Selalunya, apabila berkahwin sahaja anaknya, bagi ibu bapa yang prihatin, mereka akan datang melawat dan menziarahi rumah tangga anaknya. Datang menziarahi bukan lah bermaksud untuk mencapuri urusan kehidupan, sebaliknya untuk melihat bagaimana keadaan kehidupan anak itu setelah berkahwin.
Ianya memang menjadi tradisi para nabi dan orang soleh, rasa tanggungjawab terhadap anak- anak telah mendorong mereka untuk terus mengambil tahu hal kehidupan anak yang sudah berumahtangga.
Kita baca beberapa kisah sejarah untuk dijadikan panduan dalam melayari kehidupan ini.
1. Ketika Siti Fatimah telah berkahwin, Rasulullah s.a.w masih mengambil berat kehidupan puterinya itu. Baginda dekati dan mendengar luahan hatinya. Apabila puterinya mengadu kepayahan mengurus rumahtangga, baginda memberikan kata-kata motivasi dan mengajarkan zikir-zikir yang boleh meringankan jiwa.
2. Nabi Ibrahim a.s amat prihatin kepada kesejahteraan rumahtangga anaknya, Nabi Ismail. Suatu ketika baginda berkunjung ke rumah Nabi Ismai a.s di Makkah setelah sekian lama baginda tinggal berjauhan dari anaknya. Yang ada di rumah hanyalah menantunya. Dia tidak mengenali Nabi Ibrahim. Apabila ditanya tentang keadaan hidup mereka, si menantu menjawab,”Kami hidup miskin, sempit dan susah.” Mendengar keluhan menantunya, Nabi Ibrahim berkata, “Apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kepadanya dan beritahu dia agar menukar ambang pintu rumahnya.”
Apabila Nabi Ismail pulang dan isterinya menceritakan kedatangan ‘lelaki tua’ itu, Nabi Ismail pun berkata,” Itu adalah bapaku dan dia menyuruh aku menceraikan kamu. Kembalilah kepada keluargamu.” Setelah Nabi Ismail berkahwin lain, Nabi Ibrahim dating lagi untuk menjenguk anaknya tetapi tidak berjumpa juga; hanya bertemu menantunya yang juga tidak mengenalinya. Nabi Ibrahim pun bertanyakan keadaan hidup mereka.”Kami hidup senang dan mewah,” jawab si menantu sambil bersyukur kepada Allah. “Suamimu pulang nanti, sampaikan salamku kepadanya dan beritahu dia agar mengekalkan ambang pintu rumahnya,” Pesan Nabi Ibrahim. Apabila perkara itu diceritakan kepada Nabi Ismail, katanya” Itu adalah bapaku dan ambang pintu itu adalah kamu. Dia menasihatkan aku agar kekal bersamamu.”
3. Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah menyuruh seorang anak lelakinya menceraikan isterinya apabila didapati keasyikan kepada isteri telah melalaikan anaknya dari ibadah. Kemudian beliau mengizinkan kedua-duanya disatukan semula selepas mereka sedar dari kelalaian.
Dari cerita para Nabi dan orang soleh itu, kita boleh jadikan ikutan agar sentiasa prihatin kepada rumah tangga anak-anak yang telah berkahwin.
Dan ini ummi tinggalkan pesanan buat anak perempuan yang akan bekahwin:
1. Jaga diri mu baik-baik.Jangan sampai berbohong dengan suami kerana dengan berbohong, suami mu meragui kejujuranmu dan berperasangka buruk terhadap dirimu.Ingatlah dua hal ini merupakan racun rumahtangga.
2. Jagalah dirimu baik-baik.Jangan sampai terlampau mengikut perasaan,kerana hal itu membuat rumahtangga serupa seperti neraka.
3. Jika suamimu seorang yang cemburu, hendaklah tidak berlebihan dalam berdandan dan menghias diri.
4. Hati-hati jangan sampai engkau memuji lelaki lain di depan suamimu,walaupun memuji dengan niat yang baik.
5. Jagalah dirimu baik-baik.Jangan makan terlalu kenyang, kerana hal itu dapat merosakkan kecantikan paras dan menyebabkan kegemukan.
6. Ketahuilah kegembiraanmu berkait dengan kegembiraan suamimu. Engkau yang dapat membuatnya bahagia dan dialah yang dapat membuatmu bahagia.Sebaliknya engkau dapat membuatnya malang dan dia pun dapat membuatmu malang.Oleh itu, hati-hatilah janganlah sampai terjadi kebencian pertama antara dirimu dan suamimu, sebab kebencian yang pertama boleh disusuli dengan kebencian yang lain.
7. Taatlah suamimu sedapat yang mungkin dan hindarilah percakapan yang bersifat olok-olok dan ejek-ejek dan perbicaraan yang tidak berguna. Jangan sesekali cemburu kerana cemburu itu kunci penceraian.
8. Jagalah kesihatanmu baik-baik dan jauhilah penggunaan alat kecantikan yang dapat merosakkan kesegaranwajahmu dan kemanisan air mukamu.
9. Kerjakanlah dengan tabah dan sabar apa yang telah menjadi kewajipanmu.
10.Aturlah baik-baik urusan rumahtangga dan jangan sampai ada orang lain yang mengetahui rahsiamu.
Ingatlah Wahai anakku !
24 November 2009
Pesanan Buat anak Perempuan Yang Berkahwin
Posted by MUNALIZA at 3:40:00 PM
Labels: Rumah tangga Bahagia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
SYUKRAN UMMI...
Post a Comment