Alangkah indahnya jika seorang isteri…
- Cara memasaknya bertepatan dengan selera suami.
- Ketika suami hendak ke bilik air, segera siapkan tuala, kain basahan, sabun mandi dan lainnya ataupun mandi bersama.
- Bersegera menyiapkan kelengkapannya untuk suami keluar seperti jubah atau baju melayu, seban, kopiah, sapu tangan dan sebagainya.
- Menyiapkan pakaian suami, sambil berdialog dengan Tuhan, aku rasa malu dengan diri, aku rasa tak layak untuk bersuamikan orang yang mulia dan baik ini. Wahai Tuhan, aku lakukan ini semata-mata kerana-Mu. Semoga apa yang aku lakukan ini akan mendorongnya untuk gigih berjuang di tengah masyarakat.” Kata-kata ini dijadikan sebagai amalan agar sentiasa mengingatkan diri si isteri betapa tingginya martabat suami di sisi Allah.
- Ketika suami keluar, diiringi dengan doa, “Wahai Tuhan, Kau terimalah amal ibadahku yang sedikit itu. Kau selamatkanlah perjalanan suamiku, perjuangannya dan ibadahnya. Dan kalau suamiku terbuat dosa Kau ampunkanlah….”
- Kalau suami pulang ke rumah pula, salamnya dijawab dengan nada yang lemah lembut, bukakan pintu, disambut dengan senyum yang paling manis, pakaian yang paling cantik dan dicium tangan suami dengan penuh hormat disertai dengan selawat tiga kali.
- Sambut kepulangan suami dengan penuh tawaduk, tunduk dan malu. Kepulangan suami disambut dengan rasa kesyukuran kerana Allah masih panjangkan usianya.
- Pandai menjaga maruah diri, aurat dan tunduk patuh serta taat pada suami. Senantiasa meletakan suami pada martabat yang tinggi.
10 July 2009
Seorang Isteri
Posted by MUNALIZA at 3:32:00 AM
Labels: Isteri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam.. sangat menarik dan bermanfaat.. tak pernah praktikkan perkara2 yang baik seperti ini. terasa segan pulak bila nak memulakan.. :)
insyaAllah, marilah sama-sama kita amalkan perkara yang bermanfaat dan memberikan ganjaran yang besar buat kita.
Post a Comment