CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label Poligami. Show all posts
Showing posts with label Poligami. Show all posts

02 November 2012

Silakan Berpoligami Jika...




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


 Poligami bukanlah sesuatu yang asing di dalam masyarakat Islam. Memang ada di dalam syariat Islam.


Saya tertarik dengan pandangan Muhammad Abduh berkenaan dengan poligami, sememangnya isu poligami adalah isu paling sentisitif bagi wanita. Namun sebagai seorang muslimah kita tidak boleh menolak hukum yang telah ditetapkan oleh Allah. Menurut Muhammad Abduh, kebenaran yang diberikan Allah untuk berpoligami hanyalah sebagai satu pengecualian, bukanlah suatu galakkan. Poligami bukanlah satu perkara yang mudah, jika seorang lelaki itu benar-benar faham dan sedar betapa sukarnya untuk mencapai tahap layanan yang dikatakan adil, sudah tentu dia akan sedar bahawa adalah mustahil untuk memiliki lebih dari seorang isteri.

Firman Allah di dalam surah an-Nisaa ayat 3 menyatakan " Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman".

Bagi Muhammad Abduh, ayat ini menganjurkan seorang lelaki berkahwin dengan seorang wanita sahaja, kerana dikhuatiri dia akan mengabaikan tanggungjawab yang bakal dipikulnya jika memiliki lebih dari seorang isteri.

Selain itu, Muhammad Abduh menegaskan bahawa poligami yang diamalkan oleh lelaki muslim masa kini adalah punca utama kejatuhan struktur sosial masyarakat. Mengikut pengamatan beliau lelaki yang berpoligami tidak mampu menggalas tanggungjawab mereka dengan adil dan sering terabai. Tanggungjawab yang semakin bertambah menjadi terabai kerana disebabkan oleh kurangnya didikan agama, ilmu kekeluargaan dan kesedaran terhadap tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Tetapi sekiranya anda menggagap, diri sudah mantap dan mampu mencontohi sifat Rasulullah dan para sahabat dalam memberi layanan yang adil terhadap isteri-isteri dan anak-anak...silakanlah berpoligami.


Manusia TIDAK AKAN DAPAT BERLAKU ADIL pada isteri-isterinya, walaupun mereka begitu bersungguh-sungguh ingin melakukannya. Oleh itu, janganlah berlaku zalim. (Rujuk An-Nisaa, 129).


Sesungguhnya hanya Allah yg sebenar-benarnya Adil. Manusia dgn sifat kelemahannya sudah pasti tidak sempurna. Adil itu sendiri suatu konsep yg subjektif, dan tertakluk kpd tafsiran dan pertimbangan manusia yg pasti byk kekurangan dan kelemahannya. Keadilan zahir yg nampak mcm mudah perkiraannya pun tidak semudah yg disangka utk dilakukan, apatah lagi keadilan batin yg dipengaruhi oleh emosi dan psikologi yg kerap berubah-ubah.

Walaupun demikian, janganlah pula para suami menyalahgunakan ayat ini sebagai justifikasi ketidakadilan yg dilakukannya, sekiranya dia sememangnya mampu utk berlaku lebih adil terutama dari aspek nafkah zahir. Suami hendaklah terus-terusan memperbaiki prestasi tahap keadilannya, membetulkan kesilapan2 yg telah dilakukan samada secara sengaja atau tidak, dan sentiasa berlapang dada dan bersangka baik dgn pandangan,teguran dan nasihat para isteri.

Jika ada pertanyaan dari isteri berkaitan dgn keadilan suami, suami hendaklah bersabar dan cuba menerangkan dgn baik supaya isteri memahami dan tidak berasa sedih dan berkecil hati dgn apa yg dirasakannya seperti tidak adil. Sesungguhnya pada para isteri, ketidakadilan yg ketara ialah suatu bentuk penderaan emosi yg amat menyedihkan. Tidak jauh bezanya dgn emosi anak2 yg dilayan secara pilih kasih oleh ibubapa mereka, hingga ada anak2 yg terencat emosinya seumur hidup disebabkan pengalaman yg menyedihkan itu.

Isteri yg melihat kesungguhan suami utk berlaku adil pula selalunya mudah utk memaafkan kekurangan suami. Bila kedua-dua pihak suami isteri saling bertolak ansur, terus2an berusaha utk buat yg lebih baik, dan redha meredhai, insyaAllah mudahlah mereka merasa nikmat mawaddah dan rahmah suatu perkongsian hidup.


Dan dalam banyak-banyak kisah luahan hati mereka-mereka yang berpoligami, saya sangat tertarik dengan kisah benar ini. Kebanyakkan luahan isteri kedua yang berpoligami adalah dari mereka yang memang dilhairkan Islam tetapi mereka merasa seperti tiada keadilan di dalam rumahtangga poligami. Mereka merasa seperti teraniya dan diketepikan.


Berlainan dengan kisah mualaf ini. Dia dilamar sebagai isteri kedua sebelum dia memeluk Islam. Dia mencari apakah keindahan berpoligami dalam Islam. Bacalah seterusnya...




Assalamuailaikum kepada semua halaqian,

Alhamdullilah,Syukur  setelah sekian lama membaca thread yang sentiasa hangat ini, saya berkeyakinan untuk berkongsi pengalaman kepada halaqian , sebelum bergelar isteri saya dah lama mengikuti thread ini dan saya mendapat semangat dan lebih berkeyakinan setelah membaca semua pengalaman dan perkongsian semua. Saya merupakan Isteri kedua, dengan izin Isteri pertama saya bernikah. Sebelum bernikah saya memang pernah bertemu dengan kakak (isteri pertama suami) dan kami memang tidak ada masalah. Kami boleh duduk makan bertiga. 

Namun, tiba-tiba kakak berubah mungkin adalah hasutan-hasutan yang telah mengubah fikirannya. Ketika proses permohonan/pendaftaran berpoligami, saya berjumpa dengan kakak ketika di mahkamah namun tiada senyum dan kakak seperti tidak menghiraukan kehadiran saya. Namun saya tetap bersabar dan tidak salahkan kakak. Sebelum bernikah, saya tidak sunyi dari menerima mesej caci maki anak-anak suami dan kata-kata kakak yang kasar. Namun saya tidak berdendam dengan itu semua. Saya terus bersabar, bersyukur , dan terus berdoa yang baik-baik  kepada yang  membenci dan mengutuk saya dan memohon keampunan kepada ALLah S.W.T. Sebagai hamba Allah saya bersyukur kerana saya percaya semua Ujian ini datang dari-NYA. Saya merupakan saudara baru yang memeluk Islam, Alhamdullilah dengan jalan yang dia pilih untuk saya (bermadu), saya telah menjadi hamba yang sering memohon dan merintih kepada-NYA.

Kepahitan hidup yang saya lalui ini mengajar saya erti bersyukur dan menyedari bahawa semua nikmat yang kita perolehi adalah milik Allah. Sebelum ini hidup saya terlalu bersenang lenang, tidak pernah melalui kesusahan kerana tenggelam dan hanyut oleh perkara-perkara keduniaan. Saya sangat-sangat bersyukur, dan atas berkat kesabaran ,doa dan niat yang baik-baik dalam hati Allah menunjukkan kekuasaan-NYA. Alhamdullilah raya minggu lepas saya terima mesej dari anak suami yang dulunya begitu membenci saya, memohon maaf atas segala kekasaran dan Kakak juga menghubungi saya untuk memohon maaf. Memanglah hati mana yang tidak terluka dengan kata-kata hinaan tapi BERSABARLAH dan jangan pernah ada DENDAM.

Syukur  Alhamdullilah. Dan ada suara-suara sumbang yang menceritakan perkara-perkara tidak baik kepada saya berkenaan kakak, namun saya ignore semuanya, itu adalah bisikan syaitan iblis yang cuba menyesatkan manusia. Saya tidak mahu mendengar dan cepat-cepat bertaubat dan memohon keampunan agar tidak terpedaya.  Sekarang semuanya dah elok, saya boleh bersembang dengan kakak dalam talian, gelak ketawa..bahagia. Syukur Alhamdullilah. Wahai isteri2, redhalah tak kira yang keberapa pun, redha jangan di bibir saja,redha dengan penuh keihkhlasan.

Jangan angkuh, sombong dan tamak dengan nikmat yang kita ada. Yakinlah dengan ketentuan Allah, pasti tersembunyi  hikmah kerana itu kita dipilih untuk melaluinya. Sebagai contoh, dulu suami yang saya kenali panas baran, dan bukannya orang yang jaga solatnya pun namun sekarang, Alhamdullilah Syukur kepada Allah..suami dah pandai menjaga sembahyangnya dan menjaga tutur katanya serta berusaha untuk berlaku adil.  Doakan ya semoga berkekalan hingga penghujung dunia.  Betulkan niat dalam hati, Ingat! Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kita, jika kita berniat untuk menyusahkan orang lain, Allah pasti menghukum kita dulu. Cepat-cepat taubat ya, lakukan hanya kerana Allah Taala. Wallahuallam
                   Sumber petikan




Kepada mana-mana isteri kedua yang memang dilahirkan  sebagai orang Islam, cubalah baca perkongsian halaqian ini. Saya sungguh kagum dengan ceritanya, ketegasannya dalam menentukan dirinya akan berpoligami sebagai isteri kedua. Ambillah iktibar dan pengajaran isteri-isteri kedua lain yang memang dilahirkan Islam tetapi tidak kuat menerima ujian berpoligami.



Impianku menjadi isteri solehah,mencintai, 
mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.

Seterusnya...

07 June 2012

Ketidakadilan Dalam Nafkah Isteri Kedua




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sejak akhir-akhir ini, makin banyak luahan hati para isteri kedua apabila berlaku ketidakadilan dan pengabaian para suami kepada mereka.

Saya yang membaca kadang-kadang rasa amat ngeri dan takut dengan balasan Allah terhadapt pengabaian para suami ke atas amanah yang Allah telah berikan.

Turut sama ialah orang yang menyumbang untuk suami tidak berlaku adil, dan suami mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri-isterinya.

Sebenarnya, apabila seorang lelaki tu berani untuk berpoligami, dia juga mesti seorang berani untuk menghadapi ujian dan cabaran. Tetapi kebanyakkan luahan hati isteri kedua menggambarkan suami mereka hanya berani menikahi tetapi tidak berani untuk menghadapi cabaran.

Antara kisah terbaru, luahan hati puan ini, ketidakadilan dalam bilangan bermalam dan nafkah.



Saya merupakan isteri kedua,bergaji lebih kurang sama dengan suami,penjawat awam dan mempunyai 2 org anak hasil perkahwinan terdahulu. Sebelum berkahwin,suami memang ada memberitahu yang dia tak mampu dari segi kewangan. Tapi pada masa itu,saya tidak fikirkan tentang kewangan kerana saya sendiri sudah mempunyai pendapatan sendiri. Setahun dalam alam perkahwinan,cukup membahagiakan saya, dari segi kewangan memang tak pernah ada masalah,kerana apa yang saya terima dari suami,saya tak pernah mengeluh. 
Namun baru2 ini,hati saya seolah2 dihasut oleh bisikan syaitan. Saya telah mendapat tahu bahawa suami sebenarnya berkemampuan untuk memberi nafkah pada saya. Sebagai penjawat awam,saya agak mudah untuk membuat pinjaman. saya pernah menolong suami untuk membuat pinjaman kerana merasakan sbg isterinya,saya harus menolongnya. Tapi sehingga menjejak ke usia setahun perkahwinan kami,dia masih tidak membri nafkah kepada saya kecuali bayaran pinjaman tersebut. 

Segala perbelanjaan kehidupan kami,saya yang keluarkan. Terus terang,dia seorang yang baik. Hubungan dengan isteri pertama agak tegang,seolah2 kuasa ditangan isterinya kerana isterinya sering menggunakan syarat2 tertentu agar suami berada dalam serba salah. Dalam dirinya..tiada istilah poligami. tak dinafikan,setiap kali suami menghadaapi msalah,saya sering membri bantuan yang tak berbelah bagi. nasihat dan pandangan saya utarakan. tetapi bila dia mula berbaik dengan yang pertama,dia sering menyalahkan saya kerana sering mengingatkan dirinya tentang tanggungjawab suami mendidik isteri.

Sebelum ni,dia sering mengeluh,kerana isteri pertama sering bermasam muka dengannya,kecuali jika dia perlukan pertolongan seperti duit,barulah dia akan berbaik dengan suami. Saya malas nak pedulikan mereka lagi,kerana sudah puas saya menasihati agar suami lebih pandai menangani masalah. Jika saya meminta cerai,adakah saya akan dimurkai Allah? kalu dulu,setiap apa yang saya keluarkan saya niat sedekah tetapi setelah saya tahu,suami berkemampuan,adakah berdosa jika saya tidak redha dengan nafkah saya yang sepatutnya? Adakah ini cinta ikhlas seorang suami? Jika ternyata tidak ikhlas...saya rasa pengunduran itu perlu kerana tak mahu suami terus berdosa.

Berikut adalah beberapa pandangan dan nasihat forumer kepada puan ini.

Pandangan 1

sayang...
Tahukah status isteri itu sangat mulia. Bersihkan hati, jangan termakan bisikan syaitan. Syaitan tak mahu rumahtangga bahagia. Itu sebab di datang perasaan tidak ikhlas, dan rasa terpedaya.

Apa salahnya teruskan seperti awal perkahwinan, tidak usah persoalkan samada suami mampu atau tidak mampu memberikan nafkah. Redhalah dengan apa yang suami lakukan supaya rumah tangga bahagia. Seorang isteri tidak disoal apa yang suami lakukan samada tentang keadilan, tanggungjawab atau apa saja selagi bukan kita yang menjadi punca.

Jika isteri redha, itu lebih baik daripada berundur diri. Jika seorang isteri itu baik, redha,lama-lama suami akan sayang, walaupun dia tidak berlaku adil, sekurang-kurang ada suami untuk meredhai isteri saat kematian. Alangkah bagus, jika seorang isteri mati dalam redha suami, kerana dengan redha suami maka Allah juga redha ke atas dirinya.

Usah pertikaikan apa suami buat, adil atau tidak, mampu atau tidak, tetapi pertikaikan apakah cukup bakti aku kepada suami aku untuk aku layak ke syurga atau redha suami.

Luahan seterusnya puan ini;

Semalam saya terdengar percakapan mereka di telefon. Bukan niat nak mendengar tetapi terdengar. Mungkin suami memujuk isterinya kerana suami datang berjumpa saya. Antara isi percakapan mereka...

"abg tak boleh ceraikan dia,itu kejam namanya. Kenapa awak nak risau..segala gaji abg semuanya untuk kita,dia tak dapat ape pun,abg lebihkan awak dari semua sudut kerana abg terlalu sayangkan awak dan anak2. Memang abg bersalah kerana berkahwin dengan dia tapi apa abg boleh buat? Sehingga ke akhir hayat,awak akan dapat semuanya dari abg,dia takkan dapat apa2 pun,itu janji abg. Abg akan tunaikan janji2 abg tapi jgn minta abg ceraikan dia dan awak pun tak boleh minta cerai kerana abg nak hidup dengan awak sampai bila2."

So what should i do now? terus bertahan? Memang benar,setahun pernikahan kami,suami hanya menunaikan tggungjawab batin,yg lain2 boleh dikatakan hanya 1% saja. Saya nak kekalkan status isteri ini tapi saya akan menjauhkan diri dari suami. Saya nak dia celik mata tentang kewujudan saya. Mungkin dengan cara menjauhkan diri,dia lebih menghargai saya.

Pandangan 2

Pilihan di tangan puan, jangan fikir banyak-banyak hal yang remeh walaupun ia merupakan tanggungjawab dia. Dia punya tanggungjawab , biar dia yang settlekan.

Kalau puan nak lagi status isteri, abaikan semua tu, teruskan seperti biasa mula-mula dahulu, kerana tanpa dia, puan tak dapat apa-apa layanan istimewa.

Pandangan 3

Puan akan rugi kalau bertindak menjauhkan diri. Kemungkinan suami untuk sedar kehadiran puan semakin tipis kerana puan mensia-siakan peluang untuk memikat suami. Di situ isteri pertama akan mendapat kelebihan melayan suami dengan lebih baik, kerana suami telah memberi jaminan untuk melebihkannya berbanding puan.

Kesimpulannya, tindakan puan menjauhkan diri hanya akan merugikan puan sendiri kerana suami puan tetap mempunyai/mendapat layanan dari isteri yang lain.Wallahua'lam.

Pandangan 4

Puan isteri yang baik dan puan tahu apa yang puan patut lakukan. 

Puan boleh memilih untuk 'merajuk' agar suami sedar kehadiran puan, tapi secara peribadinya saya tidak setuju. Saya lebih suka syorkan agar puan terus bersabar dan melayan suami sebaiknya setiap kali suami melapangkan masanya untuk puan. Hargai kesempatan dan peluang yang ada kerana puan juga mengakui suami memberi layanan yang baik pada puan.

Bersyukurlah dengan membaca banyak lagi kisah monogami dan poligami di halaqah ini yang keadaan mereka lebih buruk dari puan. Masih ramai lagi isteri kedua yang jauh lebih terabai dari puan, dan kisah isteri kedua yang perlu puan renungkan seperti kisah Siti Hajar moga dapat puan jadikan iktibar.

Selain dari pengabaian dan tanggungjawab suami terhadap puan, puan masih ada tanggungjawab berat yang akan disoal di akhirat, antaranya mendidik anak-anak. 
Tabahkan diri puan, didiklah anak2 sebaik-baiknya walaubagaimanapon suami puan mengabaikan puan.
Wallahua'lam.

Pandangan 5

Bersyukurlah, dengan adanya suami anda dapat mengelakkan diri dari melakukan maksiat kerana ketika nafsu membara , ada tempat untuk dilempiaskan.

Biarpun suami itu adil atau mengabaikan, dari satu sudut, anda mendapat timbunan pahala dan menjauhi dosa.

Pandangan 6


Buatlah seperti orang ber'couple' tetapi anda halal. Ibarat puan berkasih dengan suami orang. Bercinta dengan suami orang cuma dapat kasih sayang, perhatian . Mana ada suami orang nak tanggung apa-apa. Yang ada kerana tahu ada orang kasih pada dia, perempuan tu lagi yang kena bayar makan dan kos dating.

Couple puan halal. Soal dia abai atau laksanakan tanggungjawab, itu hal dia, asalkan puan ada tempat berkasih sayang dan bermanja.


Begitulah antara pandangan dan nasihat untuk membantu agar kuat dan tabah menghadapi ujian. Terus terang, jauh dalam hati saya, tidak kira anda isteri nombor berapa, berpoligami atau monogami, apabila menghadapi ujian di dalam rumah tangga, elakkan perceraian. Berdoa kepada Allah mohon berikan petunjuk jalan keluar terbaik dalam masalah yang sedang dihadapi.

Kita, suami, isteri-isteri semuanya menyembah tuhan yang satu, tuhan yang sama, maka kenapa ragu untuk mengadu kepada Allah apabila datang ujian? Ujian yang Allah berikan kepada manusia, berserta jalan penyelesaiannya. Hanya jika kita tak mampu fikir, mohon clue dari Allah.

Ingatlah hati semua makhluk berada di dalam genggamanNYA, dan Allah Maha Berkuasa ke atas setiap hati-hati ini.


Kisah di atas boleh dilayari di sini ,  Halaqahnet







Impianku menjadi isteri solehah,
mencintai, mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.

Seterusnya...

07 November 2010

Poligami Boleh Mengatasi Masalah Sosial Ummah


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Poligami bukan lagi sesuatu yang luar biasa pada setiap zaman. Islam membenarkan berpoligami sebagai satu pnyelesaian masalah ummah. Bagaimana?


Seseorang suami yang telah berkahwin, masih lagi ingin menjalin hubungan dengan wanita lain, seperti bercouple, bercinta dan seterusnya berzina. Maka untuk mengelakkan perkara ini terjadi , digalakkan suami tadi bernikah dengan kekasihnya itu.


Sepatutnya poligami adalah untuk membantu perempuan lain yang belum berkahwin pada usia yang telah meningkat, bukan kahwin dengan anak dara yang masih cun, berkahwin dengan janda yang perlukan perlindungan, janda yang ada anak yatim untuk dibesarkan.


Antara Sebab-sebab kenapa Islam membenarkan pensyariatan poligami ialah sebagai pembelaan, perlindungan dan tempat yang halal bagi meramaikan umat Muhammad saw.

Sabda baginda: “Kahwinlah perempuan-perempuan yang keturunan banyak anak, sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya umatku di hadapan para Nabi pada Hari Kiamat nanti”

Masyarakat kita punya sikap “perkahwinan adalah penyelesaian segala masalah”. Perempuan belum berkahwin pula rela menjadi isteri nombor dua tanpa memikirkan akibatnya, semata-mata kerana ingin ada suami tempat bergantung? Mereka juga terlalu naif tentang kehidupan berumah tangga sambil mengharapkan suami akan berlaku adil.

‘‘Hanya kerana kebenaran isteri pertama, bukan tiket untuk bahagia pada masa hadapan. Bagi saya, orang belum berkahwin mempunyai satu masalah tapi orang berkahwin mempunyai banyak lagi set masalah. Sebab itu kita banyak mendengar kisah yang tidak elok bagi yang berpoligami – suami tidak adil, buat hal itu dan ini.

‘‘Orang lelaki, sebelum berkahwin janjinya setinggi gunung, tetapi bila sudah dapat apa yang dihajati, segala janji dilupakan. Mereka hanya mahukan apa yang mudah untuk mereka. Segala ketidakadilan mereka pun jarang mendapat pembalasan dari Allah di dunia, semuanya akan dibalas di akhirat. Jadi suami tidak perlu takut jika tidak berlaku adil?

‘‘Pada saya pandangan mereka yang mendakwa isteri pertama kedekut kerana tak izin suami berpoligami adalah pandangan cetek dan berkepentingan. Saya percaya, apa yang isteri takutkan bukan pasal berkongsi suami, tetapi memikirkan nasib dan masa depan anak-anak yang terpaksa berkongsi kasih.

‘‘Ada yang salahkan isteri pertama biarkan suami berzina. Kenapa tidak salahkan suami yang berzina? Tak izin suami kahwin tak bermaksud suami ada lesen buat dosa? Mana tanggungjawab suami terhadap agama dan keluarga? Berzina tetap jadi dosa orang berzina. Isteri tak pikul dosa suami. Suami tidak seharusnya ada kekasih.

‘‘Pemahaman yang cetek mengenai ketaatan isteri terhadap suami dalam Islam juga penyebab kenapa poligami kita banyak masalah. Tidak ada ayat al-Quran atau hadis mengatakan isteri yang benarkan suami berkahwin lagi akan dapat payung emas di syurga. Ini peribahasa yang dicipta oleh masyarakat Melayu untuk lembutkan hati isteri. Sama seperti tidak ada dalam al-Quran dan hadis yang mengatakan syurga terletak di bawah tapak kaki suami. Syurga hanya milik Allah dan amal ibadah yang di lakukan untuk mendapat keredaan Allah.


Setiap perkara yang dilakukan jika bukan berniat kerana Allah.. maka keredhaan dan keberkatan tidak akan ditemui bersama perjalanan hidupnya. Dalam hal poligami juga menuntut keikhlasan si suami dalam melaksanakannya. Ibadah yang betul ialah apabila si suami melaksanakan poligami berlandaskan sunnah dan syariat yang digariskan menurut Islam. Contohnya, si suami yang berpoligami itu berniat ikhlas untuk membantu wanita yang tiada tempat bergantung (kerana tidak berkahwin sehingga usia semakin lanjut).

Sebaliknya jika si suami sekadar ingin menambah koleksi isteri bagi menurut kehendak hawa nafsu dek kerana kecantikan dan kepuasan semata-mata maka ia sudah tergelincir daripada landasan ibadah yang disunnahkan. Banyak perkara lagi yang harus diambil kira oleh si suami, termasuklah bersifat dan bersikap adil kepada semua isterinya dalam pemberian nafkah zahir dan batin. Semestinya memikul keadilan ini adalah suatu amanah yang akan dipertanggungjawabkan ke atas diri setiap insan kelak.

Kelangsungan hidup berpoligami ini juga tidak sepatutnya menjadi rahsia antara isteri-isteri si suami yang berpoligami itu kerana ini menyentuh soal kejujuran. Apabila kejujuran tidak wujud dalam sesebuah rumahtangga, maka ketidakjujuran itu sendiri boleh menjadi senjata pemusnah ramahtangga yang dibina. Tambahan lagi, tidak semua isteri sanggup bermadu dan berkongsi kasih-sayang dengan orang lain. Sebab itu poligami mesti didasari oleh kejujuran, keikhlasan dan keadilan. Bukan mudah sebenarnya untuk menggalas dan memikul tugas dan tanggungjawab berpoligami ini. Jika sikap sedemikian tidak wujud, dikhuatiri ia membawa kehancuran dan kegagalan rumahtangga.

Oleh itu, adalah tidak wajar menganggap poligami sebagai penyelesai kepada masalah sosial jika poligami yang dilaksanakan itu tidak berlandas pada trek yang sebenar. Malah ia mungkin menambah kepada satu bentuk masalah sosial yang baru apabila berlaku pergelutan dalam rumahtangga akibat ketidakpuasan hati sebelah pihak, atau antara satu sama lain.



Oleh itu , Pertama sekali kena jelas apakah niat dan matlamat perkahwinan tu, tak kira la pada kali pertama perkahwinan atau perkahwinan seterusnya. Jika dari awall niatnya tidak betul, maka goyah la perkahwinan itu

Jika perkahwinan tidak disandarkan pada Allah, maka perasaan sayang dan cinta akan pudar setelah berkahwin nanti, tambahan pula jika berkahwin atas dasar, kecantikan, harta dan keturunan.


Jika hal permasalahan sosial ini seperti kes-kes rogol dan perzinaan yang berleluasa di mana saja diserahkan kepada kaum isteri yang sudah merasa secure bersama suami mereka, mereka tidak akan membenarkan suami mengambil siapa saja yang lain sebagai madu mereka. Hampir tiada di kalangan isteri yang akan dengan senang hati meredhai dan 'membenarkan' suami menikahi perempuan lain walaupun boleh dikatakan semua orang telah faham bahawa salah satu penyelesaian masalah tadi ialah dengan lelaki mengahwini perempuan-perempuan itu.


Namun begitu, kaum isteri ini juga tidak senang dengan masalah yang berlaku di sekeliling mereka itu. Tiada siapa yang inginkan perkara itu berlaku, lebih-lebih lagi jika ianya berlaku kepada anak pinak atau sanak saudara sendiri. Instead, mereka akan meletakkan, dan menaruh harapan kepada pihak pemerintah untuk menyelesaikannya, tetapi 'jangan diusik suami mereka'.


Dalam keadaan ini, siapakah pula pemerintah itu? Bukankah suami juga merupakan pemimpin dan pemerintah? (Lihat An-Nisaa ayat 34).


Dalam ayat itu, Allah Taala mengangkat kaum lelaki sebagai pemimpin kepada kaum perempuan, dan BUKAN pemimpin hanya kepada isteri-isteri dan anak-anak perempuan sahaja. Maknanya, kepimpinan lelaki kepada kaum perempuan itu TIDAK hanya tertakluk kepada rumahtangganya sahaja. Maknanya, lelaki juga bertanggungjawab kepada masalah yang berlaku di persekitaran rumahtangganya juga.

Tidak mustahil untuk Allah Taala menyoal kaum lelaki di Mahsyar kelak, tentang apa yang sudah mereka buat untuk menyelesaikan masalah yang berlaku di depan mata mereka, sedangkan mereka sudah diberi segala kemampuan dan sudah diangkat sebagai pemimpin oleh Allah Taala sendiri. Atau, adakah kaum lelaki itu ‘takutkan bini’?



Hakikatnya poligami dibenarkan untuk membela nasib wanita. Wanita yang perlukan bantuan seperti janda dan anak dara yang agak lanjut usianya. Namun hakikatnya semua perkara bergantung kepada niat kita sama ada baik atau sebaliknya. Namun...Bukan mudah untuk berkahwin tapi tak susah.


Akhirn kalam, poligami adalah salah satu jalan untuk menyelesaikan permasalahan sosial tetapi bukan satu-satunya jalan untuk menyelesaikan permasalahan sosial...kerana setelah meneliti punca permasalahan sosial itu sendiri ialah peningkatan industri hiburan, siaran2 hiburan yang semakin banyak di media2, pendedahan aurat2 secara berleluasa, pergaulan bebas antara bukan mahram, lambakan kompleks2 hiburan, disko, kelab joget dan pub, alat2 pencegah hamil yang mudah didapati seperti kondom dan pil pencegah hamil.. Pada pandangan saya wajar sekiranya semua punca-punca gejala sosial ini diberi perhatian serius...



wallahualam...






Impianku menjadi isteri solehah,
mencintai, mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.

Seterusnya...

22 April 2010

Risiko Jalan Pintas Bernikah


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
 
Anas bin Malik radliyallahu ‘anhu berkata : “Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam :
    “Artinya : Barangsiapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi”. (Hadist Riwayat Thabrani dan Hakim).
 
 
Pasangan mahu kahwin di luar negara perlu fikir masalah bakal timbul.

JIKA diamati sekarang ini, ramai rakyat Malaysia tanpa mengira nama, pangkat, darjat dan status, berkahwin di Selatan Thailand sama ada di wilayah Songkhla, Narathiwat atau Pattani. Saya dimaklumkan oleh seorang rakan ketika saya berkunjung ke Kelantan baru-baru ini bahawa di Majlis Agama Islam Narathiwat saja lebih 10 pasangan dinikahkan sehari.

Kalau betul angka itu, bermakna isu ini amat serius dan ia amat membimbangkan. Persoalannya, apakah sebab atau faktor menyebabkan individu tertentu ini mengambil 'jalan singkat' tanpa mengira kesannya dari sudut perundangan serta hukum syarak.

Pernikahan di luar negara tanpa kebenaran adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Akta/Enakmen Keluarga Islam apatah lagi bagi individu yang sudah mempunyai isteri. Wujud pelbagai faktor menyebabkan mereka ini bernikah di luar negara. Antaranya, alasan masalah keluarga.

Ini merangkumi suami, wali sengaja enggan menikahkan atas pelbagai alasan wali sendiri, ibu bapa atau ahli keluarga tidak merestui pernikahan itu disebabkan masih dalam alam pengajian, tidak seketurunan atau keluarga sudah ada calon mereka sendiri.

Kesan ketidakizinan keluarga ini menyebabkan hasrat pasangan bernikah melalui 'proses biasa' tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Akibatnya, mereka bernikah di luar negara bagi menyelesaikan permasalahan mereka.

Selain itu, sebilangan pasangan bernikah di luar negara bagi tujuan poligami, kerana sudah mempunyai isteri lain sama ada satu isteri, dua atau tiga. Undang-undang di negara kita menetapkan bagi lelaki yang ingin berkahwin lebih daripada satu, perlu mendapat kebenaran Mahkamah Syariah.

Namun demikian ada pasangan mengambil jalan mudah untuk nikah di luar negara atas alasan kerana tentangan isteri sedia ada, tidak mahu isteri sedia ada mengetahui atau mengelak diketahui pihak tertentu seperti majikan atau keluarga.

Selain itu, faktor kewarganegaraan juga dikatakan menyumbang kepada penyebab pernikahan luar negara ini. Keadaan di Malaysia pada masa ini ialah ada warganegara asing yang datang berkunjung atau warganegara Malaysia ke luar negara sama ada kerana melancong, belajar, bekerja atau menjalankan urusan perniagaan.

Hal ini secara tidak langsung mendorong hubungan peribadi antara warganegara asing dengan penduduk tempatan. Hasil hubungan itu, sebilangan mereka yang melangsungkan akad nikah di luar Malaysia tanpa iebenaran pihak berkuasa agama negeri atas pelbagai alasan seperti sedang berada di negara berkenaan dan tidak sempat balik ke Malaysia, memerlukan kos tinggi untuk berulang alik dan juga disebabkan pernikahan dengan warganegara asing itu adalah pernikahan poligami.




Faktor undang-undang juga dikatakan berperanan kepada penyumbang berlakunya pernikahan luar negara. Peraturan pernikahan melalui Akta atau Enakmen Undang-undang Keluarga Islam yang diguna pakai di seluruh negeri di Malaysia, antara lain bertujuan menyusun atur dan mengawal isu berkaitan dengan perkahwinan, perceraian dan hal yang bersangkutan dengannya.

Bagaimanapun, ada segelintir masyarakat beranggapan peruntukan undang-undang yang ditetapkan adalah ketat dan ia menyusahkan dan membebankan. Umpamanya peraturan mensyaratkan setiap pasangan yang hendak bernikah mengisi borang dan melengkapkannya, menghadiri kursus pra perkahwinan, mendapatkan surat akuan bujang, surat akuan mastautin surat pengesahan HIV, surat pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara bagi pemegang penduduk tetap, menghadiri temubual dan sebagainya yang memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan wang.

Malah bagi kes tertentu, ia akan dirujuk ke Mahkamah Syariah dan kelulusan seperti wali enggan, permohonan poligami dan kes yang bersangkutan dengan perceraian. Bagi sesetengah pasangan, peraturan ini sangat membebankan dan menjadi penghalang utama hasrat mereka untuk menjadi pasangan suami isteri. Sebagai langkah alternatif, bernikah di luar negara dengan anggapan prosesnya lebih mudah berbanding di dalam negara sendiri.

Sesuatu pernikahan itu boleh dilakukan di mana-mana tempat yang dipilih oleh pasangan asalkan pernikahan mereka memenuhi rukun nikah dan syaratnya. Bagaimanapun bagi memastikan pernikahan itu diakui, kebenaran untuk melangsungkan pernikahan hendaklah diperoleh terlebih dulu mengikut proses undang-undang.

Pernikahan luar negara mempunyai kesan iaitu memungkinkan pasangan dipisahkan jika pernikahan itu tidak sah, pasangan dikenakan denda atau penjara, serta sukar mendapat hak suami atau isteri. Lantaran itu, setiap pasangan yang bercadang mengambil jalan pintas dalam menyelesaikan masalah, sepatutnya memikirkan kesan pernikahan itu secara mendalam sebelum tindakan nekad diambil bagi mengurangkan masalah baru yang bakal timbul akibat pernikahan itu.

Dari segi perundangan pula, contohnya Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984. Seksyen 23(1) mengenai poligami memperuntukkan bahawa seorang lelaki yang mahu berpoligami perlu memohon keizinan Mahkamah Syariah terlebih dulu.

Jika dia berkahwin sebelum atau setelah gagal mendapatkan kebenaran itu, maka tindakannya adalah salah di sisi undang-undang. Dia boleh didakwa di bawah Seksyen 123. Jika disabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau denda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Satu kesan perkahwinan yang dilakukan tanpa kebenaran mahkamah adalah perkahwinan itu tidak boleh didaftarkan. Tujuan pendaftaran ini bukan hanya satu formaliti bagi mendapatkan sijil nikah. Ia satu rekod yang mensahihkan perkahwinan berkenaan, bukan saja menurut undang-undang negeri malah menepati hukum syarak. Perkahwinan yang tidak didaftarkan adalah tidak sah dari segi undang-undang. Ia bermaksud bahawa pihak perempuan tidak akan mempunyai hak sebagai seorang isteri dan tidak boleh membuat sebarang tuntutan di Mahkamah Syariah nanti.

Pihak perempuan tidak akan dibenarkan menuntut hak ke atas nafkah, hak penjagaan atau nafkah anak, dan lain-lain tuntutan sehingga perkahwinan didaftarkan. Proses pendaftaran bukanlah satu perkara mudah terutama sekali jika ia dilakukan di luar negara, tanpa)wali hadir atau tanpa saksi yang dikenali atau suami enggan bekerjasama.



Oleh Peguam Syarie : Mohamad Isa Abd Ralip,
Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)


Impianku menjadi isteri solehah,mencintai,
mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.

Seterusnya...

03 March 2010

Isteri berpoligami,isteri yang terpilih


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


وَلَـكِنَّ اللَّهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ الايمَـنَ وَزَيَّنَهُ فِى قُلُوبِكُمْ وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ

Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu dan menjadikan kalian benci kepada kekufuran, kefasikan dan kedurhakaan. [Al-Hujraat, (49) :7 ]



Ini adalah sebuah pandangan dan nasihat Tok Ddeka kepada isteri-isteri yang berpoligami.



TokDdeka: Antara isteri Pertama dan Isteri Kedua.Isteri-isteri yang berumahtangga dalam suasana poligami seharusnya bersyukur kerana mereka ialah antara wanita-wanita yang telah terpilih untuk berada di tempat yang lebih tinggi dari perasaan cemburu yang tidak terkawal, perasaan cemburu yang berkemungkinan boleh menghancurkan rumahtangga, walaupun dalam sebuah rumahtangga monogami.

Jelingan suami ke arah gadis-gadis supermarket umpamanya, sudah cukup untuk menzahirkan rasa cemburu di kalangan isteri. Namun, limit teratas perasaan cemburu di kalangan isteri ialah apabila suami memutuskan untuk berpoligami. Apabila limit teratas ini sudah dapat dikawal dan diatasi, insiden-insiden kecil yang lazimnya menzahirkan perasaan cemburu di kalangan isteri ini sudah tiada apa-apa lagi, dan masing-masing suami dan isteri akan merasa lebih bebas bergerak tanpa dibimbangi dengan perasaan yang bukan-bukan.

Ada juga di kalangan isteri, kepada suami yang tidak pernah ada niat untuk berpoligami walaupun mereka mahu, telah sedia menyimpan segala ‘senjata’ untuk digunakan terhadap suami jika suami itu menyatakan hasrat untuk berpoligami. Antara senjata yang paling popular ialah ‘awak ceraikan saya dulu, kemudian kawinlah seberapa ramai yang awak nak’.


Tidak dinafikan ada suami yang ‘takutkan’ senjata sedemikian. Namun, samada suami tidak berpoligami disebabkan oleh ‘ugutan’ sedemikian atau dengan sebab-sebab yang lain, sedikitpun tidak mustahil untuk Allah Taala menyoal isteri itu di Mahsyar kelak; Mahsyar yang tiada sesiapapun yang akan terlepas dari melaluinya. Alangkah ruginya isteri-isteri yang menyimpan senjata sebegitu, walaupun tidak pernah perlu digunakan terhadap suami, kerana pengetahuan Allah Taala itu terlalu amat mendalam sehingga kesetiap sudut dalam lubuk hati setiap manusia.

Namun, bagi isteri-isteri yang berumahtangga dalam suasana poligami, kemusykilan-kemusykilan sedemikian boleh dikatakan sudah tidak perlu dirisaukan lagi….

Wallaahu a’lam.



Dan ini pula ialah jawapan dari isteri yang melalui poligami.



Ladymorgana: Antara isteri Pertama dan Isteri Kedua.
Yup...betul kata tok deka tu...once kita dah dapat handle perasaan cemburu tu, maka tak der apa lagi yang dapat menghalang kita dari rasa bahagia hidup berpoligami....saya tak kata, saya bahagia dengan cara hidup sebegini, tapi, disebabkan saya menyesuaikan diri dengan apa yang berlaku sekarang nie, alhamdulillah setakat ini, saya semakin kuat untuk mengharungi hidup ini...


percayalah, kita sendiri yang pilih untuk hidup macammana...kalau kita nak hidup bahagia, maka bahagialah kita...begitu jugalah jika sebaliknya...





Ruhilyati: Antara isteri Pertama dan Isteri Kedua.
Memang benar, tidak susah hidup bermadu ni. Walau bagaimana pun.... selain jaga diri sendiri & taat kepada suami.....poligami akan lebih bermakna kalau kita dapat menerima serta menghormati madu/madu2 kita. Dalam poligami, markah lebih tentu diperolehi kalau boleh menerima madu kita dan melayan dia dengan baik.Kita menunjuk-nunjuk kebaikan diri sendiri atau pun tidak, hanya diri kita saja yang tahu. Keikhlasan tu yang penting. Yang jadi hakimnya tentulah Allah S.W.T.


Sesungguhnya saya kagum dengan pendapat yang sangat2 bernas tu. Tentang 'senjata' yang dikatakan....pun memang betul, contohnya kami...ada beberapa keadaan ada antara isteri2nya yang dalam keadaan marah menyebut tentang 'talak'. Namun, Suami tidak pernah takut atau pun tunduk kerana baginya tiada kesalahan yang zahir&sahih yang dilakukannya untuk isterinya meminta cerai. Antara dialognya, "Pergilah buat aduan di Pejabat Agama". Akhirnya, tidak ada yang pergi... sebab memang tidak ada alasan yang munasabah untuk meminta cerai. Suami kami adalah orang yang sangat biasa i.e bukan lah kaya & bukan lah orang yang 'alim'. Tapi dia seorang yang sangat tegas dan tahu apa yang dilakukannya adil.


Saya bagi 1 contoh tentang kehidupan poligami kami. Semasa cuti Maulidur Rasul baru-baru ini, Suami membawa isteri Ketiga dan anak2nya (anak suami & anak2 arwah suaminya) bercuti ke Genting Highland. Permintaan datangnya dari isteri Ketiga, Suami menerima cadangan tersebut kerana sememangnya semenjak berkahwin pada tahun 2006, dia tidak pernah membawa isteri Ketiga & anak2nya bercuti.


Isteri Pertama & Saya. Cemburu? Rasanya tidak. Kami meminta izin dari Suami untuk bawa anak2 berjalan ke Cameron Highland. Diizinkan. Kami pergi lima beranak.... seronok juga. Saya selalu berdoa, agar keadaan ini berterusan sehingga ke akhir hayat.



Maka jelas terbukti dari pengakuan isteri pertama, ladymorgana, untuk hidup bahagia berpoligami, kita sendiri boleh menentukannya dengan didikan iman, akhlak mulia di dalam rumah tangga diiringi doa dan tawakkal. Tahniah kepada para isteri-isteri dan suami yang bahagia hidup berpoligami.


Begitu juga pengakuan isteri kedua ,Ruhilyati bahawa bahagia itu kita sendiri yang menentukannya diiringi taqwa kepada Allah.




Impianku menjadi isteri solehah,mencintai,
mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.

Seterusnya...

01 March 2010

Sukarnya berbahagi suami

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Hadis riwayat al-Bukhari:
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi saw bersabda: "Siapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya Allah mengujinya"

Bermadu, perkataan yang manis di mulut namun pedih di hati. Hanya mereka yang pernah melaluinya sahaja tahu kesukaran yang perlu dihadapi.

Ditanya pada setiap wanita pasti tidak mahu dan seboleh-bolehnya mengelak daripada berada dalam situasi tersebut.

Tidak kira sama ada menjadi isteri tua mahupun isteri muda. Kedua-duanya pasti akan merasai pahit dan maungnya bermadu.

Namun sebagai makhluk Tuhan, siapalah kita untuk menolak takdir Maha Pencipta, menepis qada dan qadar yang telah tertulis.

Walaupun cuba dielak dan ditepis, jika itulah takdirnya maka harus didepani dengan reda. Mungkin setiap yang berlaku pasti ada sebab dan musabab yang terselindung oleh-Nya kepada kita.

Menurut Perunding Motivasi Kaunseling, Hushim Salleh, wanita bermadu perlu mempunyai kekuatan yang tersendiri terutama bagi yang bergelar isteri muda.

“Wanita yang mengambil keputusan untuk menjadi isteri muda perlu mempunyai jati diri yang kuat serta sabar dalam menangani dugaan hidup.

“Hal ini penting dalam menangani suasana kehidupan yang normal seperti orang lain,” ujarnya ketika dihubungi baru-baru ini.

Bagaimanapun, semua tohmahan dan cemuhan itu tidak akan berlaku sekiranya suami boleh mengatasi permasalahan ini dengan aman tanpa menyakitkan hati di kedua-dua belah pihak.

Tegasnya, bagi mewujudkan perkahwinan yang bahagia biarpun hidup berpoligami, setiap isteri perlulah saling faham memahami dan hormat menghormati di antara satu sama lain.




“Bagi isteri tua, dia perlu bersabar biarpun hatinya remuk ekoran suaminya memiliki insan lain. Kesabaran adalah penting meneruskan hubungan rumah tangga.

“Sementara isteri muda pula perlu kuat dalam menghadapi dugaan hidup selepas memilih untuk meneruskan hubungan walaupun mengetahui lelaki tersebut sudah beristeri,” katanya.

Selain itu katanya, sebagai isteri kedua, perlulah membuatkan hati sentiasa sibuk. Jika ia dibiarkan kosong nanti yang duduk di dalamnya adalah iblis.

Sebenarnya, wanita kini sukakan lelaki yang matang dan sudah pasti ciri-ciri itu hanya ada pada lelaki yang berusia dan berpengalaman dalam rumah tangga.

Namun, faktor utama mengapa wanita sanggup menjadi isteri kedua adalah kerana kesunyian, kesepian dan juga faktor usia yang semakin matang.

Akuinya lagi, tidak salah bergelar isteri muda asalkan pandai membawa diri.

Dalam al-Quran, Allah SWT menjelaskan dalam firmannya yang bermaksud: ‘Kahwinlah kamu dengan perempuan baik bagi kamu, dua, tiga atau empat. Sekiranya kamu khuatir tidak dapat berlaku adil (terhadap mereka) cukuplah satu sahaja’- Surah al-Nisa’:3.

Berdasarkan pengertian ayat ini menunjukkan bahawa amalan bermadu merupakan satu cara hidup berumah tangga berasaskan landasan syariat yang menghendaki agar sentiasa wujud keharmonian hidup dalam keluarga.

Namun harus diingatkan, biarpun bergelar isteri kedua atau ketiga dan keempat, hak sebagai isteri tetap sama.

“Islam tidak membezakan isteri pertama, kedua atau sebagainya. Selagi dia bernikah secara sah, hak kesemua isteri adalah sama.

“Tidak ada bezanya, hak mereka juga sama. Cuma yang berbeza adalah status seseorang wanita itu selepas diijabkabulkan.

“Jika anak dara haknya lain manakala seorang janda haknya juga berbeza.

Bagaimanapun hak di sini bermakna bilangan hari selepas diijabkabul. Jika yang dikahwini itu adalah seorang dara maka bilangan hari bersama suami adalah tujuh hari berbanding pula status janda bilangan hari bersama suami adalah tiga hari,” jelasnya.

Namun dari segi tanggungjawab dan sebagainya, kata Hushim, hak isteri tetap sama .

Dalam mengamalkan permasalahan poligami, suami pula harus memainkan peranan seadil-adilnya terhadap kedua-dua isteri.

“Kecacatan poligami sebenarnya bukan dari segi prinsip tetapi lebih kepada perlaksanaan yang menyimpang daripada syariat .

“Ini terbukti daripada statistik menunjukkan bahawa 80 peratus pengadu yang mengadu mempunyai masalah rumah tangga adalah kaum Hawa, ini secara langsung membuktikan bahawa krisis rumah tangga berpunca daripada kelalaian kaum Adam,” jelasnya lagi.

Secara fitrah dan nalurinya, emosi isteri pertama sudah tentu akan terganggu akibat daripada berbahagi kasih.

“Oleh itu, peranan suami amat penting dalam membahagikan kasih sayang dan juga menjalankan tanggungjawab,” katanya serius.

Jelasnya, dalam menjalani cabaran kehidupan wanita yang bergelar isteri muda haruslah tabah mengharunginya.

“Lupakan kesedihan dengan banyak mengingati anugerah Allah yang dikurniakan kepada diri,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, nikmat Allah bukan sekadar harta semata-mata tetapi juga kebahagiaan dalam kehidupan seharian.

“Atasilah masalah hati dengan membuat aktiviti-aktiviti supaya sentiasa sibuk.

“Jika hati disakiti, carilah tempat selamat. Sibukkan diri dengan memanfaatkan setiap detik yang berlalu agar ia membuahkan pahala,” terangnya lagi.

Bagaimanapun jelasnya lagi, kebahagiaan rumah tangga itu bermula daripada hati dan juga tubuh badan yang sihat.

“Jika hati sakit pastinya boleh menjejaskan kesihatan jasmani juga, hiduplah dengan dengan aktiviti yang bermanfaat .

“Selain itu, tanamkan azam di dalam diri untuk atasi segala dugaan dan bersyukur apa yang ada, malah jalan yang paling penting mohon pada Yang Maha Esa supaya merestui perkahwinan itu ke jalan bahagia,” katanya.


Sumber
Impianku menjadi isteri solehah,mencintai,
mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.

Seterusnya...

20 February 2010

Peraturan dan Syarat Berpoligami

Sejak akhir-akhir ini Forum Halaqahnet dihujani dengan isu poligami, luahan hati isteri pertama dan isteri  kedua. Berbagai kisah dan iktibar terdapat dalam topik Antara Isteri Pertama dan Isteri Kedua.

Kebanyakkannya isu adalah kepincangan dalam pelaksanaan berpoligami oleh suami sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati kepada isteri kedua.

Oleh kerana tidak mahu masalah berpanjangan walaupun keadilan yang diharapkan tidak nampak bayang,  mengalah dan bersabar adalah jalan mulia yang mampu meraka lalui demi mempertahankan rumah tangga yang telah terbina.

Maka di sini , ummi terpanggil untuk menulis peraturan dan syarat berpoligami oleh seorang lelaki yang ummi ambik sumbernya dari Berita Harian. Penulis artikel itu adalah seorang Peguam Syarie.

Hakikatnya, poligami adalah amalan yang dibenarkan dalam Islam. Cuma, pada masa sama, wanita yang hidup bermadu hendaklah celik ilmu dalam hal berkaitan hak nafkah sama ada untuk diri sendiri atau anak.

Hakikatnya, keharusan beristeri lebih seorang menurut syariat Islam dibatasi peraturan dan syarat ketat bagi memastikan hukum asal perkahwinan yang selari dengan keperluan zahir batin umat manusia tidak dijadikan alat pemuas nafsu semata-mata. Kegagalan mematuhi peraturan itulah menjadi punca institusi rumah tangga yang mengamalkan poligami dipandang sinis oleh golongan ‘anti-poligami’ seterusnya diberi label sebagai ‘amalan pelik yang menindas wanita’.

Antara syarat bagi seorang lelaki yang ingin mengamalkan poligami ialah berkemampuan menanggung nafkah zahir dan batin isteri sedia ada serta bakal isteri. Begitupun, Abu al-‘Aynayn dalam buku al-Ziwaj wa al-Talaq fi al-Islam berpandangan sebarang penambahan (nafkah zahir dan batin) boleh diberikan kepada isteri tertentu dengan syarat dipersetujui isteri lain.

Syarat lain ialah mampu berlaku adil kepada semua isteri yang dinikahi. Konsep keadilan ini menjangkaui maksud asalnya - meletakkan sesuatu pada tempatnya. Sebaliknya, ia merangkumi segenap sudut kehidupan berumahtangga termasuk aspek komunikasi, tingkah laku dan perbuatan, tutur kata serta akhlak baik.



Tidak terkecuali hak nafkah berupa pakaian, tempat tinggal, giliran bermalam dan musafir tanpa wujud pilih kasih antara isteri yang ada. Suami juga disyaratkan agar tidak menunjukkan secara jelas perbezaan kasih sayang antara isteri yang dikahwini. Dalam konteks penyediaan tempat tinggal, sebaik-baiknya hendaklah diasingkan isteri itu bagi mengelak perselisihan keluarga dan perasaan cemburu di kalangan mereka.

Selain itu, Islam menyarankan lelaki yang mengamalkan poligami agar menentukan kadar giliran bermalam yang adil antara isterinya tanpa mengira status sebagai isteri muda, isteri tua dan sebagainya. Suami menanggung dosa sekiranya memberikan giliran lebih banyak kepada seorang isteri berbanding isteri lain. Namun, kelonggaran boleh diberikan pada malam awal perkahwinan dengan isteri baru tanpa perlu diganti semula kepada isteri lain.

Pihak mahkamah dalam memberi pertimbangan terhadap permohonan poligami akan mengambil kira beberapa perkara antara lain termasuk sama ada perkahwinan dicadangkan itu patut dan perlu, kemampuan pemohon mengikut syarak dalam aspek penyediaan nafkah, keupayaan pemohon memberi layanan sama rata kepada semua isteri mengikut syarak dan sama ada perkahwinan yang dicadangkan itu akan menyebabkan dharar syarie kepada semua isteri.

Bagi mengelak penganiayaan terhadap wanita khususnya isteri yang dimadukan tanpa kebenaran mahkamah, AUKIWP memperuntukkan penalti bagi mana-mana lelaki yang melanggar seksyen 23 di atas. Hukuman jika sabit kesalahan ini adalah denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya seperti diperuntukkan dalam seksyen 123 akta sama.

Ironinya, di sebalik peruntukan undang-undang sedia ada, kes poligami tanpa kebenaran mahkamah terus berlaku. Demi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai implikasi tindakan berpoligami tanpa kebenaran Mahkamah, setengah Hakim Syarie mengambil pendekatan berani dengan mengenakan hukuman yang jarang dipraktikkan di Mahkamah Syariah iaitu hukuman penjara.

Malangnya, timbul pula kritikan di sana sini mengatakan Mahkamah Syariah bersikap zalim terhadap orang yang ingin ‘mendirikan masjid’. Realitinya, perkahwinan poligami tanpa kebenaran mahkamah mendatangkan kesan buruk lebih besar jika membabitkan jurunikah tidak bertauliah atau melalui sindiket. Jika ini berlaku, pihak terbabit akan berdepan masalah berat termasuk isu kesahihan pernikahan dan status isteri muda serta anak hasil perkahwinan berkenaan.

Lebih malang sekiranya suami meninggal dunia sebelum pengesahan nikah dilakukan menyebabkan isteri muda dan anak dinafikan hak menerima pusaka disebabkan ketiadaan bukti pernikahan. Implikasi sosial seperti keruntuhan akhlak anak juga tidak terkecuali berikutan pernikahan yang menyalahi undang-undang.

Namun, undang-undang negara tetap menyediakan ruang dan peruntukan yang bertujuan membela nasib wanita serta anak. Bagi isteri yang tidak menerima layanan adil oleh suami sama ada membabitkan situasi beristeri lebih atau tidak, undang-undang menggariskan suami berkenaan boleh dikenakan tindakan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Peruntukan seksyen 128 AUKIWP selaras dengan kehendak syarak yang menekankan pentingnya wanita dilayan adil dan dilindungi daripada penyalahgunaan amalan poligami ini. Selain itu, bagi wanita bergelar isteri yang tidak lagi mampu mempertahankan rumah tangga, lantaran kemelut hidup berpoligami maka peruntukan undang-undang memberinya hak untuk menuntut cerai secara fasakh.

Peruntukan ini jelas terkandung di dalam seksyen 52 AUKIWP yang menggariskan antara alasan fasakh termasuklah suami menganiayainya iaitu antara lain jika ia mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri berkenaan secara adil mengikut kehendak hukum syarak. Justeru, jika isteri terbabit berasakan haknya dicabuli dan tidak diperlakukan dengan adil lantaran berkongsi suami, maka jalan keluarnya adalah menerusi peruntukan fasakh.

Dalam dunia moden serba canggih hari ini di mana ilmu pengetahuan dapat diakses dengan mudah, isu poligami seharusnya tidak lagi dilihat daripada perspektif sempit yang biasanya dipengaruhi sistem nilai masyarakat Melayu. Jika tidak, ia akan menjadikannya satu persoalan yang begitu bercelaru.

Kecelaruan tanggapan masyarakat terhadap amalan berpoligami khususnya di kalangan masyarakat negara ini wajar diperbetulkan melalui pendidikan mengenai kebaikan berpoligami bagi menyelesaikan dilema berpanjangan mengenai isu ini.

Menurut Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid dalam satu seminar berkaitan poligami pada 2003, masalah poligami tidak boleh diselesaikan dengan mengetatkan lagi undang-undang seperti diinginkan kebanyakan pergerakan wanita di negara ini. Kesannya lebih buruk apabila lelaki yang ingin berkahwin lari ke negara sempadan dan perkahwinan itu tidak didaftarkan semula di negara ini. Akibatnya wanita dan anak menjadi mangsa apabila timbul masalah kelak.


Semoga menjadi panduan kepada mana-mana lelaki atau perempuan yang ingin menjalani hidup berpoligami.


Impianku menjadi isteri solehah,mencintai,
mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.

Seterusnya...

13 February 2010

Berpijak kepada bumi yang nyata

Dalam kehidupan ini ialah segalanya-galanya akan dirasakan menjadi masalah apabila diri terbawa-bawa melayang terkeluar dari landasan berpijak kepada bumi yang nyata. Orang yang berjaya adalah orang yang dapat menangani apa jua masalah yang dihadapi kerana berkeupayaan membawa dirinya kembali kepada berpijak di bumi yang nyata itu.


Apakah dia berpijak dibumi yang nyata itu?

Bumi yang nyata itu terdapat dalam maksud Firman Allah ini:

(٢٩) وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ
“Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatu pun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam. [At-Takwiir: 29].


Kecuali yang Diatur oleh Allah?

Apakah yang Diaturkan oleh Allah itu? Yang telah Diaturkan oleh Allah ialah agama Islam itu sendiri, dan bagi kita apa yang beragama Islam, apa yang dikatakan sebagai "syariat" itu. Ini termasuklah perihal Allah membenarkan seorang suami boleh beristeri sampai sehingga 4 orang (bagi yang mereka berkemampuan.).

Itulah yang jelas dan nyata yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Apa-apa saja yang terdapat di dalam Al-Qur'an itu, maka itulah yang merupakan "bumi yang nyata" bagi yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.





Dalam Al-Qur'an, pengajaran daripadanya ialah Allah membenarkan seorang lelaki itu berpoligami jika mempunyai kemampuan. Apakah padahnya jika kita tidak redha? Ini adalah kerana mengalirkan air mata itu sendiri adalah manifestasi sebagai tidak redha kepada apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an tersebut. Cuba kita fahami maksud Firman Allah ini?:


وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦)
"Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Dengan sebab itu kenalah reda, wajib redha; bukan setakat nak cuba-cuba redha apabila suami menyatakan keinginan untuk berpoligami.

Cuba kita senaraikan apakah tingkahlaku atau perbuatan yang Allah redha apabila suami kita berpoligami.

Sebagai manifestasi redha itu termasuklah sudah tentunya perilaku yang sebaik-baiknya ialah bertindak memastikan sepanjang masa bahawa diri isteri adalah orang yang dapat membahagiakan hati suami, ini adalah kerana sifat seorang lelaki ialah di mana ia boleh mendapat kebahagian hati, maka di situlah ia perjuangkan untuk pergi dan dia berada.

Satu formula yang amat baik ada dalam al-hadis Rasulullah s.a.w. yang dinukilkan oleh Al-Imam Al-Ghazali dalam karyanya Bimbingan Mukmin, iaitu:
“Beri memberilah antara kamu, niscaya kamu akan cinta-mencintai antara sesama kamu.”

Cuba kita senaraikan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebahagiaan di dalam rumah tangga berpoligami. Antara isteri-isteri yang berusaha mendatangkan kebahgiaan menurut keredhaan Allah, maka itulah yang pasti disayangi oleh suami. Suami perlu memimpin kesemua isterinya agar berusaha mencari redha Allah.

Selain dari itu yang dapat dikatakan sebegai redha ialah walau dalam keadaan apa jua pun, walau sakit macam mana pun di hati misalnya, dengan nawaitu KERANA ALLAH juga hendaklah gunakan formula yang terdapat dalam maksud al-hadis ini, iaitu yang juga dinukilkan oleh Al-Imam Al-Gazali dalam kitabnya yang sama, iaitu:
“Kiranya seseorang kamu mencintai saudaranya, maka hendaklah diberitahukan kepadanya.".

Maka seorang isteri jangan jemu untuk mengungkapkan kata cinta kepada suaminya walaupun telah berkahwin berpuluh-puluh tahun.





Impianku menjadi isteri solehah,mencintai,
mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.

Seterusnya...

06 January 2010

Berpoligami Sebagai satu Ibadah Kerana Allah





بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Semoga kita semua sentiasa didalam naungan Rahmat dan Kasih SayangNya. Buat pertama kali ummi menulis sesuatu yang jarang berlaku di dalam masyarakat apabila seorang isteri memohon suaminya berpoligami dan isteri sedia untuk mencarikan calon isteri buat suaminya.

Bukan lah semudah mengungkap kata, "bang,kahwin la seorang lagi." Sebelum isteri berkata begitu, isteri telah bermujahadah, telah mohon petunjuk dan bertawakkal kepada Allah. Setiap saat isteri bermonolog dengan penciptanya, berdoa agar terus di mantapkan iman dan menetapkan hati di dalam membuat keputusan. Memang sesuatu yang jarang berlaku, apabila isteri yang menyaran suaminya agar berpoligami. Maka bila isteri mengusulkan perkara ini, bermakna isteri itu telah bersedia. Hanya mungkin suami yang belum bersedia,maka dia masih seseolah dalam kejutan. Adakah benar apa yang didengar dari mulut isterinya ini.

Inilah paradigma yang sukar untuk dilakukan di dalam masyarakat hari ini. Menyarankan pada suami untuk berpoligami. Seseorang isteri menyarankan suaminya berpoligami bukanlah bersebab, bukan mesti ada sebab kerana kekurangan diri atau sebagainya. Isteri mahu meningkatkan kualiti dalam beramal, dan menjadikan dengan bersabar, menjaga hati dari sifat tercela di dalam pergaulan hubungan sesama manusia sebagai satu ibadah kepada Allah SWT. Memag fitrahnya, pasti akan ada sifat tamak, cemburu, ingin menguasai, buruk sangka di dalam hati manusia. Tetapi itu semua merupakan jalan-jalan pintu syaitan untuk menghasut manusia menjadi orang yang dilaknat oleh Allah.



Maka jika kita berusaha menjaga hati dan diri dari sifat tercela ini, menjaga hati dari dimasukki oleh syaitan maka, itu juga merupakan satu ibadah kepada Allah. Bermakna isteri menyarankan suami berpoligami kerana Allah semata-mata. Ini yang dikatakan berpoligami tanpa sebab. Jika orang bertanya pun, pasti isteri atau suami tidak mempunyai jawapan,kenapa mahu berpoligami. Bukan kerana kurang kasih sayang, bukan kerana nafsu, bukan kerana tidak ada anak, bukan kerana sudah hambar dalam hubungan kasih sayang atau apa sahaja.

Hubungan suami isteri tetap hangat, mesra, intim dan bahagia. Tidak ada apa-apa kekurangan. Selama usia perkahwinan, hingga saat menyarankan suaminya berpoligami, isteri ditatang bagaikan mutiara, permata dan kaca oleh suaminya. Saling menyayangi dan mencintai. Kasih sayang dan cintai itu sangat utuh tanpa tergugat dalam apa jua keadaan. Semua ini terdidik kerana sifat saling percaya mempercayai yang ditanam sejak berumahtangga. Tidak ada sekelumit pun sifat curiga di dalam hati terhadap kasih sayang dan cinta di hati suami isteri.

Maka baik isteri atau suami mahu menjadikan berpoligami ini sebagai satu ibadah kerana Allah semata-mata. Semoga apa yang diinginkan oelh suami atau isteri diredhai Allah dan terus memantapkan iman dan hati di jalan Allah. Semoga isteri yang hadir nanti akan lebih mengintimkan kasih sayang dan cinta antara 3 manusia ini. Ya Allah, mantapkan, sempurnakan iman mereka dan tetapkan mereka dijalan MU,Ya Allah. Peliharan mereka agar sentiasa berada di dalam Islam, Iman,Ihsan yang sempurna dan mati di dalam redha MU.


Seterusnya...

22 December 2009

Membina Kebahagiaan Berpoligami


Hari ini berhenti dahulu bercerita mengenai poligami. Kesian pada orang yang jiwa raganya terdera kerana masih belum berkahwin tapi ummi sogokkan pula cerita tentang poligami untuk menjadi isteri kedua.

Ummi sebenarnya nak buka minda dan ubah persepsi masyarakat bahawa menjadi isteri kedua, ketiga dan keempat tidak salah dalam Islam. Jika cara dan kaedah untuk seorang lelaki itu berkahwin menurut cara dan syariat Islam. Seperti perkahwinan pertama, di dahului dengan merisik, meminang,bertunang (walaupun sekejap untuk urusan persediaan borang nikah)dan diiringan dengan bernikah. Majlis nikah ini, tidak perlulah buat besar, cukup sekadar memaklumkan orang ramai, dan jika tidak ada gangguan emosi, isteri-isteri dan anak-anak lain sebaiknya hadir untuk memberikan sokongan dan mengeratkan ukhuwwah di dalam keluarga.




Sesungguhnya perkahwinan itu adalah suatu yang sangat indah, samada yang berkahwin itu pada yang pertama atau kedua atau lain2nya. Kerana Allah Ta'ala memberitahu manusia betapa indahnya perkahwinan melalui KalamNya yang suci.....

".....Supaya kamu tenteram dengannya..."

Jika cara dan kaedah yang betul, menepati syariat maka, isteri-isteri akan rasa bahagia kerana hak mereka sebagai isteri tidak dinapikan. Dan rasanya isteri yang baru dinikahi pun tidak akan terlalu berkira. Tambahan jika dengan isteri pertama, ada ramai anak, masa dengan anak-anak juga adalah sebahagian tanggung jawap yang perlu dipenuhi. Dan semestinya anak-anak tadi berada di rumah isteri pertama,maka akan kelihatan seseolah suami tadi melebihkan masa dengan isteri pertama. Maka akan kelihatan seseolah suami tidak adil dalam pemabhagian masa.

Sepatutnya, seorang isteri kedua, atau ketiga atau ke empat melihat ini dengan rasional, bukan dengan emosi.Isteri-isteri yang berada di bawah seorang suami ialah wanita-wanita yang sangat istimewa. Inilah wanita-wanita yang telah melalui segala macam ujian yang tidak dilalui oleh wanita-wanita lain. Inilah wanita-wanita yang sangat cekap untuk membezakan yang mana fitnah, dan yang mana benar. Inilah wanita-wanita yang telah berjaya meletakkan perasaan cemburu mereka pada tahap yang sebenarnya. Inilah wanita-wanita yang telah melalui satu proses penjurusan perasaan dan hati hanya kepada Allah Taala.

Dalam poligami, tiada siapa yang boleh menolong suami atau isteri dalam mencapai ketenangan hati, tidak adik beradik, tidak ipar duai, tidak ibu bapa, tidak saudara mara. Yang ada hanya Allah Taala, satu-satunya tempat doa dipanjatkan, dengan penuh harapan agar Allah Taala menganugerahkan kebahagiaan seperti yang dijanjikan.

Sedikit ummi catatkan pengalaman seorang isteri kedua...


Jom kita kongsi bersama-sama...

Pengalaman sebagai isteri kedua.
Antara pantang larang utama jika hati ingin bahagia dlm rumah tangga poligami ialah elakkan mencerca isteri lain dihadapan suami kita. Seorang lelaki dan suami yang baik tidak pernah suka isterinya diperlekehkan hatta isterinya salah sekalipun. Inilah selalu yang dilupai oleh para isteri sama ada isteri pertama, kedua dan seterusnya.

Jika kita ingin menegur isteri lain sekalipun, tegur dan beri cadangan membina agar suami rasa anda sedang membantunya membina rumahtangga bahagia. Bukan merendah-rendahkan isteri suami kita tersebut kerana suami akan merasakan bahawa anda sedang mencabar kewibawaan dan maruahnya.

Tiada manfaat sekiranya kita merendah-rendah pihak lain dimata suami hanya kerana untuk menarik perhatian suami terhadap kita. Mungkin tindakan tersebut akan memberikan impak sebaliknya kepada kita iaitu suami akan lebih menyampah, sakit hati dgn tindakan kita merendah-rendahkan isterinya, pilihan hatinya kerana beliau juga tidak suka dan tidak mahu mana-mana isteri-isterinya direndah-rendahkan oleh orang lain hatta oleh isterinya sendiri terhadap isterinya yang lain..

Oleh itu.. janganlah kita memasang jerat untuk diri kita sendiri.. jika ini yang berlaku.. percayalah.. anda tidak akan bahagia dan akan terus memendam rasa... isilah baki umur yang kita tidak tahu byk mana yang ada dgn membahagiakan diri kita dan suami.. jgn biarkan masa yng singkat yg kita ada ini dgn perbalahan dan perselisihan faham dgn suami semata-mata kerana kita inginkan perhatian suami.. entah-entah esok lusa kita dipanggil Ilahi.. entah-entah esok lusa.. suami kita dipanggil pergi..

wallahu'alam.

Ambillah peringatan, jadikan Al-Quran, As-Sunnah, dan pengalaman sahabat dari keadaan rumahtangga yang pernah mereka lalui sebagai panduan berguna untuk kita belayar mengharungi gelora di dalam rumahtangga. Memang di dalam melayari rumah tangga sekali sekala pasti ada ribut,taufan dan badai yang melanda. situasi ini bukan sahaja di dalam rumah tangga poligami sahaja, yang monogami pun mengalami juga.

Tengok tu, tak mahu cerita bab poligami, akhirnya , panjang lebar juga entri kali ini mengenai poligami. Maaf ya,anak-anak, dah terlanjur hingga ke bawah sini ummi bercerita pasal poligami. Yang baik jadikan teladan yang tidak elok jadikan sempadan.

Seterusnya...

19 December 2009

Baitul Muslim-Mencari calon isteri kedua

Pencarian calon isteri untuk menjadi isteri kedua. Sesiapa yang telah bersedia,sila layari halaqah.net untuk mendapatkan maklumat dan borang penyertaan. Baitul Muslim-Mencari calon isteri kedua.

Berpoligami bukan sesuatu yang Allah larang jika semua kita memahami tanggungjawap dan redha meredhai antara satu sama lain.Poligami ialah option, bukan obligation, untuk lelaki dan perempuan. Ia harus, halal, doable dan syarie. Ia datang lengkap dengan pekej-pekej yang mengandungi segala kemanisan, keseronokan, serta cabaran ketahanan untuk meredhai apa yang diredhai oleh Allah Taala pada kedua-dua pihak suami dan isteri-isteri. Malah, agak bersalahan jika pekej itu dikhususkan hanya untuk poligami, sedangkan pekej yang sama juga adalah untuk monogami. Secara amnya, pekej itu ialah untuk setiap perkahwinan samada mono atau poli, manakala poligami pula hanyalah satu lagi pernikahan yang berlaku kepada lelaki yang sudah beristeri.


Masalahnya, benda ni selalu dilihat sebagai orang lelaki yang mengambil kesempatan, menggunakan alasan agama untuk kepentingan lain, sedangkan sebenarnya tidak begitu. Allah Taala lebih bijak dari itu apabila menghukumkan apa saja untuk kebaikan manusia.


Beristeri ramai ni tidak boleh dilihat hanya pada kelebihan lelaki untuk menggunakan option itu, tetapi juga harus dilihat pada sudut lelaki itu yang membenar serta mengizinkan dirinya, serta segala resources yang ada di sekeliling lelaki itu, untuk dimanafaatkan oleh semua isteri-isterinya dengan cara yang syarie, halal, serta menggembira serta membahagiakan semua isteri-isterinya.

Bila kita bercakap bagi pihak seorang isteri secara individualistik, memang nampak macam buruk sangat lelaki yang beristeri ramai ni. Tetapi jika kita bercakap bagi pihak isteri-isteri secara kolektif, bagi pihak kaum perempuan, betapa comel dan cantiknya apabila segala resources yang melimpah ruah yang ada pada seorang lelaki boleh dishare oleh beberapa orang isteri.


Sebanyak mana sangatlah SEORANG isteri itu boleh 'menghabiskan' resources yang ada di sekeliling suaminya, sampai tak sanggup nak share dengan orang lain. Samalah juga dengan nasi tambah yang banyak, tak akan habis dimakan oleh hanya seorang. Lebih baik ajak orang lain makan sama, tidaklah membazir sangat.


Poligami itu tidak lebih dari satu pernikahan yang sah, sama dengan pernikahan-pernikahan yang lain, yang tidak henti-henti berlaku, dan akan terus tidak henti-henti berlaku; tetapi berlaku pada seorang lelaki yang sudah beristeri.

Jika lelaki itu sudah berjaya membawa keluarganya kepada suatu keadaan yang selesa, pada rohani dan jasmaninya, tiada sebab mengapa lelaki yang sama tidak boleh membawa satu lagi keluarga kepada keselesaan yang sama. Pada struktur fizikal dan mental kaum lelaki, mereka boleh lakukannya jika mereka tidak diganggu oleh sesiapa. Kalau diganggu, lelaki itu perlulah address gangguan-gangguan itu terlebih dahulu, dan ini membuang masa, tenaga, dan kadang-kadang membuang air mata secara percuma tanpa sebarang manafaat.

Dalam surah An-Nisaa ayat 34, Allah Taala berfirman : “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan…..” panjang lagi, tengoklah sendiri.

Dalam ayat itu, Allah Taala tidak menghadkan kepimpinan lelaki itu hanya kepada isteri-isteri dan anak-anak perempuan sahaja, tetapi kepimpinan itu ialah menyeluruh kepada kaum perempuan. Dalam konteks poligami, jika kepimpinan itu lebih menyeluruh dari hanya disempadani oleh rumahtangga, maka lelaki harus juga melihat masalah kaum wanita yang berlaku di persekitarannya. Dalam konteks poligami juga, kaum lelaki sebagai pemimpin harus melihat poligami bukan hanya dari perspektif perempuan yang sudah dinikahinya, tetapi mereka juga harus melihat poligami itu dari perspektif wanita-wanita yang masih belum diambil oleh sesiapa sebagai isteri.

Ditakdirkan Allah Taala, terdapat pula kaum perempuan yang baik untuk dinikahi oleh lelaki yang sudah beristeri. Sesungguhnya, tiada lagi makhluk lain di bumi Allah Taala ini yang boleh menyelamatkan kaum wanita selain dari kaum lelaki.

Apabila berpoligami adalah diharapkan jangan ada orang suka-suka melebel isteri kedua itu perampas atau lelaki berkahwin lagi kerana nafsu. Tidak kira perkahwinan keberapa, niat berkahwin itu tetap sama bagi seorang lelaki.

Al-Hujuraat ayat 12:
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Manusia yang baik, yang bertaqwa, TIDAK PERNAH berniat untuk menyusahkan sesiapa saja manusia lain, malah tidak juga pernah berniat menyusahkan makhluk Allah yang lain, walaupun seekor haiwan.

Poligami hanyalah satu terminologi untuk membezakan lelaki yang ada seorang isteri dengan yang ada lebih dari satu. It takes 2 untuk berlakunya pernikahan, lelaki dan perempuan, dan pernikahan masih dibenarkan kepada lelaki yang sudah beristeri selagi bilangan isterinya kurang dari empat. Samada lelaki ingin menggunakan kebenaran itu, terpulang.

Dalam Al-Quran, tidak ada sebarang ayat yang address isteri ke berapa, malah kesemuanya di addresskan sebagai "isteri-isteri kamu".

Allah Taala itu Maha Bijaksana dalam menentukan laluan-laluan yang akan dilalui oleh lelaki dan perempuan sehingga mereka dipertemukan dalam satu pernikahan. Tiada dua perkahwinan yang melalui laluan yang sama sebelum berlakunya jodoh. Tiada siapa yang berhak untuk mengatakan atau melabelkan samada sesuatu pernikahan itu berlaku dengan sebab-sebab yang betul atau salah, kerana nafsu atau harta atau kecantikan paras rupa atau kehandsoman lelaki atau apa jua penyebab yang terfikir oleh kita. Siapalah kita yang nampaknya begitu bijak dan tahu sangat mengapa orang lain berkahwin, seolah-olah kitalah yang memberikan markah samada sesuatu perkahwinan itu atas sebab yang betul atau salah.

Isteri kedua BUKAN PERAMPAS

Setiap wanita yang layak untuk berkahwin mempunyai hak yang sama untuk diambil sebagai isteri oleh mana-mana lelaki yang layak, tidak kira samada lelaki itu masih bujang atau sudah beristeri.

Istilah PERAMPAS ialah apabila sesuatu itu diambil secara PAKSA. Mana ada sesiapa pun yang boleh memaksa sesiapa yang lain untuk bernikah diluar persetujuan? Adakah imam yang tergamak menikahkan pasangan secara paksa sehingga isteri kedua itu dipanggil perampas? Bukankah lelaki yang masuk minta? Ataukah perempuan yang memaksa lelaki yang sudah beristeri itu untuk menikahinya secara rampasan?

Poligami tidak berlaku sebagaimana berlakunya rampasan kapalterbang apabila perampas mengajukan pistol di kepala pilot dan mengarahkannya mendarat mengikut kehendak perampas itu. Mana ada berlaku rampasan dalam poligami?
Berkahwin kerana nafsu?

Itu stereotype yang dicipta oleh orang-orang yang sengaja ingin memburuk-burukkan poligami. Tengoklah pada diri kita sendiri, wujud, hidup, bernafas, berforum di bumi Allah ini sekarang. Bukankah lahirnya kita disabitkan dengan nafsu seksual yang dianugerahkan oleh Allah Taala kepada ibubapa kita juga? Tanpa percantuman benih bapa dengan ibu, dalam rahim ibu, akan lahir kah kita? Bolehkah benih itu bercantum tanpa nafsu seksual? Mengapakah nafsu disalahkan apabila berlaku pernikahan?

Di mana saja kita dapati orang akan kata bahawa lelaki berpoligami kerana nafsu. Ini satu kenyataan yang tepat pada maksudnya, tetapi tidak betul pada cara ianya dikata. Samada yang banyak berkata itu pernah berpoligami atau tidak, wallaahu a'lam. Mungkin juga itu cara mereka berfikir, dan menganggap semua orang lain berfikir macam mereka, sedangkan mereka sendiri belum pernah berpoligami pun.

Nafsu seksual ialah anugerah dari Allah Taala. Malah, agaknya tidak salah jika dikatakan bahawa nafsu seksual ialah salah satu dari elemen-elemen dalam rumahtangga yang mengekalkan ikatan pernikahan suami isteri.

Namun, cara ungkapan nafsu seksual yang dikaitkan dalam poligami seolah-olah menampakkan betapa buruk dan tidak terkawalnya nafsu seksual lelaki itu sehingga mereka memilih untuk berpoligami. Benarkah begitu?

Sedangkan, hidup dan bernafasnya kita pada saat ini, sehingga boleh berforum sebegini, adalah sabit dari adanya nafsu seksual ibubapa kita dulu, tidak kira ibu itu isteri bapa yang ke berapa, yang telah mengakibatkan tertakdir dan terlahirnya kita di dunia ini

Nafsu seksual ialah anugerah Allah Taala yang sangat indah, dianugerahkan kepada manusia, dan makhluk NYA yang lain atas ke Maha Bijaksanaan Allah Taala jua. Nafsu seksual ialah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan dari pernikahan. Nafu seksual ialah sebahagian dari elemen yang mengekalkan perasaan saling ingin mengingini antara suami isteri, dan TIDAK BOLEH disalahkan semata-mata untuk memburukkan sesuatu pernikahan samada monogamy atau poligami.

Wallaahu a’lam.

Sumber rujukan : Kiriman berkaitan poligami oleh TokDdeka di Halaqahnet

Seterusnya...

27 November 2009

Kisah Poligami Nabi Allah Ibrahim A.S

Sempena bulan haji, hari raya korban, Bersama mengingati perjuangan Nabi Muhammad saw. dan pengorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s.

"Di situ ada tanda-tanda keterangan Yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa Yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan Ibadat Haji Dengan mengunjungi Baitullah, Iaitu sesiapa Yang mampu sampai kepadaNya. dan sesiapa Yang kufur (ingkarkan kewajipan Ibadat Haji itu), maka Sesungguhnya Allah Maha kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk." (ALI-'IMRAN : 97)

Apabila kita bercerita mengenai Nabi Allah Ibrahim,selain dari kisah pengorbanan baginda dengan Nabi Allah Ismail, ia mesti tidak lari juga dari kisah poligami beliau. Kisah poligami, bukan hanya bermula zaman nabi Allah Muhammad tetapi bermula dari kisah nabi Allah Ayob, nabi Allah Ibrahim as beristri Sarah dan Hajar, Nabi Ya'qub as beristeri : Rahel, Lea, dan menggauli dua budak/hamba sahayanya : Zilfa dan Bilha. Dalam perjanjian lama Yahudi Nabi Daud as disebut-sebut beristeri 300 orang.

Rasullulah sendiri mengamalkan poligami selepas kewafatan Syaidina Khadijah a.s. Dalam entri kali ini dimuatkan kisah poligami Nabi Allah Ibrahim, bersempena dengan kewajiban urusan mengerjakan haji rentetan Hajar melahirkan Nabi Allah Ismail a.s di bumi Makkah Mukarammah dan kisah penyembelihan ke atas nabi Allah Ismail oleh nabi Allah Ibrahim.


KISAH IBRAHIM AS DENGAN SARAH DAN HAJAR


Hamdan lillaahi wa mushalliyan 'alaa Rasuulillahi...

Suatu ketika Nabi Ibrahim as berjalan bersama isterinya Sarah, tiba - tiba mereka melintasi daerah kekuasaan seorang raja yang lalim ( suka dengan perempuan cantik ). Raja itu diberitahu oleh pengawalnya bahwa ada seseorang yang datang memasuki daerahnya bersama dengan seorang wanita yang sangat cantik...

Kemudian raja mengutus pengawalnya untuk menanyakan perihal wanita ini kepada Nabi Ibrahim as."Siapakah wanita ini ?" Ibrahim menjawab : "Dia adalah saudara perempuanku" lalu Ibrahim mendatangi Sarah seraya berkata : "Hai Sarah,di muka bumi ini tidak ada orang yang beriman selain diriku dan dirimu dan orang - orang itu menanyakan kepadaku tentang dirimu....maka kuberitahukan kepada mereka bahawa engkau adalah saudara perempuanku,maka janganlah engkau dustakan perkataanku" dalam hadist yang shahih ini adalah salah satu dusta dari 3 dusta yang pernah dilakukan oleh Nabi Ibrahim as.

Kemudian raja mengutus pengawalnya untuk membawa Sarah ke hadapannya,ketika Sarah datang menemui sang raja maka raja lalim tersebut berusaha menjamah Sarah, namun tiba - tiba raja itu tidak mampu bergerak sedikitpun . Raja memohon kepada Sarah : "Berdoalah kepada Allah tuhanmu untukku dan aku tidak akan mencelakaimu, lalu Sarah berdoa kepada Allah SWT dan raja itu sembuh dari lumpuhnya, ternyata raja kembali hendak menjamah Sarah, tiba - tiba ia kembali tidak mampu bergerak bahkan lebih parah lagi,raja kemudian kembali memohon kepada Sarah : "Berdoalah kepada Allah tuhanmu untukku dan aku tidak akan mencelakai dirimu,lalu Sarah kembali berdoa kepada Allah SWT dan raja tersebut kembali sembuh dari lumpuhnya Kemudian raja memanggil beberapa orang dari pengawalnya dan mengatakan : Kalian tidak membawa kepadaku manusia, tetapi wanita ini adalah syetan,lalu raja memerintahkan untuk membebaskan Sarah dengan memberi seorang khadim ( pembantu / budak ) yang bernama Hajar...

Sampai dengan umur yang cukup tua,Nabi Ibrahim as belum di karunia oleh Allah putra,Nabi Ibrahim pun tak henti - hentinya berdoa memohon kepada Allah SWT agar di beri keturunan yang shalih yang baik - baik" rabbi habli minas shaalihiin " Maka Allah SWT pun segera menyampaikan kabar gembira mengenai hal tersebut . Sarah berkata kepada Ibrahim as : Sesungguhnya Allah tidak memperkenankan aku melahirkan anak karenanya menikahlah dengan budakku ini mudah - mudahan Allah mengaruniakan anak kepadamu melalui dirinya.

Nabi Ibrahim pun akhirnya menikahi Hajar budak Sarah pemberian dari raja yang zalim tadi, akhirnya Hajar pun hamil. Mulailah kecemburuan Sarah timbul sehingga seringkali Sarah menusuk daun telinga hajar dengan duri pohon kurma sampai membekas berlubang ketika cemburu dan ketika Ibrahim as tahu akan hal ini kemudian Ibrahim as mengambil bunga pohon kurma yang kecil kemudian dimasukkan kedalam lubang di telinga Hajar. INILAH HAL IHWAL DARI ADANYA ANTING - ANTING, sebuah produk dari kecemburuan...

Akhirnya dari Hajar inilah terlahir seorang putera yang shalih bernama Ismail as yang meneruskan garis keturanan bangsa Arab. Nabi Muhammad SAWdan umat Islam sampai sekarang...


Ketika Nabi Ibrahim as bersama Sarah berusia sangat tua maka datanglah khabar berita dari Allah SWT yang dibawa oleh malaikat utusan Nya yang sedang dalam perjalanan untuk menhancurkan kaum Luth bahwa melalui Sarah Allah akan menganugerahkan seorang anak.

Dan sesungguhnya utusan-utusan Kami (malaikat-malaikat) telah datang kepada lbrahim dengan membawa kabar gembira, mereka mengucapkan: "Selamat." Ibrahim menjawab: " Selamatlah " maka tidak lama kemudian Ibrahim menyuguhkan daging anak sapi yang dipanggang.....

Maka tatkala dilihatnya tangan mereka tidak menjamahnya, Ibrahim memandang aneh perbuatan mereka, dan merasa takut kepada mereka. Malaikat itu berkata: Jangan kamu takut, sesungguhnya kami adalah (malaikat-ma]aikat) yang diutus kepada kaum Luth......

Dan isterinya berdiri (dibalik tirai) lalu dia tersenyum, maka Kami sampaikan kepadanya berita gembira tentang (kelahiran) Ishak dan dari Ishak (akan lahir puteranya) Ya'qub......

Isterinya berkata: Sungguh menghairankan, apakah aku akan melahirkan anak padahal aku adalah seorang perempuan tua, dan ini suamiku pun dalam keadaan yang sudah tua pula?. Sesungguhnya ini benar-benar suatu yang sangat aneh...

Para malaikat itu berkata: Apakah kamu merasa hairan tentang ketetapan Allah ? (Itu adalah) rahmat Allah dan keberkatan-Nya, dicurahkan atas kamu, hai ahlulbait! Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah...

Dari Sarah kemudian lahirlah Ishaq as ,Ya'qub as,Yahya as, Zakaria as, Musa as.dan Isa as sampai dengan Bani Israil.Yahudi dan Nasrani sampai saat ini.

Satu ayah yaitu Nabi Ibrahim as .dengan dua ibu yaitu Sarah dan Hajar. an sama - sama menghasilkan keturunan, dari Ibu Hajar menghasilkan keturunan umat islam sampai saat ini, dari Ibu Sarah menghasilkan umat Bani Israil, Yahudi dan Nasrani sampai saat ini yang diantara anak cucunya ada yang berbuat zhalim terhadap dirinya dengan nyata.QS 37 : 112 - 113

Dan Kami beri dia khabar gembira dengan (kelahiran) Ishaq seorang nabi yang termasuk orang-orang yang saleh...

Wallahua'lam bish-showab.

Dari cerita di atas, samada kesahihannya dari kisah sejarah atau dari Bible, saya sendiri tidak pasti (komen dari seorang pelawat Laman ini;
"1 Dec 09, 10:53
Ust Hisham: Benarkah Sarah isteri Nabi Ibrahim bersifat cemburu ? Atau ia hanya cerita yang dikutip dari Bible ?"

Maka saya bawakan satu artikel yang saya ambil dari laman Pusat Kajian Islam untuk tujuan perbandingan kisah.

Semoga kita mendapat manafaat dari kisah ini. Saya bukan seorang ahli agama dan saya juga takut jadi penyebar kepada sesuatu yang tidak benar.
Ini artikelnya:

Pengantar

Kisah ini menjelaskan bagaimana Allah menjaga Sarah, isteri Ibrahim, ketika seorang thaghut(musuh Allah) hendak menodai kesuciannya dan merampas kehormatannya. Ibrahim berlindung kepada Allah, berdoa, dan shalat kepada-Nya, dan Sarah berdoa memohon perlindungan Allah. Maka Allah menjadikan si fajir(pelaku maksiat) tidak berdaya dan menggagalkan makarnya (berupa siksaan) di lehernya. Allah menjaga Ibrahim dan isterinya dan Allah mampu untuk menjaga wali-wali-Nya dan membelenggu musuh-musuh-Nya di setiap waktu dan generasi.

Teks Hadis

Bukhari meriwayatkan dalam Shahihnya dari Abu Hurairah yang berkata, Rasulullah Shallallahu Alahi wa Sallam bersabda, "Ibrahim berhijrah bersama Sarah. Keduanya masuk ke sebuah desa yang terdapat seorang raja atau seorang yang sombong. Dikatakan kepadanya, 'Ibrahim datang bersama seorang wanita yang sangat cantik.' Maka dia bertanya kepada Ibrahim, 'Wahai Ibrahim, siapa wanita yang bersamamu?' Ibrahim menjawab, 'Saudara perempuanku.' Kemudian Ibrahim kembali kepada Sarah dan berkata, 'Jangan mendustakan ucapanku, aku telah mengatakan kepada mereka kalau kamu adalah saudaraku. Demi Allah, di bumi ini tidak ada orang yang beriman selain diriku dan dirimu.' Maka Ibrahim mengirim Sarah kepadanya. Dia bangkit kepada Sarah. Sarah bangkit berwudlu dan shalat. Sarah berkata, 'Ya Allah, jika aku beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu, dan menjaga kehormatanku kecuali kepada suamiku, maka janganlah Engkau membiarkan orang kafir menguasaiku.' Maka nafas raja sombong itu menyempit dan dia hampir tercekik sampai dia memukulkan kakinya ke bumi."

Al-A'raj berkata bahwa Abu Salamah bin Abdur Rahman berkata di mana Abu Hurairah berkata tentang Sarah yang berkata, "Ya Allah, jika orang ini mati, maka mereka menuduhku membunuhnya.” Maka dia terbebas, kemudian dia bangkit lagi kepada Sarah. Sarah berwudlu dan shalat. Sarah berkata, “Ya Allah, jika aku beriman kepada-Mu dan kepada rasul-Mu, dan menjaga kehormatanku kecuali kepada suamiku maka janganlah Engkau membiarkan orang kafir menguasaiku.” Maka nafasnya menyempit dan dia hampir tercekik sampai dia memukulkan kakinya ke bumi.

Abu Salamah berkata bahwa Abu Hurairah berkata, "Maka Sarah berkata, 'Ya Allah, jika orang ini mati, maka mereka menuduhku pembunuhnya.' Maka dia terbebas untuk kedua kalinya atau ketiga kalinya. Kemudian dia berkata, 'Demi Allah, kalian tidak mengirimkan kepadaku kecuali setan. Pulangkan dia kepada Ibrahim dan berilah dia Ajar (maksudnya adalah Hajar, ibu Ismail). Sarah pun pulang kepada Ibrahim. Sarah berkata, 'Apakah kamu merasa bahwa Allah telah menghinakan orang kafir dan memberi seorang hamba sahaya."'

Dalam riwayat lain dalam Shahih Bukhari dari Abu Hurairah berkata, "Ibrahim tidak berdusta kecuali tiga kali. Dua di antaranya karena Allah, yaitu ucapan Ibrahim, 'Sesungguhnya aku sakit.' (Ash-Shaffat: 89); dan ucapan Ibrahim, 'Sebenarnya patung besar itulah pelakunya.'" (Al-Anbiya: 63). Abu Hurairah melanjutkan, "Suatu hari ketika Ibrahim dan Sarah berjalan keduanya melewati seorang penguasa lalim. Dikatakan kepadanya, 'Di sini ada seorang laki-laki bersama seorang wanita cantik.' Maka Ibrahim ditanya tentangnya, 'Siapa wanita itu?' Ibrahim menjawab, 'Saudara perempuanku.' Lalu Ibrahim mendatangi Sarah dan berkata kepadanya, 'Wahai Sarah di muka bumi ini tidak ada orang mukmin selain diriku dan dirimu. Orang itu bertanya kepadaku tentang dirimu, dan aku katakan kepadanya, bahwa kamu adalah saudaraku. Maka jangan mendustakanku.' Lalu Ibrahim mengutus Sarah kepadanya. Ketika Sarah masuk kepadanya, dia menjulurkan tangannya hendak menjamahnya. Tapi dia tercekik dan berkata, 'Berdoalah kepada Allah untukku, aku tidak mencelakaimu.' Lalu Sarah berdoa kepada Allah, maka dia pun terbebas. Kemudian ketika dia hendak menjamahnya untuk kedua kalinya, dia tercekik seperti semula atau lebih keras. Dia berkata, 'Berdoalah kepada Allah dan aku tidak mencelakaimu.' Maka Sarah berdoa dan dia terbebas. Lalu dia memanggil pengawalnya dan berkata, 'Kalian tidak membawa manusia kepadaku. Kalian membawa setan kemari.' Dia memberinya Hajar sebagai pelayannya. Sarah pun pulang kepada Ibrahim yang sedang shalat, maka Ibrahim memberi isyarat dengan tangannya, 'Bagaimana keadaanmu?' Sarah menjawab, 'Allah menggagalkan makar orang kafir atau orang fajir (berupa siksaan) di lehernya dan memberiku Hajar.'"

Abu Hurairah berkata, "Itulah ibu kalian, wahai Bani Ma'is Sama' (air langit)."

Takhrij Hadis

Riwayat pertama diriwayatkan oleh Bukhari dalam Shahihnya dalam Kitabul Buyu', bab membeli hamba sahaya dari kafir harbi, menghibahkannya dan memerdekakannya, 4/410 no. 2217. Riwayat kedua di Kitabul Anbiya, bab firman Allah "Dan Allah mengangkat Ibrahim sebagai khalil." (An-Nisaa: 125), no. 3358.

Bukhari juga meriwayatkannya di beberapa tempat dalam Shahih-nya di antaranya dalam Kitabul Ikrah, bab jika seorang wanita dipaksa berzina, 12/321, no. 6950, dalam Kitabun Nikah, bab mengangkat hamba sahaya kemudian menikahinya, 9/126, no. 5085, dalam Kitab Thalaq, keterangan tentang bab tanpa sanad, 9/387, dalam Kitab Hibah, bab dia jika berkata, aku memberimu pelayan hamba sahaya ini, no. 2635. Diriwayatkan oleh Muslim dalam Shahih-nya dalam Kitabul Fadhail, bab keutamaan-keutamaan ibrahim, 4/184, no, 2371, dengan syarah Nawawi, 15/509.

Penjelasan Hadis

Ibrahim pergi dari negerinya bersama isterinya setelah kaumnya melemparkannya ke dalam api dan Allah menyelematkannya darinya. Ibrahim sampai di negeri yang jauh. Di sana, ia tidak memiliki pendukung. Dalam kondisi seperti ini orang-orang zalim lagi lalim berhasrat untuk menerkam orang seperti Ibrahim. Ibrahim menghadapi masalah ini manakala ia singgah di negeri dengan seorang raja yang sombong lagi serakah. Raja mendengar kedatangan Ibrahim di negerinya dengan seorang wanita cantik yang tergolong paling cantik di dunia.

Salah satu kebiasaan mereka jika menginginkan seorang wanita adalah dengan menyiksa suaminya, jika wanita tersebut bersuami. Tetapi jika wanita itu lajang, maka mereka tidak akan mengganggu kerabatnya. Oleh karena itu, Ibrahim berkata kepada utusan raja tersebut ketika dia bertanya tentang Sarah, bahwa dia adalah saudara perempuannya. Ibrahim mengirim isterinya kepada laki-laki bejat itu seperti yang dia minta, karena ia percaya dengan penjagaan dan Allah Subhanahu wa Ta'ala setelah mewasiatkan kepadanya agar tidak membocorkan hubungan sebenarnya antara dia dengan isterinya. Ibrahim juga menjelaskan pandangannya dalam hal ini kepada isterinya, bahwa dia adalah saudara perempuannya dalam agama, karena di muka bumi tidak terdapat orang yagn beriman selain keduanya.

Walaupun maksud Ibrahim dari pernyataannya bahwa Sarah adalah saudara perempuannya, yakni saudara dalam iman dan Islam, dia tetap menolak untuk memberi syafaat pada hari kiamat ketika orang-orang meminta kepadanya untuk bersedia menjadi perantara kepada Tuhan mereka agar Dia memutuskan urusan mereka. Ibrahim beralasan bahwa dirinya telah berdusta sebanyak tiga kali, yaitu ucapan, "Sesungguhnya aku sakit." (Ash-Shaffat: 89), ketika mereka mengajaknya berpartisipasi dalam hari raya mereka yang syirik dan batil. Yang kedua adalah ucapannya, "Sebenarnya patung yang besar itulah yang melakukannya." (Al-Anbiya: 63), ketika dia menghancurkan berhala dan membiarkan patung terbesar dengan mengalungkan kapak di lehernya, dan dia menyatakan bahwa patung besar inilah penghancur patung-patung kecil. Dan yang ketiga adalah ucapan Ibrahim dalam kisah ini kepada raja zalim tersebut, bahwa Sarah adalah saudara perempuannya demi melindungi diri dari ancaman siksa raja lalim tersebut.

Ibrahim mengirim istrinya kepada raja zalim itu, dan dia bersegera melakukan shalat untuk berdoa kepada Allah dan berlindung kepada-Nya. Allah telah menjaga Sarah, isteri Ibrahim, untuk Ibrahim, sebagaimana Dia menjaga diri Sarah. Begitu Sarah tiba dan orang lalim itu hendak menyentuhnya, dia tercekik dengan keras sampai dia menjejakkan kakinya ke tanah setelah Sarah berdoa kepada Tuhannya memohon agar menghalangi makar dan kejahatan raja lalim tersebut. Akan tetapi, Sarah juga takut jika orang ini mati, maka mereka menuduhnya sebagai pembunuh sebagaimana ucapannya, "Ya Allah, jika orang ini mati, maka mereka menuduhku membunuhnya." Allah membebaskan laki-laki itu setelah Dia minta kepada Sarah agar berdoa untuknya dan dia berjanji tidak akan mengulangi perbuatan buruknya.

Manakala dia terbebas, dia mengingkari janjinya. Nafsunya telah menguasai dirinya, hingga dia kembali bangkit kepada Sarah. Dia tercekik lagi bahkan lebih keras dari yang pertama. Dia kembali mengiba kepada Sarah agar berdoa kepada Allah supaya dia terbebas dan berjanji tidak akan mengganggunya. Maka Sarah mengulangi ucapannya seperti di dalam doanya, "Ya Allah, jika dia mati maka aku pasti dituduh membunuhnya."

Setelah dua atau tiga kali dia memanggil pengawalnya dan menyuruh mereka memulangkan Sarah kepada Ibrahim dalam keadaan utuh dan beruntung. Dia mengetahui bahwa Sarah terjaga dan bahwa si lalim itu tidak mampu untuk menjamahnya. Sarah pulang kepada suaminya dengan diiringi oleh Hajar sebagai hadiah dari raja lalim tersebut. Hajar adalah ibu Ismail, Sarah menghadiahkannya kepada Ibrahim dan dia menikahinya.

Dalam sebuah hadits dalam Mustadrak Al-Hakim dan Musykilil Atsar At-Thahawi, bahwa Rasulullah Shallallahu Alahi wa Sallam bersabda, "Jika kalian menaklukkan Mesir, maka hendaknya kalian saling menasehatkan agar berbuat baik kepada orang-orang Qibti, karena mereka mempunyai hubungan perjanjian dan rahim." (Silsilah Ahadits Shahihah, Nasiruddin Al-Albani, 3/362).

Dalam Shahih Muslim tertulis, "Sesungguhnya kalian akan menaklukkan kota Mesir. Ia adalah bumi yang diberi nama Qirath. Jika kalian menaklukkannya, maka berbuat baiklah kepada penduduknya, karena mereka memiliki hak dan hubungan rahim" atau beliau bersabda, "hak dan hubungan pernikahan." (Muslim no. 2543).

Yang dimaksud oleh Rasulullah dengan hak perjanjian, hubungan rahim atau hubungan pernikahan yang dimiliki orang-orang Mesir adalah, karena Hajar, ibu Ismail, berasal dari kalangan mereka dan Rasulullah Shallallahu Alahi wa Sallam adalah salah seorang keturunannya.

Versi Taurat

Kisah ini tertulis dalam Taurat dalam Ishah 12 Safar Takwin. Nashnya adalah, "Dan terjadilah kelaparan di bumi, maka Abram turun ke Mesir untuk mengasingkan diri di sana karena kelaparan di bumi sangat keras. Ketika dia hampir masuk Mesir, dia berkata kepada isterinya, Saray, 'Sesungguhnya aku mengetahui bahwa kamu adalah seorang wanita cantik. Jika orang-orang Mesir melihatmu mereka mengatakan, 'Inilah istri Abram', lalu membunuhku dan membiarkanmu. Katakanlah kepada mereka bahwa kamu adalah saudara perempuanku, agar aku mendapatkan kebaikan karenamu dan diriku tetap hidup demi dirimu’."

Maka, ketika Abram masuk Mesir dan orang-orang Mesir melihat isterinya sangat cantik. Para pembesar Fir'aun melihatnya dan menyanjungnya di hadapan Fir'aun. Maka wanita itu dibawa ke rumah Fir'aun, dan Fir'aun melakukan kebaikan kepada Abram karenanya. Abram diberi kambing, sapi, keledai, hamba sahaya laki-laki dan perempuan, keledai betina dan unta. Lalu Allah menggoncang Fir'aun dan rumahnya dengan beberapa goncangan yang dahsyat disebabkan Saray, istri Abram. Fir'aun mengundang Abram dan berkata, "Apa yang kamu lakukan kepadaku? Mengapa kamu tidak berterus terang bahwa wanita ini adalah isterimu? Mengapa kamu mengatakan dia adalah saudara perempuanmu? Karenanya aku ingin memperisterinya. Sekarang, ambil kembali isterimu ini dan pergilah." Lalu Fir'aun memerintahkan orang-orangnya untuk mengantar Abram dan isterinya beserta seluruh harta yang dimilikinya.

Terulis dalam Ishah 20 dalam Safar Takwin, bahwa raja lalim lainnya dari Palestina mengganggu Sarah, dan dia melepaskannya tanpa mampu menyentuhnya setelah malaikat mengancamnya dalam mimpinya. Disebutkan pula bahwa Ibrahim memberitahu malaikat kalau Sarah adalah saudara perempuan bapaknya.

Dalam Ishah 20 tertulis, "Dan Ibrahim berpindah dari sana ke bumi selatan dan tinggal di antara Qadisy dan Syur. Dia mengasingkan diri di Jarrar. Ibrahim berkata tentang isterinya, Sarah, 'Dia adalah saudara perempuanku'." Maka raja Jarrar, yakni Abu Malik, mengambil Sarah. Lalu Allah datang kepada Abu Malik dalam mimpinya di malam hari. Dia berfirman kepadanya, "Kamu pasti mati disebabkan oleh wanita yang kamu ambil, karena dia itu bersuami." Hanya saja waktu itu Abu Malik belum menyentuhnya. Dia berkata, "Wahai Tuhanku, engkau membunuh pemimpin yang baik. Bukankah dia sendiri yang berkata bahwa dia adalah saudara perempuannya dan wanita ini juga mengakui dirinya sebagai saudaranya? Dengan niat baik lagi mulia aku melakukan ini."

Allah berfirman kepadanya dalam mimpinya, "Aku juga mengetahui bahwa kamu melakukan ini dengan niat baik. Aku mencegahmu agar kamu tidak melakukan kesalahan kepadaku. Oleh karena itu, Aku tidak membiarkanmu menyentuhnya. Sekarang, pulangkan wanita ini kepada suaminya karena dia seorang Nabi. Dia berdoa untukmu, maka kamu tetap hidup. Jika kamu tidak mengembalikannya, maka ketahuilah bahwa kamu mati, begitu pula segala yang kamu miliki."

Pagi harinya, Abu Malik mengumpulkan seluruh hamba sahayanya dan menyampaikan ucapan itu kepada mereka. Orang-orang sangat ketakutan. Kemudian Abu Malik memanggil Ibrahim dan berkata kepadanya, "Apa yang kamu lakukan kepada kami? Apa salahku kepadamu sehingga kamu mendatangkan kepadaku dan kepada kerajaanku kesalahan besar ini? Perbuatan-perbuatan yang tidak semestinya dilakukan tetapi kamu melakukannya kepadaku." Abu Malik berkata kepada Ibrahim, "Apa yang kamu lihat sehingga kamu melakukan hal ini?" Ibrahim berkata, "Sesungguhnya aku berkata bahwa di tempat ini tidak ada rasa takut kepada Allah sama sekali, maka mereka membunuhku karena isteriku. Sebenarnya dia juga saudara perempuanku anak perempuan bapakku. Hanya saja dia bukan anak perempuan ibuku, maka dia menjadi isteriku. Dan ketika Allah memberikannya kepadaku dari rumah bapakku, aku berkata kepadanya, "ini adalah kebaikanmu yang kamu lakukan untukku. Di setiap yang kita datangi katakanlah bahwa aku adalah saudara laki-lakimu."

Maka Abu Malik mengambil sapi, kambing, hamba sahaya laki-laki dan perempuan dan memberikannya kepada Ibrahim sekaligus mengembalikan Sarah kepadanya. Abu Malik berkata, "Inilah negeriku di hadapanmu, tinggallah di mana pun yang menurutmu baik." Dia berkata kepada Sarah, "Aku telah memberi kepada saudara laki-lakimu seribu dirham. Ini untukmu sebagai suatu pemberian dari segala arah apa yang ada di sisimu dan di sisi setiap orang lalu kamu berbuat adil." Lalu Ibrahim shalat kepada Allah, maka Allah menyembuhkan Abu Malik, istrinya dan para hamba sahayanya, dan mereka melahirkannya karena Tuhan telah menutup semua rahim di rumah Abu Malik disebabkan oleh Sarah, istri Ibrahim.

Komentar menyangkut versi Taurat

Apa yang tertulis dalam Taurat sesuai dengan isyarat hadis, bahwa kisah ini terjadi di bumi Mesir, dan kami tidak tahu apakah kedatangan Ibrahim bersama Sarah ke sana karena kelaparan atau karena berdakwah karena Allah.

Adapun ucapan Ibrahim kepada Sarah, "Kamu adalah wanita cantik…", ini mirip dengan apa yang disinggung oleh hadis.

Hadis tidak menyinggung bahwa kisah ini terjadi pada masa Fir'aun. Fir'aun menguasai Mesir sepanjang rentang waktu tertentu, tidak pada semua masa. Dan apa yang disebutkan oleh Taurat bahwa Fir'aun memberikan kekayaan besar kepada Ibrahim berupa domba, sapi, keledai, hamba sahaya laki-laki dan wanita, keledai betina dan unta, ini tidaklah benar. Karena setelah raja tersebut meminta Sarah dan Ibrahim mengirimnya, Ibrahim melakukan shalat. Ibrahim hanya mendapatkan Hajar sebagai pemberian raja kepada Sarah. Seandainya raja memberi Ibrahim kekayaan seperti disebutkan di atas, niscaya wahyu yang diberikan kepada Nabi Shallallahu Alahi wa Sallam akan menyinggungnya dalam hadis ini. Padahal, hadis hanya menyebutkan apa yang lebih sedikit dari itu, yaitu hadiah Hajar untuk Sarah.

Apa yang disebutkan dalam Taurat bahwa Allah menggoncang Fir'aun dan rumahnya dengan keras disebabkan oleh Sarah; bahwa Fir'aun mengundang Ibrahim untuk menyalahkannya karena pengakuan Ibrahim tentang Sarah sebagai saudara perempuannya; dan bahwa Fir'aun menginginkan Sarah untuk diperistri, semua itu tidaklah benar. Hadis yang Allah wahyukan kepada Rasul-Nya telah memberitahukan kepada kita bahwa apa yang terjadi pada raja lalim adalah, bahwa dia tercekik beberapa kali. Dan bahwa raja itu tidak mengundang Ibrahim setelahnya dan tidak menyalahkannya, akan tetapi dia memerintahkan untuk mengusir Ibrahim dan istrinya dari buminya dan tidak mengirim seorang pun untuk melepas dan mengantarkannya.

Allah lebih mengetahui kebenaran tentang kisah kedua. Kalaupun itu benar-benar terjadi, maka kisah tersebut mengandung kedustaan yang tidak samara. Ia adalah penyelewengan yang terjadi pada kitab ini. Orang-orang yang menyelewengkan kitab ini mengklaim melalui ucapan Ibrahim bahwa Sarah adalah saudara perempuannya dari bapaknya. Mustahil Ibrahim menikah dengan saudara perempuannya. Kedustaan ini dibantah banyak hadis yang menyatakan bahwa Ibrahim takut terhadap akibat dari tiga kedustaannya pada hari kiamat, yang salah satunya adalah ucapannya ketika raja lalim tersebut bahwa Sarah adalah saudara perempuannya. Ini sangatlah jelas bahwa Sarah bukan saudara perempuan Ibrahim dari nasab. Akan tetapi, maksudnya adalah saudara perempuannya dalam Islam, sebagaimana hal itu dinyatakan secara nyata di dalam beberapa hadis.

Pelajaran-Pelajaran dan Faedah-Faedah Hadis

1. Terjaganya istri-istri para nabi dan rasul. Orang-orang zalim lagi lalim tidak akan mampu mengobok-obok kehormatan mereka, seperti yang terjadi pada raja durhaka ini manakala dia hendak melakukan hal buruk keapda istri Ibrahim, maka Allah menjaga dan menyelematkannya dari niat busuk tersebut.

2. Hendaknya seorang mukmin berlindung kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala manakala menghadapi ujian dan kesulitan. Ibrahim berlindung kepada Allah melalui shalat ketika dia mengantarkan istrinya kepada raja lalim tersebut; dan Sarah sendiri juga berdoa dan bermunajat kepada Allah, maka Dia menjaganya.

3. Kemampuan Allah yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi untuk menjaga para nabi dan para wali-Nya, serta menolong mereka dengan menangkis makar musuh-musuh.

4. Kadangkala seorang muslim dipaksa untuk tunduk kepada angin ribut. Ibrahim berkata bahwa Sarah adalah saudara perempuannya. Ibrahim tidak mampu menolak untuk mengirimnya kepada raja durhaka itu. Sarah pergi kepadanya dan berada di satu tempat bersamanya tanpa orang ketiga, akan tetapi Allah menjaga dan melindunginya. Orang-orang yang menolak tunduk kepada angin ribut adalah orang-orang yang kurang memahami agama Allah. Seseorang tidak akan selalu mampu maju terus meniti jalannya dengan sempurna. Rasulullah Shallallahu Alahi wa Sallam dan para shahabat sesudahnya serta orang-orang yang berjalan di atas jalan mereka membuat perjanjian damai dalam peperangan, dan kadangkala mereka rela dengan kesepakatan yang sangat berat sebelah. Sesuatu yang di luar batas kemampuan harus diserahkan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

5. Boleh menerima hadiah dari orang zalim bahkan kafir. Sarah menerima hadiah dari raja lalim itu ketika dia memberinya Hajar, dan Ibrahim menyetujui istrinya menerima hadiah itu.

6. Wudhu telah disyariatkan kepada umat sebelum kita. Ketika raja durhaka itu hendak menyentuk Sarah, Sarah berdiri untuk berwudhu dan shalat, dan sepertinya wudhunya berbeda dari wudhu kita, karena bagaimana caranya dia berwudhu manakala raja durhaka itu bangkit kepadanya. Bisa jadi wudhunya hanyalah dengan mengusap wajah dan tangan, atau mirip dengan tayamum seperti kita. Maksud shalat di sini adalah doa.

7. Dalam syariat Ibrahim diperbolehkan bertanya dengan isyarat dalam shalat tentang sesuatu yang ingin diketahui. Ibrahim memberi isyarat kepada Sarah setelah dia kembali sementara dia shalat, yakni isyarat dengan tangannya untuk mengetahui apa yang terjadi dengannya.

8. Boleh berbincang tentang nikmat pemberian Allah kepada hamba-Nya. Sarah memberitahu suaminya dengan karunia Allah ketika menolak makar si kafir dan memberinya pelayan, Hajar kepadanya.

9. Pernyataan Abu Hurairah bahwa Hajar adalah ibu dari orang-orang yang diajaknya berbicara dan dia m dan dia meriwayatkan hadis kepada mereka.

Sumber: diadaptasi dari DR. Umar Sulaiman Abdullah Al-Asyqar, Shahih Qashashin Nabawi, atau Ensklopedia Kisah Shahih Sepanjang Masa, terj. Izzudin Karimi, Lc. (Pustaka Yassir, 2008), hlm. 72-83.

Seterusnya...