Sketsa untuk Isteri, buat renungan bersama.
Selamat Pengantin Baru...
semoga diredhai Allah
hingga akhir hayat dunia dan akhirat....
Jika permulaannya baik...
Awal perkahwinan memang manis dan indah...
lama kelamaan jika tidak disemai dan dibajai,
kasih sayang akan kontang...
sebelum ia layu, sirami hari-hari dengan kasih sayang...
suburkan ia dengan titisan cinta...
jangan jemu atau bosan melakukan bakti pada suami...
sebelum berumah tangga, semua buat sendiri sahaja...
bila dah kahwin, kena basuh baju pun banyak...
kena masak...kemas rumah ikut jadual...
kalau dulu masa sendiri , rasa nak baru,baru buat,
rasa nak kemas, baru kemas...
dah kahwin jangan buat macam tu,
walaupun suami kata tak kisah...
tapi dia menilai...
lama nanti dia jemu tengok rumah bersepah...
rumah ku bukan istanaku lagi...
jadi dari awal lagi...
jadikan rumah ku, syurga ku...
biar rumah tu kecil, tak ada barang-barang...
asalkan kemas dan bersih...
ini yang menyenangkan hati suami bila dia pulang ke rumah...
dari awal lagi,cuci lah pakaian suami...
pagi-pagi hidangkan minuman walau tidak diminta...
jangan di tanya "abang nak air?"
Bila balik jangan di tanya "abang nak makan",
tapi "abang, silakan makan"...
dimalam hari...
suami masih buat kerja pejabat...
"abang,jom tidor"
jangan biar suami buat kerja ,
kita tidur dulu....
jika suami keletihan...
picitkan badan tanpa di pinta...
ikhlas dalam segalanya....
Impianku menjadi isteri solehah,mencintai,
mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.
0 comments:
Post a Comment