Sejak ditubuhkan PENDAFTARAN BAITUL MUSLIM « pada: March 13, 2009, 11:54:10 AM » ,inilah pasangan pengantin pertama. Kedua-duanya dari Baitul Muslim Halaqahnet. Yang istimewanya, pasangan ini adalah pasangan berpoligami. Saudara Firdaus menetap di Selangor dan Saudari Azlina dari Kuala Terengganu. Dari awal lagi urusan ta'aruf diuruskan antara ummi dengan isteri Firdaus.
Ummi bertemu sendiri dengan Azlina untuk minta pandangan mengenai poligami. Niat ummi pada 11 Julai 2009, untuk menziarahi Ustaz alhaudhie, rupanya dirahmati Allah dengan membuka jalan dan peluang untuk ummi berkenalan dengan Azlina. Hasil dari perbincangan, maka terjalinlah hubungan ini.
Selepas balik dari Terengganu, minggu berikutnya, ummi bertemu pasangan Saudara Firdaus dengan isteri beliau Pn.Zuzilawati di Klang, Selangor. Alhamdullilah , dari perbincangan ini, membawa kepada urusan ta'aruf antara Azlina dan Pn Zuzilawati dan Saudara Firdaus. Seterusnya peminangan kepada keluarga Azlina oleh saudara Firdaus dan Pn.Zuzilawati dan anak-anak di Kuala Terengganu.
Sebaik sahaja proses kebenaran mahkamah syariah membenarkan saudara Firdaus berpoligami selesai, maka menyusul majlis pernikahan ini yang akan diadakan pada 21 November 2009 ini. Semoga pasangan dan keluarga ini mendapat rahmat dan kasih sayang Allah. Di doakan agar rumahtangga Saudara Firdaus bersama Pn.Zuzilawati dan Azlina dikurniakan oleh Allah kerukunan, kedamaian, keselamatan, kesejahteraan dan kebahagiaan hingga akhir hayat membawa ke akhirat.
Salam dihulur pembuka bicara,
Sepenuh hormat dan Sejambak Harapan kami
Mohammad @ Muda bin Abdullah & Selamah binti Taha
Dengan rasa penuh syukur kehadirat Allah SWT,
Mempersilakan
Tuan/Puan..................................................
Hadir ke Majlis walimah puteri kami
Azlina binti Mohamad @ Muda
Dengan
Mohamad Firdaus bin Mohamad Ibrahim
Pada hari Sabtu, 21 November 2009
Bersamaan
4 Zulhijjah 1430 H
Di kediaman
A-43, Kampung Pengadang Baru,
20050 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU.
Serangkai kasih dalam limpahan budi,
menguntum segar dalam kenangan.
Terima kasih
5 comments:
ummi...
inas suka dgr cite2 mcm ni...
antara sbb poligami diterima sesebuah keluarga adlh dgn tujuan menyebarkan agama.
klu perkara ini benar2 terjd pd inas, inas harap sume akan berjalan lancar. ya allah..
p/s: selamat pengantin baru..
ya, bukan senang mahu mencari muslimah begini, muslimah ini baru berusia 30 tahun dan usia muslimin 37.Memang jodoh mereka, segala urusan memang dipermudahkan oleh Allah SWT.
salam ummi..alhamdulillah, murninya hati si isteri dan lapangnya jiwa bakal mempelai..semoga keluarga ini dirahmati ALLAH sentiasa..
Doa Untuk Pengantin
Ya Allah ya Tuhan kami,
kurniakan rahmat kepada (pengantin) suami isteri agar kekal abadi,
aman damai yang berkekalan di alam rumahtangga, sihat walafiat,
dimurahkan rezeki dan dilanjutkan usia dengan mendapat zuriat yang soleh
serta mendapat syafaat daripada junjungan besar Nabi Muhammad saw.
~ Amin ya Yabbal Alamin ~
alhamdulillah..smoga hati sy pom tabah jika menghadapi ketentuan sebegini..insyaAllah..
bgus artikel ni ummi.
Post a Comment