Pengurusan kewangan yang baik adalah salah satu kunci kepada kebahagiaan berumah tangga. Selalu kita baca dalam akhbar dan majalah tentang kehidupan rumahtangga porak peranda gara-gara masalah kewangan.
Ada lelaki sebelum berkahwin berlagak depan keluarga bakal mertua dengan kereta dan pakaian. Lepas kahwin baru mertua tahu yang menantunya gaji tak seberapa, hutang keliling pinggang dan gaji hujung bulan habis dibuat bayar hutang.
Ada pasangan yang berkerja. Ok la sebab dua-dua ada pendapatan sendiri. Isteri boleh bantu suami. Ada suami yang berkerja tapi isteri makan gaji dengan suami, so office di rumah.(suami ada timbang rasa beri elaun pada isteri buat duit poket sendiri) Ok la sebab susah juga nak urus rumahtangga. Ada yang isteri kerja, suami pula goyang kaki. Ok ke, ko ke...??
Ada suami yang nak monopoli duit gaji isteri. Isteri mesti beri peruntukan beberapa percent kepada suami.Ntah la apa sebab suami ni minta % dari gaji pun tak tahu, kot nak minta support dalam pembayaran bil-bil bulanan. Kalau ikut hukum Islam, suami yang wajib bagi duit belanja kepada isteri. Walau apa pun senarionya, yang penting kerjasama dalam rumah tangga agar pengurusan kewangan dalam rumahtangga tidak menghadapi masalah.
Pendapatan itu mestilah daripada kerja yang halal agar ia diberkati. Jika pendapatan makan gaji tidak mencukupi kerja sampingan boleh dilakukan. Banyak kerja sampingan boleh dilakukan. Yang menjadi masalah kepada kebanyakan orang bukan kerana tidak berkemanpuan mencari wang tetapi terlalu cepat menghabiskannya.
Kad kredit jika digunakan secara bijak akan memudahkan pemegangnya. Namun ramai yang kurang bijak dalam menggunakannya mereka dibelengu hutang kad kredit. Ramai juga yang diisytiharkan muflis akibatnya. Dari itu berhemah dalam berbelanja.
Kepada pasangan baru berkahwin, janganlah berkobar-kobar nak rumah kelihatan sempurna dengan full furniture. Itu semua tak perlu. Bila memulakan hidup baru, buat lah seperti baru masuk rumah. Asal rumah tu kosong, maka isi yang keperluan utama dahulu.
Senaraikan apa keperluan utama. Tilam, katil,bantal,dapur masak,peti sejuk,mesin basuh,mesin pengisar,lesung batu,kuali,pinggan ,pisau dan sebagainya. Beli barang-barang keperluan untuk tidur dan memasak dahulu. Beli barang secara ansur-ansur ,kalau boleh biar tidak berhutang untuk barang yang kecil nilainya. Lainlah kalau barang tu harganya beribu,macam kereta.
Janganlah kerana nak nampak rumah ada perabot, sanggup beli sofa,set meja makan, set katil ,peti sejuk besar secara berhutang.Ini pembaziran yang tidak kelihatan. Benda tu semua tidak perlu berhutang sebenarnya jika kita bersabar dan berhemah dalam berbelanja.Perlu apa membeli peti sejuk besar-besar,kalau cuma berdua? Apa perlu beli set TV 29 atau 32 inci mahal-mahal berhutang,sedangkan manafaatnya sama juga kalau beli TV saiz kecik 16 atau 21 inci tapi tidak berhutang.
Mesin basuh pun sama, untuk tahun pertama, sementara kumpul duit,anak pun belum ada, basuh pakaian guna manual.Bukannya banyak pun...lagipun seorang isteri yang membasuh pakaian suami dengan tangan sendiri, ganjarannya lebih besar. Seorang suami yang memasak makan untuk isteri,juga ganjarannya besar. Kasih sayang makin erat.
Kalau semua guna mesin basuh, makan di kedai, macamana dan bila masa untuk menjalin kasih semasa susah? Macamana nak mengeratkan kasih sayang jika tidak sama-sama memasak dan membasuh pakaian? Sama-sama kemas rumah, jadi bila buat berdua, seorang tidak ada, akan terasa sepinya. Ketika belum ada anak inilah sungguh-sungguh berkasih sayang agar jadi ingatan sepanjang hayat terutama ketika mendung berarak datang. Kalau sama-sama bekerja, maka sama-samalah urus rumah tangga, sama-sama bantu-membantu mencuci pakaian, memasak, kemas bilik tidur dan kemas rumah. Biarlah rumah kelihatan kosong tanpa perabut, tetapi sedap dipandang, bersih dan teratur. Jadikan rumah itu syurga kasih sayang.
Biar baru berkahwin, dah pindah rumah sendiri, tidak ada perabut, biar sama-sama rasa susah, biar tidur berlapikkan Narita, bantal sebiji kongsi berdua, makan masing-masing pinggan tapi minum segelas. Macam orang couple sekarang ni.Nikmat kasih sayang akan terasa. Ini sebab orang tua-tua dahulu yang usia perkahwinan melebehi 30 tahun,mereka telah merasai susah bersama-sama sewaktu awal berumah tangga.
Jadi bila ekonomi dah mantap, ada duit, belilah barang-barang keperluan utama beransur-ansur. Bukan beransur-ansur bayar hutang! Beli sikit-sikit ikut keperluan utama. Sebab itu ,peranan seorang isteri menyenaraikan barang-barang keperluan rumah tangga, dan minta dengan suami bila suami ada kelapang dalam kewangan. Namun ciri isteri solehah, tidak meminta-minta suami mengadakan barang-barang diluar kemampuannya. Mungkin suami ada tanggung jawab untuk membantu ibu bapanya,maka utamakan itu juga. Bahagikan peratus bantuan kepada ibu bapa dan rumah tangga. Rumah tangga akan dapat keberkatan apabila suami membantu ibu bapanya.Jangan jadi isteri yang menghalang suami berbakti kepada ibu bapanya.
Maksudnya : ” Dan orang orang yang berkata: ” wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”. ( Surah al-Furqan : 74 )
Hari ini kita berbakti dan berbuat baik pada ibu bapa, esok-esok anak kita juga akan berbuat baik dan berbakti kepada kita. Roda sentiasa berputar, ada masa di atas, ada masa di bawah.
Sekian entri hari ini, agar dapat dimanafaatkan oleh pengantin baru dan yang akan berkahwin. Rancang sebaik-baiknya kewangan, masa dan pengurusan keluarga.
18 November 2009
Panduan memulakan hidup baru
Posted by MUNALIZA at 7:18:00 AM
Labels: Kasih Sayang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment