بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Wahai anak menantuku,
Apabila engkau berkahwin maka ketahuilah kau sedang menjaga amanah ALLAH, sebagai suami , apakah yang patut kau lakukan untuk keluarga mu?
Adakah kau jaga batasan aurat isteri mu semasa keluar dari rumah mu, apa yang kau berikan pada isteri dan anak anak mu, adakah hanya harta dan kasih sayang?
Tidakkah kau membimbing mereka dalam agama, mahupun mengajar mereka tentang islam dan larangannya.
Impianku menjadi isteri solehah,mencintai,
mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.
Seterusnya...
Perenggan utama...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
“Engkau bila nak kahwin ni?”. Tanya seorang kawan apabila aku membuat panggilan setelah lama tidak berjumpa.
“Aku? haha.. mungkin lambat lagi. Belajar pun belum habis.” Aku membalas dengan nada lucu, terdengar juga dia ketawa dicorong suara telefon bimbit.
“Kahwin la cepat-cepat, boleh dapat anak cepat. hehe.. “. Kawan aku membalas dengan suara seperti mencabar.
Sesi perbualan panjang, bersembang itu dan ini. Maklumlah sudah lama tidak berjumpa.
Dalam Islam amat menitik beratkan tentang berkahwin ini, dan meletakkan hukum-hukum bagi seseorang individu. Hukum berkahwin berbeza mengikut keadaan atau peribadi seseorang. Anda perlu ingat, hukum berkahwin adalah tidak sama bagi setiap individu dan akan berubah dari satu keadaan kepada keadaan yang lain.
Contoh, hukum berkahwin adakalanya menjadi wajib bagi individu pertama, manakala menjadi sunat bagi individu kedua. Adakalanya boleh menjadi makruh, atau haram jika berkahwin.
Hukum berkahwin
Pertama :
Wajib – seseorang itu wajib berkahwin jika sudah mempunyai kemampuan dan kesanggupan serta memenuhi syarat untuk berkahwin. Nafsu dan kehendak batin memuncak dan mendesak serta ditakuti terjerumus ke lembah perzinaan. Penzinaan boleh membawa kepada dosa dan memudharatkan kehidupan manusia. Perbuatan zina merupakan dosa besar dan diwajibkan hukuman sebat atau rejam sampai mati.
Kedua :
Sunat – Apabila kemahuan batin dan nafsu mendesak, namun dia dapat mengawal dirinya daripada melakukan zina atau perbuatan lain yang haram seperti homoseks, lesbian dan seumpamnya. Dia juga mampu dari segi zahir dan batin. Dalam keadaan ini, disunatkan untuk berkahwin.
Ketiga : Makruh – Makruh berkahwin apabila tidak berkemampuan dari segi perbelanjaan dan keinginan nafsu syahwatnya lemah akibat penyakit dan tidak mampu untuk memberi nafkah zahir dan batin kepada bakal isterinya, namun tidak menimbulkan kekecewaan kepada isterinya dengan sebab-sebab tertentu. Contoh, apabila calon isteri memiliki harta kekayaan dan kemewahan hidup, serta kemahuan yang terhad kepada seks disebabkan penyakit atau umur.
Keempat : Harus – Seseorang itu harus berkahwin apabila melakukan ibadat itu lebih baik baginya dan tidak mempunyai keinginan atau tidak berhajat untuk berkahwin. Walaupun begitu, dia mampu dari segala aspek, kemampuan, perbelanjaan, tidak sakit dan mampu memberi nafkah zahir dan batin.
Kelima : Haram – Apabila tidak mampu memenuhi tuntutan zahir dan batin isterinya walaupun mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkahwin. Diharamkan juga apabila berlaku penipuan dalam memperkenalkan diri kepada calon suami atau calon isteri sama ada penipuan dari segi keturunan, harta, rupa paras, perkerjaan dan sebagainya. Menipu untuk memikat hati seseorang perempuan sedangkan dia bukan seperti yang dinyatakan.
Begitu juga apabila seseorang perempuan mengetahui dirinya tidak mampu untuk memenuhi hak suaminya dari segi zahir dan batin, umpamanya terdapat penyakit pada kemaluannya, berpenyakit kusta, sakit jiwa dan sebagainya, tetapi tidak memberitahu calon suaminya kerana takut hubungan yang bakal terbina tidak kesampaian. Memberitahu kelemahan serta kekurangan diri adalah wajib.
Itulah huraian ringkas berkaitan hukum berkahwin. Jika anda sudah bersedia, cepat-cepatlah kahwin. Sebab apa? sebab perkahwinan adalah jalan paling selamat bagi seseorang bagi menghalalkan persetubuhan dan juga bertujuan untuk mengelakkan diri daripada gejala maksiat dan dosa. Zina itu tidak dihalalkan sama sekali walau dalam keadaan apa sekalipun.
Namun mengelakkan maksiat bukan lah tujuan utama untuk berkahwin...
Impianku menjadi isteri solehah,
mencintai, mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.
Seterusnya...
Perenggan utama...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Perkhawinan bukan sahaja sejahterakan hati...malah mendatangkan ketenangan..dan mahalnya perkahwinan itu apabila adanya ketenangan...sebenarnya banyak sekali rahmat ALLAH yang tersimpan untuk hamba-hambaNYA di dalam pernikahan..
Perkahwinan bukanlah sesuatu yang sentiasa sempurna. Hidup dalam alam rumah tangga memang banyak cabaran dan rintangan untuk dihadapi. Oleh itu, sebagai manusia yang normal adalah menjadi tanggung jawab kita mengenali secara dekat pasangan masing-masing.
Biar apa pun terjadi, kita seharusnya prihatin dengan pasangan, jangan hanya nampak keburukan semata-mata.Setiap pasangan mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Justeru, titik persefahaman dan keserasian perlu dicari agar rumah tangga yang dibina atas dasar rasa hormat-menghormati dan sentiasa aman damai. Ini sangat penting dalam menjaga kerukunan dan keharmonian rumah tangga.
Apa-apa daya tarikan antara pasangan adalah perkara asas yang boleh menyatukan dua hati.Jika hati sudah berkenaan, tidak kira apa pun keadaan, cantik ataupun sebaliknya, ia pasti memberi keselesaan kepada kita.Daya penampilan adalah asas penting yang harus diberi keutamaan dalam menjaga keharmonian rumahtangga.Daya tarikan dan penampilan seseorang adalah subjektif dan mengikut cita rasa masing-masing.
Namun sebagai pasangan, kita seharusnya peka dengan kehendak pasangan kita supaya si dia tidak berubah haluan.Perkara itu mustahak bagi mengelak salah seorang pasangan berubah hati dan mencari keseronokan di tempat lain.
Biarpun ia nampaknya kecil, sebenarnya ia memberikan kesan yang besar dalam hubungan suami isteri. Sekiranya perlu ubah dalam penampilan diri, ia tidak menjadi kesalahan demi hubungan suci yang telah lama terbina.
Dalam menangani pelbagai permasalahan, komunikasi adalah penting dalam menyelesaikan kemelut yang melanda jiwa dan perasaan.Dalam keadaan ini, mereka mestilah meluahkan segala yang tidak berkenaan dari hati ke hati, jangan memendam rasa kerana itu bahaya.
Namun, adalah diharapkan pasangan agar sentiasa berdiplomasi dalam menegaskan sesuatu jika terdapat perkara yang tidak puas hati.Tidak salah menegur pasangan kita, tetapi biarlah kena pada caranya supaya tidak terguris perasaannya.
''Tegurlah secara lembut dan berikan dirinya peluang untuk berubah ke arah yang positif.''
Dalam setiap masalah ada penyelesaiannya. Jika kedua-dua pihak boleh berunding, pasangan yang bermasalah usah terus berdendam dan tidak mengungkit perkara lama.
Kesan penceraian ke atas keluarga dan masyarakat amat banyak dan dari segi jangka panjangnya amat buruk.Jika institusi kekeluargaan sudah pincang akan berlakulah pelbagai gejala kurang sihat.
DI antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih-sayang dan belas-kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. (ar-Ruum: 21)
Impianku menjadi isteri solehah,mencintai,
mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.
Seterusnya...
Perenggan utama...
Diantara hikmah perkahwinan adalah seperti yang tersenarai di bawah ini...
* Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman
* Memelihara kesucian diri
* Melaksanakan tuntutan syariat
* Menjaga keturunan
* Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak
* Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab
* Dapat mengeratkan silaturahim
Seterusnya...
Perenggan utama...