berteleku di pintu hati manusia untuk membinasakan manusia. Syaitan yang bisa membolak balikkan hati manusia.
Antara penyakit hati yang dikuatiri hadir bersama-sama didalam diri kita ialah ria' dan ujub. Ria' adalah perasaan ingin menunjuk2 amal atau kelebihan yang ada pada kita. Berlaku ria' apabila berhadapan dengan manusia lain samada seorang atau dalam kumpulan.
Sementara sifat 'ujub adalah merasai hebat diri, membanggakan diri atau merasa hairan dengan dirinya.
Kedua2 sifat ini adalah termasuk syirik khafi iaitu syirik yang tersembunyi. Setiap orang Islam wajib berusaha keluar daripadanya.
Jika perasaan ria' datang secara tiba2 ketika sedang beramal (dan BUKAN tujuan asal melakukan ibadat tersebut kerana ria' - menunjuk2), maka ini dimaafkan dengan syarat dia segera taubat pada saat itu juga dan kembalikan hati kepada kesucian Tauhid. Jangan dibiarkan perasaan tersebut menguasai diri. Ini kerana perasaan tersebut adalah bisikan nafsu dan hembusan Iblis.
Tetapi jika seseorang membiarkan perasaan ria' tersebut dengan ikhtiarnya sehingga mengausai dirinya, maka ini adalah syirik khafi yang mendapat dosa dan menghapuskan kebaikan dan kebajikan.
Walau bagaimana lazimnya seseorang tidak dapat keluar dari syirik khafi ini kerana kuatnya cengkaman nafsu, Iblis dan godaan syahwat dunia. Sifat ini akan menguasai diri dan mencengkam kuat hati pada jangkamasa yang lama sebelum seseorang itu SEDAR DAN INSAF bahawa dirinya telah tenggelam didalam syirik khafi. Sebab itu para Ulama Arifin mengingatkan betapa bahayanya syirik khafi pada Tauhid dan amalan seseorang.
Untuk menghilangkan terus perasaan Ria', Ujub, Takabbur dan syirik2 khafi yang lain seseorang perlu banyak2 mengerjakan zikrullah ; antara zikir terbaik untuk mensucikan hati adalah dengan menyebut banyak2 kalimah zikir 'La-Ilaha Illa-Allah" pagi dan petang, siang dan malam. Sehingga kalimat2 tersebut mengusai hati, aqal dan ruh kita. Apabila zikir2 ini menguasai hati dan bercahaya2, syirik khafi akan hilang sedikit demi sedikit sehingga akhirnya hilang terus, Insya Allah.
Wallahu A'lam
0 comments:
Post a Comment