Mengapa sukar bahagia? Kadangkala kita seringkali bertanya di manakah kebahagiaan itu atau mungkin juga kita memikirkan mengapa kebahagiaan itu sukar hadir dalam istana yang kita bina bersama pasangan atau ada yang bertanya mengapa kebahagiaan saya kian menjauh.
Sebenarnya jawapan kepada kesemua persoalan itu ada di dalam diri kita sendiri. Yang menjadi musuh kita selama ini adalah sikap. Mahu atau tidak mahu sahaja untuk berubah. Bermulalah dengan mendefinisikan syurga rumahtangga anda sendiri.
Hakikat yang mesti diterima adalah syurga orang lain tidak mungkin sama dengan apa yang ingin dibina oleh kita. Ayat yang lebih mudah, kebahagiaan dalam kamus kita mungkin berbeza dengan kamus kebahagiaan orang lain. Merasa bahagia itu terlalu subjektif untuk dihuraikan. Jadi, ciptakan kebahagiaan itu sekarang sebelum kita kehilangannya.
1. Niat- niat sebenarnya memainkan peranan penting dalam sesuatu hubungan. Ia juga boleh dikatakan sebagai matlamat atau hala tuju sesebuah hubungan. Sebelum kita komited dalam perhubungan kita perlu jelas atas dasar apakah hubungan itu terbina. Ia penting agar tidak ada hati yang terluka:-)
2.Jujur- semua pastinnya bersetuju dengan fakta ini, namun sejauh manakan hubungan kita yang terjalin bersulamkan jejujuran. Erm..anda sendiri yang tentukan.
3. Toleransi - setiap dari kita menpunyai pandangan yang tersendiri. Adakalanya perkara ini menjadi isu utama yang boleh merenggangkan hubungan yang terjalin. Tak salah kalau kita mengalah dengan pasangan kita. Namin begitu jangan pula kita mengambil kesempatan di atas toleransi yang diberikan oleh pasangan kita.
4. Ikhlas - siapa yang tahu, tepuk dada tanya iman. Pasangan atau sahabat yang ikhlas tidak pernah mengharapkan balasan. Apa yang dilakukan tanpa mengharapkan balasan. So, jika anda ikhlas pastinya pasangan kita juga ikhlas menjalinkan perhubungan dengan kita.
Erm, empat perkara ini merupakan kunci kepada kebahagian dalam hubungan. Apa yang penting, jangan pernah menyakiti kalau kita tidak mahu di sakiti. InsyaAllah, semuanya dalam redhaNya .
mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.
2 comments:
salam..romentiknyer pic tu..hihi
kenapa setiap orang yang ingin bahagia tetapi tidak bahagia,kenapa perlu harapkan org len jika kite boleh berusaha mengubah sesuatu untuk menjadi lebih bahagia.haha..sori ntah pape plak sy bebel kt komen ummi.actually kwn sy bru 3thn dh kwen tp dh ilang sume cinta,rindu,syg..knape ble jd cmni..sedih bile kwn2 yg dh kwen tp tak bahagia sdgkan kite yg blom kwen berharap agar perkhwinan kite akan bhagia walopom ade ombak besar yg dtg tetap kuat..hihi..thx ummi for that advice
Bahagia itu milik bersama. Cinta tu kena selalu disemai dan dibaja dengan kasih sayang,dan disiram dengan prihatin,taat, toleransi, kerjasama, persefahaman. Lagi indah jika selalu bersama dalam apa jua aktiviti.
Sering ziarah menziarahi sanak-saudara keluarga kedua-dua pihak dan menziarahi orang soleh. Keberkatan lahir di sini, sebab tiap klai kita berziarah,pasti mereka turut mendoakkan keberkatan di dalam rumah tangga kita.
Post a Comment