CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label walimatulurus. Show all posts
Showing posts with label walimatulurus. Show all posts

30 December 2012

Cenderahati Perkahwinan




Body wash dan Body Scrup
Semalam  zauj balik bawa cenderahati suatu majlis perkahwinan. Saya tertarik dan terus ambik gambar.  Dalam kotak yang cantik , dalamnya ada 2 botol body wash dan body scrup . 


Tercetus idea untuk menulis tentang cenderahati perkahwinan. Semoga perkongsian ini ada manafaat dan menjadi ilmu yang baik untuk diamalkan di dalam mengadakan majlis walimah.


Setelah bertahun-tahun menghadiri majlis perkahwinan, bermula dari diri sendiri, kawan-kawan dan kini anak-anak, banyak pengalaman yang dikutip. Kali ini saya mahu bercerita darihal cenderahati yang diberikan kepada tetamu.



Penulisan ini adalah dari sudut pandangan saya bukan untuk dibahas atau didebatkan. Setuju atau tidak terpulang kepada diri masing-masing.


Semuanya bergantung kepada ukuran poket masing-masing. Namun banyak mana pun yang kita mampu sediakan , selalu fikirkan adakah yang disediakan itu mendatangkan manafaat untuk di dunia dan di akhirat.


Hidup kita ini bukan sekadar hari ini, esok atau hingga anak cucu. Hidup kita hari inilah yang menentukan bagaimana keadaan kita di barzakh dan di mahsyar nanti.


Ramainya orang hari ini membua sesuatu akan fikir apa orang kata. Menjaga imej tanpa fikirkan manafaat. Malukah jika mengadakah majlis perkahwinan besar tetapi cenderahatinya cuma garam sebungkus, gula sekilo, tepung sepaket, sabun sebuku, shampoo sebotol atau sebiji buah?



gula sekilo


garam sepaket







tepung gandum sekilo



senduk nasi
sabun mandi
kayu manis
bawang putih
bawang besar



Ada ibu bapa buat majlis perkahwinan besar, mereka guna duit sendiri dengan niat dan tujuan ukhuwwah dan silaturahim. Kerana mempunyai ramai kawan, sahabat handai dan suadara mara. Bukan selalu dapat majlis , jadi bila dah buat, biarlah besar di mana dapat jemput ramai orang. Walimah anak tu cuma asbab untuk dia menjamu orang makan.


Seperti saya juga, buat majlis besar semasa walimah anak kerana meraikan ukhuwwah dan silaturahim. Saya ada ramai kawan, kawan tempat kerja, kawan dalam gerak kerja jemaah, kawan di alam maya, kawan di hospital (kerapnya saya mendapat rawatan di hospital), kawan ketika di universiti, kawan ketika sekolah. Jika saya cuma mengajar di sebuah sekolah saja, maka jemputan rakan-rakan sekerja satu sekolah saja, tetapi sekiranya ada yang telah mengajar 3,4 buah sekolah, berapa ramai kawannya?


tetamu perempuan


Begitu juga dengan suami, berapa ramai kawan suami. Kawan tempat kerja, ada berapa banyak fakulti di UTM, lepas tu jemaah surau atau masjid yang selalu dihadiri kerana program mingguan seperti kuliah maghrib dan subuh yang telah bertahun-tahun diadakan. Rakan-rakan dalam gerak kerja jemaah dan sebagainya lagi.


Itu belum termasuk saudara mara belah saya yang ada 9 beradik, ipar duai, anak saudara, mak saudara, nenek saudara. Suami juga mempunyai 9 beradik, ipar duai, anak saudara, sepupu sepapat dan sebagainya.


tetamu walimah


Jadi untuk mengeratkan silaturahim, kenduri yang bukan selalu dapat diadakan, dah buat, jemputlah semua sekali. Jiran tetangga setaman, itu taman yang didiami sekarang, jiran lama perumahan yang diduduki sebelum ni pun kena jemput juga. Kami pernah tinggal banyak tempat sebelum menetap di Taman Pulai Utama, maka jiran-jiran lama di Taman Seri Pulai, Taman Sri Skudai, Kulai Besar dan di Kuala Lumpur.


Itupun tetap ada yang terlepas pandang, masih ada yang terlupa dan ketinggalan.


Berbalik kepada cerita cenderahati tadi.  Apakah cenderhati untuk diberikan kepada sahabat handai, saudara mara dan rakan taulan tadi?  Ikut adat tradisi dari zaman berzaman orang suka beri telor rebus dan diletakkan atau diikat pada bunga. Inovasi dan zaman berubah, bunga telor makin canggih, direka indah dalam bentuk seramik dan sebagainya dan kos juga meningkat. Memang cantik.


Terkini, bukan telor dan bunga telor saja orang beri tetapi berbagai-bagai benda. Cumanya cuba di renung dan fikirkan adakah benda yang kita sedia dan laburkan itu mendatangkan manafaat bukan setakat di dunia tetapi sampai ke akhirat sana.


Beberapa kali telah  kami mengadakan walimah, kali pertama walimah, kami berikan  kismis yang dipaket dalam plastik dan masukkan dalam kotak,  kali kedua Surah Yassin dan buah oren, kali ketiga hanya buah oren yang dibungkus dengan kain lace dan ikat reben, kali ke empat telor masin. Didalam beg kertas, kami berikan maruku, kerepek ubi, dan coklat. 


Kerepek , maruku dan keropok tu adalah tajaan dari anak angkat. Jadi kami bungkus dalam plastik untuk diberikan pada ramai orang. Moga-moga ada bahagian untuk yang menyumbang.


Jika cenderahati yang diberikan itu berupa makanan atau bahan boleh guna dan habis guna, ianya baik dan bermanafaat. Ada banyak contoh di atas yang di paparkan gambar.


Sebaliknya jika ia berupa benda kecik-kecik yang hanya boleh dijadikan perhiasan, saya tidak nampak manafaatnya. Lama-lama benda perhiasan ni penuh beralmari. Simpan punya simpan dah menimbun banyaknya. Sampai akhirnya masuk dalam kotak berhabuk. Dah tak tahu kemana nak dimanafaatkan.


Saya terfikir beberapa idea untuk dijadikan cenderahati kepada tetamu. Kita boleh ukur ikut kemampuan sendiri, memudahkan dan tidak membebankan mana-mana pihak.


 Sudah menimbun dalam almari, dah tak tahu kemana nak disimpan...



seramik



sapu tangan, kotak tisu , bakul, cawan


satu almari khas simpan cenderhati


frame gambar, hiasan kecil-kecil


sabun, kusyen gantung comel-comel


kotak-kotak anyaman kreatif


berbagai rupa bakul


seramik berbagai bentuk dan rupa






dah macam ruang pameran pulak




Jangan kita fikirkan apa orang kata, imej atau status diri. Yang utama difikirkan ialah ikhlas memberi sesuatu yang bermanafaat. Ada orang beri naskah Yassin, Al-Mathurat.  buku Doa-Doa Pilihan , Kitab kecil Majmu Syarif Kamil dan Yassin-Tahlil. Ada yang beri bentuk makanan seperti kerepek ubi, kerepek pisang, keropok ikan, rempeyek, baulu, muffin, telor masin, coklat , kismis, kurma, air kotak , air mineral, buah epal, buah oren dan sebagainya.


Al-Mathurat


buku doa pilihan harian



Kitab Majmu Syarif Kamil



Ada lagi yang beri bahan-bahan kegunaan harian samada di makan atau habis guna seperti shampoo, body wash, body scrup, sabun mandi, gula pasir, tepung gandum, garam, bawang putih , bawang besar, kayu manis dan sebagainya. Tetap ini juga mendatangkan manafaat.


Maka pada yang akan mengadakan majlis walimah, boleh fikirkan sesuatu yang bermanfaat, tetapi tidak menyusahkan untuk menyediakan. Kismis , kurma, kerepek dan makanan kering lain boleh pack awal-awal. Buah-buahan, muffin , coklat, baulu boleh bungkus sehari dua sebelum majlis.


sapu tangan



kotak isi gula-gula


Barang perhiasan memanglah bagus, cantik, mudah dan boleh siapkan awal-awal tetapi manafaatnya di mana? Melainkan bila orang dapat cuma boleh simpan dalam almari. Lama-lama almari tu penuh mengunung dengan barang perhiasan, akhirnya masuk tong sampah juga.



Fikirlah sesuatu yang boleh kita bawa saham yang dilaburkan sampai ke akhirat sana.



Impianku menjadi isteri solehah,
mencintai, mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.

Seterusnya...

14 December 2009

Walimatul Urus Ummi Aleeyah dengan Ibnuwalidaini

BismillahirRahmanirRaheem

Setiap apa yang kita lakukan bermula dengan niat. Jika niat kita baik, berdoa dengan penuh pengharapan, bahawa kita ini lemah, segala apa yang ingin kita lakukan mohon keredhaan Allah, rahmat Allah,maka Allah jua yang membantu akan memudahkan urusan kita.

12/12/2009 ummi dipermudahkan urusan, selain berkunjung ke Baling untuk urusan peminangan, ummi juga memang dari awal berniat untuk memenuhi undangan walimah anak angkat ummi, yang bernama Siti Bahiyah dan Mohd Zulfadli. Jauh perjalanan ummi ke sana. Ummi ke bergerak dari rumah ummi di Johor pada petang Jumaat lagi. Tiba di Seberang Kedah, jam 12.30 malam. Esok paginya terus ke Baling. Selesai urusan peminangan, terus ummi ke rumah Siti Bahiyah atau di halaqah dikenali sebagai ummi aleeyah.Itu lah pertama kali ummi bertemu anak angkat ummi.

Ummi dengan Siti Bahiyah di kamar pengantin


Selama ini, ummi cuma berhubung di alam maya. Bersenda gurau,ummi menjadi tempat luahan hati dan bermanja Siti Bahiyah setelah kematian ibunya.Walaupun setakat di alam maya,kasih sayang ibu anak di hati ini terasa erat dan rapat. Sebab itu di pertemuan pertama, kemesraan cepat ujud dan terjalin. Indah dan menawan ikatan yang Allah sulamkan dengan kasih sayang.

Setelah bertemu dan bermesra, berkenalan dengan sanak saudara Siti Bahiyah, ummi menunggu kedatangan Mohd Zulfadli atau nickname di halaqah sebagai Ibnuwalidaini. Jam 1.40 petang, selesai solat zohor, Ibnuwalidaini tiba diiringi dengan paluan kompang bersama sanak-saudaranya. Ummi diminta jadi pengapit ummi aleeyah, teman pengganti ibu untuk menyambut kedatangan menantu.


Ummi bersama dengan Siti Bahiyah di halaman rumah menanti Ibnuwalidaini.Turut sama dalam gambar ialah adik Siti Bahiyah yang turut bernikah pada hari tersebut.


Sambil berpayung ditengah panas,melindungi ummi aleeyah dari pancaran matahari yang terik, ummi dapat bergurau senda tanda kemesraan seorang ibu dengan anaknya. Apabila Ibnuwaladini tiba, ummi menyerahkan payung untuk memayungi ummi aleeyah kepada ibnuwalidaini, tanda selepas ini, ummi aleeyah dibawah tanggungjawapnya untuk melindungi hidup ummi aleeyah sebagai isteri ke akhir hayat hingga ke akhirat.



Selepas itu, mereka diiringi kedalam rumah, dan ummi duduk menjamu selera makanan orang Kedah. Sedap rasanya gulai daging batang pisang. Belum pernah lagi ummi makan lauk begini. Laksa kedah pun ada, dapat ummi merasa makanan orang sana.

Oleh kerana perjalanan ummi masih jauh, ummi beransur pulang jam 2.30 petang. Di dalam hati sentiasa mendoakan agar pasangan ini dikurniakan kerukunan, kedamaian, ketenangan, kebahagiaan di dalam rumah tangga hingga akhir hayat di dunia dan akhirat.

Ummi tidak memaparkan gambar Ibnuwalidaini berdua dengan ummi aleeyah. Biar mereka sendiri memaparkan gambar-gambar perkahwinan mereka.

Ummi Aleeyah







Nengty isteri Mooks

Syukur, dalam masa tidak sampai sebulan ummi dikurniakan 2 orang menantu, iaitu isteri mooks dan isteri ibnuwalidaini. Rupawan mereka bukan sahaja pada wajah tetapi pada agama dan akhlak. Semoga mereka menjadi isteri solehah.




Impian ku melihat anak-anak ku menjadi anak-anak yang soleh

Seterusnya...

05 November 2009

Walimatul Urus Pertama baitulmuslim Halaqahnet

Sejak ditubuhkan PENDAFTARAN BAITUL MUSLIM « pada: March 13, 2009, 11:54:10 AM » ,inilah pasangan pengantin pertama. Kedua-duanya dari Baitul Muslim Halaqahnet. Yang istimewanya, pasangan ini adalah pasangan berpoligami. Saudara Firdaus menetap di Selangor dan Saudari Azlina dari Kuala Terengganu. Dari awal lagi urusan ta'aruf diuruskan antara ummi dengan isteri Firdaus.

Ummi bertemu sendiri dengan Azlina untuk minta pandangan mengenai poligami. Niat ummi pada 11 Julai 2009, untuk menziarahi Ustaz alhaudhie, rupanya dirahmati Allah dengan membuka jalan dan peluang untuk ummi berkenalan dengan Azlina. Hasil dari perbincangan, maka terjalinlah hubungan ini.

Selepas balik dari Terengganu, minggu berikutnya, ummi bertemu pasangan Saudara Firdaus dengan isteri beliau Pn.Zuzilawati di Klang, Selangor. Alhamdullilah , dari perbincangan ini, membawa kepada urusan ta'aruf antara Azlina dan Pn Zuzilawati dan Saudara Firdaus. Seterusnya peminangan kepada keluarga Azlina oleh saudara Firdaus dan Pn.Zuzilawati dan anak-anak di Kuala Terengganu.

Sebaik sahaja proses kebenaran mahkamah syariah membenarkan saudara Firdaus berpoligami selesai, maka menyusul majlis pernikahan ini yang akan diadakan pada 21 November 2009 ini. Semoga pasangan dan keluarga ini mendapat rahmat dan kasih sayang Allah. Di doakan agar rumahtangga Saudara Firdaus bersama Pn.Zuzilawati dan Azlina dikurniakan oleh Allah kerukunan, kedamaian, keselamatan, kesejahteraan dan kebahagiaan hingga akhir hayat membawa ke akhirat.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang

Salam dihulur pembuka bicara,
Sepenuh hormat dan Sejambak Harapan kami

Mohammad @ Muda bin Abdullah & Selamah binti Taha

Dengan rasa penuh syukur kehadirat Allah SWT,
Mempersilakan

Tuan/Puan..................................................

Hadir ke Majlis walimah puteri kami

Azlina binti Mohamad @ Muda

Dengan
Mohamad Firdaus bin Mohamad Ibrahim


Pada hari Sabtu, 21 November 2009
Bersamaan
4 Zulhijjah 1430 H

Di kediaman
A-43, Kampung Pengadang Baru,
20050 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU.

Serangkai kasih dalam limpahan budi,
menguntum segar dalam kenangan.
Terima kasih




Seterusnya...

31 October 2009

Walimah Al-Urus

PENGERTIAN WALIMATUL ‘ARUS

* Walimatul ‘arus ialah kenduri bagi meraikan atau merayakan pengantin baru.
* Walimah ialah jamuan agama, bukan jamuan adat kebiasaan yang dibuat kerana Allah, bukan jamuan kebanggaan dan bukan sumber untuk mendapat keuntungan duniawi.

PENSYARI‘ATAN WALIMATUL ‘ARUS
* Mengadakan majlis walimah adalah sangat digalakkan dalam Islam.
* Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam:

Maksudnya:
“’Abdul Rahman bin ‘Awf melakukan perkahwinan, maka Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam bersabda kepadanya: Hendaklah anda mengadakan walimah walaupun dengan seekor kambing.”
(Al-Hadith)

TUJUAN WALIMATUL ‘ARUS


* Tujuan mengadakan walimah adalah untuk mengumumkan pernikahan di samping menggembirakan pengantin yang baru menjejaki jinjang pelamin dan ia juga sebagai tanda kegembiraan orang tua kerana mendapat menantu baru. Pengumuman yang sebaik-baiknya ialah majlis perkahwinan yang diadakan di masjid dan dipukul gendang dan rebana.
* Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam:

Maksudnya:
“Umumkanlah perkahwinan dan selenggarakanlah di masjid dan pukullah gendang dan rebana pada hari perkahwinan itu.”
(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)




* Oleh yang demikian, dalam meraikan kegembiraan tersebut adalah penting bagi kita untuk membezakan antara adat dengan ibadat yang perlu dipatuhi. Tidak menjadi kesalahan kepada kita untuk mengikut adat resam sesebuah kaum asalkan adat itu tidak bertentangan dengan syara‘.
* Islam menggalakkan hiburan yang sederhana dan sopan dengan menggariskan beberapa syarat seperti berikut:

1. Tiada pergaulan bebas antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram.

2. Nyanyian dan muzik yang tidak menimbulkan nafsu.
3. Tidak melalaikan ingatan dan kewajipan terhadap Allah subhanahu wata‘ala.

4. Senikata nyanyian tidak mengandungi perkataan-perkataan yang cabul atau tidak sopan.

HUKUM MENGADAKANNYA

Hukum mengadakan kenduri kahwin ini adalah sunat muakkad (sangat dituntut) sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Kata Nabi s.a.w. kepada Abdul Rahman bin Auf sewaktu beliau berkahwin, hendaklah kamu mengadakan kenduri kahwin sekalipun hanya menyembelih seekor kambing".

HUKUM MENGHADIRINYA

Menerima jemputan ke majlis perkahwinan adalah wajib terhadap setiap orang yang dijemput kecuali ada sesuatu keuzuran. Tidak dapat menghadirinya disebabkan sakit atau sebagainya, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Apabila kamu dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin, hendaklah kamu menghadirinya". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

SYARAT WAJIB KE MAJLIS KENDURI KAHWIN APABILA DI UNDANG

i) Yang dijemput itu bukan khusus kepada orang yang kaya sahaja.

ii) Di dalam majlis walimah tersebut, tidak ada seorang pun terdiri dari musuhnya.

iii) Didalam majlis walimah itu, tidak ada perkara yang mungkar dan maksiat seperti arak, judi dan joget.

iv) Tiada bercampur gaul didalam majlis itu dengan perempuan-perempuan yang bukan mahramnya.

v) Tiada bersamaan atau bertembung dalam majlis tersebut dengan tetamu yang bukan Islam.

vi) Peralatan makan dan minum tidak daripada barang yang diharamkan seperti emas, perak dan sutera.

vii) Tidak diketahui akan wang perbelanjaan itu dari yang haram.

viii) Jika dijemput datang pada majlis walimah tersebut selama 2 hari berturut-turut, maka hanya wajib datang 1 hari sahaja.

ix) Yang menjemput itu dan yang dijemput itu adalah beragama Islam.


Seterusnya...

18 October 2009

Mungkar dan Maksiat semasa Walimah

BERDASARKAN pemerhatian terhadap majlis walimah (walimatul urus) tertentu di sekitar masyarakat Melayu Semenanjung Malaysia, banyak perlakuan mungkar dan maksiat di lakukan semasa walimah. Yang dimaksudkan sebagai kemungkaran di sini adalah apa jua perkara yang dilarang dan diharamkan di dalam agama.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. Sekiranya tidaklah kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, niscaya tidak seorang pun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Surah an-Nuur, 24: 21)

“Wahai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang diwajibkan (oleh Allah).”
(Surah Luqman, 31: 17)

“Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah.”
(Surah al-Hasyr, 59: 7)

Manakala tokok tambah (bid’ah) yang dimaksudkan di sini adalah apa jua tokok tambah yang dikhususkan di dalam majlis walimah yang pada asalnya menurut timbangan agama tidak disyari’atkan. Aturcara walimah (majlis perkahwinan) adalah sebuah ibadah yang disyari’atkan oleh agama melalui Nabi kita Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Di mana di dalam sebuah hadis disebutkan:
“Sebenar-benar perkataan, adalah Kitabullah (al-Qur’an), sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, seburuk-buruk perkara adalah apa yang diada-adakan di dalam agama, setiap perkara baru yang diada-adakan di dalam agama adalah bid’ah, dan setiap bid’ah itu sesat.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 1097)

Dari Irbadh bin Sariyah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Berhati-hatilah kamu terhadap perkara-perkara yang baru di dalam agama. Setiap perkara yang baru (di dalam agama) adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat.”
(Hadis Riwayat Abu Daud, no. 4607)

Dengan lebih tepat, “bid’ah adalah sebuah cara baru di dalam agama yang dibuat menyerupai seakan-akan syari’at dengan tujuan untuk berlebih-lebihan di dalam beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.”
(Imam asy-Syatibi, di dalam al-I’tisyam. Rujuk: Yazid Abdul Qadir Jawas, Syarah ‘Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah, m/s. 78-79, Pustaka Imam asy-Syafi’i. Juga Alawy Abdul Qadir as-Saqqaf, Mukhtashar al-I’tisham, m/s. 32, Media Hidayah)



Maka dengan ini, sesuatu yang asalnya tidak dikhususkan atau tidak disyari’atkan oleh agama melalui dalil-dalil yang benar di dalam walimatul urus, maka sekiranya ia berlaku dan dilakukan ini adalah termasuk ke dalam bentuk-bentuk tokok tambah terhadap agama yang jelas bertentangan dan mengajak kepada perbuatan bid’ah.

1 – Membuka Aurat

Perbuatan mendedahkan aurat di khalayak ramai (para hadirin) oleh wanita pada masa ini semakin banyak dilakukan di dalam majlis-majlis walimah. Malah ianya sudah menjadi satu trend (gaya) dalam kalangan umat Islam setiap kali pasangan pengantin melangsungkan majlis perkahwinan mereka.

Terdapat sebagahagian wanita yang asalnya bertudung, tetapi apabila tiba hari perkahwinannya, dia dengan relanya membuka tudung dan mendedahkan bahagian-bahagian aurat tertentu. Termasuk perbuatan mendedahkan aurat adalah dengan memakai pakaian yang ketat sehingga menggambarkan bentuk tubuh badan, mengenakan pakaian dengan kain yang jarang, dan mengenakan kain yang tipis.

2 – Bersolek dan memakai wangi-wangian bagi wanita

Dari Abu Musa al-Asy’ary radhiyallahu ‘anhu, dia berkata:

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda:
“Wanita yang memakai wangi-wangian, dan kemudian dia melintasi suatu kaum supaya mereka mencium bau wanginya, maka wanita tersebut adalah wanita penzina.”
(Hadis Riwayat Abu Daud, no. 4172, at-Tirmidzi, no. 2786)

“Alasan dari larangan tersebut dapat dilihat dengan jelas iaitu menggerakkan panggilan syahwat (kaum lelaki). Sebahagian ulama telah mengaitkan perkara lain dengannya, seperti memakai pakaian yang cantik (melawa), perhiasan yang ditampakkan, dan bercampur baur dengan kaum lelaki.”
(Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Bari, 2/279. Rujuk: Abu Malik Kamal, Ensiklopedi Fiqh Wanita, jil. 2, m/s. 151, Pustaka Ibnu Katsir)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“... Dan janganlah kamu berhias (tabarruj) dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyyah yang dahulu.” (Surah al-Ahzab, 33: 33)

3 – Mencukur Kening dan Memakai Rambut Palsu

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
“Allah melaknat orang yang membuat tatu dan wanita yang minta ditatu, wanita yang menyambung rambutnya (dengan rambut palsu), yang mencukur alis (bulu kening), dan yang minta dicukur, dan wanita yang merenggangkan giginya untuk kecantikan sehingga mengubah ciptaan Allah.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 4886)

4 – Memanjangkan Kuku dan Mewarnakannya Dengan Pewarna

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Termasuk fitrah bagi manusia itu ada lima: Khitan, mencukur bulu kemaluan, merapikan misai, memotong kuku, dan mencabut bulu ketiak.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5889)

Mewarnakan kuku dengan pewarna, seseolah telah menjadi trend pengantin sekarang ini.
“Ini adalah merupakan kebiasaan buruk yang dilakukan oleh wanita-wanita Eropah kepada wanita-wanita Islam, iaitu memanjangkan kuku dan mewarnakannya dengan warna merah atau selainnya dengan kuteks (pewarna/pengecat kuku). Kebiasaan ini juga turut dilakukan oleh sebahagian pemuda. Perbuatan ini selain mengubah ciptaan Allah, ia juga menjadikan pelakunya terlaknat dan perbuatan ini termasuk meniru-niru (tasyabbuh) perbuatan wanita-wanita kafir. “Sesiapa yang meniru-niru perbuatan suatu kaum (kebiasaan orang kafir), maka dia termasuk di dalam golongan mereka.”

Daripada Ibnu ‘Umar, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Sesiapa yang meniru-niru perbuatan suatu kaum (kebiasaan orang kafir), maka dia termasuk di dalam golongan mereka.” (Hadis Riwayat Abu Daud.)

Ia berbeza dengan berinai.
Hukum memakai inai bukanlah amalan orang Islam, berasal dari arab Jahiliyah. Namun Rasullulah melihat ia bukan lah amalan yang membawa mudarat apa-apa. Maka ia dibenarkan kepada pengatin-pengantin perempuan sahaja. Hanya untuk para isteri berhias untuk suami. Rasullulah tidak melarang pemakaian inai kepada para isteri.

Digalakkan bagi wanita yang telah berkahwin berhias untuk suaminya. Antara cara berhias itu ialah dengan mewarnai tangan dan kakinya dengan inai atau bahan lainnya.[1] Menurut ulamak; mewarnai tangan dan kaki dengan inai adalah disunatkan bagi wanita-wanita yang telah berkahwin dengan syarat mendapat keizinan suaminya. Jika tanpa keizinan beliau (yakni beliau tidak menyukainya) tidaklah harus. Bagi wanita yang belum berkahwin; hukumnya adalah makruh mengikut kebanyakan ulamak kerana tidak ada keperluan dan juga bimbang timbulnya fitnah.[2] Namun ada juga ulamak yang berpendapat; diharuskan bagi wanita secara umumnya untuk berinai sama ada telah berkahwin atau belum berkahwin kecuali wanita yang kematian suami dan masih dalam eddah.[3] Adapun bagi kaum lelaki, diharamkan mewarnai tangan dan kakinya dengan inai atau bahan lainnya kerana perbuatan tersebut meniru/menyerupai wanita yang dilaknat di dalam hadis Nabi s.a.w.; “Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki” (HR Imam al-Bukhari dari Ibnu ‘Abbas r.a.). Namun dikecualikan jika tujuan memakai inai itu adalah untuk pengubatan.

Itu adalah hukum berinai secara umumnya. Adapun berinai dengan cara mengukirnya di tangan atau kaki (yakni bukan dengan mewarnai keseluruhan tangan atau jari-jarinya), maka perbuatan itu menurut ulamak adalah makruh. Berkata Syeikh Yusuf al-Ardibili dalam kitabnya “al-Anwar li A’mal al-Abrar”; “Jika seorang wanita hendak mewarnai dua tangannya, hendaklah ia mewarnai keseluruhan dua tangannya dengan pewarna. Tidak disunatkan baginya membuat lukisan/ukiran, begitu juga mewarnakan dengan hitam, mewarnakan sebahagian jari sahaja dan memerahkan pipi. Malah diharamkan setiap satu dari perbuatan-perbuatan tersebut ke atas wanita bujang (yakni tidak bersuami) dan juga wanita bersuami jika tidak diizinkan suaminya” (2/332).

5 – Mencukur Janggut

Sebahagian kaum lelaki muslim pada masa ini tidak lagi berminat memelihara janggut dan membenci memelihara janggut. Malah, ada pula di antara mereka yang mencukur janggutnya semata-mata untuk nampak bergaya di majlis perkahwinannya. Sedangkan, perbuatan memelihara janggut adalah sebuah sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, dan di dalam banyak hadis-hadisnya berkenaan janggut ia menunjukkan sebuah perintah yang perlu diikuti.

Daripada Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Selisihilah kaum majusi, rapikanlah misai, dan peliharalah janggut.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5893)

6 – Mengkhususkan Adanya Cincin Perkahwinan

Perbuatan bertukar cincin atau menetapkan adanya cincin perkahwinan, pertunangan, atau pun pernikahan, ianya sama sekali bukan berasal daripada ajaran Islam.

Tindakan ini (menyarung cincin) selain meniru tradisi orang-orang kafir sehingga menjadi sebuah larangan, ia juga mengandungi pelanggaran terhadap dalil-dalil hadis yang melarang lelaki mengenakan cincin emas.Asal perbuatan (adat) menyarung cincin perkahwinan ini adalah berasal dari adat kepercayaan kuno kaum Nasrani (kristian).

Syaikh Ibnu Bazz rahimahullah (Mufti Saudi Arabia) menjelaskan: “Kami tidak mengetahui dasar amalan ini (sarung cincin) di dalam syari’at.” (Muhammad al-Musnid, Fatawa Islamiyah, 3/129. Rujuk: Panduan Lengkap Nikah, Abu Hafsh Usamah, m/s. 230, Pustaka Ibnu Katsir)

7 – Adat Bersanding dan Pelamin

Perbuatan mengadakan pelamin dan adat bersanding bukanlah sebuah amalan yang berasal dari ajaran Islam. Malah, ia mungkin ditiru dan berasal dari ajaran Hindu atau pun Kristian. Ini adalah kerana amalan tersebut sangat mirip dengan adat upacara perkahwinan mereka.
Menurut Syaikh Abdullah bin ‘Abdurrahman al-Jibrin hafizahullah:

“Perbuatan ini (bersanding) adalah tidak dibenarkan. Sebab ini adalah bukti atas tercabutnya rasa malu dan taqlid (mengikuti) kepada kaum yang suka kepada keburukan. Perkaranya adalah jelas. Pengantin wanita sepatutnya merasa malu menampakkan diri di hadapan manusia, lalu bagaimana dengan perbuatan tersebut yang sengaja dilakukan di hadapan orang-orang yang sengaja menyaksikannya?” (Muhammad al-Musnid, Fatawa Islamiyah, 3/188. Rujuk: Panduan Lengkap Nikah, Abu Hafsh Usamah, m/s. 230, Pustaka Ibnu Katsir)

Syaikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahullah berkata:

“Di antara perkara mungkar, bahawa rasa malu sebahagian manusia telah tercabut dari mereka. (Adalah) seorang suami datang di tengah kaum wanita dan naik pelamin bersama isterinya di hadapan kaum wanita, iaitu pada awal pertemuannya dengan isterinya untuk bersanding dengannya, bersalaman tangan dengannya, mungkin menciumnya, dan mungkin memberikan hadiah kepadanya berserta coklat dan selainnya yang dapat menggerakkan syahwat dan mengakibatkan fitnah.” (Min Munkaratil Afraah, m/s. 7, 10. Rujuk: Panduan Lengkap Nikah, Abu Hafsh Usamah, m/s. 231, Pustaka Ibnu Katsir)

Jika majlis persandingan tersebut dibuat secara tertutup (di hadapan keluarga terdekat/mahram), ia diharuskan. Ini kerana ada di antara adat yang masih boleh dipulihkan mengikut acuan Islam atau memenuhi tuntutan syarak.

Tujuan asal majlis bersanding ini ialah untuk memperkenalkan pengantin yang bergelar raja sehari kepada orang ramai.

Memang seharusnya mereka diperkenalkan sebagai pasangan suami isteri. Lebih-lebih lagi kebanyakan tetamu yang datang ke majlis walimah itu adalah bertujuan melihat dan menatap wajah pasangan raja sehari.

Namun di dalam majlis yang penuh kemeriahan dan bersejarah perlu di pastikan agar syariat Islam tidak tenggelam dalam lautan kegembiraan.

Persoalan yang sangat penting dalam bersanding ialah dari manakah asalnya budaya bersanding; adakah ia budaya masyarakat melayu atau budaya masyarakat lain.

Sepanjang pemerhatian, saya dapati budaya bersanding di Malaysia asal usulnya adalah dari budaya masyarakat India. Sekiranya masyarakat Melayu masih mahu berpegang kepada adat maka perlu pastikan adat itu tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Justeru, apa jua bentuk upacara majlis persandingan boleh diadakan tetapi dengan syarat persandingan itu hanya dikhaskan untuk ahli keluarga yang mahram sahaja.

Tiada percampuran iaitu pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

Tiada pembaziran dan tiada aktiviti-aktiviti yang melalaikan. Apatah lagi jika mengabaikan perintah Allah SWT dengan meninggalkan solat atas alasan sibuk melayan para tamu yang hadir.

Disebabkan manusia tidak mengambil berat terhadap syariat maka hilangnya keberkatan dalam sebuah perkahwinan. Ini kerana manusia lebih ghairah menggembirakan orang ramai dan tidak menggembirakan Allah SWT.

Itulah masalahnya; manusia hanya akan mencari Allah SWT ketika ditimpa duka dan dalam keadaan terhimpit; dan melupai-Nya sewaktu dia senang dan gembira.

8 – Menabur Gula-gula, Coklat, dan Bunga

Perbuatan ini tidak terdapat di dalam syari’at atau pun majlis walimah sebagaimana yang disunnahkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Ada pun sebenarnya, perbuatan ini termasuk meniru-niru perbuatan kaum kafir yang diambil dari perbuatan kaum kristian yang menabur bunga di acara-acara perkahwinan mereka.

Daripada Ibnu ‘Umar, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Sesiapa yang meniru-niru perbuatan suatu kaum (kebiasaan orang kafir), maka dia termasuk di dalam golongan mereka.” (Hadis Riwayat Abu Daud.

Imam Ibnu Katsir menjelaskan di bawah penafsiran Surah al-Baqarah, 2: 104:
“Allah Ta’ala melarang hamba-hamba-Nya yang beriman menyerupai (syi’ar) orang-orang kafir, sama ada dalam ucapan mahu pun perbuatan mereka.” (Ibnu Katsir, Shahih Tafsir Ibnu Katsir (Judul asal: al-Mishbaahul Muniir fii Tahdziibi Tafsiiri Ibni Katsir, Selenggaraan Syaikh Syafiurrahman al-Mubarakfuri), jil. 1, m/s. 364, Pustaka Ibnu Katsir)

Sekiranya amalan tersebut disandarkan kepada agama, maka perbuatan tersebut termasuk meletakkan perbuatan yang tiada asalnya di dalam agama, maka ia adalah bid’ah lagi sesat. Ini adalah kerana walimatul urus adalah sebuah aturcara agama sebagaimana yang diperintahkan (ditekankan) berdasarkan sunnah yang jelas.

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu yang baru di dalam agama kami ini, maka ianya tertolak.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 2697)

Dari Irbadh bin Sariyah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Berhati-hatilah kamu terhadap perkara-perkara yang baru di dalam agama. Setiap perkara yang baru (di dalam agama) adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat.”
(Hadis Riwayat Abu Daud, no. 4607)

9 – Adat Merenjis Air Mawar

Adat ini juga bukan berasal dari Islam. Mungkin ia diambil dari amalan masyarakat Hindu. Selain merupakan perbuatan yang ditokok tambah (bid’ah) di dalam walimatul urus, malah ianya juga boleh menjurus kepada perbuatan syirik sekiranya dengan perbuatan merenjis tersebut disertakan dengan i’tiqad (keyakinan-keyakinan) tertentu seperti mempercayai pasangan pengantin yang direnjis akan mendapat kebahagiaan dan seumpamanya.

Adat merenjis jika ia dilakukan dengan kepercayaan untuk menghindarkan pasangan pengantin daripada nasib buruk atau gangguan makhluk halus, ia tidak ubah seperti mengikuti adat masyarakat Hindu. Ia adalah diharamkan.

Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya: "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka". (Hadis sahih riwayat Abu Dawud).

Dalam hadis lain yang dikeluarkan oleh al-Imam Ahmad, Ibn Umar r.a juga berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Aku diutus dengan pedang menjelang hari kiamat, sehingga (orang-orang bukan Islam) menyembah Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, dijadikan rezeki dibawah bayangan tombakku, dan dijadikan hina dan rendah bagi sesiapa saja yang berselisihan dengan urusanku. Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka". (Musnad Ahmad)

Dua hadis di atas jelas menunjukkan kepada kita mengenai larangan Islam kepada umat Islam supaya tidak mencontohi atau meniru adat dan amalan masyarakat yang lain selain dari Islam.

10 – Mewajibkan Adanya Duit dan Barang Hantaran

Adat ini ditetapkan oleh kebanyakan masyarakat Melayu secara umumnya iaitu dengan mewajibkan pihak lelaki (atau bakal/calon suami) supaya membayar sejumlah wang yang dinamakan sebagai wang hantaran kepada keluarga pihak perempuan. Kebiasaannya (pada masa ini) sehingga RM10 000 atau lebih dari itu bergantung kepada status pendidikan atau pun permintaan wanita yang hendak dinikahi. Nilai wang hantaran ini akan ditetapkan oleh sama ada bakal isteri atau pihak keluarga bakal isteri. Sekali imbas, perbuatan ini adalah seakan-akan sebuah perbuatan jual beli wanita. Dan wang ini akan diserahkan kepada keluarga si isteri.

Dan kemudiannya, kedua-dua pihak akan saling bertukar barang hantaran tertentu sesama mereka. Di mana mereka mengkhususkan dengan jumlah bilangan tertentu, seperti 5 dulang dari lelaki berbalas 7 dulang barangan tertentu dari pihak perempuan, atau 7 dulang dari pihak lelaki berbalas 9 dulang dari pihak perempuan, atau 9 dulang dari pihak lelaki berbalas 11 dulang dari pihak perempuan, dan seterusnya.

Ada pun sebenarnya perbuatan ini langsung tidak pernah ditetapkan oleh Islam, dan perbuatan ini merupakan perbuatan bid’ah iaitu amalan yang ditokok tambah ke dalam majlis walimah umat Islam. Adalah menjadi suatu yang sunnah di dalam agama supaya memudahkan urusan pernikahan (juga urusan yang lain), tetapi, dengan ditambahnya amalan-amalan seperti ini, ia hanya akan menyusahkan (memberatkan) pasangan yang hendak berkahwin dan ia sekaligus menggalakkan maksiat sekiranya perkahwinan ditangguhkan hanya semata-mata disebabkan perkara yang karut ini.

Dari Irbadh bin Sariyah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Berhati-hatilah kamu terhadap perkara-perkara yang baru di dalam agama. Setiap perkara yang baru (di dalam agama) adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat.”
(Hadis Riwayat Abu Daud, no. 4607)

Namun, apa yang diwajibkan atau pun disunnahkan di dalam syari’at hanyalah memberikan mahar (maskahwin) oleh lelaki kepada wanita yang dinikahi, sama ada berdasarkan apa yang diminta oleh wanita tersebut atau pun tanpa diminta. Dan maskahwin ini tidaklah semestinya di dalam bentuk wang ringgit atau barang-barang tertentu. Ianya sama ada tertakluk berdasarkan apa yang diminta oleh wanita, atau pun bebas dengan apa yang hendak diberikan oleh si lelaki jika si wanita tidak menetapkannya. Dan mahar adalah merupakan salah satu rukun dan syarat sahnya nikah.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Berikanlah maskahwin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan...” (Surah an-Nisaa’, 4: 4)
“... Maka isteri-isteri yang telah kamu nikmati (campuri) di antara mereka, berikanlah kepada mereka maharnya (dengan sempurna), sebagai suatu kewajiban...” (Surah an-Nisaa’, 4: 24)

Dan mahar yang paling baik adalah mahar yang paling mudah, ringan atau tidak mahal (tidak menyusahkan dan memberatkan si suami).

Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Pernikahan yang paling besar keberkahannya adalah yang paling mudah maharnya.” (Hadis Riwayat Ahmad, no. 24595)

Perbuatan meninggikan atau memahalkan penetapan nilai mahar adalah satu perbuatan yang dibenci oleh agama sebagaimana disebutkan di dalam beberapa hadis.

Umar al-Khathab radhiyallahu ‘anhu berkata:
“Ingatlah, janganlah meninggikan nilai mahar wanita. Jika itu merupakan kemuliaan di dunia atau taqwa di sisi Allah, sudah tentu yang paling utama melakukannya adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.”
(Hadis Riwayat Abu Daud, no. 2106) (Rujuk: Amru Abdul Mun’im Salim, Panduan Lengkap Nikah, m/s. 76, Dar an-Naba’)

Sahih di dalam beberapa riwayat bahawa Rasulullah dan beberapa sahabat berkahwin dengan mengeluarkan mahar yang sangat kecil. Malah di sebahagian keadaan, ada yang memberikan mahar dalam bentuk cincin besi, baju besi, memerdekakan hamba, dengan hafazan al-Qur’an, dengan mengajarkan surah-surah tertentu dari al-Qur’an, dengan segenggam kurma, dengan mengislamkan seseorang, dengan sebiji emas sebesar biji kurma, dan selainnya.

11 – Bersalaman Dengan Bukan Mahram

Di dalam sebuah hadis dijelaskan bahawa:
“Seseorang yang ditusuk kepalanya dengan jarum besi adalah lebih baik daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya.”

Dan para ulama juga menetapkan serta menjelaskan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri tidak pernah menyentuh wanita yang tidak halal baginya walau pun di dalam peristiwa bai’ah.

Berkenaan perkara ini juga, telah jelas di dalam al-Qur’an bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan supaya kaum lelaki dan wanita yang beriman supaya tunduk dari memandang kaum berlainan jantina mereka, maka apatah lagi jika perbuatan bersalaman atau bersentuhan, sedangkan perbuatan pandang memandang sahaja pun sudah ditegah.

12 – Sesi Nanyian-nyanyian (berkaraoke), Muzik dan Kugiran dan tarian Zapin

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Akan muncul dari umatku beberapa kaum yang menghalalkan zina, sutera, khamar (minuman keras), dan alat-alat muzik...” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5590)

Di dalam Tafsir Ibnu Katsir, Ibnu Mas’oud radhiyallahu ‘anhu menjelaskan dengan tegas bahawa muzik dan nyanyian adalah termasuk perkara yang tidak berguna.

13 – Permainan Kuda Kepang

Permainan kuda kepang adalah merupakan amalan yang bermula dari masyarakat kaum Jawa. Ia kini agak popular di beberapa kawasan seperti di di Johor dan Selangor.

Ada pun sebenarnya, sebahagian amalan yang dilakukan di dalam permainan kuda kepang ini adalah perbuatan yang boleh membawa kepada syirik. Ini adalah disebabkan di dalamnya mengandungi perbuatan berhubungan atau berunding (mengadakan perjanjian) dengan jin dan syaitan, selain pemujaan menggunakan ayam jantan dan asap kemenyan.

Imam Abil ‘Izz al-Hanafi rahimahullah berkata:
“Cara manusia dalam mengambil kesenangan dari golongan jin adalah dengan meminta dipenuhi keperluan-keperluannya, dipenuhi kemahuannya, atau menerima berita-berita ghaib dari mereka, serta yang seumpamanya. Sedangkan cara jin mengambil kesempatan dari manusia adalah dengan pengagungan manusia terhadapnya, dengan permintaan tolong, dan permohonan keselamatan, serta ketundukan manusia kepadanya.”
(Abdul Akhir Hammad al-Ghunaimi, Tahzib Syarah ath-Thahawiyah, m/s. 98, Pustaka at-Tibyan)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Dan bahawasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki dari kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.” (Surah al-Jin, 72: 6)

Selain itu, permainan kuda kepang ini di dalamnya juga disertai dengan pelbagai bunyi-bunyian tertentu yang menjurus kepada muzik terlarang.

14 – Bomoh Tolak Hujan

Terdapat beberapa kelompok dari kalangan masyarakat Melayu yang begitu gemar mengambil atau mengupah bomoh-bomoh tertentu supaya menjampi bagi tujuan menahan hujan dari turun. Selain itu, khidmat bomoh juga turut digunakan bagi mengesan (meramal dengan ilmu ghaib) sama ada pada tarikh atau hari-hari tertentu yang tidak akan turun hujan. Ini dilakukan dengan harapan supaya tempat diadakan majlis walimah sentiasa cerah (tidak hujan), sekaligus menjadikan majlis berjalan lancar.

Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib, tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri...” (Surah al-An’am, 6: 59)

Rasulullah Slallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Sesiapa yang mendatangi seorang peramal atau dukun lalu membenarkan apa yang ia katakan, maka orang tersebut telah kafir dengan apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.”
(Hadis Riwayat al-Hakim 1/8. Dipersetujui oleh adz-Dzahabi)

Imam ath-Thahawi rahimahullah berkata di dalam Kitab aqidahnya:
“Kita tidak mempercayai (ucapan) dukun mahu pun tukang ramal (bomoh), demikian juga setiap mereka yang mengakui sesuatu yang menyelisihi al-Kitab dan as-Sunnah serta ijma’ kaum muslimin.”
(Imam ath-Thahawi, Aqidah ath-Thahawiyah. Rujuk: Abdul Akhir Hammad al-Ghunaimi, Tahzib Syarah ath-Thahawiyah, m/s. 90, Pustaka at-Tibyan)


Dan sekiranya kita memiliki rasa bimbang dan takut hujan tersebut memberikan gangguan atau sebarang kerosakan kepada kita, maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam juga telah mengajarkan kepada kita bagaimanakah doa yang harus kita praktikkan.

Dari Anas radhiyallahu ‘anhu, beliau menjelaskan doa tersebut sebagaimana berikut:
“Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami (di luar kawasan kami), bukan untuk merosakkan kami. Ya Allah, turunkanlah hujan ke dataran tinggi, beberapa anak bukit, perut lembah dan beberapa tanah yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 1013)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
(Surah al-Baqarah, 2: 186)

Pengalaman ummi sendiri, ketika majlis pernikahan dan walimah anak perempuan yang diadakah pada bulan Disember 2006. Ketika itu musim banjir yang hebat. Di Johor sahaja, banyak tempat mengalami banjir disebabkan hujan lebat yang turun setiap hari. Kawasan paling hampir sering banjir ialah Kg Skudai. Setiap hari dalam tempoh 2 minggu, ummi lakukan solat hajat memohon kepada Allah SWT , minta hujan tidak turun selama 2 hari di kawasan tempat tinggal ummi agar para jemputan dan majlis mudah diuruskan. Syukur, doa yang dipanjatkan bertepatan dengan apa yang telah Allah tetapkan di Loh Mahfuz. Sehari sebelum majlis dan sehari selepas majlis hujan tidak turun walaupun sedikit,namun keesokkannya, selesai sahaja majlis dan telah berkemas, hujan turun selebat-lebat dan Kota Tinggi mengalami banjir besar gelombang ke dua.

Malah, berkenaan dengan hukum berjumpa dengan bomoh, pawang, atau pun dukun yang dikatakan mampu menolak hujan dan memiliki kelebihan ilmu ghaib tertentu ini, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah menjelaskan kepada kita melalui sabdanya:
“Sesiapa yang mendatangi seorang peramal atau dukun lalu membenarkan apa yang ia katakan, maka orang tersebut telah kafir dengan apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.” (Hadis Riwayat al-Hakim 1/8. Dipersetujui oleh adz-Dzahabi)

15 – Mengambil, Melukis, dan Menggantung Gambar Daripada Said bin Abu al-Hasan, “Ketika aku bersama Ibnu ‘Abbas, seorang lelaki datang dan berkata, “Wahai Ibnu Abbas, pendapatan (periuk nasi) aku adalah dari hasil kerja tanganku dan kerjaku adalah membuat gambar-gambar ini”. Ibnu ‘Abbas berkata, “Aku sekadar memberi tahu apa yang aku dengar dari Rasulullah. Aku mendengar beliau bersabda, “Sesiapa membuat gambar dia akan di-azab oleh Allah sehingga dia mampu menghidupkannya dan sesungguhnya dia tidak akan berupaya untuk menghidupkannya”. Mendengarkan hal ini, lelaki itu menarik nafas panjang (mengeluh) dan mukanya menjadi pucat. Ibnu ‘Abbas berkata padanya, “Jika kamu masih tetap mahu untuk membuat gambar-gambar, aku nasihatkan agar kamu membuat gambar-gambar pokok (tumbuh-tumbuhan) dan sebarang gambar yang bukan berupa dari makhluk bernyawa”.''
(Hadis Riwayat Muslim, no. 2110)

Daripada Ibnu ‘Abbas, “Abu Talha, seorang sahabat Rasulullah dan seorang sahabat yang pernah bersama dalam peperangan badar memberitahu kepadaku bahawa Rasulullah berkata, “Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar.” Yang dia maksudkan adalah gambar yang menyerupai makhluk bernyawa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Secara ringkasnya:

1 – Dilarang melukis, menggantung, dan membuat gambar berupa makhluk bernyawa seperti manusia atau haiwan, atau apa sahaja yang menunjukkan ia sebagai makhluk bernyawa.

2 – Dibolehkan melukis atau membuat gambar selain makhluk bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, air terjun, bangunan dan kenderaan.

3 – Pengambilan gambar hanya diizinkan untuk perkara yang benar-benar mendesak lagi memerlukan seperti untuk tujuan passport.

17 – Upacara Memotong Kek Perkahwinan

Perbuatan ini juga bukan berasal dari syari’at Islam, bahkan berasal dari budaya orang kafir dari masyarakat Kristian. Malah ia juga menyerupai atau mengambil syi’ar kaum Majusi (penyembah api) sekiranya kek tersebut disertai dengan nyalaan lilin.

18 – Berbelanja Besar Untuk Set Pakaian
Di dalam Islam, kita dituntut untuk bersederhana di dalam segala perkara yang kita laksanakan. Kita juga tidak digalakkan untuk membazir dan berlebih-lebihan.

Suatu yang kini semakin menjadi trend di dalam masyarakat Melayu saat ini adalah menetapkan bahawa pasangan pengantin di ketika majlis perkahwinan mereka mestilah memakai pakaian yang sedondon seperti memakai pakaian yang sama warnanya dengan pasangan, memakai pakaian yang mesti dilengkapi dengan tanjak, keris, dan bunga-bungaan. Jika keadaan tersebut berlaku sebaliknya, di mana pasangan pengantin tidak mengenakan set pakaian seperti itu, maka mereka pun akan dilihat sebagai janggal dan diejek sebagai tidak mengenal atau tidak menghormati adat.

Ada pun sebenarnya penetapan seperti ini adalah termasuk ke dalam perbuatan berlebih-lebihan dan boleh menjurus kepada larangan agama. Cukuplah sekadar berpakaian dengan pakaian yang melambangkan akhlak, imej, dan nilai-nilai Islam yang murni. Dan Islam itu bukanlah suatu agama yang memberat-beratkan umatnya.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.”
(Surah al-A’raaf, 7: 26)

“Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.”
(Surah al-A’raaf, 7: 31)

Demikianlah beberapa contoh perkara-perkara mungkar dan tokok tambah yang pada masa ini begitu popular dilakukan (dipraktikkan) di dalam masyarakat umat Islam Melayu di kebanyakkan majlis-majlis perkahwinan mereka. Walau bagaimana ia berlaku dan dipopularkan sekali pun, ia tetap tidak dibenarkan menandingi apa yang telah disyari’atkan dan dicontohkan oleh Nabi kita, Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dan sesungguhnya agama ini telah pun sempurna tanpa perlu ditokok tambah dengan pelbagai bentuk kehendak citarasa serta nafsu manusia.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku redhai Islam itu menjadi agama bagimu.”
(Surah al-Ma’idah, 5: 3)

Dan suatu yang paling penting di dalam beragama ini, bukanlah kata-kata dan perbuatan manusia yang menjadi ukuran, tetapi yang perlu kita tekankan adalah sejauh mana kita teguh di dalam sebuah pendirian di atas sebuah kebenaran yang ditegakkan di atas dalil-dalil dari perkataan Allah Subhanahu wa Ta’ala dan petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu (al-Qur’an) sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat mengubah kalimat-kalimat-Nya dan Dia lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).”
(Surah al-An’am, 6: 115-116)

Sebagai penutup, sekali lagi jelaskan bahawa sebenar-benar perkataan adalah perkataan Allah Subhanahu wa Ta’ala, dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dan Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu”. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Surah Ali Imran, 3: 31)

Dan,
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak mengingat Allah.”
(Surah al-Ahzaab, 33: 21)

Bersama-samalah kita mencari redha dari Allah sebagaimana cara yang telah Dia tunjukkan melalui Kitab-Nya dan Rasul-Nya. Mulakanlah alam rumahtangga kita di atas keredhaan-Nya dan hindarilah dari kemurkaan-Nya.

Apa yang boleh kita ambil jika sekiranya tidak bertentangan dengan syariat dan niat kita hanya untuk mengembirakan kanak-kanak seperti menabur gula-gula itu adalah harus. Pemberian barang hadiah hantaran itu juga dianggap beradap sopan kerana jika pihak lelaki membawa buah tangan, maka pihak perempuan juga mengadakan hadiah balasan supaya tetamu yang hadir tidak balik dengan tangan kosong. Cumanya elakkan pembaziran.

Wallahu a’lam

Rujukan;
(Hukum Berinai)
1. Fiqh al-Albisah Wa az-Zinah, Abdul-Wahhab Abdussalam Tawilah, hlm. 294-295.

Nota kaki;

[1] Hendaklah dipastikan bahan itu bersih dan tidak menghalang air dari sampai ke kulit semasa mengambil wudhuk.
[2] Hukum makruh ini menjadi pegangan ulamak-ulamak mazhab Hanafi, Maliki dan Syafi’ie.
[3] Antara yang mengharuskannya ialah ulamak-ulamak mazhab Hanbali.

Seterusnya...

08 October 2009

Disunnahkan Memberi Hadiah dan Membantu Melaksanakan Walimah

Memberikan hadiah kepada pengantin dan membantu mengadakan walimah. Islam menggalakkan masyarakat hidup bantu membantu dalam mengadakan sesuatu majlis agar ukhuwwah dapat terjalin dan silaturahim bertambah erat.

Dalam masyarkat melayu di Malaysia hari ini, selagi perkara itu tidak bercanggah dengan syariat, harus mengadakan gotong royong membantu kelangsungan majlis walimah seperti menghadiri kerja rewang, membnatu menyediakan makanan dan menghidang makanan. Dengan semangat gotong royong bantu membantu akan meringankan kerja dan kos kewangan yang terpaksa ditanggung untuk membayar upah pekerja yang membantu. Amalan ini patut diteruskan dalam masyarkat.

Jika di kampung-kampung, amalan 'berderau' masih di adakan. 'Berderau' ini seperti jika hari ini, rumah A yang mengadakan walimah, kumpulan B menyumbangkan gula, kumpulan C menyumbangkan beras, kumpulan D menyumbangkan tepung dan apa-apa keperluan yang digunakan untuk menyediakan makanan. Begitulah seterusnya rumah-rumah yang lain apabila giliran walimah akan diadakan di rumah mereka. Giliran yang dibuat ini amat baik,supaya bebanan yang ditanggung untuk mengadakan majlis walimah dapat diringankan.

Begitu juga sumbangan hadiah perkahwinan. Rakan-rakan pengantin sepatutnya bermuafakat untuk membelikan hadiah yang boleh digunakan oleh pasangan pengantin baru selepas mereka mendiami rumah sendiri. Bila berkongsi-kongsi duit, hadiah yang dibelikan boleh agak mahal dan berguna seperti periuk nasi, kipas angin, sterika dan sebagainya. Namun pemberian itu biarlah ikhlas tanpa rungutan dan rasa terpaksa.



Dari Anas radhiyallahu anhu, beliau berkata:
Setelah Nabi Shallalalhu alaihi wa Sallam menikahi Shafiyah, pada pagi harinya Nabi pun berkata: Sesiapa yang memiliki sesuatu untuk disumbangkan, hendaklah disumbangkan. Beliau pun menghamparkan lembaran kulit yang disamak (sebagai bekas). Ada orang yang menyumbang keju, ada yang menyumbang kurma, dan ada yang memberikan minyak samin. Mereka pun membuat hais (campuran kurma tanpa biji, keju, tepung dan minyak). (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 2048)

Berdasarkan hadis ini,
Orang-orang kaya dan yang memiliki kelebihan (bekalan) dianjurkan untuk memberikan sumbangan di dalam majlis walimah saudaranya.

Demikianlah sesebuah majlis walimah (walimatul urus) yang ditunjukkan oleh Sunnah Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam dan diamalkan oleh para sahabat.
Wallahu a’lam...

Seterusnya...

Bolehkah Orang Yang Berpuasa Menghadiri Walimah?

Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:
Apabila seseorang di antara kamu diundang, hendaklah dia memenuhi undangan tersebut, jika dia sedang berpuasa hendaklah dia mendoakan, dan jika dia tidak berpuasa, hendaklah dia makan. (Hadis Riwayat Muslim, no. 1431)

Menurut Imam ash-Shanani, hadis ini menunjukkan wajibnya memenuhi undangan walaupun dia sedang berpuasa. (Imam Muhammad bin Ismail ash-Shanani, Subulus Salam, jil. 2, Bab Nikah, m/s. 732, Darus Sunnah)

Dan sebenarnya tidak ada perbezaan akan kewajiban untuk memenuhi undangan walimah sama ada dia sedang berpuasa atau pun tidak. Akan tetapi dibolehkan bagi mereka yang berpuasa untuk menghadirinya sahaja tanpa menyantap hidangan dan dianjurkan mendoakan orang yang mengundangnya.

Namun, jika dia mahu, dia boleh untuk memakannya, atau tidak memakannya. Dan jika dia membatalkan puasanya, puasa sunat yang ditinggalkannya tidak wajib diganti.

Dari Jabir radhiyallahu anhu, Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:
Jika salah seorang dari kamu diundang makan, maka hendaklah dia menghadirinya. Jika mahu, dia dibolehkan makan, jika tidak mahu dia boleh untuk meninggalkannya.(Hadis Riwayat Muslim, no. 1430)

Anjuran Supaya Mendoakan Pasangan Pengantin

Di antara keindahan di dalam Sunnah adalah mendoakan kebaikan, keberkahan, dan memohonkan keampunan buat pasangan pengantin serta mendoakan untuk orang yang mengundang ke majlis makan (walimah).

Di antara doa-doa yang disunnahkan kepada kita untuk berdoa dengannya adalah sebagaimana berikut:
Doa untuk pasangan pengantin:
Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, bahawasanya Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam jika memberikan ucapan doa kepada seseorang yang berkahwin, beliau akan berkata:
Semoga Allah memberikan keberkahan kepadamu, memberikan keberkahan atasmu, dan menyatukan kamu berdua di dalam kebaikan. (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 2130.

Doa untuk orang yang mengundang makan:

Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam mendoakan untuk Abdullah bin Busr radhiyallahu anhu dan keluarganya (ayahnya) di ketika dia selesai dijamu makanan:
Ya Allah, berkahilah mereka pada rezeki yang telah Engkau berikan kepada mereka dan ampunilah mereka serta rahmatilah mereka. (Hadis Riwayat Muslim, no. 1615)

Dan dianjurkan bagi mereka yang diundang untuk mengucapkan terima kasih di atas undangan yang diberikan.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:

Tidak bersyukur kepada Allah, orang yang tidak berterima kasih kepada manusia.(Hadis Riwayat Abu Daud, no. 4811)


Mengucapkan Ucapan Yang Tidak Disyariatkan


Sebagai contoh, pada masa ini begitu ramai yang mempopularkan bentuk-bentuk ucapan seperti:

"Selamat pengantin baru."

"Semoga bahagia dan mendapat ramai anak."

Ada pun sebenarnya, ucapan-ucapan seperti ini telah pun disentuh oleh para ulama sejak awal lagi.

Di antaranya al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah menjelaskan:
Perkataan ini biasa diucapkan oleh orang-orang jahiliyyah sehingga ucapan ini dilarang. (Fathul Bari, jil. 9, m/s. 222. Rujuk: Abu Hafsh Usamah, Panduan Lengkap Nikah, m/s. 232, Pustaka Ibnu Katsir)

Ini adalah kerana, Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam sendiri telah melarang perbuatan seperti itu sebagaimana yang dijelaskan oleh Uqail bin Abu Thalib.

Ini berlaku di ketika Uqail berkahwin dengan seorang wanita dari suku Jasyam. Lalu orang-orang yang mengunjunginya mengucapkan:

Semoga bahagia dan mendapat ramai anak.

Uqail pun berkata, Janganlah kamu mengucapkan seperti itu (kerana Rasulullah telah melarangnya). Mereka pun bertanya, jadi, apa yang harus kami ucapkan, wahai Abu Zaid?

Uqail berkata,
Ucapkanlah: Semoga Allah memberkahimu di dalam kesenangan atau pun kesusahan. Begitulah kita diperintahkan. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah,Abdurrazzaq, Ahmad.


Seterusnya...

Hukum Menghadiri Undangan Walimah

Hukum menghadiri undangan walimah adalah wajib. Ini adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan dari Ibnu Umar radhiyallahu anhu, beliau berkata, Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:

Apabila seseorang di antara kamu diundang ke majlis walimah, hendaklah dia menghadirinya. (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5173)

Pendapat yang menjelaskan wajibnya menghadiri undangan walimah juga turut dijelaskan oleh Ibnu Abdil Barr, imam asy-Syafie, Imam Ahmad, Ibnu Hazm, Imam an-Nawawi, dan pendapat inilah yang telah menjadi kesepakatan para ulama.

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu anhu, Rasulullah Shallalalhu alaihi wa Sallam bersabda:
Dan barangsiapa yang meninggalkan undangan, maka dia telah melakukan maksiat kepada Allah dan Rasul-Nya. (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5177)

Walau pun begitu, undangan ke majlis walimah boleh ditinggalkan sekiranya memiliki uzur. Ini adalah sebagaimana penjelasan berikut:

1 “ Apabila di dalam walimah tersebut mengandungi perkara-perkara maksiat seperti jamuan khamar (arak), gambar-gambar makhluk bernyawa, dan permainan alat-alat muzik dan nyanyian. Sekiranya ini berlaku, maka seseorang tidak perlu menghadirinya melainkan dengan tujuan untuk mencegah kemungkaran tersebut. Sekiranya dia berjaya mencegahnya, maka itu adalah satu kebajikan, dan sekiranya tidak berjaya, hendaklah dia segera beredar.




Ini adalah sebagaimana hadis ˜Ali radhiyallahu anhu, beliau berkata:
Aku membuat makanan, lalu aku mengundang Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam, kemudian beliau tiba, lalu beliau pun segera pulang. Aku pun segera bertanya, Wahai Rasulullah, Ibu dan Bapaku sebagai tebusan, apakah yang membuatkan engkau pulang?

Beliau menjawab:
Sesungguhnya di dalam rumah ada kain penutup yang bergambar, dan sesungguhnya para malaikat tidak akan memasuki ke dalam sesebuah rumah yang di dalamnya mengandungi gambar-gambar. (Hadis Riwayat Ibnu Majah, no. 3359.

Juga hadis dari Umar al-Khaththab radhiyallahu anhu, Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:
Sesiapa beriman kepada Allah dan hari Akhir, maka janganlah duduk di meja makan yang di sana dihidangkan minuman keras (khamar). (Hadis Riwayat Ahmad dan at-Tirmidzi.

2 “ Apabila terdapat pengkhususan undangan di mana orang yang mengundang membeza-bezakan di antara yang kaya dengan yang miskin atau fakir, makanan yang dihidangkan mengandungi syubhat, dan seumpamanya. Ini adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam ash-Shanani di mana diizinkan untuk tidak memenuhi undangan walimah apabila adanya uzur di antaranya, apabila makanan yang dihidangkan mengandungi syubhat (tidak jelas kehalalannya), atau diperuntukkan kepada orang-orang kaya sahaja, atau ada orang yang tidak senang dengannya... (Imam Muhammad bin Ismail ash-Shanani, Subulus Salam, jil. 2, Bab Nikah, m/s. 729, Darus Sunnah)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:
Seburuk-buruk makanan adalah makanan walimah, yang mana di dalam walimah tersebut tidak mengundang orang yang memerlukan (fakir), dan hanya mengundang orang yang tidak memerlukan (orang kaya)...(Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5177)

Di antara uzur lain yang dibenarkan untuk tidak hadir ke undangan walimah adalah seperti uzur yang dengannya seseorang boleh meninggalkan solat Jumaat, seperti terjadinya hujan yang sangat lebat, jalan yang bermasalah, kerana takutkan musuh, takut hilangnya harta, dan yang lain yang seumpama. (Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim, Ensiklopedi Fiqh Wanita, jil. 2, Bab Nikah, m/s. 314, Pustaka Ibnu Katsir)

Digalakkan Mengundang Orang Bertaqwa (Soleh)

Ini adalah sebagaimana hadis berikut:
Janganlah kamu bersahabat kecuali dengan orang yang beriman, dan janganlah makanan kamu dimakan melainkan oleh orang-orang yang bertaqwa. (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 4811.

Daripada Anas radhiyallahu anhu, Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam berdoa kepada Saad bin Ubaidah yang menghidangkan kismis untuknya:
Semoga orang-orang yang baik memakan makananmu, para malaikat mendoakanmu, dan orang-orang yang puasa berbuka di tempatmu. (Hadis Riwayat Ahmad.)

Dan jangan sekali-kali hanya mengundang orang-orang yang kaya lalu melupakan orang-orang yang memerlukan.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:
Seburuk-buruk makanan adalah makanan walimah, yang mana di dalam walimah tersebut tidak mengundang orang yang memerlukan (fakir), dan hanya mengundang orang yang tidak memerlukan (orang kaya)...Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5177)

Seterusnya...