CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

09 July 2009

Cara pendaftaran dan pelaksanaan Baitul Muslim Halaqah. Net

1. Sentiasa memasang niat dan membetulkan niat untuk membina rumahtangga yang diredhai Allah. Buang jauh jauh sikap ego, prasangka dan prejudis. Kita sama sama memerlukan antara satu dengan yang lain. Sentiasa berdoa agar Allah memberikan anda pilihan terbaik disisi Allah.
2.Hanya individu yang serious dan merasa perlu untuk berumahtangga dalam masa terdekat ( dalam masa setahun) sahaja digalakkan mendaftar.
3. Isikan borang Baitul Muslim se detail mungkin terutama kriteria pasangan yang menjadi idaman dan pilihan hati.
4. Hantarkan borang Biodata Baitul Muslim (disediakan) yang telah didisi lengkap kepada emel, baitulmuslimhalaqah@gmail.com, atau secara online di laman utama halaqah.net.
Borang: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=5168.msg39095#msg39095
Atau di sini : http://halaqah.net/v10/index.php?action=borang
5.Hanya borang yang lengkap beserta gambar sahaja akan diproses.
6. Individu akan dihubungi oleh Baitul Muslim samada melalui emel, yahoo masengger atau telefon. Perbincangan akan diadakan secara ringkas untuk Baitul Muslim mengenali individu terlibat.
7.
Setiap individu akan cuba dihubungi untuk untuk ditunjukkan gambar terlebih dahulu
dan dibenarkan membuat pilihan. Selepas bersetuju dengan gambar pilihan, pasangan yang
terpilih akan dihubungi pula unuk minta izin dan kebenaran berkenalan secara maya terlebih dahulu, samada melaui conference atau email.
8. Keputusan samada 'ya' atau pun 'tidak' hendaklah diberitahu kepada Baitul Muslim.
9. Jika jawapan kedua adalah positive, akan menasihatkan kedua dua belah pihak menyusun langkah seterusnya, i.e keluarga pihak lelaki menemui keluarga perempuan untuk urusan meminang dan seterusnya melangsungkan perkahwinan.
10. Jika jawapan negative, anda jangan mudah putus asa. Semua maklumat yang anda dapati mengenai pasangan padanan Baitul Muslim adalah amanah dan perlu dirahsiakan. Maruah saudara muslim perlu dijaga.
11. Ingatlah lelaki yang baik untuk wanita yang baik, lelaki yang keji untuk wanita yang keji.

0 comments: