CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label pernikahan. Show all posts
Showing posts with label pernikahan. Show all posts

01 November 2012

Ujian Saringan HIV Untuk Bakal Pengantin

 
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Terbaru telah ada perubahan tempoh dalam pengambilan ujian saringan HIV. Kalau dulu, dalam 3 minggu  sebelum tarikh bernikah, masih sempat melengkapkan Borang Permohonan Bernikah, tetapi sekarang , tidak lagi.

Saya masih ingat kali terakhir saya menguruskan pernikahan anak-anak ialah tahun 2011. Dalam tempoh 2 minggu pun masih sempat melengkapkan borang sebelum tarikh bernikah. Ujian Saringan HIV boleh dilakukan dalam tempoh setengah hari saja.


Sebaik dapat borang permohonan nikah, dilampirkan di dalamnya borang untuk ujian saringan HIV. Disertakan senarai Klinik atau Pusat Kesihatan yang boleh bakal pengantin membuat ujian Saringan. Bukan hari-hari  Klinik atau Pusat kesihatan mengadakan ujian saringan HIV ni. Ada hari-hari tertentu.


Kini, untuk melakukan Ujian Saringan HIV, bakal pengantin kena buat temujanji terlebih dahulu dengan Pusat Kesihatan. Tempoh yang diberikan ada yang sampai 1 bulan . Selepas darah diambil, kena tunggu keputusan. Keputusan dikeluarkan lebih kurang 1 bulan dari darah diambik.


Maka sesiapa yang ingin bernikah, rancanglah tarikh baik-baik dan ambil borang awal agar mudah dilengkapkan tanpa tergesa-gesa.


Sekian, makluman untuk pembaca budiman. Semoga bermanafaat membantu bakal-bakal pengantin.






Impianku menjadi isteri solehah,mencintai, 
mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.

Seterusnya...

06 February 2011

Walimatul 'Ursi Ketujuh Baitulmuslim Halaqahnet


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.


Tidak terasa, pejam celik, pejam celik sudah 7 pasangan yang bernikah melalui pertemuan di Baitul Muslim Halaqahnet.


Walaupun baru setahun jagung usia Baitul Muslim yang diujudkan pada March 13, 2009, 11:54:10 AM, ianya telah membuahkan hasil dengan terdirinya 7 buah masjid dari penyertaan berbagai lapisan masyarakat tidak kira negeri atau keturunan.


Syukur kepada Allah yang memudahkan pengurusan semua pihak untuk mendirikan rumah tangga.


Walimatul 'Ursi Ketujuh Baitulmuslim Halaqahnet menemukan pasangan yang menetap di Sabah. Walaupun pada permulaan taaruf,mereka ini berada di negeri Semenanjung, namun urusan Allah telah memudahkan segala-galanya walaupun terdapat beberapa ujian.


Pasangan ini sebenarnya adalah pasangan pertama dipertemukan oleh BMH. Rancangan awal hanya ingin bertunang selama 6 bulan sahaja. Di saat menghampiri tarikh pernikahan, perniagaan peserta lelaki menghadapi musibah bila premis perniagaannya terbakar. Untuk memulihkan keadaan, ditangguhkan perkahwinan untuk menumpukan sepenuh masa kepada syarikat perniagaan.


Setahun selepas itu, menjelang tarikh rancangan untuk bernikah, sekali lagi ujian datang apabila ayah peserta lelaki pula meninggal dunia. Sebagai waris untuk meneruskan perniagaan, waris untuk menyara keluarga, sekali lagi perkahwinan ditangguhkan.


Apabila keadaan stabil, Pada hari Sabtu, 5 Februari 2011 Bersamaan 2 Rabi'ul Awal 1432H, selamat mereka bernikah dan mengadakan walimah di Lahat Datu , Sabah.


Semoga rumah tangga yang mereka dirikan mendapat limpahan rahmat dan kasih sayang Allah. Serangkai kasih dalam limpahan budi, menguntum segar dalam kenangan.


Salam dihulur pembuka bicara,
Sepenuh hormat dan Sejambak Harapan kami
ucapkan
Selamat Pengantin Baru,
Semoga berbahagia hingga ke syurga
kepada


Paaizes Redzuan Bin Abdul Latib
(paaizes)

Dengan

Marsita Ho Nyuk Onn @Ariffin Abdullah
(marsita ho)

Dengan doa


Ya Allah, berkatilah perkahwinan ini,
limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada kedua mempelai ini,
Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah.
Kekalkanlah jodoh mereka di dunia dan di akhirat,
sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini.



Impianku menjadi isteri solehah,
mencintai, mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.



Seterusnya...

23 March 2010

Sucikan hati, bersihkan jiwa


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Lama tak post sebarang entri ke laman ini. Kekurangan bahan dan ketandusan idea, maklumat dan ilmu yang ingin dikongsikan bersama-sama pembaca. Untuk menulis memerlukan ketenangan dan ketajaman minda di kala membuat pemerhatian.

Walaupun banyak pengalaman di dalam baitul muslim ini, tapi untuk digarap dalam bentuk tulisan bukanlah mudah. Memerlukan penumpuan dan emosi yang stabil agar apa yang ditulis adalah dari hati yang tulus.

Namun hati ini masih dilinangi air mata, masih berduka dan sedikit rasa kesal dengan apa yang terjadi baru-baru ini di dalam pengurusan baitul muslim. Akhirnya perlu akur dan patuh dengan ketentuan yang telah Allah tetapkan sejak azali bahawa, serapi mana urusan kita, semudah mana perjalanan pengurusannya, jika itu bukan jodoh mereka, pernikahan tetap tidak terjadi.

Bukan nasib badan tidak bertuah, bukan itu takdir mereka untuk berjodohan. Hanya sekarang ialah rentetan cerita sebab musabab pernikahan yang tidak terjadi walaupun segala urusan berjalan dengan baik.




Seperti komen seorang doktor, pembaca setia laman 'field of dream' ummi,berkaitan jodoh seseorang manusia

" Saya teringat pesan Qadhi Daerah Baling semasa kursus kahwin dulu... katanya selagi mana belum sah akad nikah itu berlangsung, selagi itulah kita tak pasti siapakah jodoh yang menjadi teman hidup kita.. rahsia Allah tu hanya akan dibuka pada ketika saksi menyatakan sah nya akad nikah...

Kata Qadhi tu lagi, bertunang hanya suatu janji manusia, tetapi janji Allah mengatasi janji manusia..."

Maka benarlah janji Allah itu, bahawa manusia hanya bisa merancang, Allah juga merancang, dan rancangan Allah adalah yang terbaik. Sebagai manusia kita perlu redha, akur dan patuh dengan janji Tuhan ini.

Jika mahu dikesalkan seperti menapikan janji tuhan pula. Jika bertanya kenapa nasib ini yang ditimpakan pada kita , bukan kepada orang lain, seperti menyoal kekuasaan dan kehendak Allah yang memang telah ditetapkan sejak azali lagi nasib setiap manusia itu. dan yang paling dikuatiri ialah melibatkan aqeedah dalam diri.

Sebenarnya kejadian itu seperti mendidik hati agar tabah dan sabar. Mendidik hati untuk redha dan syukur. Setiap kejadian itu ada hikmahnya. Mendidik diri untuk bermuhasabah, mengimbas kembali tentetan dan perjalanan pengurusan agar dimana salah dan silap dapat diperbaiki.

Mana tahu di dalam pengurusan ini ada penyakit-penyakit hati yang turut hadir. Memang kita tahu bahawa syaitan itu sentiasa berteleku di pintu hati manusia untuk membinasakan manusia. Syaitan yang bisa membolak balikkan hati manusia.

Antara penyakit hati yang dikuatiri hadir bersama-sama didalam diri kita ialah ria' dan ujub. Ria' adalah perasaan ingin menunjuk2 amal atau kelebihan yang ada pada kita. Berlaku ria' apabila berhadapan dengan manusia lain samada seorang atau dalam kumpulan.

Sementara sifat 'ujub adalah merasai hebat diri, membanggakan diri atau merasa hairan dengan dirinya.

Kedua2 sifat ini adalah termasuk syirik khafi iaitu syirik yang tersembunyi. Setiap orang Islam wajib berusaha keluar daripadanya.

Jika perasaan ria' datang secara tiba2 ketika sedang beramal (dan BUKAN tujuan asal melakukan ibadat tersebut kerana ria' - menunjuk2), maka ini dimaafkan dengan syarat dia segera taubat pada saat itu juga dan kembalikan hati kepada kesucian Tauhid. Jangan dibiarkan perasaan tersebut menguasai diri. Ini kerana perasaan tersebut adalah bisikan nafsu dan hembusan Iblis.

Tetapi jika seseorang membiarkan perasaan ria' tersebut dengan ikhtiarnya sehingga mengausai dirinya, maka ini adalah syirik khafi yang mendapat dosa dan menghapuskan kebaikan dan kebajikan.

Walau bagaimana lazimnya seseorang tidak dapat keluar dari syirik khafi ini kerana kuatnya cengkaman nafsu, Iblis dan godaan syahwat dunia. Sifat ini akan menguasai diri dan mencengkam kuat hati pada jangkamasa yang lama sebelum seseorang itu SEDAR DAN INSAF bahawa dirinya telah tenggelam didalam syirik khafi. Sebab itu para Ulama Arifin mengingatkan betapa bahayanya syirik khafi pada Tauhid dan amalan seseorang.

Untuk menghilangkan terus perasaan Ria', Ujub, Takabbur dan syirik2 khafi yang lain seseorang perlu banyak2 mengerjakan zikrullah ; antara zikir terbaik untuk mensucikan hati adalah dengan menyebut banyak2 kalimah zikir 'La-Ilaha Illa-Allah" pagi dan petang, siang dan malam. Sehingga kalimat2 tersebut mengusai hati, aqal dan ruh kita. Apabila zikir2 ini menguasai hati dan bercahaya2, syirik khafi akan hilang sedikit demi sedikit sehingga akhirnya hilang terus, Insya Allah.

Wallahu A'lam





Impianku menjadi isteri solehah,mencintai,
mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.

Seterusnya...

25 November 2009

Hukum Nikah

Ummi masih suka mengulangi entri bab pernikahan. Kali ini mengenai hukum bernikah. Hukum bernikah kepada seseorang lelaki bergantung kepada keperluan dirinya. Hukum ini dijatuhkan hanya kepada lelaki sahaja, kerana mereka yang memilih perempuan. Kita tinjau dulu perkataan nikah itu sendiri.

Nikah : atau kahwin, juga disebut tazwij dan wata’. Perkataan nikah berasal dari perkataan Arab dari kata dasar ‘Nakaha’ : berhimpun . Menurut syarak ialah : Suatu akad yang membolehkan seorang lelaki dan seorang wanita bergaul bebas.

Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: “Dari Abdullah bin Mas’ud r.a. ia berkata: Hai kaum pemuda, apabila di antara kamu bekuasa untuk kahwin, hendaklah ia kahwin, sebab kahwin itu lebih kuasa untuk menjaga mata dan kemaluan;dan baraangsiapa tidak kuasa, hendaklah ia berpuasa, sebab puasa itu jadi penjaga bagi”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Firman Allah s.w.t.




Maksudnya : "Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin Dengan mereka), maka berkahwinlah Dengan sesiapa Yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan Yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

Langkah-langkah Perkahwinan

*Melihat calon atau merisik, bagi lelaki yang ingin berkahwin hukumnya sunat baginya melihat wajah seorang perempuan yang mahu dikahwininya mengikut pendapat jumhur ulama.
*Meminang, lamaran daripada lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri atau ikatan tanda jadi bahawa antara lelaki dan perempuan itu akan berkahwin pada satu-satu masa tertentu.

Hukum Nikah

Hukum nikah kebanyakkannya hanya ditaklifkan kepada kaum lelaki yang mampu membuat keputusan, berbanding kaum perempuan kerana perempuan tidak mempunyai banyak hak memilih pasangan. Hukum nikah terbahagi kepada beberapa bahagian.

Wajib : iaitu bagi lelaki yang berkemampuan dan tidak mampu menahan nafsu syahwatnya terhadap perempuan.

Sunat : iaitu bagi seorang lelaki yang berkemampuan dari segi hartanya dan nafsunya, dan ingin pula mendapatkan keturunan tetapi mampu pula mengawal nafsunya dengan baik.

Harus/Mubah : iaitu apabila seseorang yang berkeyakinan tidak akan jatuh dalam perzinaan jika tidak berkahwin, tetapi kalau berkahwinpun tidak akan mengabaikan kewajipan suami atau isteri.

Makruh : iaitu bagi lelaki yang apabila berkahwin akan memberi masalah kepada anak dan isterinya, kesibukkanya, keegoannya, kebodohannya, kekurangan sifat dirinya dan sumpamanya.

Haram : iaitu bagi lelaki yang tidak mampu membiayai rumahtangganya, anak isterinya dengan sebab kemiskinannya. Jika berlaku perkahwinan mungkin akan jatuh kepada berbuat kezaliman. Bagi golongan ini walaupun tidak mampu menahan nafsu tetap juga tidak dihalalkan baginya berkahwin, melainkan jika ada pihak-pihak tertentu membiayai dan membantu sehingga berjaya. Jika tidak maka dia hendaklah berpuasa sehingga dia mampu menahan nafsunya dari berbuat zina.

Imam Syafi’e : Asal hukum harus, kemudian berubah menjadi wajib atau sunat tergantung kepada keadaan sesorang.

Seterusnya...

11 November 2009

Saatnya Untuk Menikah

"Apabila datang kepadamu seorang laki-laki datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaqnya maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerusakan yang merata di muka bumi.” (HR Tarmidzi dan Ahmad)

Ketika orang menyukarkan apa yang dimudahkan Allah, mereka akhirnya benar-benar mendapati keadaan yang sulit dan sukar , nyaris tak menemukan jalan keluarnya. Mereka menunda-nunda pernikahan tanpa ada ALASAN SYAR’IE dan akhirnya mereka benar-benar takut melangkah di saat hati sudah sangat menginginkannya. Atau ada yang sudah benar-benar gelisah apabila jodohnya tak kunjung tiba ,di kala hati sudah serius untuk bernikah namun tiada ada yang mahu .



Lingkaran ketakutan itu berlanjutan. Bila di usia dua puluh tahunan mereka menunda pernikahan karena takut dengan keadaan ekonominya yang belum mantaap, di usia menjelang tiga puluh hingga tiga puluh lima berubah lagi masalahnya. Mereka (laki-laki) menginginkan calon isteri dengan kriteria / ciri-ciri yang sukar dipenuhi. Begitu pula KRITERIA TENTANG JODOH, ketika menetapkan kriteria yang terlalu banyak maka akhirnya tidak ada yang sesuai dengan keinginan kita.

Sementara wanita yang sudah berusia sekitar 35 tahun, masalahnya bukan kriteria tetapi soal apakah ada orang yang mau menikah dengannya? Ketika usia sudah 40-an, ketakutan kaum laki-laki sudah berbeza lagi, kecuali bagi mereka yang tetap terjaga hatinya. Jika sebelumnya banyak kriteria yang ditetapkan, pada usia 40-an, muncul ketakutan apakah akan dapat melayan seorang isteri dengan baik. Lebih-lebih lagi ketika usia beranjak 50 tahun, ada ketakutan lain yang mencekam. Iaitu kekhuatiran KETIDAKMAMPUAN MENCARI NAFKAH sementara anak masih kecil. Atau ketika masalah nafkah tak merisaukan khuatir KEMATIAN lebih dahulu menjemput sementara anak-anak masih banyak perlu dinasihati. Apabila tidak ada iman maka muncul keputusasaan.


Jangan ditunda-tunda apa yang menghimpit saudara kita sehingga mereka sanggup menitiskan air mata. Awalnya adalah kerana mereka menunda apa yang harus disegerakan, mempersulit apa yang seharusnya dimudahkan. Padahal Rasulullah s.a.w. berpesan:

Wahai Ali, ada TIGA PERKARA JANGAN DITUNDA-TUNDA; apabila SOLAT telah tiba waktunya, jenazah apabila telah siap penguburannya, dan perempuan apabila telah datang laki-laki yang sepadan meminangnya.” (HR Ahmad)

Hadis ini menujukkan agar tidak boleh mempersulit pernikahan, baik langsung maupun tak langsung. Secara LANGSUNG adalah menuntut mahar yang terlalu tinggi. Atau yang sejenis dengan itu. Ada lagi yang TIDAK SECARA LANGSUNG. Mereka membuat kebiasaan yang mempersulit, meski nyata-nyata menuntut mahar yang tinggi atau resepsi yang mewah. Sebahagian orang mengadakan acara peminangan sebagai acara tersendiri yang tidak boleh kalah mewah dari resepsi pernikahan Sebahagian lainnya melazimkan acara penyerahan hadiah atau wang belanja untuk biaya pernikahan secara tersendiri. Bila seseorang tak kuat menahan beban, maka boleh saja melakukan penundaan pernikahan semata-mata HANYA kerana masalah ini.

Saya sangat bimbang akan KERUHNYA NIAT dan BERGESERNYA TUJUAN. Sehingga pernikahan itu kehilangan barokahnya. Naudzubillah! Penyebab lain adalah lemahnya keyakinan kita bahwa Allah pasti akan memberi rezeki atau boleh jadi cerminan dari sifat tidak qona’ah (mencukupkan diri dengan yang ada).

PILIHLAH YANG BERTAKWA. Suatu saat ada yang datang menemui Al Hasan (cucu Rasulullah). Ia ingin bertanya sebaiknya dengan siapa putrinya menikah? Maka Al Hasan r.a berkata:

“Kawinkanlah dia dengan orang yang bertakwa kepada Allah. Ini kerana, jika laki-laki mencintainya, ia memuliakannya, dan jika ia tidak menyenanginya, ia tidak akan berbuat zalim kepadanya.”


Nasihat Al- Hasan menuntun kita untuk menjernihkan fikiran. Jika kita menikah dengan orang yang bertakwa, cinta yang mula tidak ada, akan lahir dan dapat bersemi indah karena komitmen yang memenuhi jiwa.


Wallahu alam bi showwab.


Seterusnya...

10 November 2009

Dalil Menggalakkan Perkahwinan

Untuk menggalakkan pernikahan, Allah s.w.t telah berfirman:

“Dan kahwinkanlah orang bersendirian (belum kahwin) di antara kamu” (an-Nur: 32)

Ayat di atas menunjukkan suatu perintah ke atas orang yang belum pernah berkahwin supaya berkahwin.

FirmanNya yang lain:

“Maka janganlah kamu menghalang-halangi wanita-wanita untuk berkahwin semula dengan suami-suami mereka.” (al-Baqarah: 232)

Ayat yang tersebut di atas pula melarang untuk menghalang wanita-wanita yang diceraikan oleh suami-suami mereka untuk kembali berkahwin semula dengan mereka.

Kemudian Allah s.w.t. telah berfirman lagi dalam menghuraikan sifat-sifat para Rasul dan memuji sikap mereka:

“Dan kami (Allah) sungguh-sungguh telah mengutus Rasul-rasul sebelum engkau dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan.” (ar-Ra’ad: 38)

Allah s.w.t. telah menyebutkan yang demikian itu untuk menunjukkan tanda limpah kurniaNya serta melahirkan kelebihanNya. Kemudian Allah s.w.t juga memuji para waliNya dengan suatu permohonan dalam bentuk doa sebagaimana firmanNya:

“Dan orang-orang yang berkata: Wahai Tuhan Kami! Kurniakanlah Kami dari isteri-isteri dan keturunan kami cahayamata kami.” (al-Furqan: 74)

Di antara Hadis pula, sabda Rasulullah s.a.w.:

“Nikah itu adalah sunnatku, maka barangsiapa yang benci kepada sunnatku, nescaya telah membenci aku.”

Sabdanya lagi:
“Barangsiapa yang mampu untuk berumahtangga, maka hendaklah ia berkahwin kerana yang demikian itu dapat memelihara mata dan menjaga kemaluan. Dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah ia berpuasa kerana puasa itu adalah dapat menahan keinginan (hawa nafsu).”

Hadis ini jelas menunjukkan bahawa sebab digalakkan berkahwin itu supaya terhindar dari kecelakaan yang mungkin dilakukan oleh mata dan kemaluan. Sebab itulah bagi orang yang tak mampu pula digalakkan supaya berpuasa, kerana puasa itu akan melemahkan anggota seks.

Rasulullah s.a.w bersabda lagi:

“Jika yang datang meminang kepada kamu orang yang kamu percaya tentang agamanya dan amanatnya, maka sebaik-baiknya kamu mengahwinkannya saja. Jika tidak dikhuatiri akan berlaku fitnah di atas muka bumi dan kecelakaan yang besar.”

Hadis ini juga menunjukkan sebab mengapa perkahwinan itu harus digalakkan kerana ditakuti berlaku perkara yang tak baik.

Bersabda Rasulullah s.a.w:

“Setiap amalan anak Adam akan terputus melainkan tiga saja (salah satunya) anak yang saleh mendoakannya.”

Anak tidak akan terhasil, melainkan dengan berkahwin.

Adapun yang mengenai atsar pula, maka telah berkata Ibnu Abbas r.a.: Tidak sempurna ibadat orang yang beribadat sehingga ia berkahwin.

Mungkin sekali Ibnu Abbas telah menjadikan syarat berkahwin itu sebagai sebahagian dari ibadat atau sebagai menyempurnakan ibadat ataupun barangkali beliau bermaksud bahawa hati seseorang itu tidak dapat mengalahkan syahwat melainkan dengan berkahwin dan ibadat pula tidak akan sempurna melainkan dengan ketetapan dan ketenangan hati. Ibnu Abbas selalu mengumpulkan anak-anak buahnya bila mereka telah menginjak alam dewasa seraya berkata kepada mereka: Kamu sekalian telah dewasa. Kalau kamu sekalian ingin berkahwin, aku bersedia untuk mengahwinkan kamu. Sebab apabila seorang hamba itu berzina akan tercabutlah cahaya keimanan dari hatinya.

Rujukan dari KITAB BIMBINGAN MUKMIN – Hujjatul Islam Al Imam Al Ghazali

Seterusnya...

31 October 2009

Pernikahan

Entri ini, kira review apa yang telah pernah dipaparkan dalam bentuk points...

1. Takrif Nikah :


i) Dari segi bahasa : Ikatan atau simpulan.
ii) Dari segi istilah Syarak : Suatu Ikatan atau akad yang menghalalkan pergaulan dan membatas hak dan kewajipan serta bertolong-tolong di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang di antara keduanya bukan mahram.

2. Perkahwinan adalah merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. dan digalakkan di dalam Islam serta dituntut oleh Hukum Syarak, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

" Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku ". ( Riwayat Ibnu Majah )

3. Dalil yang menunjukkan bahawa perkahwinan itu dituntut oleh syarak adalah seperti berikut :

* Dalil dari Al-Quran yang bermaksud :

"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan lain dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil( di antara isteri-isteri kamu) maka berkahwinlah dengan seorang sahaja". ( Surah An - Nisaa' - Ayat 3 )

* Dalil dari As-sunnah yang bermaksud:

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa yang mampu di antara kamu (mempunyai belanja serta keinginan) hendak berkahwin, hendaklah ia kahwin, kerana sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan matanya (terhadap orang yang tidak halal dilihatnya) dan terkawal kehormatannya dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah ia berpuasa, bahawa puasa itu menjadi benteng". ( Riwayat Muslim )

* Dari Ijmak Ulama : Semua ulama sepakat mengatakan bahawa hukum perkahwinan itu adalah dituntut oleh Hukum Syarak.

4. Hukum berkahwin itu ada empat :

1. Wajib - Orang yang cukup belanja dan tidak dapat menahan nafsunya.
2. Sunat - Orang yang cukup belanja dan ingin berkahwin.
3. Makruh - Orang yang cukup belanja tetapi tiada keinginan berkahwin.
4. Haram - Orang yang yakin tidak dapat melaksanakan tanggungjawab.

5. Rukun-rukun nikah :

1. Lelaki yang bakal menjadi suami.
2. Perempuan yang bakal menjadi isteri.
3. Wali yang adil
4. Dua orang saksi yang adil
5. Ijab dan Qabul (Tawaran dan Penerimaan)

6. Syarat-syarat lelaki bakal suami :

1. Beragama Islam
2. Tidak berihram haji atau umrah
3. Lelaki tertentu
4. Belum mempunyai empat isteri
5. Dengan kerelaan diri sendiri bukan paksaan
6. Seorang lelaki (bukan khunsa musykil)

7. Syarat-syarat perempuan bakal isteri :

1. Beragama Islam.
2. Perempuan yang tertentu.
3. Bukan Mahram kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya
4. Bukan isteri orang dan tidak di dalam eddah orang lain.
5. Tidak berihram haji atau umrah.

8. Syarat-syarat wali :

1. Beragama Islam.
2. Seorang lelaki.
3. Baligh.
4. Dengan kerelaan sendiri bukan paksaan.
5. Tidak berihram haji atau umrah.
6. Orang yang adil ( tidak fasiq ).
7. Seorang yang sempurna akalnya.

9. Syarat-syarat saksi :

1. Bilangannya tidak kurang daripada dua orang.
2. Beragama Islam.
3. Berakal
4. Baligh
5. Lelaki.
6. Sejahtera pancaindera (boleh melihat, mendengar, bertutur).
7. Memahami isi-isi kandungan lafaz ijab dan qabul.
8. Orang yang adil (tidak fasiq)

10. Sighah Ijab:

1. Sighah ijab hendaklah digunakan lafaz nikah atau dengan terjemahan daripada dua lafaz itu dalam apa jua bahasa.

2. Lafaz ijab boleh dibuat oleh wali itu sendiri atau wakilnya.

Contohnya : "Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku Fatimah bte Abdullah / berwakilkan wali bapanya kepadaku dengan maskahwinnya RM 40.00 tunai ".

Sighah Qabul : Iaitu upacara penerimaan daripada lelaki sendiri ataupun wakilnya setelah selesai sighah ijab dengan tidak diselangi oleh apa-apa perkataan asing atau masa yang panjang.

Contohnya : "Aku terima nikah Fatimah bte Abdullah dengan maskahwinnya RM 40.00 tunai " .

11. Tanggungjawab suami kepada isteri :

1. Pemberian maskahwin.
2. Pemberian nafkah.
3. Berkelakuan baik.
4. Memberi bimbingan.
5. Menjaga kehormatan isteri.
6. Memberi layanan zahir dan batin.
7. Melakukan keadilan sekiranya berpoligami.

12. Tanggungjawab isteri kepada suami :

1. Wajib taat kepada suaminya.
2. Wajib tinggal di rumah yang dietapkan oleh suaminya.
3. Wajib menjaga kehormatan dirinya.
4. Wajib menjaga rumahtangganya.
5. Tidak menolak panggilan suami jika dipanggil ke tempat tidur.

13. Tanggungjawab bersama suami dan isteri :

1. Halal pergaulan sebagai suami-isteri.
2. Suci benih keturunan.
3. Wujud hak pusaka-mempusakai di antara keduanya.
4. Sah taraf anak (keturunan) kepada suami.
5. Kewajipan keduanya berlaku dalam pergaulan.
6. Bermesyuarat dan berbincang di dalam hal ehwal rumahtangga.
7. Berlaku adil di dalam segala bentuk kehidupan.

Sumber Rujukan :
1. Fiqh Imam As-Syafie - Hj. Idris bin Ahmad .
2. Ringkasan Munakahat - Ibnu Rahmat .

Seterusnya...

26 July 2009

Hakikat Sebuah Pernikahan

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Wahai para pemuda ! Barangsiapa diantara kalian berkemampuan untuk nikah, maka nikahlah, karena nikah itu lebih Menundukan pandangan, dan lebih membentengi farji (kemaluan). Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia puasa (shaum), karena shaum itu dapat membentengi dirinya”. (Hadits Shahih Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa’i, Darimi, Ibnu Jarud dan Baihaqi)

Perkawinan adalah fitrah kemanusiaan, maka dari itu Islam menganjurkan untuk nikah, karena nikah merupakan gharizah insaniyah (naluri kemanusiaan). Bila gharizah ini tidak dipenuhi dengan jalan yang sah yaitu perkawinan, maka ia akan mencari jalan-jalan syetan yang banyak menjerumuskan ke lembah hitam.
Firman Allah Ta’ala.

“Artinya : Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”. (Ar-Ruum : 30).




Islam Menganjurkan NikahIslam telah menjadikan ikatan perkawinan yang sah berdasarkan Al-Qur’an dan As-Sunnah sebagai satu-satunya sarana untuk memenuhi tuntutan naluri manusia yang sangat asasi, dan sarana untuk membina keluarga yang Islami. Penghargaan Islam terhadap ikatan perkawinan besar sekali, sampai-sampai ikatan itu ditetapkan sebanding dengan separuh agama. Anas bin Malik radliyallahu ‘anhu berkata : “Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam :

“Artinya : Barangsiapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi”. (Hadist Riwayat Thabrani dan Hakim).

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan untuk menikah dan melarang keras kepada orang yang tidak mau menikah. Anas bin Malik radliyallahu ‘anhu berkata : “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan kami untuk nikah dan melarang kami membujang dengan larangan yang keras”. Dan beliau bersabda :

“Artinya : Nikahilah perempuan yang banyak anak dan penyayang. Karena aku akan berbangga dengan banyaknya umatku dihadapan para Nabi kelak di hari kiamat”. (Hadits Riwayat Ahmad dan di shahihkan oleh Ibnu Hibban).

Pernah suatu ketika tiga orang shahabat datang bertanya kepada istri-istri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang peribadatan beliau, kemudian setelah diterangkan, masing-masing ingin meningkatkan peribadatan mereka. Salah seorang berkata: Adapun saya, akan puasa sepanjang masa tanpa putus. Dan yang lain berkata: Adapun saya akan menjauhi wanita, saya tidak akan kawin selamanya …. Ketika hal itu didengar oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau keluar seraya bersabda :

“Artinya : Benarkah kalian telah berkata begini dan begitu, sungguh demi Allah, sesungguhnya akulah yang paling takut dan taqwa di antara kalian. Akan tetapi aku berpuasa dan aku berbuka, aku shalat dan aku juga tidur dan aku juga mengawini perempuan. Maka barangsiapa yang tidak menyukai sunnahku, maka ia tidak termasuk golonganku”. (Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim).

Kata Syaikh Hussain Muhammad Yusuf : “Hidup membujang adalah suatu kehidupan yang kering dan gersang, hidup yang tidak mempunyai makna dan tujuan. Suatu kehidupan yang hampa dari berbagai keutamaan insani yang pada umumnya ditegakkan atas dasar egoisme dan mementingkan diri sendiri serta ingin terlepas dari semua tanggung jawab”.Orang yang membujang pada umumnya hanya hidup untuk dirinya sendiri. Mereka membujang bersama hawa nafsu yang selalu bergelora, hingga kemurnian semangat dan rohaninya menjadi keruh. Mereka selalu ada dalam pergolakan melawan fitrahnya, kendatipun ketaqwaan mereka dapat diandalkan, namun pergolakan yang terjadi secara terus menerus lama kelamaan akan melemahkan iman dan ketahanan jiwa serta mengganggu kesehatan dan akan membawanya ke lembah kenistaan.

“Artinya : Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan karunia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”.
(An-Nur : 32).

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menguatkan janji Allah itu dengan sabdanya :

“Artinya : Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, yaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka, dan seorang yang menikah karena ingin memelihara kehormatannya”. (Hadits Riwayat Ahmad 2 : 251, Nasa’i, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits No. 2518, dan Hakim 2 : 160 dari shahabat Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu).

Para Salafus-Shalih sangat menganjurkan untuk nikah dan mereka anti membujang, serta tidak suka berlama-lama hidup sendiri.Ibnu Mas’ud radliyallahu ‘anhu pernah berkata : “Jika umurku tinggal sepuluh hari lagi, sungguh aku lebih suka menikah daripada aku harus menemui Allah sebagai seorang bujangan”. (Ihya Ulumuddin dan Tuhfatul ‘Arus hal. 20).

“Artinya : Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu hidup tentram bersamanya. Dan Dia (juga) telah menjadikan diantaramu (suami, istri) rasa cinta dan kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar-Ruum : 21).

maka , bernikahlah supaya KITA DAPAT MELAKSANAKAN SEGALA TANGGUNGJAWAB YANG SAUDARI FADHILA SEBUTKAN TADI DENGAN SENANG HATI, kerana Allah SWT menjanjikan ketenangan dan kedamaian dalam kehidupan hambaNya yang menikah kerana Allah .JIKA kita menangguhkan nikah kerana rasa perlu bahagiakan ibu bapa, cari kehidupan dulu, siapa tahu dalam proses tu kita terjerumus dalam kancah maksiat..

“Artinya : Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang-orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”. (Al-Hujuraat : 13).

sementelah tanggungjawab tersebut insyaAllah akan dapat kita laksanakan asalkan suami isteri dapat memahami hakikat perkahwinan dan tanggungjawab lain terhadap orang lain...

TAKKAN MISKIN DALAM MEMBELA ISLAM...insyaAllah, Allah akan tolong....


Seterusnya...