CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

02 November 2010

Di Ambang Keretakkan Rumah Tangga

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





Kali ini, ingin ummi kongsikan bersama satu kisah rumah tangga yang tiba-tiba rasa kasih sayang dan cinta menjadi pudar. Cinta sebelum berkahwin yang intim dan mesra bukan lah satu jaminan hidup bahagia selepas berumah tangga. Melahirkan zuriat bukan juga menjadi menyambung kasih sayang yang telah bersemi.


Dimana salah dan silapnya,kita baca bersama-sama dan nasihat yang mampu ummi berikan. Memang sejak akhir-akhir ini,ummi banyak berhadapan dengan pelbagai kisah rumah tangga yang pincang dan retak. Di dalam ummi mengusahakan pembinaan Baitul Muslim, ummi juga selalu ditimbuni dengan permasalahan rumah tangga yang menuju kepada keruntuhan jika tidak dibantu dengan nasihat dan kaunseling.


Ummi memang akan berusaha untuk mengelakkan dari terjadinya perpisahan dan perceraian walaupun itu adalah jalan terakhir dan memang sesuatu yang halal tetapi dibenci Allah. Jadi selain membina rumah tangga, ummi juga akan membantu mereka yang menghadapi masalah dalam rumah tangga agar dapat dielakkan rumah tangga yang telah dibina itu roboh dan runtuh.




Bacalah bersama-sama:


Saya sudah bekahwin selama 2 tahun dan mempunyai seorang anak yang tak sampai setahun lagi umurnya. Disebabkan saya dan anak sering hidup terabai akibat sikap suami yang terlalu menumpukan pada kerjaya/rakan/saudara berbanding isteri dan anak, lama-kelamaan hidup saya bosan dan mula tawar hati terhadap suami.


Setiap hari saya bertanya pada diri sama ada saya berkahwin dengan orang yang betul?


Saya pernah bersabar, ajak suami berbincang, ajak dia keluar bercuti bersama, tapi nampaknya tiada hasil. Saya sudah putus asa dan tiada lagi cinta untuk suami.

Bila terfikir tentang anak, saya bersabar lagi. Tapi bila difikirkan semula, apa kena mengena suami dengan anak? Anak saya tak mahu pun dipegang oleh bapanya. Saya fikir, adalah lebih baik saya menjadi ibu tunggal saja. Setakal dapat title 'janda' tu, saya tak kisah. Mana tahu, ada orang lain yg nak kat saya, boleh saya mencari bahagia yg lain.


Kini saya rasa terperangkap dalam perkahwinan ini. Saya melakukan kerja2 rumah, menggosok baju suami dan menyiapkan makan suami, melayan kerenah saudara-mara suami (saya berhijrah dari selatan untuk tinggal bersama suami di utara), tetapi secubit kasih sayang suami pun saya tak dapat rasakan.


Saya sudah merasakan bahawa rumah tangga saya tak dapat diselamatkan lagi. Hanya saya seorang yg berusaha untuk mencari keserasian dengan suami, tapi suami langsung tidak memahami hati saya, apatah lagi cuba untuk serasi dengan saya. Mohon nasihat.


Nasihat yang mampu ummi berikan:



Janganlah menambah bilangan ibu tunggal, janda atau anak dara. Saban hari saya menangis bila ada gadis,janda , ibu tunggal memohon pertolongan minta dicarikan jodoh.


Jika kita sudah bersuami, peliharalah rumah tangga sebaik-baiknya. Kasih sayang boleh dipupuk. Ingatlah waktu selepas akad, waktu malam pertama dan indahnya waktu bersama.


Jika sudah bercerai, hidup sendiri, semua tu tak akan berulang lagi. Kasih sayang bukan boleh dibeli atau dikutip merata tempat. Bukan berkahwin dengan orang yang salah jika itu jodohnya.


Banyakkan bersabar, bertenang dan cuba kembali kepada Allah. Redha dengan apa yang Allah berikan. Mungkin bulan hanya berlindung sekejap dibalik awan. Maka dalam masa bulan berlindung itu, carilah Allah. Jangan peduli apa yang hati mahukan kerana apa hati mahukan sesuatu yang Allah tidak suka adalah hasutan syaitan.


Banyakkan berdoa,mohon suatu hari nanti suami tersedar akan kasih sayang isteri. Puan jangan fikir apa yang puan buat,berbakti pada suami itu sia-sia. Walaupun suami tidak menyatakan ,menunjukkan kasih sayangnya, sebenarnya dia tetap sayangkan puan.


Jika suami tidak sayang, dia tidak akan lafaz akad nikah, dia tidak akan sentuh puan dimalam pertama. Cumanya , ada lelaki ego, ada lelaki sukar untuk menunjukkan kasih sayang. Lafaz sayang itu terlalu mahal dan berat dilidahnya. Ianya cuma terukir di hati sahaja.


Dia mengutamkan keluarga , saudara maranya , itu sudah bagus. Dan sebagai isteri,puan kena taat dan ikut apa yang suami suka. Jika suami suka mengutamakan keluarganya, puan pun ikut jadi puan tidak akan rasa terpinggir.


Sebaliknya,jika hati puan tidak rela dan tidak suka, maka ini yang puan rasa. Puan kata 'Suami tidak peduli pada puan dan mengutamakan keluarganya.' Sepatutnya puan kena ikut apa saja yang suami suka, apa suami cinta dan minati. Tidak rugi jika kita korbankan hati demi mentaati suami kerana ganjaran yang Allah berikan maha hebat.


Belum terlambat jika puan buka hati semula untuk meminati apa yang suami suka. Puan korbankan perasaan sendiri dan ikut segala kesukaan suami. Puan layan saudara mara suami dengan ikhlas. Puan layan suami dengan ikhlas. Puan taati suami dengan ikhlas. InsyaAllah itu akan jadi ibadah yang dipandang oleh Allah dan puan akan rasai nikmatnya di dalam hati.



2 tahun adalah tempoh yang sangat singkat dan puan belum kenal hati budi suami. Saya akui sendiri,saya hanya kenal benar-benar suami saya setelah 10 tahun berkahwin. Dan nikmat berkahwin itu saya rasai selepas 10 tahun hingga kini menjangkau 26 tahun.


Sebelum 10 tahun, puan akan lalui berbagai rasa dan dugaan. Cubalah bersabar, dan cuba juga berubah persepsi dan sikap kepada negatif kepada postif terhadap minat suami.


Cubalah dulu melakukan dengan ikhlas dan tulus kerana Allah. " Ya Allah ,aku lakukan ini kerana perintah MU,mentaati suami adalah wajib, maka bantulah aku, mudahkan jalan bagi ku agar aku taat kepadanya"


Dalam ummi menasihati masalah rumah tangga wanita ini, ada pula yang mencelah untuk bertanya;


Kalau tak kenal-kenal jugak suami tu macamana pulak ummi, ada masalah ke kalau tak kenal suami, atau berpura2 kenal suami ke macamana bila dah tak berapa kenal buat2 tak kenal pun tak mengapa ke atau macamana?
Sambung ummi :

Sebab tak cukup kenal, maka kita sentiasa berusaha untuk mentaati suami. Menjaga diri agar tidak melakukan apa yang suami tidak suka. Berusaha meminati apa yang suami suka. Jangan hati kita menentang atau melawan kerana jika dilawan dalam hati syaitan akan tumpang jadi nasi tambah.


Kita taat pada suami kerana ia perintah Allah. Sebab itu tidak boleh merajuk dengan suami. Jika merajuk dengan suami bermakna mendahulukan hati dari Allah. Bagaimana? Mentaati suami adalah perintah Allah. Allah suruh. Tapi kita merajuk dengan suami. Maknanya kita dahulukan hati kita dari mendahulukan perintah Allah.


Sambung wanita itu pula :

Semua pun suruh saya bersabar. Mak saya pun suruh saya bersabar. Rindu sgt kat mak, dah setahun lebih tak dapat balik kampung. Rasanya last balik kg masa lepas kawin dulu2. Tu pun sebab ambil barang.


Utk pengetahuan, saya juga bekerja. Saya pun penat bekerja. Kami sama2 kerja gomen yg waktu bekerja ialah ofis hour. Tapi kenapa suami mesti pulang ke rumah 1,2 pagi? Kenapa sampai kena tidur kat ofis? Dia pergi menjaja kat pasar malam ke? Gaji kami lebih kurang ja. Setakat anak baru sorang, kereta pun saya yg bayar, kami tak lah sengkek sangat. Tapi nasib saya mendapat suami yg workaholic.


Saya tak kisah kalau dia tak balik rumah langsung sepanjang minggu atau sebulan sekalipun, tapi apalah salahnya tanya hal anak (kalau menyampah kat saya ni pun). Takde ke perasaan nak tanya anak dah baik sakit ke? anak masuk wad ke?


Selama ni pun, saya dah rasa dah jadi ibu tunggal tu mcm mana. Pergi balik hospital bawak anak naik turun lif, pergi pasar beli barang dapur sambil kendong anak.

Boleh tak bagitahu kat saya, apa nikmatnya mempunyai seorang suami? apa faedahnya saya mempunyai title isteri? boleh bgtau tak?

Bersabar puan...
banyakkan bersabar...
Cubalah berkomunikasi dengan suami...
luahkan perasaan masing-masing tapi jangan sampai bertengkar pulak...
berbincang elok-elok...
bersabar lah...



Sambungnya lagi :


Suami ni jenis pandai bercakap. Dia dulu ada masuk pidato pidato ni. Saya ni pulak, tak pandai langsung. Cakap sikit, dah nak nangis. Sikit2 emo. Biasanya, setiap kali perbincangan, mesti suami yg menang.


Dan ini keputusan yang wanita ini ambil akhirnya :



Bila difikir2 balik, saya malas nak naik turun mahkamah utk uruskan permohonan cerai. Kalau dia tak nak ceraikan saya, biarlah saya digantung tak bertali seumur hidup. Saya pun dah takde hati nak kawin kawin ni dah. Jaga dan didik anak yg sorang tu supaya jangan jadi macam ayah dia, supaya jadi anak soleh, berbakti kepada agama dan negara tanpa melupakan keluarga sendiri.


Lagi pun yang berbeza hanyalah title janda atau isteri. Apa yang saya faham:


Kebaikan jadi isteri dalam situasi saya: dari segi pahala, lebih mudah dapat atas restu suami.


Kebaikan jadi janda: tak payah uruskan makan pakai suami. Uruskan diri dan anak saja. Boleh balik kampong jumpa mak ayah.


Jadi, saya pilih pahala. Saya harap, suatu hari nanti mak ayah akan datang jengok saya di sini, sebab saya memang tak boleh ke sana.


Sedihkan jika berhadapan dengan masalah begini. Walaupun wanita ini memilih untuk bersabar, tapi selama mana ia mampu bersabar jika tiada usaha sebelah pihak untuk memperbaiki hubungan di dalam rumah tangga. Tidak ada komunikasi 2 hala.


Semoga menjadi iktibar...






Impianku menjadi isteri solehah,
mencintai, mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.

5 comments:

Atika_M said...

Dalam banyak2 post, yang ni kuat rase tergerak ati nak mencelah..
cerita/cakap pasal suami.

Tambah2 berkahwin pada usia muda lepas tu bermadu pulak baru bape tahun kawin (suami ada alasan munasabah ye..tak macam kebanyakan..nafsu semata..maaf kalau tercakap tak elok..)

tak sampai 10 tahun pon pulak tu kenal suami macam ummi...
berkongsi kasih..kadang2 suami tak balik..sakit susah urus sendiri..risaukan pelajaran lagi takut terganggu..kadang2 jaga anak madu ku sorang2..sob..sob..

Sedih..sedih...tapi ku tahu ku yakin ini ujian kepada diriku yg serba menumpang harta Allah..(suami ku yg tercinta..sob..sob..)

Sokong kata2 ummi...cubalah didik diri letak Allah yg paling utama dari hati...memang itu yang seharusnya dalam kehidupan sebagai seorang muslim@muslimah..

Sabar wahai hati...taat saja pada suami kerana itu perintah Allah...belum lagi diuji seperti Asiah...dikurnia suami,Firaun..
sob..sob...

Ikhlaskan hati...ikhlaskan hati..didik hati..didik hati...sucikan hati..sucikan hati..

Allah must be the 1st!!
Terkedu dan rase terkena batang idung bila ummi sebut pasal merajuk...hari tu ummi dah cakap ayat yg sama...

Tapi manusia mudah lupe...kuat jugak merajuk..tapi merajuk sayang...jap je pon...tapi tetap namanya mendahulukan hati dari Allah...

seperti kata ummi atas tu...ya Allah...Astaghfirullah...

Taat lah pada suami...taatlah pada suami..puan cube ye...

Pertamanya, cube untuk mendidik hati..saya akui..iman turun naik..tapi cepat2 istighfar..ingatkan diri semula...
Selalu pastikan Allah sentiasa berada di hati..bermain di bibir..InsyaAllah...lambat laun makin boleh mendidik hati...
Allah akan bertakhta di hati..Allah akan sentiasa berada di hadapan berbanding makhluk yg lain...

Kita jangan melihat orang yg berada di atas kita puan..tapi lihatlah dan kenanglah mereka yg di bawah kita..yang jauh lagi menderita dan lagi besar ujiannya pada kita...

InsyaAllah akan menginsafkan kita, mendidik diri kita lebih bersyukur apa yang kita ada sekarang...
mengurangkan keluhan yang sentiasa bersarang di hati dan mulut kita..
Bayangkan susah payah Siti Hajar...menjaga anak seorang diri..ditinggalkan Nabi Ismail seorang diri..di padang pasir pulak tu..tak da ape2 sumber..
Jalan kaki ke sana ke mari usung anak...puan boleh naik lift...
Dukung anak atas padang pasir...panas...puan ada stroller bawak baby...dalam aircond lagi dalam pasaraya..
Tak jumpa cari air...ke sana ke mari cari sumber air..puan merata boleh dapat air..baby pon boleh minum lebih dari air=susulah..
Tempat yang tidak berpenghuni..tandus...puan di tengah2 orang..jadi ape2 kat anak, InsyaAllah ada org tolong...

Sama2 lah kita muhasabah diri puan..saya juga banyak kelemahan dan kekurangan...iman pon tak benar2 mantap...
Tapi sama2lah kita mendidik hati...bak kata pak Arozi..cubalah mencari dan belajar ilmu tasauf..bermula dari asas..InsyaAllah...

Mungkin umur saya tak layak untuk memberi nasihat kepada puan..
tapi harapnya jangan dilihat pada fizikal atau siapa orangnya..tapi lihatlah pada isi nasihatnya..maaf dipinta..

Cahayalurus said...

Indahnya hidup kerana memberi, kemaafan adalah hadiah untuk diri sendiri.
Memang senang cakap tapi sukar melaksanakannya, bagi saya cukuplah kalau suami memberikan nafkah yang cukup bagi isterinya, tidak usahlah terlalu meminta2, banyak lagi lelaki lain yang lebih tidak bertanggungjawab dari suami puan.

Wanikecik said...

Saya setuju dengan cahaya lurus. Dulu masa awal2 kahwin pun sya ada perasaan tak puas hati kepada suami sebab melebihkan kawan2 daripada saya.

Masalah Puan mungkin disebabkan rasa kekosongan lantaran suami yang sibuk, namun puan masih mempunyai anak untuk menemani puan.

Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah kurniakan. Mungkin tak nampak ganjaran itu sekarang, ganjaran kepada isteri yang taat akan dapat di akhirat. InsyaAllah. "Peringatan untuk diri sendiri juga."

Anonymous said...

Assalammualaikum,nak tny akk ape sy boleh buat klu suami dh jauh hati,tawar hati dgn saya?..adekah perlu sy biarkn dia dahulu tenangkn fikiran atau sy kne usaha tmbt balik hati dia?

Gaiya said...

Jom tambat hati suami cepat2