CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label Jodoh. Show all posts
Showing posts with label Jodoh. Show all posts

14 May 2013

Bertemu Jodoh Dihujung Usia

Bertemu jodoh dihujung usia
Ini satu lagi cerita motivasi dan benar, bahawa jodoh itu tetap ada walau pun dilewat usia. Jiran saya, cantik dan ayu ketika remaja hinggalah meningkat dewasa.

Bila tamat SPM, mak tanya, mau belajar di mana?

Jawapnya, saya tak mahu belajar, saya nak jadi tokey buah saja.

Dan meneruskanlh dia kehidupan di kampung sebagai tokey buah. Mana-mana peraih datang, dia siap kaitkan buah-buah tempatan yang ada disekeliling rumah. Dari usaha memasarkan buah secara kecil-kecilan menjadi besar apabila menerajui bidang pengangkutan.

Kerana sibuk dengan bisness terlupa usia yang makin meningkat sehingga tersedar usia dah menginjak akhir 30an.

Tunggu punya tunggu, ada beberapa kumbang yang datang tetapi cuma nak menumpang jadi kalendan lori saja. Fikir punya fikir, dari menyusahkan diri menanggung , baiklah tak payah kahwin.

Mereka ingat, mentang-mentang dia tak sekolah tinggi setakat SPM, maka boleh pinang aja tanpa lihat cermin bahawa kejayaan boleh melalui usaha dan ikhtiar. Ingat baju yang diukur dah padan sedang sendiri hanya mahu makan tidor.

Setelah puas mengelilingi dunia, sudah mengunjungi Baitullah, sudah menziarahi Rasullulah, tiba-tiba jodoh datang ketika usia 51 tahun. Tanpa sebarang alasan, pinangan yang datang terus diterima setelah pertemuan kali pertama dalam taaruf keluarga.

Dan itulah jodoh namanya... kini bahagia meniti bersama suami dihujung usia. Tak payah kira status suami tu duda atau bujang telajak, yang penting hati suka kerana iman dan islam yang dijunjungnya.

Impianku menjadi isteri solehah,mencintai,
mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.

Seterusnya...

11 September 2012

Jangan Menyalahkan Takdir

Kecewa pun  jangan sampai jadi begini
 
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Bukan senang untuk beriman dengan takdir. Kita mungkin berkata kita percaya, tetapi apabila datang dugaan-dugaan tertentu, ada yang akan cuba bertindak seolah-olah tidak dapat menerima ketentuan tuhan. Firman Allah s.w.t di dalam surah Hud ayat 9,


“Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.”

Orang yang berusaha dengan niat untuk beramal akan “berasa lain” sekiranya mereka gagal mencapai matlamat. Mereka akan sentiasa berasa tenang walaupun didatangi kesusahan atau kesenangan. Mereka terdiri daripada golongan yang bahagia di dunia dan sedang menanti kebahagiaan di akhirat. Tiada satu perkara yang berlaku pada diri mereka yang dapat menggugat ketenangan itu.

Sebaliknya, mereka yang berusaha untuk kebahagiaan dunia mungkin akan merasa bahagia apabila matlamat tercapai. Namun sekiranya gagal, mereka akan berasa amat dukacita. Sekiranya mereka kehilangan sesuatu, mereka akan bermatian-matian untuk mempertahankan atau mendapatkannya semula. Sekiranya mereka gagal mendapatkannya semula, hati mereka akan berasa gelisah dan hidup mereka mula menderita. Lalu mereka menyalahkan orang lain dan akhirnya menyalahkan tuhan.

Jika seseorang itu jodoh kita, dia tetap jodoh kita. Jika seseorang itu bukan jodoh kita, dia tetap bukan jodoh kita, walaupun apa pun yang kita lakukan, tidak ada gunanya memaksa diri mempertahankan. Dengan menyerahkan kepada ketentuan, lazimnya tuhan akan membuka jalan-jalan yang tidak pernah kita fikirkan.

Mempercayai takdir bukan bermaksud berputus asa. Frasa “putus asa” sepatutnya tidak wujud di dalam kamus hidup seorang mukmin. Kita tidak boleh berputus asa dalam mengharapkan rahmat Allah.

Perbanyakkan doa untuk kebaikkan. Sebarang usaha perlu dijalankan dengan kaedah yang betul. Ada sesetengah orang yang ditinggalkan kekasih atau suami lalu cuba mendapatkan semula dengan kaedah mengumpat, memfitnah , membomoh, dan memburukkan orang lain.

Sebaliknya, sekiranya mereka berhenti seketika untuk berdoa dan bermuhasabah diri serta menerima ketentuannya, lebih banyak manfaat dapat diperolehi. Salah satu daripadanya adalah ketenangan, selanjutnya adalah iman. InsyaAllah.


Sumber

 

Impianku menjadi isteri solehah,mencintai, 
mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.

Seterusnya...

27 February 2010

Alasan-alasan jodoh ditolak...


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Artinya: "Ya Tuhanku, sungguh aku berlindung kepada-Mu dari memohon sesuatu yang aku tidak mengetahui hakikatnya. Dan sekiranya Engkau tidak memberi ampunan serta tidak menaruh belas kasihan kepadaku, niscaya aku akan termasuk golongan orang-orang yang merugi." (QS. Hd: 47).

Luahan hati ummi hari ini agak sinis, untuk pembaca membaca apakah yang menyebabkan jodoh seseorang itu lewat atau masih belum tiba. Setelah hampir satu tahun ummi mengendalikan Baitul Muslim Halaqahnet, menjadi pengantara dan pemudahcara antara calon muslimin dan calon muslimah, ada pasangan yang  sehingga akad nikah dan ada yang setakat ta'aruf pertama sahaja.

Apa yang ummi luahkan di sini bukanlah suatu analisa atau  kesimpulan , tetapi sekadar membuka ruang untuk berfikir. Apa yang ummi catatkan di sini adalah dari beberapa kes, mengapa sesuatu pasangan itu tidak berjodohan.

Setelah dipertemukan di dalam ta'aruf atau pun kadang tu belum pun ta'aruf, baru setakat ummi merisik, sudah ada yang terus menolak. Tanpa berunding dengan ibu bapa, tanpa solat istikharah.



Minggu ini lelah mengerjakan Baitul Muslim kerana 4 calon muslimin ditolak  oleh muslimah-muslimah. Tak tahu, apa yang muslimah-muslimah ini mahukan. Diberikan calon mengikut ciri-ciri yang dikehendaki pun ditolak.

Alasan menolak pula, bukan alasan yang tertulis dalam syarat pemilihan calon yang ditetap syariat. Rupa paras, harta, keturunan dan agama.Alasan menolak adalah kerana negeri dan bangsa.

Sedap menulis dalam ciri-ciri calon suami idaman : sekufu, bergaji tetap, boleh jadi imam dan membimbing diri dan  sedap mata memandang. Tapi bila diberikan, tetap menolak juga. Apa lagi mahu di cari? Itulah Jodoh namanya.

Pernah satu muslimah tu menulis, ayatnya power;
"SAYA BERCITA-CITA UNTUK BERKAHWIN DENGAN LELAKI YANG BILA SAYA KAHWIN DENGANNYA SETIAP SAAT BERSAMANYA AKAN DINILAI ALLAH SEBAGAI SATU IBADAH (SENTIASA BERUSAHA BERSAMA-SAMA UNTUK MENCARI REDHA ALLAH)

LELAKI YANG DAPAT ADAPTASI ISLAM SEPENUHNYA DALAM DIRI WALAUPUN DIA SEORANG MUALLAF ATAU TIDAK BELAJAR ALIRAN AGAMA SECARA LANGSUNG.

SAYA TIDAK KISAH JIKA LELAKI TERSEBUT MUALLAF YANG DIPINGGIRKAN KELUARGA ATAU ANAK YATIM.

SEORANG LELAKI YANG BERILMU PENGETAHUAN DAN BERPENDAPATAN TETAP, MODEN, ISLAMIK TETAPI TETAP “HUMBLE” DENGAN SEMUA KURNIAAN ALLAH.

SEORANG LELAKI YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG DAN MEMILIKI SIFAT-SIFAT MAHMUDAH, BERTANGUNGJAWAB DAN RINGAN TULANG UNTUK MELAKUKAN TUGAS RUMAHTANGGA BERSAMA-SAMA"

Bila diberikan, berta'aruf, terus menolak...ini  alasan menolak "sebenarnya saya bukanlah orang yang layak dan sepatutnya mampu membimbing dia dengan baik." Bukan ibu bapa yang menolak, tetapi diri sendiri, sebab masa bertemu ibu bapa, ibu bapa hanya mengikut kehendak anak itu.

Kenapa, masa menulis tidak fikirkan dengan baik, sebab muslimah ini berpendidikan tinggi dalam pengajian Islam (AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UM, 3.67,(MASTER) FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM.)


Dan satu kes terkini, terpaksa menolak kerana calon lelaki mahu berkahwin cepat, tetapi calon muslimah mohon penangguhan sehingga satu tahun 6 bulan kerana mahu menanti wali pulang ke Malaysia. Ayah telah meninggal dunia, yang ada hanya abang yang sulong bekerja di Luar Negara. Diberikan nasihat jalan yang ada dengan abang menulis surat wakil menjadi wali kepada kadhi,tetapi tak mahu kerana nak abang sendiri yang jadi wali tanpa wakil. Maka terpaksa menolak kerana calon lelaki tidak sanggup lama.

Begitu juga dengan satu kes, calon muslimah menangguhkan pernikahan kerana mahu pengesahan dalam jawatan kerjaya sedangkan calon lelaki mahu terus bernikah setelah 3 bulan bertunang.

Begitulah alasan-alasan kenapa pasangan ini tidka berjodohan...ummi hanya selaku orang yang mempertemukan pasangan, namun jodoh adalah urusan TUHAN.




Segalanya kembali kepada Allah SWT, DIA yang menetapkan jodoh manusia, Dia yang mengatur perjalanan hidup manusia dan pergerakan alam semesta. Kepada Allah aku kembali, "Ya, Allah beri aku kekuatan untuk menguruskan amanah MU ini, jadikan kesabaran dalam aku menguruskannya   sebagai ibadah . " Ameen...





Impianku menjadi isteri solehah,mencintai,
mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.

Seterusnya...

23 November 2009

Kenapa Masih Belum Berumahtangga ?

Mungkin anda pernah diajukan soalan , “kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi..” Mungkin selepas ini anda akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai ..

Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, “Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”

Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, bererti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”



Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana tuhan Maha Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.

Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, “semua ini adalah rahmat Allah.”

Wallahu’alam

Seterusnya...

06 September 2009

Jodoh Perkahwinan

" Melalui emel, seorang wanita bertanya apakah
keturunan menyumbang perihal jodoh. Kakaknya sudah
berumur 35 tahun masih belum berkahwin.
Usianya sendiri sudah 25 tahun dan masih belum punya
teman."

Tidak, jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya
belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan
untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah
perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab
jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah
terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau
sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina
kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan
anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah
mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya
wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan
mendapat Mr Right dan biar seorang diri drp menjadi
mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini.
Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat
ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa
yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan
terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu.
Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki
kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak
mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun
sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih
tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa
membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya,
motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan.
Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya
menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat
sampai ke tmp yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan
memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu
benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi
deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada
baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia
dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran
yang betul untuk melepaskan shahwat di samping
membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk
sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin
tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja
melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah
dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan
kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga
turut banyak?

Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda
membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2
padahal dahulunya mereka bermati-matian membina
janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup
berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi
nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah
berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu
untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.
Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin
dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia
untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya
jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2
mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan
pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan
dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin
itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan
kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui
rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan
berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan
datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

Seterusnya...

10 July 2009

Jodohnya Lewat

Ada 6 faktor mengapa masih tidak bertemu jodoh.

Usaha Belum Sempurna

“Usaha sudah dibuat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Kurang ‘munasib’.

Saya bertanya kepada seorang ulama, ‘Kenapa ustaz, orang ini sudah mandi bunga sampai 99 kali tapi masih tidak bertemu jodoh? Di mana silapnya?’ Dia jawab begini, ‘Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Jawapannya ialah, cuba dan cuba lagi.

Belum Benar-benar Bersedia

“Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Orang yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, macam jadi jadi isteri.

Satu contoh mudah, orang yang tak ada anak, selepas mengambil anak angkat, dengan izin Allah, mudah mengandung. Sebab bila dia ambil anak angkat, si suami telah menjadi bapa dan si isteri telah menjadi ibu. Jadi telah bersedia untuk dikurniakan anak.

Begitu juga orang yang hendak berkahwin. Adakah telah benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri? Adakah telah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, intelek. Contohnya di segi fizikal, sentiasa menjaga ketrampilan tak kira bila dan di mana.

Tiada Daya Penarik

“Diri kita macam magnet yang boleh menarik bakal pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang pada kita. Daya tarikan ini berpusat di hati.

Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang. Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang.

“Kita perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau sesiapa saja.

Doa Tidak Makbul

“Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…” Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang.

Restu Ibu Bapa Belum Total

“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar.

Banyak kes yang saya jumpa, bila emaknya benar-benar redha, terus dapat jodoh yang baik.

Faktor Metafizikal

“Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan.

Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah dulu sampai sekarang.

Jika ini berlaku, carilah jalan untuk benteng diri kita atau pulihkan diri kita dengan cara-cara yang munasabah untuk mengatasi masalah belum bertemu jodoh.”

Seterusnya...