CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

21 November 2009

Bahagia berpoligami di hati sendiri

Hari ada 2 majlis walimah baitul muslim. Satu pasangan yang ditemukan melalui baitul muslim halaqahnet, satu lagi user halaqahnet. Kali ini cerita berkaitan pasangan Baitul muslim halaqah sahaja. Pasangan baitul muslim halaqah mengadakan walimah di Kuala Terengganu. Majlis di adakan di rumah keluarga muslimah.

Semasa majlis akad nikah,pada jam 10:00 pagi tadi, dihadiri oleh semua keluarga akhi Firdaus, mak ayah, adik beradik termasuk isteri dan anak-anak akhi Firdaus.Majlis pernikahan berjalan lancar dan berakhir pada jam 10:30 pagi. Ummi dimaklumkan oleh isteri akhi Firdaus, Pn Zuzilawati. Selepas makan tengah hari, Pn Zuzilawati , anak-anak dan keluarga balik berehat di homestay. Akhi Firdaus dan Azlina berada di majlis walimah untuk melayan tetamu yang meraikan pernikahan mereka.

Poligami adalah peruntukan yang diberikan oleh syarak kepada lelaki. Dengan peruntukan tersebut lelaki boleh mengahwini wanita lebih daripada seorang dan tidak melebihi empat orang. Ianya bukan satu kewajipan, tetapi satu keizinan. Menjadi kewajipan bagi setiap muslim beriktikad bahawa hukum-hakam syarak yang diturunkan Allah S.W.T bukan untuk kepentingan zatNya yang agung, kerana Dia Maha Suci daripada bergantung kepada makhluk. Segala apa yang diturunkanNya adalah li maslahah al-`Ibad iaitu untuk kemaslahatan atau kepentingan hamba-hambaNya.



Poligami adalah sesuatu yang dibenarkan. Ia juga mempunyai hikmat dan manfaat yang besar kepada umat Islam khususnya dan manusia umumnya.Ia bergantung kepada sistem pengurusan keluarga.

Kata al-Imam `Izz al-Din `Abd al-Salam (meninggal 660H): dalam Qawa`id al-Ahkam fi Masalih al-Anam: “Kita telah ketahui daripada sumber-sumber syarak bahawa tujuan (hukum-hakam) syarak ialah untuk kemaslahatan hamba-hambaNya di sudut agama dan akhirat mereka. Bukannya masaqqah (kesusahan dalam mengamalkan syariat) itu yang dimaksudkan dengan kemaslahatan, tetapi maksudnya ialah apa yang diperolehi hasil dari masaqqah tersebut. Ini sama seperti seseorang doktor yang menyuruh pesakitnya meminum ubat yang sangat pahit. Tujuannya hanyalah untuk mengubati”. (1/29, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut).

Apabila Islam mengizinkannya poligami dan mesti menyertainya dengan peraturan dan disiplin yang wajib dipatuhi. Jika disiplin itu tidak dipatuhi hanya diizinkan satu. Maka Al-Quran satu-satu kitab agama di atas muka bumi ini yang menentu satu isteri bagi yang tidak dapat berlaku adil. Ini sama seperti semua perkara di dalam Islam ada peraturannya. Sehingga yang berkahwin seorang (monogami) juga ada disiplin dan peraturan yang mesti diikuti. Persoalan keadilan untuk isteri, bukan sahaja bagi yang berpoligami, yang bermonogami juga mesti adil terhadap isterinya yang seorang tersebut, cumanya konteks pengendaliannya sahaja yang berbeza. Bahkan setiap bapa yang memiliki lebih dari seorang anak juga mesti adil terhadap anak-anaknya.

Apa yang Islam tetapkan dari segi keadilan?

Yang dituntut ialah persoalan dalam batas kemampuan dan kawalan seseorang insan berupa benda berbentuk material, pembahagian malam dan masa untuk bersama. Namun jika saling redha meredhai itu adalah lebih baik.

Ayat 129 Surah al-Nisa’ itu sebenarnya membicarakan tentang keadilan mutlak yang tidak mungkin dapat diberikan oleh insan. Keadilan mutlak membabitkan semua aspek; perasaan kasih sayang yang ada di dalam hati, cara hubungan seks dan segalanya. Ini semua bukan dalam batas kemampuan insan. Sehinggakan insan tidak mampu menjadikan kadar kasih sayangnya terhadap anak-anaknya sama, demikian jugalah terhadap isteri-isterinya. Bagi anak yang lebih manja dan pandai mengambil hatinya tentu perasaan cintanya lebih. Demikian juga isteri. Namun apa yang dituntut ialah agar persoalan akhlak pergaulan dan sikap, persoalan kebendaan hendaklah dalam timbangan keadilan dan kesaksamaan kerana itu dalam batas kemampuan insan. Tidak boleh dijadi perasaan cinta di dalam hati membawa kepada ketidakadilan dalam tindakan. Oleh itu sambungan ayat itu menyebut: (maksudnya) oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Baginda S.A.W menyebut dalam hadith: Daripada `Aisyah R.A: Bahawa Nabi S.A.W membahagikan hak di antara isteri baginda dengan adil. Baginda bersabda: Ya Allah inilah pembahagianku apa yang miliki, jangan Engkau salahku dalam apa yang aku tidak miliki. (Riwayat al-Nasai, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah. Al-Hakim (meninggal 405H) mensahihkannya dalam Al-Mustadrak 2/554, cetakan Dar al-Ma’rifah, Beirut dan disetujui oleh al-Zahabi (meninggal 748H).

Kata Abu Daud ketika meriwayat hadith ini maksud apa yang aku tidak miliki ialah hati, iaitu cinta yang lebih dan kecenderungan hati. (lihat Al-`Azim al-Abadi, `Aun al-Ma’bud, 6/121, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut).


Maka kecenderungan hati yang menyebabkan tidak sama dalam kasih sayang tidak dianggap salah di sisi Allah selagi mana tidak berlakunya ketidak adilan dalam tindakan. Inilah maksudnya ayat tersebut. Malangnya mereka ini hanya ingin menjadikan agama menurut fikiran mereka lalu mereka tidak merujuk apa yang ditafsirkan oleh para muhaddithin (ulama hadith), mufassirin (ulama tafsir) yang muktabar. Antaranya apa yang disebut oleh al-Imam al-Qurtubi (meninggal 671H) dalam tafsirnya Al-Jami li Ahkam al-Quran: “Dalam ayat tersebut Allah memberitahu ketidakmampuan melakukan keadilan di antara isteri dalam kecenderungan tabii seperti cinta dan hubungan seks dan perasaan dalam hati. Maka Allah mensifatkan hal manusia bahawa mereka dengan sifat semulajadinya tidak dapat mengawal kecenderungan hati mereka kepada sesuatu perkara atau sebaliknya...kemudian Allah melarang manusia dengan firmanNya: (maksudnya) “janganlah kamu cenderung dengan melampau” yakni jangan kamu sengaja menyakiti, sebaliknya hendak sama rata dalam pembagian dan nafkah, kerana ini perkara yang seseorang mampu melakukannya." (5/407, cetakan Dar al-Fikr, Beirut)

Demikian jika mereka merujuk kepada tafsir muktabar yang lain yang menjadikan panduan tafsiran mereka al-Quran itu sendiri, sunnah Nabi dan perjalanan para salaf soleh (generasi awal Islam yang beriltizam). Kata al-Syeikh `Abd Allah Nasih `Ulwan r.h: Musuh-musuh Islam daripada kalangan atheis dan orientalis cuba menentang peraturan Islam dengan menimbulkan tohmahan-tohmahan palsu, keraguan-keraguan dan serangan-serangan yang hasad terhadap Islam demi menimbulkan syak orang ramai terhadap kebaikan peraturan Islam, kesesuaiannya sepanjang zaman dan masa. Maka ada orang Islam yang menyambut pandangan-pandangan mereka serta beriman dengan akidah dan pemikiran mereka dan jatuh ke dalam perangkap syak dan tohmahan mereka. Di antara tohmahan dan serangan yang mereka timbulkan ialah keharusan Islam bagi peraturan poligami. (`Abd Allah Nasih `Ulwan, Ta`addud al-Zaujat fi Islam, m.s: 9, Dar al-Salam, Kaherah)

Bagaimana mencari bahagia di hati sendiri dalam berpoligami?

Bahagia itu dicari. Didapati. Ia tidak akan datang sendiri.. Dalam mana-mana keadaan pun apatah lagi dlm rumah tangga poligami kita akan rasa bahagia jika :

1. Redha dengan apa yg Allah tetapkan untuk kita
2. Qanaah - berpada dgn apa yang ada
3. Syukur dengan nikmat yang Allah kurnia. Jangan lihat apa yang tiada dan apa yang DIA ambil tapi lihat dan kenanglah apa yang ada dan apa yang DIA beri
4. Sabar dengan setiap ujian dan perbuatan pihak yang menyakiti hati kita
5. Bertolak ansur dalam memenangi hati suami
6. Jauhilah prasangka. Ingatlah pesanan-Nya bahawa kebanyakan prasangka itu dusta
7. Oleh itu maka berbaik sangkalah terhadap suami
8. Jangan mencari-cari kesalahan dan aib orang lain... sebaliknya fikirkan kesalahan sendiri dan perbaikilah ia sedikit demi sedikit
9. Berilah penghargaan di atas kebaikan suami. Pujilah..
10. Jauhi kritikan dan ambillah pendekatan berbincang
11. Berilah masa pada diri kita dan suami dan pihak lain dan berubahlah menuju kebaikan bukan sebaliknya... namun jangan sampai masa dgn sendirinya menentukan diri kita tanpa sebarang perubahan daripada pihak kita sebaliknya ambillah masa untuk berubah.. untuk menerima.. untuk kita menentukan bahagia..

InsyaAllah.. bahagia merayakan cinta dalam rumah tangga andai elemen-elemen di atas di aplikasi dalam diri . Bahagia letaknya di HATI..


0 comments: