Artinya: "Ya Tuhanku, sungguh aku berlindung kepada-Mu dari memohon sesuatu yang aku tidak mengetahui hakikatnya. Dan sekiranya Engkau tidak memberi ampunan serta tidak menaruh belas kasihan kepadaku, niscaya aku akan termasuk golongan orang-orang yang merugi." (QS. Hd: 47).
Luahan hati ummi hari ini agak sinis, untuk pembaca membaca apakah yang menyebabkan jodoh seseorang itu lewat atau masih belum tiba. Setelah hampir satu tahun ummi mengendalikan Baitul Muslim Halaqahnet, menjadi pengantara dan pemudahcara antara calon muslimin dan calon muslimah, ada pasangan yang sehingga akad nikah dan ada yang setakat ta'aruf pertama sahaja.
Apa yang ummi luahkan di sini bukanlah suatu analisa atau kesimpulan , tetapi sekadar membuka ruang untuk berfikir. Apa yang ummi catatkan di sini adalah dari beberapa kes, mengapa sesuatu pasangan itu tidak berjodohan.
Setelah dipertemukan di dalam ta'aruf atau pun kadang tu belum pun ta'aruf, baru setakat ummi merisik, sudah ada yang terus menolak. Tanpa berunding dengan ibu bapa, tanpa solat istikharah.
Minggu ini lelah mengerjakan Baitul Muslim kerana 4 calon muslimin ditolak oleh muslimah-muslimah. Tak tahu, apa yang muslimah-muslimah ini mahukan. Diberikan calon mengikut ciri-ciri yang dikehendaki pun ditolak.
Alasan menolak pula, bukan alasan yang tertulis dalam syarat pemilihan calon yang ditetap syariat. Rupa paras, harta, keturunan dan agama.Alasan menolak adalah kerana negeri dan bangsa.
Sedap menulis dalam ciri-ciri calon suami idaman : sekufu, bergaji tetap, boleh jadi imam dan membimbing diri dan sedap mata memandang. Tapi bila diberikan, tetap menolak juga. Apa lagi mahu di cari? Itulah Jodoh namanya.
Pernah satu muslimah tu menulis, ayatnya power;
"SAYA BERCITA-CITA UNTUK BERKAHWIN DENGAN LELAKI YANG BILA SAYA KAHWIN DENGANNYA SETIAP SAAT BERSAMANYA AKAN DINILAI ALLAH SEBAGAI SATU IBADAH (SENTIASA BERUSAHA BERSAMA-SAMA UNTUK MENCARI REDHA ALLAH)
LELAKI YANG DAPAT ADAPTASI ISLAM SEPENUHNYA DALAM DIRI WALAUPUN DIA SEORANG MUALLAF ATAU TIDAK BELAJAR ALIRAN AGAMA SECARA LANGSUNG.
SAYA TIDAK KISAH JIKA LELAKI TERSEBUT MUALLAF YANG DIPINGGIRKAN KELUARGA ATAU ANAK YATIM.
SEORANG LELAKI YANG BERILMU PENGETAHUAN DAN BERPENDAPATAN TETAP, MODEN, ISLAMIK TETAPI TETAP “HUMBLE” DENGAN SEMUA KURNIAAN ALLAH.
SEORANG LELAKI YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG DAN MEMILIKI SIFAT-SIFAT MAHMUDAH, BERTANGUNGJAWAB DAN RINGAN TULANG UNTUK MELAKUKAN TUGAS RUMAHTANGGA BERSAMA-SAMA"
Bila diberikan, berta'aruf, terus menolak...ini alasan menolak "sebenarnya saya bukanlah orang yang layak dan sepatutnya mampu membimbing dia dengan baik." Bukan ibu bapa yang menolak, tetapi diri sendiri, sebab masa bertemu ibu bapa, ibu bapa hanya mengikut kehendak anak itu.
Kenapa, masa menulis tidak fikirkan dengan baik, sebab muslimah ini berpendidikan tinggi dalam pengajian Islam (AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UM, 3.67,(MASTER) FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM.)
Dan satu kes terkini, terpaksa menolak kerana calon lelaki mahu berkahwin cepat, tetapi calon muslimah mohon penangguhan sehingga satu tahun 6 bulan kerana mahu menanti wali pulang ke Malaysia. Ayah telah meninggal dunia, yang ada hanya abang yang sulong bekerja di Luar Negara. Diberikan nasihat jalan yang ada dengan abang menulis surat wakil menjadi wali kepada kadhi,tetapi tak mahu kerana nak abang sendiri yang jadi wali tanpa wakil. Maka terpaksa menolak kerana calon lelaki tidak sanggup lama.
Begitu juga dengan satu kes, calon muslimah menangguhkan pernikahan kerana mahu pengesahan dalam jawatan kerjaya sedangkan calon lelaki mahu terus bernikah setelah 3 bulan bertunang.
Begitulah alasan-alasan kenapa pasangan ini tidka berjodohan...ummi hanya selaku orang yang mempertemukan pasangan, namun jodoh adalah urusan TUHAN.
Segalanya kembali kepada Allah SWT, DIA yang menetapkan jodoh manusia, Dia yang mengatur perjalanan hidup manusia dan pergerakan alam semesta. Kepada Allah aku kembali, "Ya, Allah beri aku kekuatan untuk menguruskan amanah MU ini, jadikan kesabaran dalam aku menguruskannya sebagai ibadah . " Ameen...
3 comments:
moga ALLAH sama2 permudahkan urusan kita ye ummi...
salam umi, sy berniat nk cari jodoh tp disebabkn sy perempuan sy xtau cara mane yg terbaik. boleh umi bantu sy?
Post a Comment