CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label Kasih Sayang. Show all posts
Showing posts with label Kasih Sayang. Show all posts

14 May 2013

Bertemu Jodoh Dihujung Usia

Bertemu jodoh dihujung usia
Ini satu lagi cerita motivasi dan benar, bahawa jodoh itu tetap ada walau pun dilewat usia. Jiran saya, cantik dan ayu ketika remaja hinggalah meningkat dewasa.

Bila tamat SPM, mak tanya, mau belajar di mana?

Jawapnya, saya tak mahu belajar, saya nak jadi tokey buah saja.

Dan meneruskanlh dia kehidupan di kampung sebagai tokey buah. Mana-mana peraih datang, dia siap kaitkan buah-buah tempatan yang ada disekeliling rumah. Dari usaha memasarkan buah secara kecil-kecilan menjadi besar apabila menerajui bidang pengangkutan.

Kerana sibuk dengan bisness terlupa usia yang makin meningkat sehingga tersedar usia dah menginjak akhir 30an.

Tunggu punya tunggu, ada beberapa kumbang yang datang tetapi cuma nak menumpang jadi kalendan lori saja. Fikir punya fikir, dari menyusahkan diri menanggung , baiklah tak payah kahwin.

Mereka ingat, mentang-mentang dia tak sekolah tinggi setakat SPM, maka boleh pinang aja tanpa lihat cermin bahawa kejayaan boleh melalui usaha dan ikhtiar. Ingat baju yang diukur dah padan sedang sendiri hanya mahu makan tidor.

Setelah puas mengelilingi dunia, sudah mengunjungi Baitullah, sudah menziarahi Rasullulah, tiba-tiba jodoh datang ketika usia 51 tahun. Tanpa sebarang alasan, pinangan yang datang terus diterima setelah pertemuan kali pertama dalam taaruf keluarga.

Dan itulah jodoh namanya... kini bahagia meniti bersama suami dihujung usia. Tak payah kira status suami tu duda atau bujang telajak, yang penting hati suka kerana iman dan islam yang dijunjungnya.

Impianku menjadi isteri solehah,mencintai,
mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.

Seterusnya...

18 November 2009

Panduan memulakan hidup baru

Pengurusan kewangan yang baik adalah salah satu kunci kepada kebahagiaan berumah tangga. Selalu kita baca dalam akhbar dan majalah tentang kehidupan rumahtangga porak peranda gara-gara masalah kewangan.

Ada lelaki sebelum berkahwin berlagak depan keluarga bakal mertua dengan kereta dan pakaian. Lepas kahwin baru mertua tahu yang menantunya gaji tak seberapa, hutang keliling pinggang dan gaji hujung bulan habis dibuat bayar hutang.

Ada pasangan yang berkerja. Ok la sebab dua-dua ada pendapatan sendiri. Isteri boleh bantu suami. Ada suami yang berkerja tapi isteri makan gaji dengan suami, so office di rumah.(suami ada timbang rasa beri elaun pada isteri buat duit poket sendiri) Ok la sebab susah juga nak urus rumahtangga. Ada yang isteri kerja, suami pula goyang kaki. Ok ke, ko ke...??

Ada suami yang nak monopoli duit gaji isteri. Isteri mesti beri peruntukan beberapa percent kepada suami.Ntah la apa sebab suami ni minta % dari gaji pun tak tahu, kot nak minta support dalam pembayaran bil-bil bulanan. Kalau ikut hukum Islam, suami yang wajib bagi duit belanja kepada isteri. Walau apa pun senarionya, yang penting kerjasama dalam rumah tangga agar pengurusan kewangan dalam rumahtangga tidak menghadapi masalah.



Pendapatan itu mestilah daripada kerja yang halal agar ia diberkati. Jika pendapatan makan gaji tidak mencukupi kerja sampingan boleh dilakukan. Banyak kerja sampingan boleh dilakukan. Yang menjadi masalah kepada kebanyakan orang bukan kerana tidak berkemanpuan mencari wang tetapi terlalu cepat menghabiskannya.

Kad kredit jika digunakan secara bijak akan memudahkan pemegangnya. Namun ramai yang kurang bijak dalam menggunakannya mereka dibelengu hutang kad kredit. Ramai juga yang diisytiharkan muflis akibatnya. Dari itu berhemah dalam berbelanja.

Kepada pasangan baru berkahwin, janganlah berkobar-kobar nak rumah kelihatan sempurna dengan full furniture. Itu semua tak perlu. Bila memulakan hidup baru, buat lah seperti baru masuk rumah. Asal rumah tu kosong, maka isi yang keperluan utama dahulu.

Senaraikan apa keperluan utama. Tilam, katil,bantal,dapur masak,peti sejuk,mesin basuh,mesin pengisar,lesung batu,kuali,pinggan ,pisau dan sebagainya. Beli barang-barang keperluan untuk tidur dan memasak dahulu. Beli barang secara ansur-ansur ,kalau boleh biar tidak berhutang untuk barang yang kecil nilainya. Lainlah kalau barang tu harganya beribu,macam kereta.

Janganlah kerana nak nampak rumah ada perabot, sanggup beli sofa,set meja makan, set katil ,peti sejuk besar secara berhutang.Ini pembaziran yang tidak kelihatan. Benda tu semua tidak perlu berhutang sebenarnya jika kita bersabar dan berhemah dalam berbelanja.Perlu apa membeli peti sejuk besar-besar,kalau cuma berdua? Apa perlu beli set TV 29 atau 32 inci mahal-mahal berhutang,sedangkan manafaatnya sama juga kalau beli TV saiz kecik 16 atau 21 inci tapi tidak berhutang.

Mesin basuh pun sama, untuk tahun pertama, sementara kumpul duit,anak pun belum ada, basuh pakaian guna manual.Bukannya banyak pun...lagipun seorang isteri yang membasuh pakaian suami dengan tangan sendiri, ganjarannya lebih besar. Seorang suami yang memasak makan untuk isteri,juga ganjarannya besar. Kasih sayang makin erat.

Kalau semua guna mesin basuh, makan di kedai, macamana dan bila masa untuk menjalin kasih semasa susah? Macamana nak mengeratkan kasih sayang jika tidak sama-sama memasak dan membasuh pakaian? Sama-sama kemas rumah, jadi bila buat berdua, seorang tidak ada, akan terasa sepinya. Ketika belum ada anak inilah sungguh-sungguh berkasih sayang agar jadi ingatan sepanjang hayat terutama ketika mendung berarak datang. Kalau sama-sama bekerja, maka sama-samalah urus rumah tangga, sama-sama bantu-membantu mencuci pakaian, memasak, kemas bilik tidur dan kemas rumah. Biarlah rumah kelihatan kosong tanpa perabut, tetapi sedap dipandang, bersih dan teratur. Jadikan rumah itu syurga kasih sayang.

Biar baru berkahwin, dah pindah rumah sendiri, tidak ada perabut, biar sama-sama rasa susah, biar tidur berlapikkan Narita, bantal sebiji kongsi berdua, makan masing-masing pinggan tapi minum segelas. Macam orang couple sekarang ni.Nikmat kasih sayang akan terasa. Ini sebab orang tua-tua dahulu yang usia perkahwinan melebehi 30 tahun,mereka telah merasai susah bersama-sama sewaktu awal berumah tangga.

Jadi bila ekonomi dah mantap, ada duit, belilah barang-barang keperluan utama beransur-ansur. Bukan beransur-ansur bayar hutang! Beli sikit-sikit ikut keperluan utama. Sebab itu ,peranan seorang isteri menyenaraikan barang-barang keperluan rumah tangga, dan minta dengan suami bila suami ada kelapang dalam kewangan. Namun ciri isteri solehah, tidak meminta-minta suami mengadakan barang-barang diluar kemampuannya. Mungkin suami ada tanggung jawab untuk membantu ibu bapanya,maka utamakan itu juga. Bahagikan peratus bantuan kepada ibu bapa dan rumah tangga. Rumah tangga akan dapat keberkatan apabila suami membantu ibu bapanya.Jangan jadi isteri yang menghalang suami berbakti kepada ibu bapanya.



Maksudnya : ” Dan orang orang yang berkata: ” wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”. ( Surah al-Furqan : 74 )

Hari ini kita berbakti dan berbuat baik pada ibu bapa, esok-esok anak kita juga akan berbuat baik dan berbakti kepada kita. Roda sentiasa berputar, ada masa di atas, ada masa di bawah.
Sekian entri hari ini, agar dapat dimanafaatkan oleh pengantin baru dan yang akan berkahwin. Rancang sebaik-baiknya kewangan, masa dan pengurusan keluarga.

Seterusnya...

10 July 2009

Apabila Perkahwinan Itu Diasaskan Atas Cita-Cita Islam

Apabila suami isteri itu membangunkan rumah tangga atas cita-cita Islam maka sudah tentu pergaulan keduanya mengikut ajaran Islam. Bagaimana tanggungjawab suami terhadap isteri, didikannya, makan minumnya, pakaiannya, tempat tinggalnya dan akhlaknya tentulah sesuai dengan ajaran Islam. Begitu juga layanan isteri terhadap suami, menghiburkannya, menyambut kepulangannya, tidak memberatkan suami dan merendah diri.

Mereka akan sembahyang bersama, bekerjasama dan bertolong bantu. Yang salah meminta maaf manakala yang benar memberi maaf. Kedua-dua keluarga dihormati. Suami di luar tidak memandang isteri orang atau perempuan lain. Isteri di rumah menjaga maruah diri dan mengurus keperluan suami dan anak-anak. Suami berpuas hati dengan isterinya dan isteri berasa puas dengan suaminya. Kalau ada masalah, mereka berunding, memikirkan dan cuba menyelesaikannya bersama.

Suami bertimbang rasa dengan isteri. Isteri pula tidak suka meminta-minta dengan suami. Bahkan berpuas hati dengan apa sahaja yang diberi oleh suami. Salah isteri diberi tunjuk ajar, salah suami dilupakan. Di waktu suami lemah semangat, isterilah yang memberi semangat. Di waktu isteri tidak faham, suamilah yang memberi faham. Suami tidak berkasar dengan isteri. Isteri pula sentiasa menghormati suami. Kalau suami bercakap, isteri mendengar dengan sepenuh hati. Kalau isteri bersedih, dihiburkan oleh suami. Kejahatan masing-masing tidak pernah didedahkan kecuali kerana ingin meminta bantuan kepada orang-orang tertentu untuk membaikinya.

Seterusnya...

KASIH SAYANG SUAMI ISTERI

Kalau adalah seorang isteri mengatakan dia tidak mengharap kasih sayang dari suaminya, itu bermakna dia telah berbohong. Sebab, memang tidak ada seorang manusia pun yang tidak ingin dikasihi oleh orang lain kecuali orang gila.

Tapi sayang, suami isteri hari ini kebanyakannya renggang hati mereka, tipis kasih sayang mereka dan selalu bermasam muka. Malah perceraian menjadi perkara biasa. Ertinya ramai sekali wanita kita yang sedang menderita.

Kenapa isteri gagal menjadikan suami sangat menyintainya hingga tidak mahu berpisah dengannya? Inilah persoalan yang mesti dijawab oleh semua wanita hari ini. Mudah-mudahan jawapan ini dapat memberi jalan penyelesaian pada masalah yang mengancam keamanan di dalam rumahtangga.

Kasih sayang dan ketenangan hati suami isteri adalah kurniaan Allah swt. Ertinya, ia bukan olahan manusia yang boleh dibuat-buat, direka dan dirancang-rancang. Sebab soal kasih sayang dan ketenangan adalah soal hati, yang bergerak dan hidup tanpa kawalan lahiriah dan kebendaan. Ia dikawal sendiri oleh Allah swt, secara ghaib dan menggunakan syarat-syarat yang Allah sendiri tentukan. Jadi, untuk mencetuskan kasih sayang dan ketenangan rumahtangga, faktor-faktor hubungan dengan Allah adalah wajib diambil kira. Yakni dengan beriman, beramal dengan syariat Islam serta membanyakkan ingatan (zikir) kepada Allah swt.

Suami isteri yang membelakangkan Allah swt adalah pasangan yang sukar untuk memperolehi ketenangan dan kasih sayang. Hati mereka berpecah, kepercayaan antara satu sama lain hilang dan rasa persefahaman kian luput hari demi hari. Walaupun usaha-usaha lahir yang mungkin sudah cukup dilakukan untuk membina kebahagiaan tetapi selagi hati masih kosong dari mengingati Allah, cuai menjalankan perintah-perintah Allah maka selama itu kasih sayang tidak tumbuh dalam erti kata yang sebenarnya.

Sebab kasih sayang adalah pemberian Allah, dimasukkan ke dalam hati suami isteri yang benar-benar taat dan patuh padanya. Barangkali sukar untuk diakui hakikat ini memandangkan realiti kehidupan rumahtangga yang berbagai-bagai dan tidak terikat pada kenyataan di atas. Orang kafir yang tidak percayakan Allah itu kekal rumahtangganya. Orang Islam yang tidak sembahyang pun ada yang berbahagia nampaknya. Sementelahan rumahtangga ahli agama pun kadang-kadang berkecai. Jadi apa bukti bahawa punca ketenangan dan kasih sayang ialah ketaatan kepada Allah?

Sebenarnya, untuk mengukur benar tidaknya sesuatu kenyataan itu tidaklah boleh hanya menggunakan satu kaedah saja. Sebab Allah swt telah mentakdirkan sesuatu, bukan dengan satu maksud sahaja. Setengah orang kafir beroleh bahagia di dunia kerana Allah mahu merasakan nikmat yang tidak mungkin mereka dapat di akhirat. Orang Islam yang tidak sembahyang dan tidak fikir halal dan haram nampak bahagia juga. Ini adalah kemurkaan Allah sudah tertimpa ke atas mereka dan dengan nikmat itu Allah mahu melalaikan mereka terus menerus hingga mati betul-betul dalam dosa dan terus ke neraka. Manakala ahli agama kadang-kadang pecah rumahtangga mereka, Allah bermaksud menguji dan mahu menghapus dosa-dosa mereka.

Maka ditegaskan sekali lagi, bahawa sumber kasih sayang yang abadi ialah ketaatan kepada Allah oleh suami dan isteri serta anak-anak mereka. Perceraian yang menjadi-jadi dewasa kini adalah berpunca dari tidak taatnya pasangan suami isteri kepada Allah swt. Allah jadikan hati mereka berpecah belah hingga mereka takut pada perceraian tetapi mereka tidak dapat lari darinya. Biarpun rumah besar, harta banyak, kesihatan sempurna dan dunia serba lengkap meliputi mereka, tapi kalau hati berpecah, semua itu tidak boleh mengikat suami isteri itu lagi. Mahu tidak mahu mereka kenalah mengadap Allah swt. Mengaku taat setia padanya dengan tawadhuk. Memohon ketenangan dan kasih sayang untuk hati mereka.

Seterusnya...

Islam Mementingkan Kasih Sayang

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit”.
(Riwayat at-Tabrani)

Kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap individu Muslim

Belaian dan layanan yang mesra akan melahirkan suasana yang mesra, harmoni dan tenang dalam kehidupan. Oleh itu Islam amat menekankan tentang pentingnya nilai kasih sayang dalam sistem kekeluargaan dan juga kehidupan bermasyarakat

Antara tumpuan (bentuk) kasih sayang itu adalah:
i. Ucapan dan kata-kata yang menggunakan perkataan yang manis dan bersopan.
ii. Melalui sentuhan yang lemah lembut.
iii. Melalui pujukan, pujian, penghargaan dan senyuman

Punca pertengkaran yang berlaku ialah kerana kurangnya semangat kasih sayang dalam pergaulan.


Seterusnya...

Kasih sayang dlm Islam

Kasih sayang mempunyai erti begitu tinggi nilainya sehinggakan manusia sanggup bertindak liar kerana tidak mampu mengawal perasaan. Kasih yang mengikut perasaan boleh menyimpang daripada kehendak Tuhan.

Oleh itu, kasih sayang tanpa kawalan dan berbelah bagi tidak direstui dan diredai Allah.

Dalam jiwa setiap insan pasti disemat dengan sifat kasih sayang, tetapi tidak semua berjalan di atas landasan sebenar dengan mengikut perasaan. Ada antaranya bertindak atas landasan yang dihanyuti arus kerana godaan syaitan.

Sesungguhnya kerja syaitan adalah memesong dan menyesatkan. Akibatnya jika tidak dijaga, tidak akan wujud kasih sayang dan takwa.

Tiga perkara penting dalam perjuangan kehendak manusia iaitu harta, takhta dan wanita.

Jika tidak dikawal tanpa berlandaskan garis panduan Allah yang Maha Esa, akan membawa padah yang boleh memesongkan iman manusia.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh harta dan anak daripada mengingati Allah. Dan sesiapa yang melakukan demikian, mereka itulah orang yang rugi.” - (Surah al-Munafiqin, ayat 9)

Sesiapa yang terpesong akibat berebut harta, takhta dan wanita akan melupai nilai sebenar kasih sayang dan takwa.

Mereka hanya mampu berkasih sayang di kalangan sebaya, sedangkan menyemat kebencian dan bermusuhan pula dengan lawan mereka. Rapat sesama sebulu hanya kasih mengikut nafsu. Kasih sayang dan bertakwa hanyalah kerana Allah. Fahaman walaupun tidak sama tetapi Islam menggalakkan hidup berbaik dan menjauhi sebarang masalah.

Ini dinyatakan dalam firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang mukmin adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah di antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.” - (Surah al-Hujurat, ayat 10)

Pada hari ini, ada umat Islam tenggelam dalam laungan ombak perjuangan, tetapi pada masa sama lupa menyemat nilai berkasih sayang mengikut landasan Islam.

Demi kerana berlainan fahaman ideologi dan pendekatan politik, mereka sanggup bertindak secara fanatik. Memaki hamun sesama seagama !

Yang nyata, manusia tidak akan sefahaman sampai bila-bila, tetapi mengapa asas persaudaraan Islam pula dicabul dan dinodai.

Fahaman berbeza sepatutnya tidak menggugat hubungan bersaudara. Di manakah letaknya nilai agama?

Hidup berprinsipkan kebencian sesama saudara semakin menular dalam umat Islam hari ini tanpa takutkan dosa.

Memaki hamun, menghentam dan berdendam sesama sahabat, tidak dihiraukan lagi. Janganlah kerana hendak mengejar harta, takhta dan wanita, umat Islam sanggup memutuskan kasih sayang sesama saudara.

Umat Islam perlu sedar, perkara ini berlaku dalam masyarakat hari ini, yang mana sifat kebencian, kecam-mengecam dan dendam-mendendam adalah kenyataan yang dapat dilihat dengan jelas pada masa ini.

Perlu diingat, kebencian bukan tiket ke syurga. Sabda Nabi s.a.w dari Abu Hurairah bermaksud: “Tidaklah kamu masuk syurga tanpa beriman dan tidaklah sempurna iman kamu tanpa berkasih sayang, inginkan kamu ku tunjukkan sesuatu apabila kamu kerjakan, terwujudlah kasih sayang di kalangan kamu? Semarakkanlah salam di kalangan kamu.”
Mengapakah pula salam pun sukar disambut, sedangkan sifat Muslim adalah lemah lembut.

Jika mahu meningkatkan nilai penghayatan Islam, setiap orang Islam mesti mengakui semua orang Islam adalah saudaranya tanpa dibataskan dengan anutan parti dan perbezaan fahaman.

Allah mengiktiraf isyarat bahawa salam itu tanda seseorang Islam. Firman Allah bermaksud: “Hai orang beriman, apabila kamu pergi (berperang) di jalan Allah, maka telitilah dan janganlah kamu mengatakan kepada orang yang mengucapkan salam kepadamu: Kamu bukan seorang mukmin (lalu kamu membunuhnya) dengan maksud mencari harta benda kehidupan di dunia, kerana di sisi Allah ada harta yang banyak...” - (Surah an-Nisa, ayat 94)

Sabda Nabi s.a.w dari Abu Hurairah bermaksud: “Orang Islam bersaudara sesama Islam. Tidak boleh menganiaya dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaan) dan tidak boleh membohonginya dan tidak boleh menghinanya. Takwa itu di sini, kata Nabi sambil menunjuk ke dadanya tiga kali.”

Cukup banyak kejahatan seseorang itu apabila dia merendah-rendahkan saudaranya sesama Islam.

(Kitab Matnul Arbainan Nawawiyah)

Seterusnya...

Kasih sayang dlm Islam

Dunia ALLAH jadikan cantik pada pandangan mata. Ia dihias dengan pelbagai nikmat, keindahan dan kebahagiaan - rumah-rumah kediaman, taman-taman bunga, makanan yang lazat-lazat, anak-anak yang menghiburkan dan lain-lain. Antara seorang dengan seorang yang lain tidak sama kadar dunia yang dapat dimilikinya. Ada yang dapat memiliki rumah besar, pangkat tinggi, memperolehi sanjungan manusia, boleh bertukar ganti pakaian selalu, makan makanan yang enak-enak. Tapi ada juga yang hanya duduk di pondok buruk, dipandang hina oleh orang dan makan sekadar untuk mengalas perut.

Apakah maksud ALLAH tidak memberi dunia sama banyak dan sama rata kepada setiap hamba-Nya? Walhal tentulah setiap hamba itu mendapat kasih sayang ALLAH, kerana setiap yang ALLAH jadikan, ALLAH kasih melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya. Tapi takdir yang ditentukan ALLAH tetap tidak sama, sesetengahnya di luar kehendak hamba itu sendiri.

Kasih sayang ALLAH akan dimiliki oleh hamba-hamba-Nya yang dapat tunduk kepada takdir ALLAH. Sama ada dia ditakdirkan untuk jadi orang yang senang atau sebaliknya ditakdirkan mejadi miskin, dia tetap rela dan tidak merungut suatu apa pun. Dia tahu bahawa sesungguhnya ALLAH tidak menzalimi hamba-Nya. Kalaulah takdir yang ditentukan itu baik, maka di sinilah peluangnya untuk menjadi hamba yang bersyukur, yang dapat memanfaatkan kebaikan yang diperolehinya itu bukan untuk dirinya seorang, tapi dapat dirasai sama oleh orang lain.

Kalaulah ditakdirkan kaya, dengan kekayaan itu dia akan dapat membantu orang susah, anak-anak yatim, janda, fakir miskin serta melakukan lain-lain kebajikan. Sehingga dia menjadi lebih hampir kepada ALLAH dan mendapat rahmat serta kasih sayang-Nya.

Sebaliknya orang yang ditakdirkan menerima nasib yang kurang baik, tetapi dia sanggup bersabar walaupun dalam seribu kepahitan, maka ALLAH akan balas dengan rahmat-Nya. ALLAH akan hiburkan dengan dikurniakan kekayaan hati. Hati yang kaya adalah hati yang sentiasa berbahagia dengan kebaikan. Hati sentiasa merasa ringan menghadapi kesusahan atau kemiskinan. Nasib malang yang menimpa dirinya sedikitpun tidak menyusahkan hatinya. Sebaliknya segala kejadian dan keadaan yang ada itu makin membuat dia terus bergantung hati bertawakkal dan menyerah diri pada ALLAH.

Dia cukup yakin ALLAH itu Maha Bijaksana. Maha Suci ALLAH dari tersilap dalam menentukan takdir dan perjalanan hidup hamba-Nya. ALAH Maha Adil , oleh itu apa sahaja nasib yang menimpa dirinya tentulah hasil daripada sifat adil-Nya. Justeru itu akan membuatkan hatinya makin redha, merendah diri dan semakin hampirlah hatinya dengan ALLAH.

Seorang hamba yang tidak redha dengan takdir atau nasib yang menimpa dirinya, seolah-olah dia tidak yakin pada keadilan dan kebijaksanaan ALLAH. Seolah-olah menganggap ALLAH tidak tahu kehendak hatiya. Walhal kerana Maha Tahunya ALLAH, yang ilmu-Nya meliputi segala sesuatu, maka ALLAH memutuskan takdir yang sebaik-baiknya untuk hamba-Nya. Walaupun pada pandangan si hamba takdir itu tidak baik, tetapi kalau dia betul-betul berserah diri pada ALLAH dia akan mendapat keuntungan daripada takdir itu.

Sebaliknya kalau seseorang yang direzeki dengan takdir yang baik dalam hidupnya, selalunya membuatkan dia terlalu gembira, bangga dan hingga dia lalai, hingga lupa kepada Yang Memberi. Maka takdir yang dianggap baik itu sebenarnya sudah tidak menguntungkan dirinya. Dia sudah berada jauh dari ALLAH disebabkan kelalaiannya.

Janganlah merasa iri hati atau dengki melihat nasib atau takdir yang baik yang ditentukan ALLAH terhadap orang lain sehingga kita berusaha untuk mendapatkannya. Walhal apa diuntukkan ALLAH kepada seorang hamba-Nya itu pasti tidak sama dan tidak dimiliki oleh hamba-Nya yang lain, yang tidak tersenarai sebagai penerima takdir itu meskipun dia berusaha bermati-matian untuk mencapai dan mendapatkannya.

Apa yang patut dilakukan oleh setiap hamba ialah redha menerima segala ketentuan atau takdir ALLAH sama ada yang dianggap baik atau tidak. Kerana pada hakikatnya setiap yang ditakdirkan dan ditentukan ALLAH itu adalah baik. Cuma yang membezakan baik atau tidak itu ialah hawa nafsu manusia. Mana-mana yang sesuai dengan kehendak nafsu dan hatinya dianggap baik. Sebaliknya yang menyusahkan dan nafsunya merasa tidak seronok, dikatakan tidak baik.

Janganlah kita mengukur ikut hawa nafsu yang tidak lain hanya mengajak kita menjadi engkar dan memusuhi ALLAH. Ikutilah nilaian dan ukuran ALLAH.

Kalau kita dapat menghadapi setiap takdir dengan banyak berserah, berharap dan takut pada kemurkaan-Nya tentulah setiap takdir itu akan menguntungkan kita. Untungnya kerana ia boleh menghampirkan diri kita dengan ALLAH.

Seterusnya...

Tips mengeratkan kasih sayang

  • Isteri wajib mentaati segala perintah suami selagi tidak bercanggah dengan syariat islam.
  • Isteri perlu menganggap suami ini adalah jambatan untuk isteri mendapatkan redha Allah.
  • isteri, wajib mengetahui dan mempelajari segala hukum yang bersangkutan dengan kehidupan berumahtangga dan hal yang berkaitan dengan ketaatan terhadap suami agar terpelihara amal ibadahnya dan memperolehi kebajikan dan menfaat di dunia dan akhirat.
  • Dosa yang teramat besar ialah menderhakai suami
  • Laknat Allah adalah amat besar bagi seorang isteri yang keluar rumah tanpa izin suami
  • Para suami wajib mengajar isterinya akan segala ilmu Fardhu Ain dan isteri tidak boleh ingkar dan enggan untuk belajar.
  • Para suami adalah haram mencegah isteri untuk keluar belajar ilmu Fardhu Ain dan segala ilmu yang wajib dituntut sekiranya suaminya itu tidak berkemampuan untuk mengajar.
  • Para Isteri perlu menggembirakan hati suami dengan menyediakan minuman dan melemparkan kepadanya senyuman yang manis,
  • Para Isteri perlu untuk memberikan kasih sayang sekiranya ingin disayangi.
  • Para Isteri perlu mempamerkan wajah yang jernih dan ceria, di samping menjaga tutur kata lemah lembut dan tidak menyinggung perasaan suami.
  • Para Isteri perlu bersangka baik dengan suami dan jangan mempertikaikan kesetiaan suami.
  • Cinta yang sejati itu adalah cinta yang diserahkan kepada Allah s.w.t dan suami hanyalah jalan untuk isteri memperolehi redha Allah.
  • Para Suami harus berlaku adil terhadap isteri.
  • Para Suami tidak boleh membiarkan isteri dan anak-anaknya terjebak dengan maksiat dan mungkar.
  • Allah s.w.t akan menghukumkan suami terlebih dahulu di dalam segala hal kebajikan berbanding dengan isteri dan anak-anaknya kerana suamilah yang menentukan segala hal dan berkuasa di dalam rumahtangganya.
  • Para suami digalakkan belajar ilmu agama dan bergaul dengan mereka yang arif tentang Islam.
  • Para isteri hendaklah mendorong suami untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan dan ibadah demi menyelamatkan keluarga daripada azab Allah

Seterusnya...

Mengeratkan Kasih Sayang Suami Isteri

Di dalam kehidupan rumahtangga, suami adalah tingkatan ketiga mulia setelah Allah dan rasul. Suami diletakkan ditempat yang begitu mulia kerana seseorang yang bergelar "lelaki" itu memang mempunyai tanggungjawab yang berat dan besar. Selain menanggung nafkah, lelaki yang bergelar suami ini adalah jambatan untuk isteri mendapatkan redha Allah.

Segala amal ma'ruf dan nahi mungkar, setiap apa yang dilakukan olehnya apalagi isterinya, akan dipikul olehnya di hari Qiamat kelak. Kerana itulah seorang isteri diwajibkan untuk mentaati suaminya selagi segala perintahnya itu tidak melanggar syariat. Kerana itu juga seorang wanita yang bergelar isteri, wajib mengetahui dan mempelajari segala hukum yang bersangkutan dengan kehidupan berumahtangga dan hal yang berkaitan dengan ketaatan terhadap suami agar terpelihara amal ibadahnya dan memperolehi kebajikan dan menfaat di dunia dan akhirat.

Telah tersebut di dalam kitab Muhimmah, bahawa para ulama telah mengingatkan kepada para isteri: Sesungguhnya antara dosa yang teramat besar ialah menderhakai suami dengan menegah akan suami untuk mengambil kesukaan yang ada pada dirinya sama ada untuk disetubuhi (dijimak) yakni untuk memuaskan nafsunya dengan jalan yang halal (sah) di dalam Islam atau lainnya seperti melarang isteri itu ke atas suaminya menjamah dan menyentuh pada sebarang tempat anggota badannya.

Firman Allah di dalam Al Quran:
"Dihalalkan bagimu pada malam puasa bercampur dengan isteri kamu, mereka itu adalah pakaian bagimu dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu tidak dapat menahan nafsumu, kerana itu Allah mengampunkan kamu dan memberikan keringanan kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan dan minumlah sehingga terang benang putih dari benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga malam (tetapi) janganlah kamu mencampuri mereka itu sedang kamu beriktikaf dalam masjid-masjid. Itulah larangan-larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatnya kepada manusia supaya mereka bertaqwa." (Al Baqarah : 187)

"Isteri-isteri adalah seperti tanah tempat bercucuk tanam,maka datanglah (tanah) tempat bercucuk tanam sebagaimana sahaja yang kamu kehendaki, kerjakanlah (amal-amal) yang baik untuk dirimu. Bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah kamu kelak akan menemuiNya. Dan berikanlah khabar gembira bagi orang-orang yang beriman." (Al Baqarah: 223)

Demikianlah perumpamaan yang telah diberikan oleh Allah s.w.t terhadap para isteri. Suami diberi amanah untuk membimbing isteri ke arah kebaikan dan kebenaran.

Bagi isteri pula, mereka hendaklah taat terhadap suami dan merasakan suamilah segala-galanya bagi diri mereka sebagaimana kiasan "mereka (isteri) adalah pakaian bagimu dan kamu adalah pakaian bagi mereka." Isteri hendaklah ingat dan sentiasa takut untuk keluar rumah tanpa izin suami. Kerana sesungguhnya laknat Allah amat besar bagi seorang isteri yang keluar rumah tanpa izin suami. Tetapi perlu diingat bagi para suami adalah haram mencegah isteri untuk keluar belajar ilmu Fardhu Ain dan segala ilmu yang wajib dituntut sekiranya suaminya itu tidak berkemampuan untuk mengajar. Sekiranya dia mampu mengajar, maka wajib dia mengajar isterinya akan segala ilmu Fardhu Ain dan isteri tidak boleh ingkar dan enggan untuk belajar.

Jikalau suami mengajak isteri untuk berpindah dari rumah ibu dan ayah, janganlah si isteri enggan kerana isteri bukan lagi hak ibu dan ayah, tetapi hak suami. Isteri wajib mengikuti suaminya kemana sahaja suaminya pergi. Jikalau terdapat halangan untuk mengikuti suami, sedangkan suami redha, maka tidak mengapa tidak mengikut suami pergi atau berpindah ke mana-mana.

Begitu juga layanan isteri kepada suami ketika suami balik dari kerja, mestilah yang menggembirakan hati suami dengan menyediakan minuman dan melemparkan kepadanya senyuman yang manis. Sesungguhnya separuh daripada keletihan itu akan hilang dengan melihat isteri tersenyum manis kepadanya. Ingatlah kehidupan rumahtangga adalah satu kehidupan yang saling memerlukan di antara satu sama lain. Kerana itu janganlah malu untuk memberikan kasih sayang kerana kita juga ingin disayangi dan memerlukan kasih sayang.

Para isteri diingatkan jangan meminta talak. Sesungguhnya inilah dosa yang amat besar di sisi Allah bagi para isteri. Hati suami akan terluka disebabkan perkataan isteri. Dari itu berhati-hatilah semasa mengeluarkan perkataan ketika sedang marah. Hendaklah difikirkan dahulu apa yang hendak diperkata. Kerana perkataan yang kasar terhadap suami itu boleh menyebabkan kita dimurkai oleh Allah s.w.t.

Juga sekali-kali jangan bermasam muka dengan suami. Kejernihan muka dan keceriaan isteri itu adalah penenang fikiran dan jiwa bagi suami dari suasana luar rumah yang penuh maksiat dan durjana. Diri para isterilah tempat tatapannya dan tempat menumpah kasih. Pulangnya suami bila isteri menguntum senyum di pintu, akan menghilangkan segala kepenatan dan keletihan sepanjang hari. Oleh itu senyumlah selalu, nanti suami akan kasih. Allah akan redha.

Hendaklah bersangka baik dengan suami dan jangan mempertikaikan kesetiaan suami. Hati jarang merasa tenang kerana sering mempertikaikan kesetiaan masing-masing. Bila di dapati suami melakukan kesilapan atau punya kelemahan, hati semakin hancur dan timbul tindakan yang tidak tentu arah. Tidak hairanlah jikalau wujud risiko yang sebegitu rupa kerana cinta diletakkan pada hamba yang lemah, bukan pada Allah yang Maha Esa. Di dalam Islam, cinta yang sejati itu adalah cinta yang diserahkan kepada Allah s.w.t dan suami hanyalah jalan untuk isteri memperolehi redha Allah. Cinta suci hanya lahir daripada iman dan taqwa. Hati orang yang bertaqwa adalah untuk Allah dan RasulNya. Hati yang demikian akan melihat akhirat lebih utama daripada dunia. Maka orang yang sedemikian akan mengorbankan dunianya untuk akhirat.

Dalam pada itu para suami haruslah berlaku adil terhadap isterinya. Sememangnya di dalam Islam hak isteri pada suami memang banyak, tetapi hak suami kapada isteri tidak kurang pentingnya pula. Bagi para suami mendidik dirinya, isteri dan anak-anak menghayati Islam adalah wajib, jikalau tidak suami dihukumkan dayus. Setengah ulama menyifatkan makna dayus itu, suami yang membiarkan isteri dan anak-anaknya terjebak dengan maksiat dan mungkar. Maka apabila datangnya Hari Qiamat, Allah s.w.t akan menghukumkan suami terlebih dahulu di dalam segala hal kebajikan berbanding dengan isteri dan anak-anaknya kerana suamilah yang menentukan segala hal dan berkuasa di dalam rumahtangganya.

Firman Allah: "Peliharalah diri dan ahli keluargamu dari api neraka." (At Tahrim: 5)
Para isteri hendaklah mendorong suami untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan dan ibadah demi menyelamatkan keluarga daripada azab Allah. Hal ini akan melahirkan sikap sensitif terhadap perjuangan untuk menegakkan agama Allah. Segala tindak tanduk didorong untuk membangunkan agama Allah ini. Suami digalakkan belajar ilmu agama dan bergaul dengan mereka yang arif tentang Islam.


Seterusnya...