CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label isteri solehah. Show all posts
Showing posts with label isteri solehah. Show all posts

02 November 2012

Silakan Berpoligami Jika...




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


 Poligami bukanlah sesuatu yang asing di dalam masyarakat Islam. Memang ada di dalam syariat Islam.


Saya tertarik dengan pandangan Muhammad Abduh berkenaan dengan poligami, sememangnya isu poligami adalah isu paling sentisitif bagi wanita. Namun sebagai seorang muslimah kita tidak boleh menolak hukum yang telah ditetapkan oleh Allah. Menurut Muhammad Abduh, kebenaran yang diberikan Allah untuk berpoligami hanyalah sebagai satu pengecualian, bukanlah suatu galakkan. Poligami bukanlah satu perkara yang mudah, jika seorang lelaki itu benar-benar faham dan sedar betapa sukarnya untuk mencapai tahap layanan yang dikatakan adil, sudah tentu dia akan sedar bahawa adalah mustahil untuk memiliki lebih dari seorang isteri.

Firman Allah di dalam surah an-Nisaa ayat 3 menyatakan " Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman".

Bagi Muhammad Abduh, ayat ini menganjurkan seorang lelaki berkahwin dengan seorang wanita sahaja, kerana dikhuatiri dia akan mengabaikan tanggungjawab yang bakal dipikulnya jika memiliki lebih dari seorang isteri.

Selain itu, Muhammad Abduh menegaskan bahawa poligami yang diamalkan oleh lelaki muslim masa kini adalah punca utama kejatuhan struktur sosial masyarakat. Mengikut pengamatan beliau lelaki yang berpoligami tidak mampu menggalas tanggungjawab mereka dengan adil dan sering terabai. Tanggungjawab yang semakin bertambah menjadi terabai kerana disebabkan oleh kurangnya didikan agama, ilmu kekeluargaan dan kesedaran terhadap tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Tetapi sekiranya anda menggagap, diri sudah mantap dan mampu mencontohi sifat Rasulullah dan para sahabat dalam memberi layanan yang adil terhadap isteri-isteri dan anak-anak...silakanlah berpoligami.


Manusia TIDAK AKAN DAPAT BERLAKU ADIL pada isteri-isterinya, walaupun mereka begitu bersungguh-sungguh ingin melakukannya. Oleh itu, janganlah berlaku zalim. (Rujuk An-Nisaa, 129).


Sesungguhnya hanya Allah yg sebenar-benarnya Adil. Manusia dgn sifat kelemahannya sudah pasti tidak sempurna. Adil itu sendiri suatu konsep yg subjektif, dan tertakluk kpd tafsiran dan pertimbangan manusia yg pasti byk kekurangan dan kelemahannya. Keadilan zahir yg nampak mcm mudah perkiraannya pun tidak semudah yg disangka utk dilakukan, apatah lagi keadilan batin yg dipengaruhi oleh emosi dan psikologi yg kerap berubah-ubah.

Walaupun demikian, janganlah pula para suami menyalahgunakan ayat ini sebagai justifikasi ketidakadilan yg dilakukannya, sekiranya dia sememangnya mampu utk berlaku lebih adil terutama dari aspek nafkah zahir. Suami hendaklah terus-terusan memperbaiki prestasi tahap keadilannya, membetulkan kesilapan2 yg telah dilakukan samada secara sengaja atau tidak, dan sentiasa berlapang dada dan bersangka baik dgn pandangan,teguran dan nasihat para isteri.

Jika ada pertanyaan dari isteri berkaitan dgn keadilan suami, suami hendaklah bersabar dan cuba menerangkan dgn baik supaya isteri memahami dan tidak berasa sedih dan berkecil hati dgn apa yg dirasakannya seperti tidak adil. Sesungguhnya pada para isteri, ketidakadilan yg ketara ialah suatu bentuk penderaan emosi yg amat menyedihkan. Tidak jauh bezanya dgn emosi anak2 yg dilayan secara pilih kasih oleh ibubapa mereka, hingga ada anak2 yg terencat emosinya seumur hidup disebabkan pengalaman yg menyedihkan itu.

Isteri yg melihat kesungguhan suami utk berlaku adil pula selalunya mudah utk memaafkan kekurangan suami. Bila kedua-dua pihak suami isteri saling bertolak ansur, terus2an berusaha utk buat yg lebih baik, dan redha meredhai, insyaAllah mudahlah mereka merasa nikmat mawaddah dan rahmah suatu perkongsian hidup.


Dan dalam banyak-banyak kisah luahan hati mereka-mereka yang berpoligami, saya sangat tertarik dengan kisah benar ini. Kebanyakkan luahan isteri kedua yang berpoligami adalah dari mereka yang memang dilhairkan Islam tetapi mereka merasa seperti tiada keadilan di dalam rumahtangga poligami. Mereka merasa seperti teraniya dan diketepikan.


Berlainan dengan kisah mualaf ini. Dia dilamar sebagai isteri kedua sebelum dia memeluk Islam. Dia mencari apakah keindahan berpoligami dalam Islam. Bacalah seterusnya...




Assalamuailaikum kepada semua halaqian,

Alhamdullilah,Syukur  setelah sekian lama membaca thread yang sentiasa hangat ini, saya berkeyakinan untuk berkongsi pengalaman kepada halaqian , sebelum bergelar isteri saya dah lama mengikuti thread ini dan saya mendapat semangat dan lebih berkeyakinan setelah membaca semua pengalaman dan perkongsian semua. Saya merupakan Isteri kedua, dengan izin Isteri pertama saya bernikah. Sebelum bernikah saya memang pernah bertemu dengan kakak (isteri pertama suami) dan kami memang tidak ada masalah. Kami boleh duduk makan bertiga. 

Namun, tiba-tiba kakak berubah mungkin adalah hasutan-hasutan yang telah mengubah fikirannya. Ketika proses permohonan/pendaftaran berpoligami, saya berjumpa dengan kakak ketika di mahkamah namun tiada senyum dan kakak seperti tidak menghiraukan kehadiran saya. Namun saya tetap bersabar dan tidak salahkan kakak. Sebelum bernikah, saya tidak sunyi dari menerima mesej caci maki anak-anak suami dan kata-kata kakak yang kasar. Namun saya tidak berdendam dengan itu semua. Saya terus bersabar, bersyukur , dan terus berdoa yang baik-baik  kepada yang  membenci dan mengutuk saya dan memohon keampunan kepada ALLah S.W.T. Sebagai hamba Allah saya bersyukur kerana saya percaya semua Ujian ini datang dari-NYA. Saya merupakan saudara baru yang memeluk Islam, Alhamdullilah dengan jalan yang dia pilih untuk saya (bermadu), saya telah menjadi hamba yang sering memohon dan merintih kepada-NYA.

Kepahitan hidup yang saya lalui ini mengajar saya erti bersyukur dan menyedari bahawa semua nikmat yang kita perolehi adalah milik Allah. Sebelum ini hidup saya terlalu bersenang lenang, tidak pernah melalui kesusahan kerana tenggelam dan hanyut oleh perkara-perkara keduniaan. Saya sangat-sangat bersyukur, dan atas berkat kesabaran ,doa dan niat yang baik-baik dalam hati Allah menunjukkan kekuasaan-NYA. Alhamdullilah raya minggu lepas saya terima mesej dari anak suami yang dulunya begitu membenci saya, memohon maaf atas segala kekasaran dan Kakak juga menghubungi saya untuk memohon maaf. Memanglah hati mana yang tidak terluka dengan kata-kata hinaan tapi BERSABARLAH dan jangan pernah ada DENDAM.

Syukur  Alhamdullilah. Dan ada suara-suara sumbang yang menceritakan perkara-perkara tidak baik kepada saya berkenaan kakak, namun saya ignore semuanya, itu adalah bisikan syaitan iblis yang cuba menyesatkan manusia. Saya tidak mahu mendengar dan cepat-cepat bertaubat dan memohon keampunan agar tidak terpedaya.  Sekarang semuanya dah elok, saya boleh bersembang dengan kakak dalam talian, gelak ketawa..bahagia. Syukur Alhamdullilah. Wahai isteri2, redhalah tak kira yang keberapa pun, redha jangan di bibir saja,redha dengan penuh keihkhlasan.

Jangan angkuh, sombong dan tamak dengan nikmat yang kita ada. Yakinlah dengan ketentuan Allah, pasti tersembunyi  hikmah kerana itu kita dipilih untuk melaluinya. Sebagai contoh, dulu suami yang saya kenali panas baran, dan bukannya orang yang jaga solatnya pun namun sekarang, Alhamdullilah Syukur kepada Allah..suami dah pandai menjaga sembahyangnya dan menjaga tutur katanya serta berusaha untuk berlaku adil.  Doakan ya semoga berkekalan hingga penghujung dunia.  Betulkan niat dalam hati, Ingat! Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kita, jika kita berniat untuk menyusahkan orang lain, Allah pasti menghukum kita dulu. Cepat-cepat taubat ya, lakukan hanya kerana Allah Taala. Wallahuallam
                   Sumber petikan




Kepada mana-mana isteri kedua yang memang dilahirkan  sebagai orang Islam, cubalah baca perkongsian halaqian ini. Saya sungguh kagum dengan ceritanya, ketegasannya dalam menentukan dirinya akan berpoligami sebagai isteri kedua. Ambillah iktibar dan pengajaran isteri-isteri kedua lain yang memang dilahirkan Islam tetapi tidak kuat menerima ujian berpoligami.



Impianku menjadi isteri solehah,mencintai, 
mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.

Seterusnya...

07 June 2012

Ketidakadilan Dalam Nafkah Isteri Kedua




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sejak akhir-akhir ini, makin banyak luahan hati para isteri kedua apabila berlaku ketidakadilan dan pengabaian para suami kepada mereka.

Saya yang membaca kadang-kadang rasa amat ngeri dan takut dengan balasan Allah terhadapt pengabaian para suami ke atas amanah yang Allah telah berikan.

Turut sama ialah orang yang menyumbang untuk suami tidak berlaku adil, dan suami mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri-isterinya.

Sebenarnya, apabila seorang lelaki tu berani untuk berpoligami, dia juga mesti seorang berani untuk menghadapi ujian dan cabaran. Tetapi kebanyakkan luahan hati isteri kedua menggambarkan suami mereka hanya berani menikahi tetapi tidak berani untuk menghadapi cabaran.

Antara kisah terbaru, luahan hati puan ini, ketidakadilan dalam bilangan bermalam dan nafkah.



Saya merupakan isteri kedua,bergaji lebih kurang sama dengan suami,penjawat awam dan mempunyai 2 org anak hasil perkahwinan terdahulu. Sebelum berkahwin,suami memang ada memberitahu yang dia tak mampu dari segi kewangan. Tapi pada masa itu,saya tidak fikirkan tentang kewangan kerana saya sendiri sudah mempunyai pendapatan sendiri. Setahun dalam alam perkahwinan,cukup membahagiakan saya, dari segi kewangan memang tak pernah ada masalah,kerana apa yang saya terima dari suami,saya tak pernah mengeluh. 
Namun baru2 ini,hati saya seolah2 dihasut oleh bisikan syaitan. Saya telah mendapat tahu bahawa suami sebenarnya berkemampuan untuk memberi nafkah pada saya. Sebagai penjawat awam,saya agak mudah untuk membuat pinjaman. saya pernah menolong suami untuk membuat pinjaman kerana merasakan sbg isterinya,saya harus menolongnya. Tapi sehingga menjejak ke usia setahun perkahwinan kami,dia masih tidak membri nafkah kepada saya kecuali bayaran pinjaman tersebut. 

Segala perbelanjaan kehidupan kami,saya yang keluarkan. Terus terang,dia seorang yang baik. Hubungan dengan isteri pertama agak tegang,seolah2 kuasa ditangan isterinya kerana isterinya sering menggunakan syarat2 tertentu agar suami berada dalam serba salah. Dalam dirinya..tiada istilah poligami. tak dinafikan,setiap kali suami menghadaapi msalah,saya sering membri bantuan yang tak berbelah bagi. nasihat dan pandangan saya utarakan. tetapi bila dia mula berbaik dengan yang pertama,dia sering menyalahkan saya kerana sering mengingatkan dirinya tentang tanggungjawab suami mendidik isteri.

Sebelum ni,dia sering mengeluh,kerana isteri pertama sering bermasam muka dengannya,kecuali jika dia perlukan pertolongan seperti duit,barulah dia akan berbaik dengan suami. Saya malas nak pedulikan mereka lagi,kerana sudah puas saya menasihati agar suami lebih pandai menangani masalah. Jika saya meminta cerai,adakah saya akan dimurkai Allah? kalu dulu,setiap apa yang saya keluarkan saya niat sedekah tetapi setelah saya tahu,suami berkemampuan,adakah berdosa jika saya tidak redha dengan nafkah saya yang sepatutnya? Adakah ini cinta ikhlas seorang suami? Jika ternyata tidak ikhlas...saya rasa pengunduran itu perlu kerana tak mahu suami terus berdosa.

Berikut adalah beberapa pandangan dan nasihat forumer kepada puan ini.

Pandangan 1

sayang...
Tahukah status isteri itu sangat mulia. Bersihkan hati, jangan termakan bisikan syaitan. Syaitan tak mahu rumahtangga bahagia. Itu sebab di datang perasaan tidak ikhlas, dan rasa terpedaya.

Apa salahnya teruskan seperti awal perkahwinan, tidak usah persoalkan samada suami mampu atau tidak mampu memberikan nafkah. Redhalah dengan apa yang suami lakukan supaya rumah tangga bahagia. Seorang isteri tidak disoal apa yang suami lakukan samada tentang keadilan, tanggungjawab atau apa saja selagi bukan kita yang menjadi punca.

Jika isteri redha, itu lebih baik daripada berundur diri. Jika seorang isteri itu baik, redha,lama-lama suami akan sayang, walaupun dia tidak berlaku adil, sekurang-kurang ada suami untuk meredhai isteri saat kematian. Alangkah bagus, jika seorang isteri mati dalam redha suami, kerana dengan redha suami maka Allah juga redha ke atas dirinya.

Usah pertikaikan apa suami buat, adil atau tidak, mampu atau tidak, tetapi pertikaikan apakah cukup bakti aku kepada suami aku untuk aku layak ke syurga atau redha suami.

Luahan seterusnya puan ini;

Semalam saya terdengar percakapan mereka di telefon. Bukan niat nak mendengar tetapi terdengar. Mungkin suami memujuk isterinya kerana suami datang berjumpa saya. Antara isi percakapan mereka...

"abg tak boleh ceraikan dia,itu kejam namanya. Kenapa awak nak risau..segala gaji abg semuanya untuk kita,dia tak dapat ape pun,abg lebihkan awak dari semua sudut kerana abg terlalu sayangkan awak dan anak2. Memang abg bersalah kerana berkahwin dengan dia tapi apa abg boleh buat? Sehingga ke akhir hayat,awak akan dapat semuanya dari abg,dia takkan dapat apa2 pun,itu janji abg. Abg akan tunaikan janji2 abg tapi jgn minta abg ceraikan dia dan awak pun tak boleh minta cerai kerana abg nak hidup dengan awak sampai bila2."

So what should i do now? terus bertahan? Memang benar,setahun pernikahan kami,suami hanya menunaikan tggungjawab batin,yg lain2 boleh dikatakan hanya 1% saja. Saya nak kekalkan status isteri ini tapi saya akan menjauhkan diri dari suami. Saya nak dia celik mata tentang kewujudan saya. Mungkin dengan cara menjauhkan diri,dia lebih menghargai saya.

Pandangan 2

Pilihan di tangan puan, jangan fikir banyak-banyak hal yang remeh walaupun ia merupakan tanggungjawab dia. Dia punya tanggungjawab , biar dia yang settlekan.

Kalau puan nak lagi status isteri, abaikan semua tu, teruskan seperti biasa mula-mula dahulu, kerana tanpa dia, puan tak dapat apa-apa layanan istimewa.

Pandangan 3

Puan akan rugi kalau bertindak menjauhkan diri. Kemungkinan suami untuk sedar kehadiran puan semakin tipis kerana puan mensia-siakan peluang untuk memikat suami. Di situ isteri pertama akan mendapat kelebihan melayan suami dengan lebih baik, kerana suami telah memberi jaminan untuk melebihkannya berbanding puan.

Kesimpulannya, tindakan puan menjauhkan diri hanya akan merugikan puan sendiri kerana suami puan tetap mempunyai/mendapat layanan dari isteri yang lain.Wallahua'lam.

Pandangan 4

Puan isteri yang baik dan puan tahu apa yang puan patut lakukan. 

Puan boleh memilih untuk 'merajuk' agar suami sedar kehadiran puan, tapi secara peribadinya saya tidak setuju. Saya lebih suka syorkan agar puan terus bersabar dan melayan suami sebaiknya setiap kali suami melapangkan masanya untuk puan. Hargai kesempatan dan peluang yang ada kerana puan juga mengakui suami memberi layanan yang baik pada puan.

Bersyukurlah dengan membaca banyak lagi kisah monogami dan poligami di halaqah ini yang keadaan mereka lebih buruk dari puan. Masih ramai lagi isteri kedua yang jauh lebih terabai dari puan, dan kisah isteri kedua yang perlu puan renungkan seperti kisah Siti Hajar moga dapat puan jadikan iktibar.

Selain dari pengabaian dan tanggungjawab suami terhadap puan, puan masih ada tanggungjawab berat yang akan disoal di akhirat, antaranya mendidik anak-anak. 
Tabahkan diri puan, didiklah anak2 sebaik-baiknya walaubagaimanapon suami puan mengabaikan puan.
Wallahua'lam.

Pandangan 5

Bersyukurlah, dengan adanya suami anda dapat mengelakkan diri dari melakukan maksiat kerana ketika nafsu membara , ada tempat untuk dilempiaskan.

Biarpun suami itu adil atau mengabaikan, dari satu sudut, anda mendapat timbunan pahala dan menjauhi dosa.

Pandangan 6


Buatlah seperti orang ber'couple' tetapi anda halal. Ibarat puan berkasih dengan suami orang. Bercinta dengan suami orang cuma dapat kasih sayang, perhatian . Mana ada suami orang nak tanggung apa-apa. Yang ada kerana tahu ada orang kasih pada dia, perempuan tu lagi yang kena bayar makan dan kos dating.

Couple puan halal. Soal dia abai atau laksanakan tanggungjawab, itu hal dia, asalkan puan ada tempat berkasih sayang dan bermanja.


Begitulah antara pandangan dan nasihat untuk membantu agar kuat dan tabah menghadapi ujian. Terus terang, jauh dalam hati saya, tidak kira anda isteri nombor berapa, berpoligami atau monogami, apabila menghadapi ujian di dalam rumah tangga, elakkan perceraian. Berdoa kepada Allah mohon berikan petunjuk jalan keluar terbaik dalam masalah yang sedang dihadapi.

Kita, suami, isteri-isteri semuanya menyembah tuhan yang satu, tuhan yang sama, maka kenapa ragu untuk mengadu kepada Allah apabila datang ujian? Ujian yang Allah berikan kepada manusia, berserta jalan penyelesaiannya. Hanya jika kita tak mampu fikir, mohon clue dari Allah.

Ingatlah hati semua makhluk berada di dalam genggamanNYA, dan Allah Maha Berkuasa ke atas setiap hati-hati ini.


Kisah di atas boleh dilayari di sini ,  Halaqahnet







Impianku menjadi isteri solehah,
mencintai, mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.

Seterusnya...

01 June 2012

Untuk Menjadi Isteri Solehah


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





HATI ibu mana yang tidak gembira tatkala anak gadisnya dipinang orang. Sukanya hati bukan kepalang lalu pelbagai langkah bersiap untuk melangsungkan pernikahan dijalankan menurut tertib dan adat.

Biasanya ibu dan ayah akan bertungkus-lumus berusaha menjadikan majlis akad nikah puteri kesayangannya dengan penuh komitmen supaya meriah dan ceria.

Adalah wajar ibu bapa pengantin wanita memberikan petua dan nasihat buat anaknya yang bakal melangsungkan pernikahannya. Nasihat supaya anak memelihara dan menjaga alam rumah tangganya sebaik yang terdaya.

Inilah yang pernah dilakukan isteri ‘Auf ibnu Mihlam Asy-Syaibani yang dikatakan ada memberi nasihat kepada puterinya yang akan bernikah dengan Raja Kindah.

Pesan isteri ‘Auf Ibnu Mihlam Asy-Syaibani: “Puteriku, kini engkau meninggalkan tempat kelahiran menuju rumah baru dan orang baru yang belum pernah engkau ketahui keadaan dan wataknya. Maka, jadilah engkau sebagai pengabdi yang baik bagi suamimu, supaya dia menjadi pengabdi yang baik juga bagimu.
Perhatikan baik-baik sepuluh perkara daripadaku supaya ia menjadi modal bagi hidupmu.”

Begitulah kasihnya isteri ‘Auf terhadap anak gadisnya, tetapi kasihnya itu bukan mengadakan majlis besar-besaran dan serba mewah, kasih sayang dizahirkan melalui kaedah menyalurkan nasihat berguna buat anaknya melayari alam rumah tangga supaya aman sejahtera dan bahagia.

Pesanan pertama kepada anaknya: “Jadilah engkau sebagai pendamping hidupnya yang selalu menerima apa adanya. Sebenarnya nasihat isteri ‘Auf itu bertepatan kehendak agama kerana sikap qanaah, bersedia dengan hati lapang terhadap kemampuan suami, menu keharmonian rumah tangga.

Erti kata lain, isteri tidak sesekali membebankan suami yang di luar batas kemampuannya. Inilah seharusnya ada pada diri seorang isteri solehah.

Seterusnya pesanan kedua beliau: “Bergaullah engkau bersama suamimu dengan cara mendengar dan mentaatinya.”

Seorang Ulama’ pernah mengatakan: “Seseorang isteri itu hendaklah memberikan layanan pada suaminya, memelihara anak, mengatur urusan rumah tangga sebaik mungkin. Hendaklah dia memberikan layanan pada suami dengan layanan yang wajar dan sesuai keadaan.”

Isteri ‘Auf berkata lagi: “Tunjukkanlah dirimu di hadapan matanya sebagai seseorang yang paling menarik baginya dan tampilkan dirimu di hadapan hidungnya sebagai seseorang yang paling harum.”

Kebijaksanaan dan kesediaan isteri menonjolkan imej peribadi dalam aspek lahiriah dan dalaman mampu mewujudkan hubungan lebih intim pasangan suami isteri. Ia ibarat suatu tembok pengukuh dalam membina keluarga bahagia melalui landasan diredai Allah.

Beliau juga berpesan supaya memperhatikan penjadualan waktu makan yang betul dan tepat serta menjaga ketenteraman masa tidur. Jadi, jika diteliti apa dipesan isteri ‘Auf kepada anak gadisnya, sesuai dan relevan dijadikan sebagai pedoman kita semua.

Pesanan lain, “Sesungguhnya kelaparan seseorang akan menyebabkannya mudah beremosi dan kurang tidur pula menyebabkan seseorang itu mudah melepaskan kemarahan.”

Ini adalah langkah proaktif isteri mengelakkan suasana kurang baik dalam berkomunikasi dan berhubungan dengan suami. Memang lumrah manusia, emosi menjadi kurang stabil dan mudah dibelenggu rasa kurang tenang apabila perut lapar atau kurang tidur.

Lagilah bahaya kerana emosi negatif boleh meletup tanpa disangka. Justeru, apa yang disarankan isteri ‘Auf adalah jalan pintas untuk membendung anasir negatif daripada muncul dalam rumah tangga.

Mengamalkan budaya mencintai kebersihan juga ditonjolkan dalam wasiatnya supaya anaknya menjaga kebersihan tempat tinggal, keamanan harta suami dan berikan perhatian kepada suamimu serta keluarganya.
Jika kita amati pesanan itu, kita akan jumpa peringatan terbaik mengenai penjagaan persekitaran rumah tangga yang ceria dan bersih. Juga terselit ingatan supaya isteri menjadi seorang yang beramanah menjaga harta benda dalam rumah tangga.

Pesanan beliau selanjutnya dikira penting dipelihara rapi oleh isteri. Kata beliau: “Janganlah engkau membuka rahsia suamimu kepada orang lain dan jangan engkau melanggar perintahnya. Islam menegah isteri menceritakan hubungannya dengan suami atau hal rumah tangga kepada orang lain.

Yang terakhir katanya: “Janganlah engkau berasa susah ketika dia dalam keadaan senang dan janganlah engkau berasa senang ketika dia dalam keadaan susah, kerana yang pertama termasuk moral yang tidak sesuai dan yang kedua termasuk merosakkan suasana. Jadilah engkau orang paling mengagungkan suamimu, agar dia menjadi orang yang paling memuliakanmu.”

Begitulah pesanan bermanfaat dan cukup indah dikemukakan isteri ‘Auf Ibnu Syaibah kepada anak gadisnya. Ibu bapa sewajarnya menitipkan pesanan untuk dijadikan panduan kepada anak yang akan melangsungkan pernikahan demi kesejahteraan rumah tangga mereka.


Kesimpulannya untuk menjadi isteri solehah ada 10 pesanan yang wajib diikuti:

Sentiasa menjadi pendamping suami, menerima segala kekurangan dan tidak membebankan suami.

Mendengar dan mentaati suami.

Memberi layanan baik kepada suami, pelihara anak dan menjaga rumah tangga.

Sentiasa tampil menarik dan wangi untuk suami.

Mampu mewujudkan hubungan intim yang baik dengan suami.

Menjaga makan minum suami yang betul, tepat serta waktu tidur bagi elak emosi suami terganggu.

Sentiasa menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal.

Amanah menjaga harta benda dalam rumah tangga.

Isteri tidak boleh membuka aib suami dan hal rumah tangga kepada orang lain.

Isteri kena jadi orang yang paling mengagungkan suami.




Sumber

Impianku menjadi isteri solehah,
mencintai, mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.

Seterusnya...

29 December 2010

Untuk Mendapat Zuriat Yang Baik

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات




TIADA yang lebih membahagiakan buat seorang suami selain dikurniakan isteri yang solehah.

Allah berfirman yang bermaksud: “Maka wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara dirinya (kehormatannya) ketika suaminya tiada, oleh kerana Allah memelihara (mereka)”. (Surah an-Nisaa’ ayat 34)

Pernikahan menyingkap segala-galanya. Kelebihan dan kekurangan saling diimbangi dan ditampung bersama hingga mewujudkan keserasian dalam perkahwinan mereka buat selama-lamanya.

Isteri adalah orang penting bagi seorang suami hingga apa saja situasi yang berlaku sama ada ketika berada dalam kesusahan, kebuntuan atau kegembiraan isteri tempat bercerita, mengadu dan meluahkan segala-galanya.



Sebelum mengambil keputusan menyunting pasangan untuk dijadikan teman hidup, seorang lelaki perlu membuat pilihan tepat supaya perkahwinan yang dibina berkekalan.



Malah, keluarga pihak wanita perlu menyegerakan perkahwinan apabila anak mereka dilamar lelaki yang berakhlak mulia, sudah berkemampuan dan dilihat mampu memikul tanggungjawab sebagai isteri.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila kamu didatangi sesiapa yang kamu boleh menerima agamanya dan akhlaknya, kamu mesti membenarkannya mengahwini anak perempuan kamu. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya satu fitnah besar berlaku di bumi serta menjadi keburukan dan kerosakan yang berleluasa”.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, beliau berkata: Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Wanita dinikahi kerana empat perkara: hartanya, kedudukannya atau keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung”.

Hadis berkenaan adalah panduan kepada seorang lelaki untuk membina rumah tangganya. Maka lelaki perlu cari dan memilih wanita yang mempunyai asas agama dalam membentuk kebahagiaan dalam rumah tangga.

Terbukti, wanita yang menjadi idaman setiap lelaki adalah yang mempunyai akhlak yang terpuji, berbudi bahasa, lembut pertuturannya, memelihara kehormatannya, bertanggungjawab terhadap urusan rumah tangga serta menjalinkan hubungan baik dengan semua orang di sekelilingnya.

Terus terang dikatakan setiap lelaki mempunyai penilaian berbeza mengenai ‘kecantikan’ yang dimiliki seorang wanita. Kecantikan sebenarnya bermula dari dalaman iaitu mempunyai keimanan serta melakukan perbuatan baik.

Janganlah sesekali menjadi wanita yang lengkap memiliki kecantikan, tetapi digunakan untuk tujuan maksiat dan kemungkaran.

Islam mengajar umatnya supaya berhati-hati dalam soal mencari pasangan hidup kerana ia menentukan kebahagiaan.

Nabi pernah ditanya mengenai sebaik-baik wanita, Baginda bersabda yang bermaksud: “Iaitu yang taat apabila diperintah, yang menyenangkan apabila dipandang serta menjaga diri dan harta suaminya”. (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Menerusi hadis berkenaan, Rasulullah memberi keutamaan agar memilih calon isteri yang menjaga kehormatan dirinya serta harta suaminya.

Perwatakan lemah-lembut dan penyayang memang tidak dapat dipisahkan daripada wanita. Peranan mereka sebagai ibu berjaya mendidik serta melahirkan anak yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Calon isteri terbaik mungkin dapat dipilih berdasarkan kepada aspek kesuburannya. Ia perlu diteliti supaya kelak isteri mampu melahirkan anak yang ramai.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Kahwinlah dengan gadis perawan kerana mereka itu lebih manis bibirnya, lebih subur rahimnya dan lebih reda dengan yang sedikit”. (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Tanda atau ‘bayangan’ kesuburan itu boleh diperhatikan melalui keadaan ibu atau adik-beradiknya yang sudah berkahwin. Jika keluarganya ramai peluang untuk melahirkan zuriat yang ramai lebih cerah.

Rasulullah turut menganjurkan supaya lelaki memilih wanita yang masih dara (belum berkahwin) kerana jika ada memilih janda umpamanya mungkin cenderung untuk membandingkan antara suami dan bekas suaminya dulu.

Memilih calon isteri dari kalangan kaum keluarga seperti sepupu pula tidak digalakkan bagi memelihara zuriat, menghindari penyakit atau kecacatan disebabkan keturunan.

Sabda Baginda lagi: “Berkahwinlah dengan orang asing (tidak mempunyai tali persaudaraan) dan janganlah mengahwini kaum kerabat sendiri supaya boleh mengelak kelahiran anak yang lemah dan tidak sihat”.

Kelahiran zuriat yang soleh dan solehah bakal membentuk generasi yang dapat meninggikan syariat Allah serta memakmurkan dunia ini.

Justeru, peranan wanita amat besar kepada pembangunan ummah dan masyarakat dalam membina tamadun dunia.

Islam menetapkan peraturan yang mana antara lelaki dan perempuan itu mesti bersesuaian dari segi kecerdasan, kemahuan dan tingkah lakunya supaya bertambah kuat pertalian jodoh di antara kedua-duanya.

Allah berfirman yang bermaksud: “Perempuan itu pakaian kamu dan kamu pakaian perempuan”. (Surah al-Baqarah ayat 187)

Maka ‘pakaian’ itu perlu bersesuaian dengan badan orang yang memakainya.

Kemudian tidak halal bagi seseorang lelaki menikahi wanita penzina. Namun larangan berkenaan ‘mansuh’ apabila wanita yang pada awalnya seorang penzina, tetapi sudah meninggalkan perbuatan lamanya dan bertaubat.

Menurut Abdullah bin Abbas: “Awalnya zina akhirnya nikah, awalnya haram akhirnya halal.” (Diriwayatkan Ibnu Abi Syaibah).

Allah berfirman yang bermaksud: “Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Surah an-Nur ayat 5)

Kesimpulannya, dalam membuat pilihan calon isteri bukan satu perkara remeh kerana hakikatnya suami yang bakal menjaga urusan dan hal ehwal rumah tangga.

Lelaki perlu menunjukkan kebijaksanaan mereka dengan memilih wanita yang mempunyai ciri-ciri yang baik dan berpegang kepada agama Allah supaya urusan rumah tangga kelak berlangsung dengan baik, terancang serta terurus.

Amalkan bacaan doa seperti: “Ya Tuhan kami, berilah kami isteri-isteri dan anak-anak yang menggirangkan hati kami, dan jadikanlah kami imam (ikutan) bagi orang-orang yang bertakwa”. (Surah al-Furqan ayat 74)

Pensyarah Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan, Universiti Malaya (UM), Rahimi Md Saad, berkata perkahwinan adalah ikatan amanah iaitu setiap pasangan perlu menunaikan tanggungjawab masing-masing.

“Apabila seseorang lelaki baik mengambil keputusan mengahwini seorang perempuan yang kurang baik, jadi dia bertanggungjawab untuk memperbaiki kekurangan isteri yang dikahwininya.

“Perkara ini memang boleh terjadi kerana walaupun kita sering mendengar bahawa ‘jodoh di tangan Tuhan’ tetapi kita perlu ingat manusia adalah makhluk yang diberikan kemampuan untuk berusaha mendapat sesuatu.

“Berdasarkan pertimbangan yang berbeza-beza pada setiap individu, tidak mustahil seorang itu mendapat pasangan yang kurang baik, tetapi manusia masih lagi boleh melakukan perubahan terbaik dalam hidupnya,” katanya.

Beliau berkata Rasulullah memberi keutamaan kepada aspek agama dalam pemilihan isteri.

“Tetapi ada tiga kriteria lain yang disebutkan baginda iaitu kecantikan, keturunan serta harta yang tidak boleh diketepikan.

“Baginda berpesan jika kamu memilih atas dasar agama maka ia membawa lebih kebaikan. Kerana itu, ulama fiqh membincangkan kriteria pemilihan itu secara lebih meluas dalam skop ‘kafaah’ atau kufu iaitu boleh diambil kira, tetapi tidak jadikan sebagai keutamaan.

“Sifat pemalu yang menjadi fitrah bagi wanita Muslimah mestilah dikekalkan, tetapi bukan bermakna mereka langsung tidak boleh bergaul dengan orang lain,” katanya.

Rahimi berkata Islam melihat ikatan perkahwinan sebagai sesuatu yang sangat suci dengan memberi perhatian kepada proses praperkahwinan supaya kekal sepanjang hayat.

“Antara ruang yang diberikan kepada lelaki ialah boleh melihat wanita yang bertujuan untuk dijadikan isteri (bukan memandang untuk tujuan berseronok).

“Namun begitu, syariat menetapkan panduan dan batas tertentu yang hanya boleh melihat tapak tangan dan muka. Ia lebih kepada ilmu yang disebutkan Imam Syafie sebagai ilmu firasat,” katanya.

Menurutnya jika salah seorang dari pasangan pernah melakukan kesalahan seperti berzina dengan bekas kekasihnya kemudian berkenalan dan berkahwin pula dengan individu yang baik peribadinya, seseorang itu perlu bertaubat daripada kesalahan lama dan berusaha untuk mencari seseorang yang dapat membantu memperbaiki dirinya.

“Ia membuka ruang lebih luas bagi mendapatkan pasangan baik dengan syarat taubatnya adalah taubat nasuha,” katanya.






Impianku menjadi isteri solehah,
mencintai, mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.

Seterusnya...

12 November 2010

Suami Larang Isteri ziarah Keluarga


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات


SOALAN;


Benarkah ketaatan terhadap suami melebihi dari ketaatan terhadap ibu bapa?

JAWAPAN:

Seseorang isteri, tidak dinafikan mempunyai tanggungjawab terhadap kedua ibubapa. Melakukan tanggungjawab terhadap kedua ibubapa merupakan tuntutan yang telah ditetapkan oleh syarak.

Firman Allah;

وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

Maksudnya;
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia”(Surah Al-Isra’ : 23)

Pun begitu, setelah ijab dan kabul antara dua lelaki dan perempuan, maka sah antara kedua-dua itu sebagai suami isteri. Apabila seseorang perempuan sudah menjadi isteri, maka ketika itu, ketaatan terhadap suaminya perlu didahulukan berbanding terhadap ibubapanya.

DALIL-DALILNYA;

Pertama: Al-Quran

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ

Maksudnya;
“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka” (Surah An-Nisa’ : 34)

Kedua : hadis yang riwayatkan oleh Al-Bukhari;

لَا يَحِلُّ لِلْمَرْأَةِ أَنْ تَصُومَ وَزَوْجُهَا شَاهِدٌ إِلَّا بِإِذْنِهِ وَلَا تَأْذَنَ فِي بَيْتِهِ إِلَّا بِإِذْنِهِ

Maksudnya;
“Tidak halal bagi seseorang perempuan itu berpuasa dalam keadaan suaminya tidak ke mana-mana, melainkan dengan izinnya. Tidak boleh seseorang perempuan mengizinkan orang masuk ke dalam rumahnya, melainkan mendapat keizinan dari suaminya[1]”


ISTIDLAL:

Dari kedua-dua dalil yang dikemukakan, menunjukkan kepada kita bahawa dalam perkara yang melibatkan kepada syahwat suami pun, isteri perlu memberikan ketaatan, maka terlebih utama isteri memberi ketaatan selain dari perkara yang melibatkan syahwat.

Justeru, ketaatan terhadap suami melebihi dari ketaatannya terhadap ibubapanya sendiri. Perkara ini ditegaskan sendiri oleh Imam ahmad dalam kitab Syarh Muntaha Al-Iradah[2].

Ini dikuatkan lagi dengan satu hadis yang telah meriwayatkannya oleh Al-Hakem, lalu disahehkannya. Begitujuga, riwayat Al-Bazzar dengan sanad yang hasan bahawa Aisyah R.Ha bertanya kepada Rasulullah SAW;

أي الناس أعظم حقا على المرأة قال زوجها قلت فأي الناس أعظم حقا على الرجل قال أمه

Maksudnya;
“Manusia yang manakah yang besar haknya atas perempuan?”. Menjawab Nabi SAW; “suaminya”. Berkata Aisyah; “manusia yang manakah yang besar haknya terhadap lelaki?” menjawab Nabi SAW; “ibunya[3]”

Malah, seseorang perempuan yang mentaati suaminya menyebabkan dia mendapat ruang yang cukup untuk masuk ke syurga Allah SWT.

Sabda Nabi SAW;

إذا صلت المرأة خمسها و صامت شهرها و حصنت فرجها و أطاعت زوجها قيل لها : ادخلي الجنة من أي أبواب الجنة شئت

Maksudnya;
“Apabila seseorang perempuan itu solat lima waktu, berpuasa pada bulan ramadhan, menjaga kemaluannya dan mentaati suaminya, maka katakanlah kepadanya, masuklah kamu ke dalam syurga daripada mana-mana pintu yang kamu mahu[4]”


HUBUNGAN KEKELUARGAAN

Adalah baik jika isteri tersebut bersekali dalam melakukan ketaatan terhadap suami dan ibubapanya. Jika cara ini diambil, sudah pasti ia tidak melahirkan sebarang kemusykilan dan masalah.

Tidak dinafikan, antara tuntutan Allah SWT terhadap suami dan isteri adalah melakukan kebaikan dan hubungan silaturahim dengan keluarga dan mertua masing-masing. Pun begitu, melakukan kebaikan terhadap ibubapa dan mertua, tidak semestinya dengan menziarahi mereka, malah sudah dikatakan melakukan kebaikan dan mengadakan hubungan silaturahim kepada mereka dengan berhubung menerusi telefon, berutusan surat, e-mail dan sebagainya.

Adapun sekiranya berlaku masalah dalam hubungan kekeluargaan, seperti dengan campur tangan mertua dan ibu bapa akan melahirkan masalah pada keselamatan dan keamanan rumah tangga, maka ketika itu, si isteri hendaklah mentaati perintah suaminya. Apabila suami melarang dari menziarahi keluarganya, maka hendaklah perintah suami itu dipatuhi. Melanggari perintah suami, maka si isteri tersebut sudah boleh dikira sebagai perempuan yang derhaka.

ISYKAL


PERTAMA:

Apakah dikira sebagai dosa, jika tidak menziarahi ibu bapa disebabkan tidak mendapat keizinan dari suami?

JAWAPAN:

Tidak dikira sebagai dosa jika tidak menziarahi ibu bapa disebabkan tidak mendapat keizinan dari suami. Perkara ini disandarkan kepada satu hadis dengan sanad yang agak lemah, iaitu hadis berikut;

كان رجل قد خرج إلى سفر وعهد إلى امرأته أن لا تنزل من العلو إلى السفل وكان أبوها في الأسفل فمرض فأرسلت المرأة إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم تستأذن في النزول إلى أبيها ، فقال صلى الله عليه وسلم " أطيعي زوجك " فمات فاستأمرته فقال " أطيعي زوجك " فدفن أبوها فأرسل رسول الله صلى الله عليه وسلم إليها يخبرها أن الله قد غفر لأبيها بطاعتها لزوجها

Maksudnya;
“seorang lelaki yang keluar bermusafir. Dia telah berpesan kepada isterinya bahawa jangan turun dari tingkat atas kepada tingkat bawah. Bapa isterinya itu tinggal di tingkat bawah. Bapanya ditimpa sakit. Isterinya itu telah mengutuskan seorang perempuan kepada Rasulullah SAW agar memberi keizinan kepadanya turun untuk menziarahi bapanya yang sedang sakit. Nabi SAW bersabda; ”taatilah suami kamu”. Kemudiannya, bapanya meninggal dunia, lalu dia mengutuskan lagi kepada Rasulullah. Nabi SAW bersabda : ”taatilah suami kamu”. Jenazah bapanya dikebumikan. Lalu Rasulullah SAW mengutuskan seseorang kepada si isteri untuk diberitakan bahawa Allah telah mengampunkan dosa bapanya disebabkan ketaatannya terhadap suaminya[5]”

KEDUA:

Jika suami tidak membenarkan juga menziarahi ibu bapa, sedangkan ibu bapa tidak pernah pun menjadi punca berlaku masalah rumah tangga. Apakah boleh si isteri pergi ziarah juga, tanpa mendapat keizinan dari suami?

JAWAPAN;

Sepertimana yang telah dimaklumkan di atas, ketaatan terhadap suami perlu didahulukan berbanding ketaatan terhadap ibu bapa. Justeru, apabila seseorang isteri telah menziarahi ibubapanya tanpa keizinan suami, tindakan tersebut boleh mengakibatkan isteri tersebut diisytihar sebagai isteri yang derhaka.

Isteri yang derhaka, susah untuk masuk ke syurga, kerana Nabi SAW ada bersabda;

أَيُّمَا امْرَأَةٍ مَاتَتْ وَزَوْجُهَا عَنْهَا رَاضٍ دَخَلَتْ الْجَنَّةَ

Maksudnya;
“Mana-mana perempuan yang mati, dalam keadaan suaminya sentiasa reda dengannya. Makanya, dia akan masuk syurga[6]”

Dari hadis ini, Nabi SAW menyatakan isteri yang mati dalam keadaan suaminya reda dengan kehidupannya semasa hidup bersama, isteri tersebut ditentukan syurga oleh Allah. Sebaliknya, jika isteri tersebut mati dalam keadaan suaminya tidak reda dengannya, disebabkan beberapa tindak tanduk, dan perangainya yang tidak menyenangkan hati suami, maka isteri tersebut ditentukan neraka oleh Allah SWT.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com

[1] Sahih Al-Bukhari : 4796.
[2] Syarh Muntaha Al-Iradah : 3/47.
[3] Al-Mustadrak ‘Ala Sahihain : 7353.
[4] Sahih Al-Jami’ : 660.
[5] Takrij Ahadis Al-Ihya’ li Al-Iraqi : 1551.
[6] Sunan At-Tarmizi : 1081, sunan Ibni Majah : 1844.




Impianku menjadi isteri solehah,
mencintai, mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.

Seterusnya...

12 January 2010

Mudahnya Mencari Isteri Yang Solehah


Buah tangan ummi hari ini, semoga bermanafaat untuk menjadi teladan kepada semua.Jadikan sebagai panduan dan pedoman dalam mencari istri solehah. Satu skektsa dan perbualan...


"Susah betul nak cari isteri solehah," luah seorang pemuda selepas Seminar Keluarga Bahagia anjuran sebuah badan kebajikan.
"Macam cari gagak putih," tambahnya.
"Memang dah hukum dunia, yang berharga itu susah nak dapat," katanya lagi.Tunggu respon sayalah tu. Saya cuma tersenyum.
"Dah kahwin?" Akhirnya saya bertanya.
"Belum lagi…."
"Kenapa?" dia pula tersenyum.
"Belum dapat yng solehah?" saya terus mengusik.
"Saya dah 28 tahun.Sepatutnya umur 25 dah kahwin … Dah terlajak le ni."
"Oh gitu ..... biar terlajak usia, jangan tersalah pilih!" usik saya lagi.
"Nak cari yang betul-betul solehah bukan senang".
"Kalau tak jumpa, macam mana?"
"Tulah yang saya pening ni. Syarat-syarat saya ni susah sangat ke?"
"Apa syaratnya?"
"Syarat-syarat wanita solehah … mesti solat, taat ibu bapa, berakhlak, tutup aurat, pandai mengaji, puasa sunat…."
"Macam tu tak susahlah… ramai yang ada syarat-syarat macam tu," balas saya.

UKUR TAKWA
"Tu yang lahiriah. Yang paling penting bertakwa," katanya lagi.
"Macam mana pula nak ukur takwa tu?"tanya saya.
"Tu yang pening.Takwa tu dlm hati. Ni soal hati. Tapi apa boleh buat, saya nak jugak isteri solehah, isteri yg bertakwa!"
"Nak tak kalau saya bagi tips mudah, dapat isteri solehah?" pelawa saya




ADA CARA LAIN

"Saya tak paham.Macam mana kita boleh nilai calon isteri tanpa menilai syarat-syaratnya. Itukan panduan daripada hadis?"
"Untuk dapat isteri solehah, jadikan diri kita dulu calon suami soleh …Cuba cari ciri-ciri suami soleh ….bina semua ciri tu dalam diri kita. Bina sahsiah, lahiriah seorang lelaki soleh kemudian muhasabah pula soal hati …. Ukur iman dan takwa kita".
"Nak ukur iman & takwa kita …susah tu. Itu soal maknawi"
"Tapi,jauh lebih mudah dari nak ukur iman dan takwa orang lain."

LEBIH TEPAT
"Semuanya terletak pada diri kita sendiri. Lebih cepat kita bina sifat-sifat lelaki soleh, tingkatkan iman dan takwa … lebih cerahlah peluang untuk dapat isteri solehah. Semuanya atas usaha kita sendiri. Sblm ni, kita bincang pasal menilai diri orang laindulu.Tu yg kita silap. Bukankah Allah dah jamin, lelaki mukmin untuk wanita mukminat? Lelaki soleh jodohnya wanita solehah? Insya-Allah."

TERLALU IDEAL
"Habis tu … saya kenalah berhenti cari wanita solehah sbb nak jadi lelaki soleh?"
"Tak gitu. Lebihkan nak jadi lelaki soleh sambil tu teruslah cari isteri solehah."
"Ok gak tu!Serampang dua mata,"katanya.
"Satu lagi, berpada-padalah dengan piawai solehah awak tu. Jangan terlalu tinggi. Nanti tak tercapai. Cukuplah dgn tahap sederhana."
"Maksudnya?"
"Jangan terlalu ideal menilai calon isteri sbb sifat-sifat solehah itu 'on going process'(dibina secara berterusan) Mungkin sebelum kahwin tahapnya rendah sket, tapi dengan pimpinan suaminya nanti tahap solehahnya boleh diupgradekan lagi."

MUDAH BUKAN UNTUK DIPERMUDAHKAN

"Boleh lebih kurang lah ni ye?"
"Salah tu …. Panduan dan ajaran islam mudah. Tapi bukan alasan untuk dipermudahkan."
"Apa kaitannya dengan yg kita bincang skang ni?"
"Gini, awak mesti lebih ketat dlm menilai diri sdr. Jgn amik mudah soal iman & takwa diri sdr. Letakkan piawai tinggi utk diri sdr. Bukankah lelaki akan jadi pemimpin r/tangga? Penilaian calon isteri sepatutnya rendah sket … nanti senanglah nak bentuk bila dah jadi isteri kita…."
"Oh saya faham"
" Bagus tu. Sayangnya kebanyakan lelaki menilai sebalikya … untuk dirinya dinilai dengan piawai soleh yg rendah. Tetapi utk calon isterinya dinilai dgn solehah yg tinggi. Itu silap!"
"Alhamdulillah… saya harap jodoh saya akan tiba nanti."
"Amin …tamatkanlah penantian solehah itu dengan mempercepatkan pembinaan soleh diri."

"Dialah Allah dilangit dan dibumi.Dia mengetahui yang kamu rahsiakan dan yang kamu lahirkan dan mengetahui apa2 yang kamu usahakan" (Al- An'am: 3)


Sumber


cita-cita ku mahu semua anak-anakku
menjadi anak yang soleh dan solehah

Seterusnya...

31 December 2009

Lukisan HatiKu


Sabda Rasullah s.a.w: “Dunia itu adalah kenikmatan dan sebaik-baik kenikmatan dunia ialah Wanita yang solehah.” – Riwayat Muslim, Kitaab al-Ridha.

Agama merupakan faktor terpenting dalam mendapatkan kebahagiaan rumah tangga. Namun, tidak ramai di kalangan umat manusia pada zaman ini yang meneliti dan mengambil faedah daripada panduan agama dalam memilih calon isteri.

Ramai di kalangan kita yang masih tidak menyedari bahawa faktor ini berupaya memberikan kebahagiaan dan keuntungan dunia dan akhirat.

Wanita yang beragama sentiasa mentaati ALLAH dan Rasul-NYA. Menjaga maruah diri dan ibu bapa, menundukkan pandangan di hadapan lelaki yang bukan mahram, berusaha menuntut ilmu, memahami dan mengamalkan apa yang difahaminya. Sentiasa bertaubat dan mendekatkan diri kepada ALLAH dengan melakukan pelbagai amalan wajib dan sunat.

Wanita yang terdidik dengan agama akan sentiasa memastikan dirinya bersih, kemas dan cantik. Ini kerana agama memerintahkan dia melakukan demikian. Semua itu dilakukan ikhlas kerana ALLAH berserta keyakinan bahawa dia akan dibalas dengan pahala di sisi TUHANnya.





Dia sentiasa memelihara diri dan menutup aurat dari pandangan lelaki yang bukan mahram. Percakapan yang lembut dan tepat seringkali menjadikan dirinya disukai dan disayangi oleh sesiapa sahaja yang mengenalinya. Masa yang terluang sentiasa dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah dan demi kebaikan diri serta agama.


Melakukan Aktiviti yang Berfaedah


Menuntut ilmu amat penting untuk mempersiapkan diri dengan ilmu yang bermanfaat untuk diri dan rumah tangganya. Setiap saat yang berlalu tidak dibiarkan terbuang begitu sahaja. Malah, dipenuhi dengan apa sahaja aktiviti yang boleh menambahkan ilmu pengetahuan sama ada berbentuk majlis ilmu, membaca bahan bacaan yang melibatkan isu semasa umat Islam atau kitab-kitab muktabar. Ilmu yang diterima bukan sahaja untuk faedah diri sendiri. Malah, dikongsi bersama ahli keluarga dan sahabat handai.

Dia tidak mudah dipengaruh oleh penyakit sosial yang sedang hebat melanda wanita lain di masa kini. Tidak dilalaikan oleh hiburan yang melampau. Tidak pernah terpengaruh dengan sekelilingnya yang sentiasa mengajak kepada kemungkaran. Sentiasa menjaga batas pergaulan lelaki dan wanita dan berwaspada terhadap budaya berseronok-seronok yang sedang menyerang muda-mudi masa kini.

Ketika rakan sebaya sedang asyik menikmati masa muda dengan cara berpeleseran, berpacaran, membuat janji temu dengan pasangan masing-masing, dia sibuk dengan kerja-kerja yang berguna untuk agama. Dia banyak menghabiskan masa dengan beribadah, mendirikan solat, menuntut ilmu pengetahuan, berbakti kepada ibu bapa dan mengisi masa senggangnya dengan pelbagai jenis aktiviti yang berfedah.

Keinginan untuk menyintai dan dicintai yang merupakan fitrah manusiawi tidak pernah dinafikan. Namun, kepada ALLAH jualah dia meminta agar dipermudahkan jalan untuk menyintai dengan cara yang halal dan diredhai ALLAH. Jiwa remajanya yang meruntun ke arah itu ditepisnya dengan iman dan takwa serta keyakinannya terhadap ALLAH. Kecintaan kepada ALLAH dan Rasul-NYA serta kegigihan untuk menjauhi segala yang diharamkan oleh ALLAH membantu dia menjalani zaman remaja yang penuh cabaran dengan benteng iman dan takwa.

Mana mungkin dia melayan semua bisikan syaitan ke arah itu. Sedangkan dia amat jelas tentang hukumnya. Dia amat sedar akan batasan hubungan itu. Dalam al-Quran, surah al-Nur ALLAH memerintahkan agar wanita-wanita yang beriman menundukkan pandangan. Melalui sabda Rasulullah s.a.w pula, jelas bahawa baginda melarang berdua-duaan antara dua kaum yang berlawanan jenis kerana syaitan akan mencelah di antara mereka, lalu mendorong ke arah maksiat yang lebih besar, iaitu zina.


Mentaati Ibu Bapa
Kedua-dua ibu bapa ditaati dengan sepenuh hati sebagai memenuhi perintah ALLAH agar berbuat baik kepada mereka dalam perkara makruf. Dia tidak pernah meninggikan suara jauh sekali menyakiti hati kedua-duanya. Ini bersesuaian dengan perintah ALLAH yang berbunyi:

“Dan TUHANmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan pada-NYA semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik terhadap ibu bapa. Jika salah seorang dari kedua-duanya atau kedua-duanya sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan-MU, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah" dan janganlah engkau menengking dan menyergah mereka. Tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (mereka, dengan berkata): Wahai TUHANku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang dalam memelihara dan mendidikku semasa kecil." – Surah al-Israak: 23 – 24.


Redha dan Syukur dengan Apa yang Ada

Harta benda bukanlah matlamat utama hidupnya. Jika dia diberikan kekayaan, dia bersyukur dan tidak sombong. Malah seboleh mungkin melakukan kebajikan dengan bersedekah kepada yang kurang upaya. Sebaliknya jika dia ditakdirkan miskin, dia juga bersyukur dan bersabar. Dirinya sentiasa sedar bahawa di luar sana masih ramai yang diuji dengan kemiskinan yang lebih dahsyat daripada apa yang dialaminya. Segala yang ditentukan oleh ALLAH buat dirinya diterima dengan penuh redha. Yakin bahawa setiap sesuatu yang telah ditentukan oleh ALLAH ke atasnya adalah baik untuk kehidupan dunia dan agamanya.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sungguh mengkagumkan sifat orang mukmin. Apa sahaja keadaannya pasti baik. Ia tidak pernah dialami oleh sesiapa pun melainkan orang mukmin. Jika dia senang, dia bersyukur dan ia baik untuk dirinya. Dan jika dia susah dia bersabar dan itu baik untuk dirinya.” – Riwayat Muslim.

Dia juga sentiasa mengikut teladan wanita-wanita pada zaman sahabat dan salafussoleh. Mereka berjaya melahir dan mendidik generasi yang bijak pandai. Antaranya, dengan mencontohi Fatimah binti Muhammad .a yang sabar menghadapi kemiskinan, mencontohi Ummul Mukminin Aisyah binti Abu Bakar .a dalam kebijaksanaan dan kecintaan kepada ilmu, mencontohi Ummu Sulaim binti Milhan .a dalam kecintaan dan kesetiaan kepada suami dan kejayaan mendidik, mencontohi Asma bin Abu Bakar .a dalam semangat yang kental dan ketabahan menghadapi pelbagai ujian hidup.


Wanita Solehah Adalah untuk Lelaki Mukmin

Oleh itu, adalah tidak wajar bagi seorang mukmin sejati melupakan kesemua ciri wanita solehah ini dalam memilih pasangan lalu menilai semata-mata dari sudut paras rupa yang menarik tetapi buruk akhlaknya. Ini amat merugikan suami dan rumah tangga muslim yang bakal dibina.

Segala ciri di atas menggambarkan betapa indahnya sifat wanita solehah. Dan alangkah bahagianya lelaki yang memiliki hati wanita ini. Keindahan ini tidak dapat ditandingi oleh mana-mana ratu cantik dunia. Sekalipun pada pandangan manusia lain dia tidak memiliki paras yang cantik.

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:
“(Kebiasaannya) wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat. Lelaki-lelaki yang jahat juga adalah untuk wanita-wanita yang jahat. Dan sebaliknya wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik serta lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik.” – Surah al-Nur: 26.

Walau bagaimanapun, ini bukanlah bermakna agama melarang sama sekali seseorang itu memilih calon isteri yang cantik paras rupanya. Tiada siapa menafikan bahawa paras rupa yang menarik boleh menambahkan lagi keinginan seorang lelaki untuk menikahi seorang wanita. Ini merupakan fitrah dan diperakui oleh agama.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Apabila salah seorang kamu meminang seorang wanita sekiranya dia dapat melihat wanita itu, dia hendaklah melihatnya agar bertambah keinginannya untuk berkahwin.” – Riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Bazzar. Disahihkan oleh al-Hakim dan Ibn Hibban.

Juga berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:
“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara. Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Oleh itu, pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beruntung.” – Riwayat al-Bukhari dan Muslim.


Paras Rupa Bukanlah Segala-galanya
Namun, apa yang dilarang ialah sikap seorang lelaki mukmin yang mengabaikan pemilihan isteri dari sudut agama kerana mengutamakan rupa paras. Sehinggakan sanggup memilih wanita yang tidak berakhlak semata-mata kerana kecantikannya. Dan mengabaikan wanita mukminah lain yang lebih baik dari segi akhlak.

Ini bersesuaian dengan firman ALLAH yang menyebut bahawa seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik untuk dijadikan pasangan hidup berbanding wanita musyrik. Walaupun rupa paras wanita musyrik itu lebih menawan hati lelaki mukmin.

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:
"Sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu." – Surah al-Baqarah: 221.


Isteri Adalah Pemimpin di Rumah Suami
Wanita yang beragama berupaya mendidik anak-anaknya dengan sempurna. Dia tahu dan sedar bahawa dirinya adalah ketua di rumah suaminya. Bertanggungjawab dalam memastikan anak-anak diberikan didikan agama yang secukupnya. Oleh itu, dia sentiasa memastikan anak-anaknya membesar dengan sempurna dari segi rohani dan jasmani. Jadi, suami yang meninggalkan anak-anaknya bersama isteri kerana mencari rezeki tidak akan bimbang kerana dia sedar bahawa isteri solehah lagi beragama yang dipilihnya itu berupaya menjaga dan mendidik anaknya dengan amanah sepanjang ketiadaannya di rumah.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap orang akan ditanya terhadap apa yang dipimpinnya. Seorang imam adalah pemimpin dan akan ditanya terhadap apa yang dipimpinnya. Seorang suami adalah pemimpin keluarganya dan akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya. Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya tentang orang yang dipimpinnya. Setiap seorang kamu adalah pemimpin dan akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya.” – Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Paling baik ialah memilih wanita yang mempunyai kedua-dua ciri yang dinyatakan di atas, iaitu cantik dan beragama. Perlulah berupaya menjaga maruah diri dan suami, menggembirakan hati suami, membina keluarga Islam yang harmoni dan membimbing keluarga menuju ALLAH. Namun, jika seorang lelaki berada dalam keadaan di mana dia perlu memilih salah satu daripada di atas, dia hendaklah mengutamakan agama.


Mendidik Isteri Tentang Agama
Mungkin ada di kalangan muslimin yang mengatakan bahawa dia berupaya memberikan didikan agama yang secukupnya kepada bakal isterinya kelak setelah berumah tangga. Lalu memandang remeh usaha mencari wanita yang beragama sebagai calon isteri. Tetapi, tidak ramai yang sedar bahawa bukan mudah mendidik isteri tentang agama dari mula sehingga dia benar-benar faham agama keseluruhannya. Usaha mendidik anak mungkin terbantut kerana isteri itu sendiri masih belum mendalaminya. Ini merumitkan lagi tugas suami kerana terpaksa menghabiskan tenaga yang banyak dalam mencari nafkah, mendidik isteri dan memastikan anak-anak membesar dengan agama yang sempurna.

Sebaliknya, isteri yang telah pun faham dan mengamalkan tuntutan agama dengan baik akan memudahkan tugas suami. Bukan sahaja meringankan beban suami dengan memberikan pelbagai pandangan yang bernas untuk kebaikan rumah tangga, malah anak-anak juga membesar dengan didikan agama yang sempurna. Dan suami tadi tidak perlu lagi memikirkan cara mendidik isteri kerana dia sendiri telah pun faham segala tuntutan agama lalu menerapkannya kepada anak-anak dan rumah tangga.


Paras Rupa, Harta Benda dan Kedudukan Tidak Kekal
Kecantikan paras rupa, harta benda dan darjat keturunan tidak akan berkekalan. Namun, kebaikan dan akhlak yang mulia akan kekal selagi hayat dikandung badan. Sehinggalah ia membawa pelakunya ke syurga.

Antara kelebihan wanita solehah ialah akan sentiasa menghiburkan hati suami, redha dan menghargai pemberian suami serta sanggup bersama suami sama ada ketika susah mahupun senang. Ini kerana, agama menuntut dia melakukan demikian.

Sabda Rasululah s.a.w:
“Tidak boleh bagi seorang manusia bersujud kepada manusia lain. Sekiranya perbuatan sujud seorang manusia kepada manusia lain ini baik, nescaya aku akan perintahkan wanita sujud kepada suaminya kerana hak suami ke atasnya terlalu besar.” – Hadis tsabit riwayat Ahmad dan al-Bazzar.

Sebuah riwayat menceritakan:
“Seorang wanita datang kepada Rasulullah s.a.w kerana hajat tertentu. Apabila selesai, Rasulullah s.a.w bertanya: Adakah kamu mempunyai suami? Dia menjawab: Ya. Sabda baginda: Bagaimanakah kamu dengan dia? Dia menjawab. Aku tidak melalaikan haknya melainkan jika melibatkan apa yang tidak mampu kulakukan. Sabda baginda: Kamu perlu lihat keadaan kamu daripadanya. Sesungguhnya dia adalah syurga dan neraka kamu.” – Riwayat Ahmad dan al-Nasaai dengan sanad yang baik.

Wanita solehah memahami hak suami. Dia berusaha menunaikan semua hak itu semata-mata kerana mengharapkan redha ALLAH. Apa sahaja masalah rumah tangga yang dihadapinya akan ditangani secara baik dan terbuka. Dia juga bersedia menerima segala sikap baik dan buruk suami. Serta memohon petunjuk ALLAH agar dipermudahkan segala masalah yang dihadapinya ketika melayari hidup berumah tangga. Dia tidak akan sekali-kali membuka rahsia suami kepada orang lain terutamanya yang melibatkan rahsia di tempat tidur mereka.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesungguhnya seburuk-buruk kedudukan manusia di sisi ALLAH pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang mendatangi isterinya dan isteri yang mendatanginya, lalu salah seorang mereka mendedahkan rahsia pasangannya.” – Riwayat Muslim.

Mereka sentiasa gembira dan ikhlas menjalankan tugas sebagai isteri semata-mata kerana ALLAH dan yakin terhadap sabda Rasulullah s.a.w bahawa seorang wanita yang melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, menjaga kemaluan dan mentaati suami, dia boleh masuk syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya. (Hadis sahih riwayat Ahmad dan al-Tobrani).

Oleh itu, segala perintah agama dilaksanakan sepenuh hati semata-mata kerana ALLAH. Muslimah yang baik sentiasa memahami bahawa ketaatan yang diberikan kepada suami adalah sebagai melaksanakan perintah ALLAH. Setelah itu dia akan diberikan pahala yang tidak terhingga banyaknya. Keengganannya berbuat demikian mengundang laknat dan kemurkaan ALLAH.


Tidak Menolak Permintaan Suami
Wanita solehah tidak akan sekali-kali mengabaikan permintaan suaminya di tempat tidur. Dia sentasa berwaspada terhadap sabda Rasulullah s.a.w yang menyebut:
“Demi yang jiwaku di tangan-NYA, mana-mana suami yang memanggil isteri di tempat tidur, lalu isteri itu enggan memenuhinya, maka segala yang ada di langit dan bumi akan murka terhadapnya sehinggalah suaminya redha kepadanya.” – Riwayat Muslim.

Dia juga memahami bahawa permintaan suaminya itu wajib dipenuhi segera dan tidak boleh ditangguhkan walaupun ketika itu dia sedang sibuk di dapur atau berada di atas kenderaan.

Permintaan yang ditunaikan itu dapat menjaga dan membantu suaminya menghindari segala bisikan dan runtunan syahwat yang melanda fikirannya. Dan menenangkan jiwa suaminya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim Nabi s.a.w bersabda:
“Apabila salah seorang kamu tertawan dengan seorang wanita dan hal itu berbekas dalam hatinya, dia hendaklah segera mendapatkan isteri dan menggaulinya. Sesungguhnya itu akan membuang segala perasaan yang ada dalam dirinya.” - Riwayat Muslim.

Hal ini amat berbeza sekali dengan wanita yang tidak memahami tuntutan agama. Mereka sewenang-wenangnya menolak permintaan suami dan menganggap perbuatan itu tidak mendatangkan sebarang dosa. Mereka sewenang-wenangnya memberi alasan penat atau sebagainya. Amaran dan ancaman laknat ALLAH dan malaikat terhadap perbuatan itu langsung tidak berbekas dalam hatinya.

Wanita solehah yang memahami kewajipan itu akan berusaha sebaik mungkin menjalankan tanggungjawabnya. Sepenat manapun, dia akan berusaha menunaikan segala permintaan suami. Ini kerana, redha ALLAH kepadanya terletak pada redha suami terhadap dirinya.


Antara Suami dan Kerjaya
Setinggi manapun kerjaya yang disandangnya, ia tidak sama sekali menyebabkan tugasnya di rumah diabaikan. Dia sentiasa sedar bahawa ketika berhadapan dengan ALLAH di akhirat kelak, dia akan ditanya sejauh mana dia melaksanakan amanahnya sebagai isteri. Bukan sebanyak mana harta yang berjaya dikumpul sepanjang berkerjaya.

Kalaulah mereka sedar kelebihan yang akan mereka perolehi di akhirat kelak kerana mentaati suami sudah tentu mereka sanggup bersusah payah menunaikan hak suami.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Wahai para wanita, kalaulah kalian mengetahui hak suami ke atas kalian, nescaya salah seorang kalian akan sanggup menyapu debu yang ada pada kedua-dua telapak kaki suami menggunakan kemuliaan kulit mukanya.” – Riwayat Ibn Hibban dan al-Bazzar dengan sanad yang baik dan rijal yang tsiqaat.

Alangkah malangnya wanita yang tidak sedar akan hal ini. Terutamanya setelah berkerjaya. Ramai wanita gagal melakukan tugasnya sebagai ibu dan isteri yang baik sebagaimana yang dituntut oleh agama

Wanita solehah sentiasa sedar akan tanggungjawabya terhadap rumah tangga. Apa sahaja kerjaya yang disandang bukanlah penghalang untuk dia melakukan yang terbaik untuk rumah tangganya. Dia sentiasa sedar bahawa tugasnya terhadap rumah tangga mengatasi kerjayanya. Dan jika berlaku pertembungan antara kedua-dua tugas di atas, dia tidak teragak-agak untuk mendahulukan rumah tangganya berbanding yang lain.


Menjaga Batas Pergaulan

Isteri solehah sentiasa memelihara auratnya ketika berurusan dengan lelaki yang bukan mahram. Cara percakapan dan akhlak sentiasa diawasi agar tidak melanggar batasan syarak. Dia tidak bercakap melainkan perkara yang baik. Jauh sekali mengumpat dan mengeji orang lain. Larangan mengumpat, menghina dan mengejek orang lain yang dinyatakan dengan jelas oleh al-Quran dan sunnah sentiasa terpahat dalam hatinya.

Isteri solehah membimbing dan menasihati suami dalam melakukan apa yang terbaik untuk agama dan rumah tangga. Juga memberikan pandangan yang bernas terhadap dakwah dan kerjaya suami. Wanita pertama yang menjadi contoh terbaik dalam hal ini ialah Khadijah binti Khuwailid, isteri pertama Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan orang pertama yang beriman, membenarkan, menyokong, berkoran jiwa dan raga serta sentiasa bersama baginda di saat-saat sukar baginda dalam menyampaikan dakwah.

Segala kebaikan, sokongan dan pengorbanan beliau ini mendapat pengiktirafan dan penghargaan daripada ALLAH S.W.T. Sehinggakan ALLAH dan Jibril berkirim salam kepada beliau dan menjanjikan sebuah mahligai untuknya di syurga kelak. Hal itu adalah penghargaan ALLAH terhadap segala kebaikan, layanan dan pengorbanannya buat suami tercinta.

Abu Hurairah menceritakan ketika saat wahyu mula-mula turun di mana baginda selalu bertahannuts di Gua Hira':
“Jibril mendatangi Nabi s.a.w lalu berkata: Wahai Rasulullah, ini Khadijah telah mendatangimu. Bersamanya ada bekas yang berisi lauk, makanan atau minuman. Apabila dia mendatangi kamu, maka sampaikanlah kepadanya salam TUHANnya dan daripadaku dan berilah khabar gembira kepadanya tentang sebuah mahligai di dalam syurga yang dibina daripada emas. Tidak ada kesusahan dan keletihan di dalamnya.” – Riwayat al-Bukhari dan Muslim.


Sentiasa Bersih dan Kemas

Wanita solehah telah dididik oleh keluarga yang beragama. Dia cintakan ilmu pengetahuan dan sentiasa bersedia menghadapi apa juga cabaran hidup. Dia akan sentiasa menguruskan rumah tangga mengikut apa yang dipelajari dan dididik kepadanya sejak kecil. Menjaga akidah, amal ibadah, solat, puasa dan memastikan seluruh anggota keluarganya mentaati perintah agama. Dia juga sentiasa berhias untuk suaminya dan memastikan dirinya sentiasa kemas, bersih dan harum ketika berada di hadapan suami.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Antara punca kebahagiaan anak Adam ialah memiliki isteri yang solehah, tempat tinggal yang selesa dan kenderaan yang baik. Antara punca kecelakaan anak Adam ialah isteri yang jahat, rumah yang tidak selesa dan kenderaan yang tidak elok.” – Riwayat Ahmad melalui para perawi yang sahih.

Wanita solehah hanya berhias dan mempamirkan kecantikannya hanya untuk suaminya. Dia tidak mempamerkan di hadapan suami melainkan apa yang cantik dan wangi. Dalam sebuah riwayat diceritakan:
Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita. Baginda menjawab: Yang menyukakan kamu apabila memandangnya. Apabila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga harta kamu.”– Riwayat Ahmad dan selainnya dan dihasankan oleh al-Albani.

Malang sekali ramai di kalangan wanita memandang remeh perkara ini. Mereka salah faham lalu mempamerkan diri di hadapan suami dalam keadaan kusut masai, berbau, pakaian compang-camping dan sebagainya. Lebih buruk lagi ada yang hanya berkemban sepanjang berada di rumah.

Sebaliknya apabila hendak keluar rumah, mereka berhias secantik mungkin untuk dipamirkan kepada lelaki yang tidak berhak melihatnya. Ini bukan sahaja tidak wajar, malah mengundang dosa besar dan musibah terhadap keharmonian rumah tangga muslim.


Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, dalam memilih calon isteri, faktor agama perlulah dijadikan matlamat utama. Jika itu yang dicari, sudah pasti suami akan mendapat segala kebahagiaan dan ketengan di dunia ini sebelum menuju kepada kebahagian yang kekal abadi di akhirat kelak.

Seorang suami memerlukan pembantu yang solehah lagi bijaksana dalam melayari kehidupan berumah tangga. Dengan ini tugas suami dalam memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anaknya menjadi lebih mudah. Dan bahtera rumah tangganya dapat belayar dan berlabuh dengan aturan yang betul dan diredhai ALLAH S.W.T.





Lukisan hatiku isteri solehah

Seterusnya...

27 December 2009

Riwayat hidup Saidatina Fatimah Az Zahra


Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s. a. w. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r. a., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.

Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s. a. w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.

Namun jauh di sanubari Rasulullah s. a. w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah s. a. w. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali,"Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia."(Riwayat Abu Hurairah)

Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.



Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.

Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu. Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu." Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?" Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w. menghentikannya.

Berkata Rasulullah s. a. w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah. Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?" "Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan. Rasulullah s. a. w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya

Buat renungan semua: Orang yang berfikiran besar banyak memperkatakan ilmu Orang yang berfikiran sederhana banyak memperkatakan peristiwa Orang yang berfikiran rendah banyak memperkatakan manusia Orang yang berfikiran cetek banyak memperkatakan diri mereka

Nabi SAW bersabda, ada 4 perkara yang dipandang baik, tetapi 4 lagi dipandang lebih baik :
1. Sifat malu dari lelaki adalah baik, tetapi dari perempuan adalah lebih baik,
2. Adil dari setiap orang adalah baik, tetapi dari pemimpin adalah lebih baik,
3. Bertaubat dari orang tua adalah baik, tetapi dari orang muda adalah lebih baik,
4. Derma dan sedekah dari orang kaya adalah baik, tetapi dari orang fakir adalah lebih baik.

Sekian
Sumber Artikel.

Pesanan ummi:

 
Sanggupkah kita menjadi seperti Siti Fatimah. Maharnya cuma 400 Dirham hasil jualan baju besi Syaidina Ali kepada Abu Bakar.


Fatimah Zahra(sa) dalam ibadah, solat, puasa, doa dan perkara-perkara yg bersangkutan dengan Maknawi mempunyai makam yang cukup tinggi. Dia adalah seorang isteri yang berkelayakan dalam urusan rumahtangga, memadai dengan hidup sederhana, tidak meminta-minta dari suaminya, bersama-sama dalam segala hal dan sentiasa berada disisi Imam Ali (as) di dalam kesusahan dan kesedihan.Dia adalah model kesetiaan dan ketabahan serta amat bijak dalam mendidik anak-anak, beliau adalah seorang Ibu Mithali. Dia sentiasa menghormati ayahandanya, suami dan orang lain serta sentiasa bekerjasama dengan pembantu rumah dalam membuat kerja-kerja rumah.

Tidak berpaut pada dunia dan merupakan ahli infaq yang senantiasa bersedekah dan sanggup berkorban apa sahaja.sebagai contoh, Baju perkahwinannya sendiri juga telah diberikan kepada orang yang telah datang didepan pintu rumahnya.

Beliau tidak pernah menolak untuk membantu dari segi harta orang-orang yang memerlukan dan telah menjadi kebiasaan untuk hidup. Sederhana jauh dari kesenangan dan kekayaan serta menjalani hidup dengan keindahan akhlak, kasih sayang dan kerjasama.

Berhijab, sifat malu dan kesucian Sayyidah Zahra (sa) menjadi buah mulut semua orang.walaupun apabila berdepan dengan orang buta dia tetap memelihara hijabnya.Hidupnya penuh keberkatan tidak pernah disia-sia. (….usianya pendek, tetapi penuh dengan usaha. Dari kecil lagi demi menyampaikan dan mempertahankan agama yang hak, Zahra berjalan seiring dengan ayahnya, Beliau penolong yang penyayang dalam membuat kerja-kerja rumah, Zahra penolongnya Ali(as).Pada malam yang sunyi dan penuh rahsia, Zahra bersujud menyembah Tuhan. Tidak walau sedetik dan seketika pun ingatan Zahra terpisah dari Tuhannya.)


Di hadapan lelaki buta Sayyidah Fatimah (as) melindungi dan memelihara maruahnya.Rasul Allah bertanya kepadanya, “Mengapakah anda berhijab,sedangkan orang itu buta?” Zahra (as) memberi responnya dengankan, “Walaupun dia tidak nampak saya,tetapi saya melihatnya,serta dia boleh mencium bauku” pantas Rasulullah (saw) bersabda, “saya naik saksi bahawa kamu adalah cebisan dari diriku.Amru bin Dinar meriwayatkan dari Aisyah berkata: " Tidak pernah aku melihat seseorang pun yang lebih benar daripada Fatimah salamullah 'alaiha selain daripada ayahnya."[Hilyatul-awliya, Juzuk 2, hlm. 41]



Seterusnya...

31 October 2009

Kewajipan Ibu Bapa Terhadap Anaknya

Kedua orang tua itu mempunyai kewajipan mendidik dan mengajar anaknya berbuat baik dalam pergaulan serta adab sopan dalam hidup berumahtangga dengan suaminya. Mengenai ini ada diriwayatkan bahawa Asma' binti Kharijah Fazari berkata kepada anaknya sewaktu perkahwinan anaknya dengan berkata:

" Hai anakku, kini engkau telah keluar dari sarang tempat engkau dilahirkan sehingga menjadi besar. Kini engkau mesti beralih ke suatu tempat dan rumah yang belum kau kenal dan engkau mesti berkawan dengan seoarang yang belum di kenali. Itulah suamimu, jadilah engkau sebagai tanah untuknya dan ia akan menjadi langit untukmu. Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan ia akan menjadi tiang untukmu. Jadikanlah dirimu pengasuhnya, nescaya ia akan menjadi hambamu. Janganlah engkau menghimpunkan untuknya berbagai kesukaran, sebab itu akan membuatkan ia meninggalkanmu. Janganlah engkau terlampau jauh daripadanya, nanti ia akan melupakanmu. Tetapi kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan sekiranya ia menjauhimu, jauhilah ia dengan baik, peliharalah suamimu, hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah suamimu itu mencium sesuatu dari dirimu melainkan yang harum, jangan pula ia mendengar melainkan yang enak, jangan pula ia melihat melainkan yang indah dari diri mu.

Kata-kata yang merupakan kumpulan adab sopan wanita perlu dipanjangkan, iaitu isteri hendaklah merupakan tiang utama di tengah - tengah rumahnya. Isteri itu hendaklah sentiasa di bilik rumahnya, menetap ditempat perkakas anyamannya, tidak banyak turun naiknya ataupun keluar. Ia mesti kurang berbicara terhadap tetangganya. Janganlah memasuki rumah tetangganya itu melainkan didalam keadaan yang mengharuskan ia masuk di situ.



Isteri hendaklah menjaga suaminya, baik sewaktu ia pergi ataupun ketika ia ada di rumah. Hendaklah diusahakan agar suaminya gembira dalam segala perkara yang dihadapinya. Jangan sekali-kali isteri mengkhianati dirinya sendiri ataupun harta suaminya. Jangan pula isteri itu keluar dari rumahnya melainkan dengan izin suaminya. Jika telah menerima keizinan dan terpaksa keluar, maka hendaklah isteri itu berjalan bersembunyi-sembunyi, berpakaian yang sederhana, tidak mendedahkan tubuh dan pakaiannya. Hendaklah selalu di cari tempat-tempat yang lengang bukannya tempat lalulintas orang ramai sehingga berdesak-desakkan. Ia mesti menghindarkan diri dari bercakap-cakap dijalanan dengan lelaki bukan mahram.

Yang wajib diutamakan oleh isteri itu ialah kebaikan keadaannya sendiri serta mengatur dan mentertibkan keadaan rumahtangganya. Selain itu mestilah rajin melakukan ibadat, sembahyang serta puasa dan lain-lain yang menjadi kewajipan dirinya.

Apabila ada kawan suaminya meminta izin dan sedang berada di hadapan pintu, tetapi di masa itu suaminya tiada, maka tidak perlulah ia bertanya ataupun bercakap - cakap dengannya. Hendaklah ia cemburu pada dirinya sendiri dan juga perasaan cemburu terhadap suaminya. Seorang isteri hendaklah puas dengan apa yang ada pada suaminya dan apa sahaja yang direzekikan oleh Allah Taala kepadanya.

Ia mestilah mendahulukan hak suaminya atas haknya sendiri serta hak keluarganya. Ia wajib membersihkan dirinya selalu, bersiap sedia setiap waktu dan keadaan, barangkali suaminya itu dengan tiba-tiba menginginkandirinya untuk bersenang-senang. Selain itu isteri juga wajib mengasihi anak-anaknya, menjaga dan menutup keburukan mereka, jangan mudah mengeluarkan kata-kata makian kepada anak-anaknya ataupun berbuat sesuatu yang menyakitkan suaminya. Demikian nasihat seorang ibu yang budiman kepada anaknya. Sementara itu ada pula beberapa perkara yang merupakan adab sopan seorang isteri, jikalau ia menginginkan ketenangan dalam rumahtangganya iaitu:

a. Janganlah isteri itu membangga-banggakan dirinya terhadap suaminya kerana kecantikan yang dimilikinya.

b. Jangan menghina suaminya kerana buruk rupa dan wajahnya.

c. Sentiasa menjaga kedamaian, ketenangan dalam segala hal.

d. Menahan diri sewaktu suaminya tidak ada di rumah.

e. Menunjukkan sikap baik, bermain-main dan berlapang dada serta melakukan segala hal yang menyebabkan kesenangan suami sewaktu suaminya ada di rumah.

Ada suatu kewajipan yang harus dipatuhi oleh isteri dan ianya termasuk dalam hak-hak perkahwinan, iaitu:

a. Jikalau isteri itu ditinggalkan mati oleh suaminya, maka hendaklah isteri itu menjaga dirinya dan berkabung tidak lebih dari empat bulan sepuluh hari. Dalam waktu itu dia dilarang mengenakan harum-haruman dan berhias.

Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, menunjukkan perkabungan kerana meninggalnya seseorang lebih dan tiga hari lamanya, melainkan untuk suaminya, maka bolehlah sampai selama empat bulan sepuluh hari" (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

b. Isteri itu menetap di rumah yang disediakan sewaktu ia masih menjadi isteri dan suaminya yang meninggal itu sehingga habis masa iddah.

c. Isteri itu tidak boleh berpindah ke rumah keluarganya atau keluar dari rumah itu, melainkan dalam keadaan darurat. Masih ada lagi adab sopan sebagai seorang isteri iaitu hendaklah isteri itu bekerja dan berkhidmat pada rumahtangga dalam segala perkara yang mampu ia lakukan, hal yang sedemikian inilah yang dilakukan oleh para isteri sahabat r.a.


Seterusnya...

21 October 2009

Rahsia Isteri Solehah

ADA yang bertanya, bagaimana saya mahu menjadi wanita atau isteri solehah. Adakah perlu warak (kuat beribadat), memakai purdah atau pandai membaca al-Quran? Wanita solehah ialah mereka yang pandai menghibur dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah walaupun sekejap.

Bukan perkara yang susah mahu menjadi wanita solehah. Hanya dengan senyuman yang manis dan menambat hati suami, mereka boleh menduduki carta itu. Ada yang berkata senyuman isteri yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata untuk suami lebih baik daripada menggunakan produk alat solek jenama mahal yang berharga ratusan ringgit. Pandangan yang mesra dan lembut ibarat celak yang paling indah menghiasai sepasang katanya. Kelembutan dan kehalusannya berbicara seperti pakaian yang paling cantik dipakainya.

Suami mana akan memandang ke belakang apabila isterinya sentiasa harum dan bersih. Malah, aroma itu pasti memikat selera suami untuk sentiasa berada di samping isteri daripada berborak bersama rakan di kedai kopi.

Berapa ramai isteri yang memberikan senyuman manis, pandangan yang mesra dan lembut serta wajah yang berseri-seri ketika mengiringi suami keluar rumah atau menyambut kepulangannya di muka pintu?

Rasululullah s.a.w pernah bersabda bahawa isteri solehah ialah yang menggembirakan suaminya apabila suami melihat kepadanya. Bayangkan suami yang pulang dalam keadaan letih kerana beban tugas di pejabat ditambah kesesakan jalan raya, isteri yang menyambut di muka pintu menguntum senyuman, wajah yang dihiasi cantik, menolong membawa beg, membuka sarung kaki dan menyediakan minuman untuk menghilangkan dahaga.

Memang sukar mencari ciri-ciri wanita sedemikian kerana kebanyakan isteri terutama yang bekerja terlalu terbawa-bawa perangai mereka di pejabat sehingga suami tidak diberi perhatian. Akhirnya, suami jemu dan sengaja balik lewat ke rumah.

Kadangkala kita tertanya-tanya mengapa sesetengah lelaki suka mencari pelacur untuk memuaskan nafsu. Tidakkah mereka takut dengan hukum Allah dan risiko jangkitan penyakit yang boleh mereka dapat.

Sebenarnya, sesetengah lelaki gemar mencari perempuan lacur kerana mereka mendapat layanan kelas satu ketika bersama wanita berkenaan. Mereka tidak mendapatnya ketika di rumah apatah lagi isteri yang terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabai nafkah batin kepada suami.

Mungkin ada yang berkata, wanita lacur memberi layanan kelas satu kerana mereka dibayar atau mendapat tip. Adakah isteri juga mahu suami memberi bayaran kepada mereka semata-mata untuk mendapatkan layanan kelas satu? Jika isteri mempunyai pandangan sedemikian, jangan melenting jika dikatakan mereka juga sama dengan pelacur.

Layanan isteri kepada suami tidak perlu kepada unsur bayaran dan kewangan. Mahar ketika akad nikah itu adalah lebih mahal harganya dibandingkan apa-apa nilai bayaran pun. Sebagai ketua rumah tangga, suami perlu menyediakan keperluan kepada isteri termasuk makan minum, pakaian, perhiasan dan belanja isteri.Jika perkara ini telah suami laksanakan, apa alasan isteri untuk tidak memberi layanan kelas satu kepada suami?

Beruntung isteri yang tahu melayan dan menghiburkan suami kerana selain mendapat kenikmatan, mereka juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah. Isteri yang sengaja enggan melayan nafsu suami akan dilaknat malaikat kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai isteri.

Kajian mendapati suami yang mendapat belaian dan kasih sayang isterinya, akan cemerlang di tempat kerja dan masyarakat. Mereka tidak memerlukan apa-apa lagi melainkan isteri di sisi.

Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa semangat suami lebih tinggi jika mendapat kasih sayang isteri. Suami manusia biasa, walaupun segagah atau segarang mana mereka, jika dimanja atau dibelai, mereka ibarat harimau jinak.

Justeru, isteri perlu mempunyai teknik atau kaedah untuk memikat suami, bukan semata-mata wajah yang jelita atau harta yang banyak.Bayangkan ketika kecil, anak mendapat perhatian dan kemanjaan ibu bapa, tentu anak membesar menjadi manusia yang baik. Tetapi jika tiada kasih sayang ibu bapa, anak pasti membesar sebagai manusia yang tidak terkawal.

Oleh itu, isteri perlu faham, walau setinggi mana pangkat, kedudukan, harta dan darjat mereka, jangan lupa memberi kasih sayang dan kemanjaan kepada suami. Senyuman, kemanjaan, pakaian dan haruman adalah senjata untuk memancing manusia bernama lelaki.

Seterusnya...

10 October 2009

Ciri-ciri isteri yang baik menurut Islam

Isteri yang baik secara total akan mudah melahirkan rumahtangga bahagia tetapi sebaliknya isteri yang tidak memahami akan tanggungjawabnya sudah pasti akan melahirkan rumahtangga yang kucar-kacir.

Kita sedar dan faham rumahtangga yang bahagia lahir daripada isteri yang soleh, jiran yang baik dan kenderaan yang sempurna. Dan wanita adalah penentu buruk baik sesebuah masyarakat. Manakala masyarakat yang baik pula lahir daripada rumahtangga dan keluarga yang bahagia.

Wanita dengan sifat kehalusan yang dianugerah oleh Allah s.w.t. bersesuaian sekali sebagai pengasuh, pendidik anak-anak, pembimbing dan juga penghibur hati suami.

Daripada sifat semula jadi dengan kehalusan ini jika dididik dan diasuh serta dihalusi hatinya sejak awal-awal agar kematangan berfikir dan tingkah laku yang mulia sebagai persiapan seorang isteri yang soleh, sudah pasti berhasil.

Rumahtangga bahagia boleh diasaskan oleh isteri akhlakul karimah perlulah memenuhi tanggungjawab yang digariskan dalam tuntutan yang pembetukan rumahtangga yang bahagia. Tanggungjawab ini perlulah benar-benar difahami, dihayati dan dilaksanakan agar cita-cita untuk melahirkan rumahtangga bahagia terhasil.

1. Taat dan kasih kepada Allah dan Rasul

Ketaatan kepada Allah akan jelas dilihat dari segala perintah dan larangan yang telah ditetapkan dipatuhi dengan sesungguhnya. Perintah dan larangan ini tergambar dengan jelas sebagaimana yang dibawakan oleh Rasulullah s.w.a. Ketaatan yang tidak berbelah bagi dengan sendirinya kan melahirkan disanubari perasaan kasih kepadanya.

Firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 24 yang bermaksud. "Katakan: Kalau bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu, kekayaan yang kamu peroleh, perniagaan yang kamu khuatiri akan rugi dan tempat tinggal yang kamu sukai; kalau semua itu kamu cintai lebih dari Allah dan Rasulnya dan dari berjuang di jalan Allah, tunggulah sampai Allah mendatangkan perintah-Nya. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang fasik."

Jelas kepada kita bahawa ketaatan kepada Allah s.w.t. akan menelurkan kasih dan cinta yang tidak ternilai di sisi manusia. Ketaatan dan cinta kepada Allah ini bukanlah mudah diperolehi sekirannya persediaan kearah itu disambilewakan.

Pendidikan jiwa supaya beriman sesungguhnya kepada Allah dan Rasul-Nya, perlulah dididik sejak awal lagi. Didikan ini akan menjadi benteng dan memahami akan batas-batas yang dilarang dan dibolehkan dalam ugama. Keimanan yang kukuh, perbuatan yang soleh dan mengikut ketetapan yang ditentukan dengan sendirinya secara mudah akan dapat melawan hawa nafsu lahiriah dan bathiniah.

" Dan kalau kamu hitung nikmat Allah, niscaya tidak dapat kamu menghitungnya.," An-Nahl ayat 18. Daripada rasa kenikmatan yang diberikan oleh-Nya yang tidak terkira akan memahami betapa hamba sangat-sangat memerlukan kepada Khaliknya. Sifat ihsan dengan sendiri mengonkong diri insan; kerana sifat wanita biasanya tidak akan puas dengan panorama duniawi.



2. Akhlak mulia dan sempurna sebelum kecantikan

Kita fahami bahawa Allah tidak memandang paras rupa (kecantikan) sesaorang tetapi akhlak yang mulia menjadi nilaian yang kukuh disisiNya. Akhlak mulia dan sempurna menjadi pakaian yang kekal manakala kecantikan akan luntur dimakan atau dimamah usia. Tetapi kiranya kecantikan ini dapat diadunkan dengan akhlak yang mulia sudah tentu ia adalah pilihan utama setiap insan.

Untuk melahirkan wanita yang berakhlak baik perlulah dididik dan diasuh dengan nilai-nilai yang begitu rupa agar meninggikan lagi taraf kamanusian dan sekaligus membezakannya dengan sifat kehaiwanan.

Isteri yang berakhlak mulia dengan mudah dapat memahami akan bentuk-bentuk pakaian yang harus dikenakan pada tubuhnya dalam keadaan tertentu; dapat mengawal perkataan-perkataan yang maaruf ketika berbicara dan mengetahui akan batas-batas bergaul sesama rakan, suami, keluarga dan juga saudara-mara yang lainnya.

Di samping itu segala tindakannya mempunyai perbezaan dengan wanita yang tidak soleh. Ia tidak gemar membeli tanpa izin suaminya, apatah lagi penjualan dengan cara berhutang sepertimana kaedah sistem belian pati yang berluasa sekarang. Ia lebih mirip kepada kemaksiatan daripada yang maaruf.

Juga tidak bertindak menggunakan harta dan wang suami tanpa izinnya. Sekiranya tidak mencukupi maka ambillah secara yang maaruf sebagaimana yang dilakukan oleh isteri Abu Sufian; Rasulullah menasihatkan agar mengambil dengan maaruf dan yang berhajat sahaja. Isteri yang soleh juga akan mudah mengawal harta benda suami ketika ketiadaan-Nya

3. Mengambil berat kewajipan rumahtangga dan berusaha memperbaikinya.

Wanita yang telah dididik sejak awal-awal lagi dengan akhlak yang mulia secara matang mengetahui akan persediaan berumahtangga dan memahami kewajipannya memperbaikinya dari masa ke semasa dengan patuh dari tunjuk-ajar suaminya.

Sabda Rasulullah s.a.w. dari Ibnu Abbas r.a yang diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud, "Mahukah aku berikan kepadamu sebaik-baik benda yang disimpan? Iaitu ialah wanita yang soleh. Apabila suaminya melihat kepadanya, girang dia; apabila suaminya perintah akan dia, taatlah ia padanya dan apabila suaminya meninggalkannya, ia akan memelihara nama baik suaminya."

Dari hadith di atas jelaslah kepada kita ukuran seorang isteri yang baik. Ia mampu melayani suami sebaik mungkin dalam segala bidang; ketaatan yang tidak berbelah-bagi asalkan yang diredai Allah s.w.t dan boleh mengawal harta benda dan nama baik suaminya ketika ketiadaannya.

Ketaatan dan kepatuhan ini akan memudahkan penerimaan hidayah Allah s.w.t dan ketenangan hati suami dalam menjalani hidup berumahtangga. Dan sekaligus seolah-olah menjadi suatu simpanan yang sangat berharga bagi seorang lelaki berumahtangga apabila memiliki isteri yang baik budi pekerti atau perangainya dan mampu mengendalikan rumahtangga dengan baik.

Walaupun di dalam Islam tanggungjawab di dalam rumahtangga seperti menjaga anak-anak dan memasak serta lain-lain tidak diwajibkan sepenuhnya kepada isteri tetapi isteri yang soleh merasakan tanggungjawab ini biarlah ia yang menanggungnya. Kerana ia tidak mahu tangan orang lain mendodoikan anaknya ketika hendah tidur; tidak mahu tangan lain memasakkan makanan suaminya atau sebagainya dan memahami tugasnya adalah melayani suaminya semata-mata.

Isteri yang soleh sungguh cekap dan teratur melayani suaminya menjaga dan mendidik anak-anak, menyediakan makan minum keluarga, mengemas tempat tinggal dengan rapi dan lainya. Sedaya upaya berusaha memperbaiki kewajipan yang telah diamanahkan oleh suaminya.

Isteri yang begini akan melahirkan rumahtangga yang tenteram, riang gembira dan menjadi rumahtangga contoh dalam masyarakat. Begitulah yang dikehendaki dalam Islam.

4. Malu dan taat

Sifat malu sememangnya lumrah bagi seorang wanita. Malu seorang isteri adalah hormat dan taat yang sebenarnya kepada suaminya, selagi suaminya taat kepada Allah dan Rasul-Nya.

Isteri akan diam semasa suami bercakap, membenarkan kata-katanya dan menghormati segala pesanannya. Bermuzakarah boleh juga diadakan tetapi ia perlu dikawal oleh akal kerana wanita itu berakal pendek walaupun mempunyai rambut yang panjang. Perbincangan yang mengikut nafsu syaitan dan sikap memberontak, menangi dan menghentak-hentak kaki yang akhirnya akan memporak-perandakan rumahtangga.

Hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Termizi dan Ibnu Majah mengatakan. "Ketahuilah dan hendaklah kamu berpesan-pesan kepada kaum wanita dengan baik-baik, kerana sesungguhnya mereka itu tawanan bagi kamu, tidak ada kekuasaan sedikitpun bagimu daripada mereka itu selain yang demikian itu, kecuali jika mereka itu mendatangi/mengerjakan sesuatu kedurhakaan yang nyata. Maka jika mereka berlaku curang, berbuat durhaka, hendaklah kamu tinggalkan tempat tidurnya dan berilah pukulan yang tidak menyakitkan. Kemudian bila mereka taat dan patuh kepadamu, janganlah kamu cari jalan yang bukan-bukan untuk berbuat tidak senonoh kepada mereka. Ketahuilah, sesungguhnya bagi kamu ada suatu kewajipan atas isteri-isterimu, dan isteri-isterimu ada kewajipan ke atas kamu pula. Adapun kewajipanmu (suami) atas isteri-isterimu ialah bahawa mereka itu janganlah menginjakkan tempat tidurmu dengan orang yang tidak kamu sukai, dan mereka janganlah memperkenankan orang-orang yang kamu tidak sukai masuk ke rumahmu; dan kewajipan mereka (isteri) atas kamu ialah bahawa kamu hendaklah berbuat baik atas mereka itu dalam urusan pakaian dan makanan mereka."

Dengan ini jelas membuktikan bahawa sifat malu dan taat kepada suami masing-masing adalah perkara penting di dalam pergaulan berumahtangga. Ia perlu dijaga, diawasi dan dikawal agar jangan sampai berlaku yang tidak sesuai denga kewanitaannya dan dilarang oleh agama.

Jadi perlulah isteri itu sedaya upaya mentaati dan meghormati suaminya kerana taat kepada suami bermakna taat kepda Allah s.w.t jua; dan murka suami bererti murkalah Allah kepadanya.

5. Mulia dan hormati ahli suami dan kerabatnya

Bermula selepas ijab & qabul, tugas dan tanggungjawab ibu bapa selama ini berpindah secara automatik ke bahu suami sepenuhnya. Dan sebagai seorang isteri, suamilah tempat ia bergantung kasih sayang.

Oleh itu tidak syak lagi seorang isteri itu menghormati akan ahli-ahli (adik-beradik) suami, saudara-mara dan kerabatnya mengikut batas yang tertentu. Dan perhubungan dan pertaliannya mempunyai had dan batas yang dibolehkan di dalam Islam.

Kedatangan mereka terutama ibu bapanya perlulah disanjung dan hubungan ini perlu dititik-beratkan. Ada di kalangan keluarga Islam, perhubungan antara suami dan ibu bapanya renggang disebabkan oleh sikap isteri yang tidak menyenangkan orang tua suami.

Kadangkala isteri itu meminta barang-barang keperluan yang tidak dimampui oleh sisuami hingga membabitkan keluarganya akan juga menjadi punca perpecahan antara suami isteri dan kaum keluarganya. Memuliakan dan menghormati suami dan kaum kerabatnya merupakan satu tanggungjawab isteri yang baik.

Wassalam

Oleh: Mokhtar Hj Adnan

Seterusnya...