Wahai anakku yang baru berpoligami, sebagai isteri baru, anakku kena sedar, sebelum berkahwin lain, selepas berkahwin lain. Sebelum berkahwin hubungan anakku dengan isteri pertama nampak baik,(harap ia kekal baik sampai bila-bila hingga akhir usia) tapi lepas berkahwin bila perkongsian itu benar-benar berlaku, masa itu cabaran akan bermula.
Saat paling mencabar adalah saat hari perkahwinan. Seredha manapun seorang isteri, pastinya ia memberikan kesan yang sangat hebat pada hari perkahwinan suaminya. Anakku kena ingat dan letakkan diri anakku dikedudukan isteri pertama itu.
Bila sudah berkahwin, anakku jangan inginkan harta dan kesenangan dengan serta merta. Anakku perlu ingat bahawa isteri pertama memulakan hidup dengan susah payah bersama-sama di peringkat awal perkahwinan mereka dulu. Suaminya mampu berpoligami sekarang setelah berjaya membina hidup yang asalnya dengan susah payah bersama isteri pertama. Maka anakku perlu hargai keredhaan isteri pertama mengizinkan suaminya berkahwin dan kesediaannya berkongsi kasih. Jika suami ingin melebih-lebihkan anakku dari segi harta dan kesenangan, ingatkan dia, apakah yang dia berikan itu telah dimiliki oleh isteri pertama. Mungkin anakku orang baru, ibarat bunga yang sedang mekar mewangi, maka suami ingin mengambil hati sehingga terlupa pada isteri pertamanya. Anakku perlu jujur dalam perkahwinan ni. Anakku KENA selalu ingatkan suami agar selalu BERMUHASABAH DIRI.
Bila sudah berkahwin anak-anak suami mungkin akan sengaja menyakiti hati (ini adalah ujian). Ini kerana anak-anak mungkin sakit hati dengan perkahwinan ni walaupun ibu mereka rela dengan perkahwinan ini. Mereka sebenarnya kasihankan ibu mereka. Bila masalah ini timbul, anakku jangan pandai-pandai nasihatkan mereka tapi biar suami anakku dan isterinya yang uruskan hal ini. Anakku hanya perlu banyak-banyak bersabar.
Anggaplah ini nasihat dari seorang ibu kepada anaknya di hari perkahwinan anaknya dengan seorang suami yang berpoligami. Ummi menyokong poligami walaupun ummi tidak berada di situasi mereka. Sabar adalah ibu iman dan segala ilmu. Didiklah hati agar banyak bersabar. Kita buat apa sahaja jika diiringi sabar dan redha , maka kita akan berjaya, dan bahagia akan jadi milik kita.
Doa ummi sentiasa mengiringi kepada sesiapa yang ingin berpoligami kerana mencari redha Allah. Ingatlah kita ini hidup hanya sementara, maka marilah kita berjalan menuju Allah dengan sebaik-baik jalan yang diizinkan Allah. Semoga kita semua berada di dalam rahmat dan kasih sayang Allah.
22 November 2009
Pesanan Untuk Isteri Baru Yang Berpoligami
Hasil nukilan Ummi Munaliza buat semua yang berpoligami.
Posted by MUNALIZA at 9:50:00 AM
Labels: Poligami
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment